Pecarian Belum Selesai

Norlia Abdullah, majidin wassilin, norliha Mohd Noor,Beechee Hamisah, Asnian Ayub Daud, Mahiran Mohd, Zuraidah, norwati hussin, Latifah Diasin,Rahana Ismail, Hamizan Shaffain, Rokian Che Mamat, Rasimah Abd Momen, dan Fadzilah Mohamad
Sesiapa yang ada contact dengan penama di atas tolong maklumkan kepada blogmaster- TQ

Ahad, Januari 18, 2009

Re : Renungan

Salam semua...Brie, tak kesahlah sapa penulis sajak tu sebenarnya, tapi tahniahlah utk dia krn sajak tu puitis gak la. Betul kata-kata dalam sajak tu. Tahun ni anak sulung aku bakal berUPSR. Aku risau sesangat sbb ini tahun mencabar bagi aku. Dahlah tugasanku di sekolah makin bertambah. Aku takut tak dapat bagi perhatian sepenuhnya kepada anakanda aku tuh. Lagi pun antara semua bos kita yg 5 org tuh (5 sbb ada PK Petang/sek 2 sesi) bukan smua nak faham masalah kita.

Tapi aku mendapat nasihat berguna daripada PK HEM aku. Menusuk kalbu. Samalah cam intipati sajak family tu. Kemudian semalam, ketika sesi dialog ngan ibu bapa, ada seorg bapa meluah rasa bahawa dia tak dpt beri perhatian penuh pada anaknya kerana sibuk bertugas dan selalu outstation terutama ke Trg. Dia minta pandangan kami. Kata dia apa nak buat, mmg tugas dia, tak buat karang mana nak masuk income.

Sebenarnya sibuk camne pun, anak2 perlu diutamakan. Jangan sampai jiwa mereka rosak kerana alasan kesibukan kita. Walaupun jarang jumpa anak, pada aku kita mesti selalu tanya khabar mereka, tanya pasal kesihatan mereka dsb. Lagi pulak skrg, zaman dah maju, senang nak calling2 atau via email je.

Sebilangan ibu bapa, ada yg nak harap kita semata2. Ada yang dah buat kita macam pengasuh pulak. Ada yang minta tuisyen siang malam. Ya ampun! Abis sapa pulak nak tengok anak2 cikgu yg kat rumah tu? Kami jawab secara baik dan beri mereka panduan cara nak bantu anak di rumah. Alhamdulillah segalanya berlangsung baik. Kesimpulannya kita patut main peranan masing2. Satu pihak gagal menjalankan tugas dengan amanah, anak/anak didik tu akan jadi mangsa.

Tiada ulasan: