Catatan Buku Pelawat
Pecarian Belum Selesai
Sesiapa yang ada contact dengan penama di atas tolong maklumkan kepada blogmaster- TQ
Komuniti Seluruh Warga M3P di Facebook
Ahad, Mei 18, 2008
Sms aku terima untuk hari guru......
"walaupen terlewat tetapi masih belum terlambat.....Selamat Hari Guru .... Razima.
"Di kejauhan ini hanya ucapan TERIMA KASIH dan Doa sesejahteraan dipanjatkan. SELAMAT HARI GURU DARI SABANG , Sarawak.
"GURU dalam ajarnya ada harapan, dalam tegurnya adadoa, dalam tawa ada mesranya, dalam diam ad bijaksana, dalam tangannya kita terbina, berbahagialah menjadi guru , Selamat hari Guru"
Rosilawati Abd Rahman
"Ingatkan campak rupanya jerawat batu, Ngajar bagai nak rak, bebudak buat tak tahu, bila penampar cikgu kena buru, rasa nak sepak takut kena serbu, banyoklah sabo, kita ni kan cikgu kita ni kan cikgu ......SELAMAT HARI GURU " meezee & company
"Smiling, crying, angry, bored, proud, hungry, happy confused, sleepy, What ever you fell, I wish u happy Teacher day. Zainal, Gemas Negeri sembilan
"kerja paling tak glamer=guru, kerja paling leth=Guru, kerja selalu diancam=Guru, kerja paling mulia,paling berjasa, paling banyak berjihad, banyak pahala = tiada selain GURU. SELAMAT HARI GURU " Azimah.
"without teaechers--dayz are
"sadday..., moanday..., tearsday,... wasteday,...thirstday....,fightday....shatterday" so HAPPY TEACHER'S DAY" Nan(ADNAN) Sabah
Dah 6.30 petang ni (18 Mei 2008) baru lepas call zaitun nak bertolak dari marang ke cerating bersama rombongannya. Tapi kerana esok cuti rasanya tengok dan taipkan jugalah untuk blogni , kepada rakan-rakan yang tak ada lagi dalam gambar headline tu jangan khuatir insyaallah saya akan masukkan cadangan cikgu sabang supaya di buat gambar bergerak tu insyaallah saya akan cuba tapi dia take time sedikit kerana perlu edit gambar dulu kalau ada masa free benar barulah boleh buat , lagipun di rumah saya tak ada internet dan tak ada komputer pun kecuali bawa balik HAK KERAJAAN MALAYSIA , itupun bila ada kerja perlu di selesaikan di rumah. SABRI PKG Manir. Wassalam
----HARI GURU-----
"selamat menyambut hari guru untuk semua teman yang diingati lagi dirindui......... happy teaching" ~From Wan Mazlihah
"Terima kasih bang!!!...Abe ni bagus lah susah2 aje send file ni to we all....anywhere...thanks you very much..semoga usaha murni abe yiee mendapat berkat daripada Allah S.W.T...InsyaaAllah..Aminnn....BESAUUUU RUMAHH ABEEE YIEEE...tengok dalam blogs..Sorry abe yie saya sibuk nak siapkan thesis PhD saya ni..terpaksa ikut banyak seminar,bengkel, conference dan yang sewaktu dengannya lah...Abee Yiee tolong doakanlah Semoga saya akan perolehi PhD dengan cemerlang tepat pada masanya...InsyaaAllah Aminnn.. " - Daripada Mohd Sani,
pohon juga doa rakan-rakan untuk kejayaan Mohd sani, sesungguhnya kami berbangga di atas kejayaan tuan sebagai rakan seperjuangan, rakan se maktab dan rakan se rumah dan rakan sebangsa, teruskan perjuangan.
-Sabri
"Tak pe lah Bri.. awak lupa nak attach file semalam tapi hari ni dah ditambah! Aku kagum sebenarnya ngan sikap prihatin awak ni. Maafla Bri sebab lama tak bere-mel ngan awak. Aku baru je habis final exam second year USM penghujung bulan April tempoh hari. Semalam barulah aku buka blog rakanmppp tu. Waduh2.... jauh dah aku tertinggal ek? Sampaikan awak nak handle reunion pun aku tak tau! Nasib baiklah terbuka hatiku nak buka blog tu semalam... Bila cadangnya nak buat tu Bri? Kalau dalam cuti hujung tahun, sah2 aku tak dapat coz waktu tu aku ada intensif di USM Pulau Pinang. Rupa2nya ramai dah member yang awak dapat cari ek? Tersentuh hati lelaki aku ni membaca coretan setiap member yang baru dapat berhubung secara maya dalam blog yang ko wujudkan tu... tak sia2ler pengorbanan awak Bri... Aku ada layari blog tu and tengoklah dah gambor umah baru awak tu... Tahniah atas rezeki yang Allah berikan padamu...itulah rezeki anak ramai kan? Cuma aku nak minta tolong awak ajarkan aku bagaimana caranya untuk aku berhubung secara direct dalam blog tu? Maklumler...aku ni kan dok pedalaman ckit..so ilmu tu lambat sampai!
Maybe on 30th May ni aku gi lawatan ke Kelantan ngan rombongan sekolah. Tak tahuler singgah Terengganu ke dok.. kalau singgah boleh kita jumpa kot?
Seronok ek ko dah jumpa Zainal! Tak sangka aku c Zainal tu dah berisi ckit... nampak gayanya nak lawan aku la tu....
Satu lagi yang buat aku syahdu semalam bila layari laman blog tu ialah paparan gambar latihan kawat kaki yang dipostkan oleh kak zaitun kita tu... alahai.. teringin aku nak badan macam tu balik... Waktu tu kami berlatih kawat kaki dalam unit uniform masing2 utk ke peringkat Zon Timur dalam perkhemahan... rindu rasanya bila aku tatap gambor tu semula...aduhai....
Cakap pasal unit uniform ni, baru2 ni aku bawa budak PBSM sekolah aku ke perkhemahan daerah Maran. Sekolah aku tak de St. John so aku kena pimpin PBSM lah! Nak jadikan cerita, ada simulasi kecederaan dilakukan. So aku kena tolong fasi negeri buat simulasi luka. Alahai...terus aku teringatkan member2 St. John aku sewaktu berlatih sama2 untuk berkhemah dulu seperti Sani, Kamal & bininya si Sharifah, Fadilaton, Seniah, Sagap, Junaina tu...rindunya aku.... Ha, aku hantarkan gambar pada ko yang aku buat simulasi kecederaan tu k... real tak? Terus aku teringat Encik Yeo.. Awak tau tak dia di mana sekarang?
Gambar satu lagi tu, ha inilah family bahagia aku. Anak aku semuanya puteri ! Yang pakai spek n gemuk tu tak tahu la siapa??????Ok la tu.....
Ok Bri..sampaikan salam aku buat semua member2 yang ada contact ngan awak k.. Tolong forwardkan mesej di bawah ini ke dalam blog ek!
Masih ingatkah kalian dengan lagu ini?
Kalau siang sang suria terang,
Guru jadi teman bergirang,
Kalau malam tidak berbulan
Guru jadi pemandu jalan,
Kalau semak hutan belukar,
Guru jadi perintis akar,
Kalau luas laut gelora,
Guru jadi bintang utara..
Itulah sebabnya kami dilatih dengan sempurna
Supaya menjadi guru yang baik dan juga berguna....
SELAMAT HARI GURU UNTUK KENALANKU DI M3P.....KALIAN TETAP DI HATI!!
-Maslanasri
oleh kerana terlalu teruja dengan email kau mas, aku fowardkan semua sekali, tak ada apa-apa rahsia sulit kan ??????.
Jumaat, Mei 16, 2008
Selamat Hari Guru...
...dalam ajar ada harapannya,
...dalam tegur ada doanya,
...dalam marah ada sayangnya,
...dalam tawa ada mesranya,
...dalam diam ada bijaksananya,
...dalam tangannya kita terbina,
Berbahagialah sesiapa yang terus menjadi Insan Guru!!
Selamat Hari Guru..
Khasnya, buat...
*Semua guru yang mengajarku..terima kasih jua dititipkan..
*Semua pensyarah 'MP Pasir Panjang 90/92'.. jasa kalian tetap dalam ingatanku..
*Semua rakan guru yang mengenali diriku..kalian juga ada masanya menjadi guruku, terima kasih jua kuucapkan...
~JunainaNamin
Khamis, Mei 15, 2008
Wajah Baru
Syahdu nye lihat frame baru blog ni. Tahniah le untuk Brie. Memang chanteque. He! He! He! Kena print ni. Harapan kawan semoga ramai lagi la rakan kita yang perasan dan menyertai blog ni. Tak sabar nak tengok kengkawan lain. Harap mereka ada kesempatan dan peluang untuk menghantar berita di sini. Rindu nak tengok rupa dan dengar cerita. Ramai lagi ahli unit B yang tak hantar berita kat sini. Apa pun time kacihlah untuk Brie sebab dengan ilhamnya dapat dengar khabar dan ber'email' dengan kawan yang lama dah putus khabar seperti Sani, Nasobar, Hayati, Razima dll termasuk Ju, Da, dan Norsiah.
Yang paling mengujakan gue, esok malem gue rombongan Che Tun bakal berangkat from Banting to Terengganu with love. Rindu sesangat nak tengok Bandaraya Kuala Terengganu. Banyak plan ni, nak makan pulut lepa, woh puk (kah!kah!kah!), sata, karipap ikan, dll. Of course la kepok leko panas...Wow... Harapnya, rege nyer masih murah2 tak cam kat sini satu ketul kue mau 40 - 50 sen. Pastu nak ronda Pasar Payang. Seronoknya...
Okey kengkawan, jumpa lagi.
...zaitun
Canteeeeeeeek......
Ni geram nih...! Gambo aku tak dok. Kena bertindak dari sekarang. Nok amik gambo banyok2 masukkan dalam blog nih. Sabri nanti kalau ada gambo aku mung letok gok deh?
Comel....ceria skit. Harap ke kita tok reti weh. Tumpang seronok le. Tentang tarikh reunion tu terpulang la mana yang baik sebab kalau boleh kita nak seme join kan. Sempena hari guru nih aku ucapkan SELAMAT HARI GURU pada kengkawan. Semoga kita akan terus tabah menempuh cabaran dalam bidang ini demi bangsa dan agama kita.
Jumpa lagi.....zarida
Sungguh Terkezuuuttt.....!!!!
Betul tu.. baik jugak cadangan tukar2 muka 'pragawati/wan' kat situn.. kalau tak nanti ada lak yang nangis.. merajuk.. Berkaitan dgn psword tuh, nanti la, ju try ek..
TQ Sabri coz dpt pulihkan 'ketamilan or kehindustanan' kat tulisan ju tuh..
K, jumpa lagi..
..JunainaNamin..
Jangan Terkejut atau Panik
Rabu, Mei 14, 2008
reunion
Cadangan tarikh reunion tu, ok la atau anjak sikit je.. janganlah buat akhir november atau awal disember sebab kekawan yang masih belajar kat OUM ada peperiksaan.Teringin gak nak joint, rindu nak jumpa kawan-kawan. Tak ada ke member yang datang ke kluang, jemputlah ke rumah..dekat je ngan bandar Kluang. Jumpa lagi.
-Atty
.......Anush Habib ....... SMK Simpang Pulai Perak...
Aku dah call beberapa orang kawan PKG Paka dan Dungun tanya tentang Allahyarham Zakaria Yaakub. Tapi tak dak maklumat. Kalau sapa ada maklumat tolong inform ya.
Bagaimana dengan re union ni, ada orang suruh pinda lewat sikit lagi tarikhnya sebeb katannya tarikh yang dicsdsng dekat sangat dengan cuti , kalau ada idea tu kongsilah ye. Tq -Sabri
Selasa, Mei 13, 2008
Pesanan buat Zainal...
Untuk Zainal, post la gambar keluarga U kat sini.. Mungkin ramai yg nak kenal.. Ju pun nak kenal jugak..hehe..
Oopss.. rumah dalam gambar tu rumah U ke Sabri? Bukan apa, cuma nak pastikan..besar umah U..
-Junaina
Zainal ........Gemas N Sembilan
13 Mei 2008 Zainal beraktiviti di Muzium negeri, bila aku tahu dia ada di muzium aku ke sana sempatlah berborak dan bergambar sekali, aku dapat juga satu lagi no hp rakan kita, anush habib. Zainal dok tengah buat master la ni. Lepas tu jadi jurulatih pusat ko, mari ke sini dok latih budak atas tiket pusat ko lah tu. sape nak no hp zainal contactlah kawe. tq sabri
........tempat tinggal ku........
Jumaat, Mei 09, 2008
Tu la terkezut campo happy gak dapat berita dari family Sherry. Wau, memang kena bawak Unser atau Naza Ria!Sonok gak tengok askar ramai2 nih. Untuk Sherry, Apa khabar kitak? Lamak sik dengar brita. Kamek masih ingat agik klaka sarawak tapi sik ada orang nak berborak tok. Betul sik? Kamek ada berhubung ngan Shahdana. Teringin kamek ngan bubur pedas srawak, kek lapisnya. Camni mauk polahnya? Ko paham x sherry?
Eh, lupa plak ke Kak Ton. Bila nak jalan2 ke Kuantan plak. Kuantan pun hebat lani. Ada Giant, Mydin, Carefour dan lain-lain lagi....ha...ha...ha. Kak Ton blajo lagi ye? Ida tak sambong pun, otak dah betul2 berkarat. Dok tepi pantai lagi cepat bkaratnya.
Sebenonya bukan tak boh anto gambo. Tak dok kamera. Rosak we...Tak cukup duit nak beli hok baru. nanti la kalu doh beli kamera nanti Ida post comel2. La ni dalam proses mengecikkan badan pun ye. Taget reunion nanti turun la 10kg. Itulah impianku...semoga menjadi kenyataan...ha..ha..ha
Nani pun senyap je. Dulu mabuk2 la ni agaknya dah besar perutnya. Smoga sehat ngan baby...
Klu korang ingat lagi Basri junior kita, baru dapat baby girl hari ini. Anak ke 5. Isteri dia ngaja sama sekolah.
Untuk Sabri. sorry ari tu tak dapat nak raikan awak. Kebetulan zul di UPM. Nanti kalau ke Kuantan lagi jangan serik tepon saya. Rumah saya dekat beno doh dengan tempat yang awak pegi ari tu.
Okla,insyaallah kalau ada masa dan kesempatan kita post mengepost laei....Assalamualaikum.
Jjuppe lagi
Untuk Ju, laptop kawan ni tak dan anto kedai. Masa nak berblog beberapa hari lepas dah post message pasal anto kedai tu baru perasan rupanya ada icon kat sini yang tanya kita kalau nak translate nota kita ke Hindi language. Agaknya tu hari Ju terklik kot. Ada masa icon tu keluar ada masa tak. Tapi buat masa ni kawan punye laptop dah okey.
Zie, Yatie, Zima, buat apa dok diam je. Reply la email orang ni. Korang ni ye-ye suruh story mory, pastu dok diam tak balas-balas. Ni tengah rindu le ni.Zarida pun sama, balik2 anto lagu, kak nak tengok gambo kau dengan your hubby and your gerabak. Nak la tengok ada tak semeriah Sherry dengan Kamal tu.
Okeylah, chow dulu... Nak study 4 Muet 2moro...Korang dah lepas seronok kan? Nak wat camne, dulu tak sedo, time minda bekarat baru nak mula. He!He!He!
...zaitun
AlFatihah..
Ini ada satu berita sedih yang baru diterima.. Kalau rakan-rakan masih ingat Abang Zakaria b Yaakub (kalu x silap la)senior kita, telah kembali ke rahmatullah hari ini, Jumaat 9 Mei 2008.. kerana otaknya bernanah.. Khabarnya, beliau sedang mendapatkan rawatan pembedahan membuang nanah tersebut, tetapi telah menemui ajalnya hari ini.. Berita ini Ju baru terima melalui rakan kita Norinny Jamari yang memperoleh maklumat melalui suaminya yg sama bech (betul ke aku eja nih) dgn Allahyarham...yang call Ju jap tadi..isterinya Kak Salina..
Abang Zakaria dan Kak Salina pernah mengajar di Jerantut, dan Kak Salina pernah mengajar sama Ju di SK Bukit Dinding suatu ketika dulu.. dan sekarang ini beliau berdua menetap di Kelantan (atau Terengganu..aku pun tak pasti la..) Anak beliau rasanya seramai 7 orang..
Diharap Sabri leh siasat untuk maklumat lanjut rakan kita ni...
From JunainaNamin
Lamanye tak menyumbangkan idea kat blog nih.. Geram kat tulisan tamil tu.. Ni menjadi lagi kat tajuk tu.. Cuma kena elakkan drp tekan 'enter' dan 'spacebar'.. Kalau tekan, kuar la tulisan tu balik.. Tengok tu.. Ju tulis 'Daripada JunainaNamin' Ju buat dah yg Ton nasihatkan tu, bawak ke kedai, tapi stay canggitu jugak.. Bior je la ek.. Sapa yg faham ok la..yang 'buta huruf' tu faham2 je la.. Ju tak kira.. nak jugak pos kat sini...
Amboi, tembamnye Kamal tu ek.. Si Sharifah tu maintain je kurus.. Opppss.. ramai tul..6 worang!! Ju 4 je.. Betul kata Ton tu.. kot ye pun Kamal nih.. tang gambo die (yg dah memang beso)letak beso2, tang Jenab tu dah la mendongak, kecik lak.. Geng2 kita nih dah ramai yg rabun.. Pos la gambo yg besau sikit..
K, still rindu kat rakan2.. bilakan berjumpa.. Baru nih g Masjid Kristal, Sabtu 2 Mei 2008, Hari Kuarga SMK Pulau Tawar.. skolah suamiku (Aminudin).. Sori la Sabri tak bagitau, sebab malas nak kacau lagi.. maklum la ikut rombongan ni, masa pack sangat..
Khamis, Mei 08, 2008
Salam untuk Sherry
...zaitun
selamat berjumpo laei
asalamualaikum kepada semua warganegara MPPP 90/92 yang mengenali saya KAMAL ARIFFIN HJ ISMAIL dan isteri SH ZAINAB BT WAN ABDULLAH unit c. Kami sekeluarga di sini sihat walafiat.Masih bertugas di seremban semenjak 1999 , sebelum tu 5 tahun di selangor dan setahun di Sarawak. Masing - masing dah habis belajar . Anak 6 orang , 1 lelaki 5 perempuan. Cuti sekolah panjang ,itu sebab anak ramai. tel : 013 3593884 .Sesiapa yang tersesat kat seremban, telefon lah...................
Khamis, Mei 01, 2008
Promosi
1) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang.
2) Pakej pelancongan meliputi destinasi eksotik, sajian makanan, penginapan, agro dan eko-pelancongan, penganjuran acara, warisan sejarah, taman tema, syurga membeli-belah, sukan dan riadah.
3) Kelebihan rangkaian sistem pengangkutan dan kemudahan serba maju, sistem lebuh raya terbanyak, menghubungkan sesuatu tempat ke destinasi lain, pengangkutan udara, bas dan teksi,sistem LRT, komuter dan ERL.
4) Ibu negeri bandar raya Shah Alam dengan masjid Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah,masjid terbesar di Asia Tenggara. Kubahnya terbesar di dunia, 4 buah menara merupakan tertinggi di dunia. Masjid ini boleh memuatkan 16,000 jemaah terletak berhampiran Taman Tasik Shah Alam.
5) Taman Pertanian Bukit Cahaya Seri Alam ,berkeluasan 1,290 hektar di Shah Alam. Dibina mengikut pelbagai tema seperti Sawah Padi, Taman Cendawan,Taman Bonsai dan Taman Temperat yang boleh menjadi tarikan utama jika ingin merasai empat suhu dunia.
6) Taman Alam Kuala Selangor menjanjikan satu lagi siri lawatan unik. Taman seluas 330 hektar menyajikan pelbagai spesis burung, replilia, serangga dan unggas. Kawasan berpaya tepi lautnya dihuni 156 spesis burung , termasuk disinggahi lebih 57 spesis burung dari benua berhawa sederhana.
7) Keunikan suasana malam di Kampung Kuantan tidak jauh dari Kuala Selangor di mana berlaku fenomena malam yang barangkali tidak terdapat di mana-mana bahagian dunia. Pasti terpegun dan kagum ketika bersampan menyusuri sungai , menyaksikan gemerlapan kerdipan cahaya yang datangnya dari jutaan serangga kelip-kelip.
8) Lokasi semulajadi lain yang menjadi tumpuan termasuk pantai Morib, Bagan Lalang , di samping Taman Lipur Sungai Congkak , Sungai Tekala , Sungai Serendah , Sungai Pertak , Air Terjun Gabai. Air Terjun Batangsi dan Air Terjun Sungai Sendat.
9) Terdapat juga Pusai Pemeliharaan Badak Sumatera di Sungai Dusun , Taman Rimba Kancing , Taman Rimba Komanwel. Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM). Air Panas Hulu Tamu dan Air Panas Dusun Tua, dan Gunung Nuang yang menyediakan panorama indah dari kemuncak gunung tertinggi di lembah Klang.
10) Muzium Orang Asli Gombak menyediakan gambaran budaya hidup masyarakat Asli di Semenanjung Malaysia , Zoo Negara , Muzium Getah dan Muzium Zoologikal.
11) Pulau Ketam pula terkenal dengan perkampungan nelayan dan makanan laut. Pulau Indah ( Pulau Carey ), terdapat petempatan Orang Asli dari suku Mah Meri yang terkenal dengan ukiran kayu .
12) Hasil kraf berkualiti tinggi berbentuk pewter buatan Royal Selangor Pewter yang wujud sejak 1885.
13) Batu Caves tempat masyarakat Hindu merayakan Thaipusam . Lebih 800,000 pengunjung domestik dan luar negara tertarik untuk menyaksikan penganut hindu membayar nazar.
14) Taman Tema The Mines Wonderland dan Sunway Lagoon sedia menanti pelawat .
15) Litar Sepang F1 litar perlumbaaan kereta berprestij Formula Satu mampu memuatkan 130,000 peminatnya.
16) Banyak lagilah kalau nak cerita, kat Banting je dah banyak juga dengan perusahaan kerepeknya yang dieksport ke luar negara.
Bukan lupa tanah kelahiran, tapi untuk maklumat yang mungkin dapat membantu kengkawan.
...zaitun
Salam
Rasa happy juga bila dapat mendengar berita Nasobar di SK Tok Motong tu. Nampaknya ramainya kawan seperjuangan yang jadi cikgu dan student. Tahniah pada kengkawan yang dah lepas. Semua yang berlaku pada perjalanan hidup kita ada hikmah-Nya kan? Sani pun nampaknya tengah sukses dengan proposal Phdnya. Selamat berjaya kak ucapkan.
Junaina, lama dah saya tak masuk blog sebab lepas tolong Ju tempoh hari, unsungkarable pulak saya kena problem sama. Nampaknya hari ni okey. Alhamdulillah.
Zie dengan Din pun lama tak berblog. Hantarlah berita member. Rindu ni.
Buat Sabri. Terima kasih bantu untuk projek lawatan ke Terengganu. InsyaAllah, tiada aral melintang, 17 Mei rombongan kami akan berlabuh di Terengganu. Ha, Yati,Zie, aku bawa rombongan 2 buah bas dan 2 buah MPV from Banting to Terengganu menginap di Kembara Resort kat Setiu atas jasa baik Sabri yang banyak membantu. Semua bos aku ikut kecuali GPK 1. Aku paksa suami aku ambil cuti untuk ikut serta satu family. Dah tu nak buat camne, selama ni susah sangat nak bercuti.
Okey kengkawan, jumpa lagi.
SELAMAT HARI PEKERJA & SELAMAT HARI GURU.
...zaitun