Pecarian Belum Selesai

Norlia Abdullah, majidin wassilin, norliha Mohd Noor,Beechee Hamisah, Asnian Ayub Daud, Mahiran Mohd, Zuraidah, norwati hussin, Latifah Diasin,Rahana Ismail, Hamizan Shaffain, Rokian Che Mamat, Rasimah Abd Momen, dan Fadzilah Mohamad
Sesiapa yang ada contact dengan penama di atas tolong maklumkan kepada blogmaster- TQ

Ahad, Julai 19, 2009

PETUA MANCING....

Ni, baru jupe satu petua.. khas tuk owang mancing.. mancing nak dpt ikan, kan? Cuba petua nih...

Rahsia Menangkap Ikan, tiru ni... Ada seorang nelayan yang selalu dapat banyak ikan pabila dia ke laut...so crew TV3 interview dia untuk rahsia dia tangkap ikan.

Crew TV3 : "Apa rahsia pakcik tangkap ikan?"
Nelayan : "Pakcik tenguk cara isteri Pakcik tidur bila pakcik bangun pagi. Kalau dia mengereng ke kiri, pakcik tebar jala kiri. Kalau dia mengereng ke kanan pakcik tebar ke kanan."

CrewTV3 : "Kalau isteri pakcik tidur terlentang?"
Nelayan : "Rezeki depan mata, pakcik tak turun kelaut pagi tu... sebab duyung serah diri!"

Soengeh sorang2 nampak?

Rabu, Julai 15, 2009

Anak Itik Tok Wi

Anak itik tok wi
Mandi dalam kolam
Sakit kepala kami
Kerja siang malam

Anak itik tok wi
Jalan lenggang-lenggang
Oh adat duniawi
Orang malas kena tendang

Anak itik tok wi
Kuo pagi kelik petang
Juga adat duniawi
Orang rajin dapat kerja tambahan

Anak itik tok wi
Lari kedek-kedek
Walau sakit hati
Buat-buat ketawa kekek-kekek

Anak itik tok wi
Lemas dalam sungai
Makin banyak kerja diberi
Aku sengih menyeringai

Anak itik tok wi
Baru patah kaki
Sorang kawan aku sakit gigi
Esok terus ambik cuti

Anak itik tok wi
Jalan sambil berlari
Aku pun rasa nak mc
Nak overhaul body

Ko Kawan Aku, Aku Kawan Ko..

Salam Rabu, geng.... Wat Che Tun, jgn rasa stress sgt.. Bimbang pulak nanti masuk wad.. Ju pun tgh bengang gak nih.. Senin nak dbreifing la ape la.. mintak lak macam2.. dalam masa2 yang berharga tuk budak2 thn 6 nih, kita dibeban dgn program2 diorang yg tak tentu hala tuh.. Pastu sambung lak dgn PLBS.. Bukan mengeluh pasal kerje, tapi yang kerja yg ditokok tambah tu yg jadi strees..

K, ni ada cerita lagik...

Satu hari CINTA & KAWAN berjalan dalam kampung... Tiba-tiba CINTA terjatuh dalam telaga... Kenapa?? Kerana CINTA itu buta..

Lalu KAWAN pun ikut terjun dalam telaga... Kenapa?? Kerana... KAWAN akan buat apa sahaja demi CINTA !!

Di dalam telaga CINTA hilang.... Kenapa?? Kerana... CINTA itu halus, mudah hilang kalau tak dijaga, sukar dicari apatah lagi dalam telaga yang gelap...Sedangkan KAWAN masih lagi tercari-cari di mana CINTA & terus menunggu.. Kenapa??

Kerana... KAWAN itu sejati & akan kekal sebagai KAWAN yang setia.... kan ?? so, hargai lah KAWAN kita selagi kita terasa dia BERERTI.....

Walau kita punya couple, teman still d perlukan.. sbb kalo xder KAWAN..nk borak dgn siaper ek?..

Hai kawan-kawan

Salaaammmmm....sila baca ikut tune lagu air pasang dalam, surut pukul lima, ekeke...

Wahai kawan-kawan
Ke mana aku hilang
Aku tidak hilang
Cuma tengah bengang

Wahai kawan-kawan
Aku rasa korang pun hilang
Bila aku datang
Korang timbul tenggelam

Wahai kawan-kawan
Kita asyik sibuk sakan
Camana tak sibuk sakan
Kerja baru asyik datang

Wahai kawan-kawan
Camana assignment korang
Aku tengah lintang pukang
Kerja sekolah wat ku tertekan

Wahai kawan-kawan
Kerja kita tak abih sokmo
Camana tak tertekan
Bukan kerja glamour

Wahai kawan-kawan
Jangan diam sorang-sorang
Aku rindu gak kat korang
Saja aku buat diam

Wahai kawan-kawan
Razima pun dah lama hilang
Aku rindu siang malam
Bila dia nak datang

Wahai kawan-kawan
Nape kawan lain pun sunyi
Tak dok ke cerita ceriti
Wat la cam Ju tak kering gusi

Kwang! Kwang! Kwang! Jumpa lagi bila free....adios

Isnin, Julai 13, 2009

Ke Mana Hilangnya Kawan2ku?

Brie!! Mane Peginye kengkawan kite??? Mas, ooooo Mas!!!..Che Tun, oooo Che Tun!!!! Ni, nak tanye.. Adakah korang tahu hubungan antara

2 biji mata korang ??
Mereka berkedip bersama ...
Bergerak bersama ...
Menangis bersama ...
Melihat bersama dan ...
Tidur bersama ...

Meskipun,
mereka tidak pernah melihat
antara satu sama lain ...

PERSAHABATAN
seharusnya seperti itu ...
Kehidupan akan berasa ...
KOSONG tanpa KAWAN

betul ke ekkkk ...
komen laaa ...

Ahad, Julai 12, 2009

Penglipur Lara la puloks...

Hai, geng...Salam... Lama tak ngobrol kat sini.. sibuk sangat le konon.. Ok la.. Ju takde berita yg nak diwar2kan kat Jerantut nih.. Cuma nak kongsi sesama sengeh di petang Ahad nih.. Ju cedok cerite ni kat blog yg Ju sempat singgah.. Mana la tau leh jadi panduan pabila terima nantu nantik...hehehe...

Gini.......ceritanya berjudul..
Kisah 4 Pengantin Baru
Mak Minah dan Pak Mat ada 4 org anak perempuan yang sangat disayangi Siti, Seri, Murni dan Suri. Satu hari mereka berpakat utk kawinkan anak2 ni serentak. Selepas selamat diijabkabulkan, ke-empat2 anak tu pun bercadang untuk pegi honeymoon. Siti pegi honeymoon ke Pulau Langkawi, Seri ke Pulau Tioman, Murni ke Pulau Kapas dan Suri ke Pulau Pangkor.

Sebelum pegi, Mak Minah dan Pak Mat berpesan, 'nanti jgn lupa hantar berita pada mak dan ayah. Ceritakan macam mana honeymoon korang. Tak payah tulis panjang2, pakai kod iklan aja dah cukup. Ringkas,padat dan cepat.' panjang lebar Mak Minah memberi arahan pada anak2nya.

Seminggu lepas tu depa terimalah surat dari Siti yang bertulis 'Standard Chartered' . Tercari2lah kedua suami isteri ni iklan Standard Chartered dan bila jumpa tersenyum le kedua2nya membaca iklan yang bertulis 'Besar, teguh dan peramah'.. Bahagialah Si Siti rupanya. .

Esoknya terima pula surat Seri yang bertulis 'Nescafe'. Carilah iklan Nescafe dan tersenyum lagi keduanya membaca iklan yang bertulis 'Nikmatnya hingga ke titisan yang terakhir' Bahagialah Si Seri rupanya...

Selang beberapa hari kemudian, tiba pula surat Murni bertulis KFC'. Carilah iklan KFC dan tersenyum keduanya membaca iklan yang bertulis 'Hingga Menjilat Jari'... Bahagialah Si Murni rupanya...

Seminggu berlalu, tiada surat dari Suri, Mak Minah dan Pak Mat dah risau. Dua Minggu... tak ada jugak.. masuk minggu ke tiga baru sampai surat dari Suri dengan isi kandungannya 'AIR ASIA '. Bergegas le Mak Minah cari iklan penerbangan tu sbb tak sabar nak tau apa yg jadi kat anak bongsunya. Bila dibaca. Mak Minah dan Pak Mat terkulat2 tak tau nak senyum atau menangis.. Apa motto iklan itu...?? TUJUH KALI SEMINGGU... 3 JAM SEKALI ... TANPA HENTI ...

senyum ... senyum ... senyum ...
senyum ... ada makna tuuu ...dahhhh ... Guane tagline korang lak?..ekeke..

Selasa, Jun 30, 2009

Petua Untuk dapat IV dalam PTK

Ini petua yang di beri oleh seorang sahabat bagaimana nak dapat IV dalam slip keputusan peperiksaan PTK.

Ikutilah langkah berikut ;-

1. Sebelum pereksa baca sekurang-kurangnya lima buah buku berkaitan PTK.
2. Bangun awal pada hari perperiksaan PTK, Jangan lupa mandi (kalau terpaksa niat kena berniat kesan daripada aktiviti semalam)
3. Pakai pakaian yang paling baru , kalau boleh jahit khas untuk peperiksaan PTK
4. Pergi periksa dengan tenang jangan bawa kereta laju-laju.
5. Sebelum tu bersarapan pagi di rumah , kalau boleh makan dua biji telur separuh masak dan minum susu.
6. Masuk dewan poeriksa dengan tenang.
7. Dengar arahan dengan berhati-hati.
8. Jangan lupa bawa 4 batang pensel 2B , 1 guna sendiri manakala 3 batang lagi hendaklah di beri kepada kawan-kawan yang tak bawa pensel.
9. Jangan buka soalan sehingga di beri tahu.
10. Apabila mendapat arahan supaya menjawab soalan jangan panik.
11. Buat wajah serius dan garu kepala tiga kali.
12. Tunggu dulu jangan jawab apa-apa soalan sehingga minit ke 55.
13. Pada minit ke lima puluh lima jawab satu soalan yang paling senang tetapi ingat pilih jawapan yang pasti salah

KEPUTUSAN PTK
Sekarang keputusan ptk di umumkan (Contoh)

Nama : ????????????????? KP :70000000000 No Angka Giliran : 000000001

Kertas Umum I
Kertah Khusus I


selepas itu ...........


Tambahkan V selepas huruf I dengan berhati-hati dengan mesin taip.

ia akan menjadi begini


Nama : ????????????????? KP :70000000000 No Angka Giliran : 000000001

Kertas Umum IV
Kertah Khusus IV


Selamat mencuba dengan risiko ditanggung sendiri.....terima kasih

Selasa, Jun 23, 2009

Sabtu, Jun 13, 2009

Aku tak banyak idea tuk menulis di blog ni... kerana tu aku suka baca je hasil nukilan kawan-kawan..walaupun masa di maktab aku suka gak menulis..tapi perubahan masa dan usia serta persekitaran membuatkan kita kadangkala menenggelamkan bakat dan kebolehan...apa yang ku catat ini mungkin menjadi tauladan buat rakan-rakan.

Setiap tahun biasanya anak muridku juga akan terlibat dengan aktiviti yang dianjurkan sekolah seperti pertandingan mewarna. Kebiasaannya guru yang menganjurkan pertandingan akan datang ke kelasku untuk mengutip kertas lukisan atau setidak-tidaknya menghantar pelajar sebagai wakil bagi pihaknya.Sehingga pada suatu hari Isnin sewaktu perhimpunan, aku bertanya kepada guru berkenaan mengenai pertandingan Mewarna sempena Kempen Anti Dadah. Katanya hadiah dah dibeli, oleh kerana pendidikan Khas tak hantar, tiada hadiah.. Aku tersentak mendengar kata-kata guru itu. Setahu aku penyampaian hadiah akan diadakan pada Jumaat . Ini bermakna ada empat hari lagi ...Setibanyanya hari Jumaat...aku membawa hadiahku sendiri untuk tiga orang muridku...Selepas majlis penyampaian hadiah kami masuk ke kelas... Aku termenung mengenangkan sikap guru yang memenangi kategori Guru Paling Bergaya pada Hari Guru yang lalu.. Alangkah malangnya...dia memang cantik bergaya dengan kebaya setiap hari ...tetapi memandang rendah pada kanak-kanak pendidikan Khas. Tidakkah dia boleh berkata..."Tak mengapalah ada banyak masa nanti saya minta AJK hadiah sediakan hadiah..."
Sampai air mataku bergenang bila aku dan seorang rakan guru pendidikan Khas bercerita mengenai perkara ini... Anak-anak istimewa ini tidak minta dilahirkan cacat... bukan kehendak mereka lahir dengan ketidakupayaan mental atau lembam atau hiperaktif.. mereka juga ingin menjadi manusia normal... kita yang normal ini pun belum tentu masuk ke syurga Allah..tetapi mereka bakal ahli syurga...mengapalah didunia mereka dipandang hina.. malah ada guru yang tak mahupun mendekati anak2 ini ..jijik melihat hingus tak kering di hidung...Mudah2an keluaran M3P tidak ada pendidik yang sebegini rupa... Selamat Malam...

Jauh dari Kluang...


Selamat kembali bertugas buat cikgu-cikgu..
Sekejap je dahpun 2 minggu berlalu...masa cuti ni banyak perkara yang nak buat... selain balik kampung jenguk orang tua...bolehlah bawa anak2 bercuti.. dan nak kongsi hobi berkebun dengan kekawan2..Kebetulan rumah aku adalah tanah sikit.. sejak jadi guru pendidikan khas 12 tahun lalu lebih kurang aku ajar murid2 ni berkebun sayur.. tak alih-alih minat berkebun mula datang bila melihat pokok sayur subur menghijau.. Selain boleh makan sendiri boleh jugak sedekah kat jiran2. Yang aku nak kongsikan disini... buat teman2 tahukah anda bahawa sayuran yang dijual di pasar itu mengandungi bahan pengawet yang cukup tinggi... buktinya.. sayur yang kita tanam sendiri ..(biasanya kat sekolah sawi la..baru bawa balik dari sekolah sampai umah dah layu) tapi sayur kat pasar tu berhari-hari tak layu .. segar je.. So untuk kaum ibu pastikan sayur yang dibeli direndam dulu dengan sedikit garam dalam 5 minit dan basuh sebelum dipotong..
Kat disini ada la gambar rose dan pokok2 yang aku tanam ..

From: Atie..Kluang....KakTun ..dah sampai segamat tu ngape tak gi Kluang terus...?

Jumaat, Jun 05, 2009

Mahasiswa dan Mahasituwa

Salam rindu buat semua, Alhamdulilah atas dorongan kalian aku dan abanglong Meeze bergelar mahasiswa (Mahasituwa). Aku baru selesai menjalani program orientasi PJJ USM 2009/2010 pada 1 - 4 Jun yang lalu. Dalam masa seminggu memang sangat sibuk sehingga tak sempat langsung nak jenguk blog, dari 25 May hingga 4 Jun, aku ke Klang, Pulau Redang dan sambung ke USM. Balik ni kena hantar dan ambik menantu abang-abang aku lak. Agaknya beginilah tugasan kita bila dah makin tua. Di USM ada jumpa juga dengan seorang junior 1992/1994 dia kata dia dapat maklumat daripada blog, begitu juga dengan seorang cikgu dari SK Kadok , katanya kawan berblog kita maklumkan yang pegawai PKG (aku lah tu ) juga sambung PJJ USM. Sehingga kini aku dan Meezee boleh dikatakan masih "Happy Go Lucky" macam belajar di MPPP juga. Maksudnya tidaklah begitu terbeban pun, malah lepas orientasi Meezee sambung lagi orientasinya kat Langkawi. Kami berdua gunakan pengalaman yang lalu untuk menjayakan misi kami. Ketika orang lain berpeluh-peluh berbaris untuk ambil gambar kad matrik kami relaks minum , bila orang dah habis berbaris kami pergilah tangkap gambar kami. Begitu juga sewaktu ambil module orang lain berbaris panjang sambil menggalas beg kami baca surat khabar , bila orang dah habis semua kami ambik.Akhirnya kerja kami beres juga tanpa gopoh gapah. Itulah yang boleh aku cerita. Sewaktu orang dok sembang begitu begini pasal modul aku sempat bergurau "module kita ni sama berat dengan beg buku anak kita yang darjah satu sahaja". Apa yang aku coretkan hanyalah untuk menyedapkan hati sendiri. Aku mengharapkan doa kalian agar kami menghadapi hari depan dengan lebih tabah. satu lagi aku dah terima e mail 22 Jun Nanti aku akan ke Ipoh pula, siapa ada masa kita jumpa di sana bye.

Isnin, Jun 01, 2009

Etok ke nih?

Salam buat semua...kabare? Selamat bercuti khas kepada yang bercuti dan selamat bertugas kepada yang tidak bercuti atau menjalani kelas tambahan. Teruskan perjuangan...

Khas buat sahabat di Terengganu, korang kenal tak image kat atas nih? Selalu aku tengok jejauh je. Tapi semalam baru tergerak hati nak beli ketika balik dari kenduri kahwin di Hutan Melintang, Perak. Lalu Sabak Bernam, aku lihat ramai peniaga Melayu jual di sepanjang jalan berselang seli dengan jualan jagung dan aneka buah tempatan.

Ketika perjalanan ke Perak tu aku lihat banyak gerai jualan lokan dan mentarang. Aku ingat mentarang tu kuih...ekeke. Gelak abang aku bila aku kata mentarang tu kuih. Manalah aku tahu. Seumur hidup tak pernah tengok apatah lagi rasa spesies kerang nih. Ye kot spesies kerang!

Image atas tu lokan (macam etok). Kat bawah tu pulak mentarang. Isi mentarang sedap, manis. Isi lokan sama macam etok. Mu kenal etok ke Brie? Dulu masa kekecik aku selalu gak cari etok kat sungai Jeram tu, dekat rumah tok ki aku. Nostalgia tuh. Rasa dan baunya lebih kurang cuma saiznya beza. Sekilo lokan dalam 10 pcs je RM5.

Rabu, Mei 20, 2009

Akulah Guru

Salam buat semua kengkawan. Sajak nukilanku yang dipersembahkan ketika sambutan hari guru sekolahku Isnin lalu ditujukan khas untuk kengkawan.

Akulah guru
Mendidik bangsa tercinta
Membentuk jati diri mulia
Dalam setiap nurani dan jiwa
Mengajar si kecil harapan negara
Bahu menggalas niat murni pemimpin negara
Menjadikan watan gah di persada dunia
Mengharum nama nusa dan bangsa
Duduk sama gah berdiri sama tinggi dengan semua bangsa

Akulah guru
Sekolah menjadi rumah kedua
Tempat menabur budi dan jasa
Tiada mengira penat lelah terus berusaha
Tiada juga terhitung pengorbanan tercipta
Dedikasi menjalankan amanah diberi ikhlas di dada
Dengan niat suci menerima segala
Sakit pening tanggung sendiri nampaknya
Demi niat suci ingin berbakti kepada nusa

Akulah guru
Bertugas di desa di kota di ceruk rantau melata
Tiada mengira anak didik apa bangsanya
Apa warna kulitnya
Semua siap sedia menabur keringat
Walau kalanya tiada siapa fahami
Niat suciku memberi khidmat

Akulah guru
Siap bekerja awal pagi pulang lewat petang
Sudah menjadi asam garam kehidupan
Mengadap laptop sahaja memanjang
Mataku pun sudah naik buntang
Adakalanya nampak bintang-bintang gemerlapan
Sudahnya melayang duit beli kacamata hitam

Akulah guru
Menjadi jurulatih itu ini
Pengurus pasukan berkali-kali
Mana tempat aku tak pergi
Berkursus perkara biasa di sana sini
Malahan segalanya aku boleh jadi
Demi anak didik yang amat dikasihi
Hingga tidurpun tak sempat bermimpi lagi

Akulah guru
Akulah juga si tukang sapu
Menghias kelas rutin aku sejak dulu
Mataku sakit bila melihat sampah sana sini
Celah pasu, dalam longkang malahan melekat di kaki
Buat jadual pun ada anak murid buat tak reti
Nakku tangankan kalau diikut hati

Akulah guru
Juga bertugas sebagai tukang kebun berjiwa murni
Menghias landskap taman-taman sekolah indah berseri
Mengecat bangunan menjadi mural cantik sekali
Tenang mata memandang walau kadang sakit di hati
Kerana banyak kerja melibatkan PnP tak selesai lagi
Aduhai Tuhan kuatkanlah semangat kami

Akulah guru
Juga menjadi penyiasat handalan
Apa salah laku murid tentang hal-hal disiplin
Ponteng, buli, mencuri, siap korang
Aku sekeh kepala hang
Jaga-jagalah perangai supaya aku tak bengang
Kalau dah bengang aku takut pengsan
Silap haribulan masuk wad kecemasan

Akulah guru
Ada ketika menjadi jururawat
Kadangkala pula tak ubah macam doktor
Murid sakit pening telefon mak bapak
Kemudian anak-anak tu kenalah dirawat
Tapi ada juga ku biar sebab sudah tak larat
Kalau sakit demam pula
Kereta aku sudahnya menjadi ambulans

Akulah guru
Selalu juga menjadi pengasuh anak
Murid sakit ke sekolah tetap disuruh mak bapak
Kalau demam atau muntah
Kenalah aku basuh kalau demam atau muntah berkahak
Kalau tak tahan bau terpaksalah tutup hidung dan mulut sebab perut sendiri dah naik senak
Apa nak buat aku dah sain perjanjian kata sanggup berkhidmat
Tunggulah lepas 30 tahun berkhidmat baru tugas tamat

Akulah guru
Malah sudah biasa menjadi kerani
Mengisi borang itu dan ini
Mengira data berhari-hari
Makanpun belum tentu perut berisi
Terkadang makan banyakpun masih lapar lagi
Sebab itulah ke kantin berkali-kali
Tapi tak kesah sebab sukalah nanti Shila n Suzie (ni orang kantin aku, ekeke)

Akulah guru
Akauntan pun aku boleh jadi
Mengira wang hari-hari walaupun bukan milik sendiri
Murid bayar yuran sekolah dan yuran PIBG
Aku dan kawan-kawanlah yang jadi ceti
Belum lagi cerita pasal yuran kelas bestari
Berbulan-bulan tunggu nak dapat baki
Ada pulak yang buat tak reti
Aku tak kira, aku tanya setiap hari
Lagi tak dapat penuh, lagi tulah aku cari

Akulah guru
Visi PPD, visi sekolah perlu dicapai
Visi sendiri entah apa-apa tak tahulah lagi
Mengharap kejayaan menggunung tinggi
Menitis air mata entah mengapa sebak di hati
Digolek luka menggolekpun luka
Tetap menjadi guru yang setia
Yes bos yes tuan di mulut tercipta
Sedia berkhidmat kepada ketua
Aku menyerah…aku pasrah segala
Kerna … akulah guru

Ahad, Mei 17, 2009

Selamat Hari Guru Buat Kita Semua

Ucapan Pertama
Bila Kita dapat Bunga, Tanda kita dah harumkan dunia,
Bila Kita dapat Pen, tanda kita lah yang merancang masa depan mereka,
Bila kita mendapat pemadam (roba), sesungguhnya kita mampu membetul silap dan alpa,
Bila kita dapat mesej, tanda kita tak dapat hadiah lain , dok baca mesej tu lah jugak, Syabas buat diri kita kerana mengajar dengan ikhlas tanpa mendapat apa-apa balasan di dunia yang fana ini.

Ucapan Ke 2
Bila murid duduk, cikgu gah berdiri,
Bila murid dicubit, cikgu pulak di gari,
murid datang sekolah naik BMW 7 siri (hak bapa dia lah tu, Cikgu Pula naik motor buruk roadtaxnya dah mati,
Murid yang berhingus dulu dah dapat PHD, Cikgu isi borang Oum nak ambik degree,
Namun cikgu tak pernah kenal jerih untuk berbakti, demi melihat anak bangsa majukan diri,
Semoga kita dapat balasan di akhirat nanti. Allahu Akhbar

Ucapan Ke 3
Guru bukan macam chipsmall kejap ade kejap tak ada
Guru buka macam lilin belum baca sebiji buku cahaya pun dah pergi
Guru bukan macam bola dikejar-kejar dan ditendang-tendang
Guru bukan macam Exora disanjung sewaktu masih baru dijual bila dah makan slinder
Guru bukan macan tikar getah dipijak -pijak lepastu dibakar
Guru adalah seperti garam , dibubuh sentiasa dalam masakan
Guru macam lampu flourousen bila dah padam susah seluruh warga isi rumah
Guru macam cili api walaupun pedas masih dicari-cari
dan guru macam kita semua walau dah hampir 20 tahun berbakti tapi semagat tak pernah luntur untuk berbakti. ummmph....muaahh.... bye

Isnin, Mei 11, 2009

Berkunjung ke rumah (istana) sahabat ku

10 Mei hari cuti sempena hari Wesak. Aku meninjau pekan kuala Berang ( ceh... pergi beli surat khabar je ). Kemudian teringat teman kita yang lama tak jumpa. Sekarang beliau mengajar di SK Bukit Perah tempat aku berpraktikum bersama sabang, mat jerantut dan Reduan perak. Katanya dia danh jadi guru bimbingan. Sesiapa yang dah lupa namanya aku tolong ingatkan semula. Nama lamanya Sangkang nama barunya Abd Rahim.

Rumah nya bukan calang-calang rumah 80' X 40'
Bersama anaknya yang ke 2

Rabu, Mei 06, 2009

Semalam seekor tetamu berkunjung ke rumah aku


Aku panggilnya Nilon, ada orang panggilnya kera duku, kalau siapa berminat nak bela aku bolehlah tangkapnya kalau dia sudi berkunjung semula ke rumah aku.

Renungan - E Mail En Mohd Sani

Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata...memang betul)


Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
Bila takut, yang tenangkan aku....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan ....mak
Bila sedih, aku mesti talipon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak
Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak

Aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....mak

Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”

Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak

Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya........

Tapi kalau mak sudah tiada..........
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....




Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,
"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.
"Jika kamu menyayangi ibumu, "forward"kanlah Email ini kepada sahabat- sahabat anda.

1 orang : Kamu tidak sayangkan ibumu
2-4 orang : Kamu sayang ibumu
5-9 orang : Bagus! Sayang jugak kamu kepada Ibumu
10/lebih : Syabas!Kamu akan disayangi Ibumu

Selasa, Mei 05, 2009

The Latest Figrure of our companions

Pn Hamidah Rashid dan Anaknya ( No 3/6 Akib) SK Mengabang Telipot Kuala Terengganu.

Pn Azmi Ali SK Durian Mas Manir, Kuala Terengganu

Sabtu, Mei 02, 2009

Jalan-jalan cari ilham

Salam buat semua kengkawan. Amacam, canteq tak Gunung Ledang? Ni la kali pertama aku jejak kaki ke hutan lipurnya. Itupun sesaja singgah waktu balik dari kenduri rumah pak cik sepupu kat Segamat tengah hari tadi. Tak pernah sampai walaupun kerap juga ke Johor. Ramai sedara sebelah aku dan suami area sebelah sini. Tiap tahun sampai tapi selalu singgah di Melaka. Okey gaklah pemandangannya. Lebih kurang Ulu Bendul. Ni buat aku rindu ngan Sekayu...
Ramai betul pengunjung sempena cuti ni. Yang tak sedapnya ada yang tak begitu menjaga kebersihan persekitaran.

Anak2 jumpa air, buat perangai anak iteq...ekeke...bukan main susah pujuk naik.


Cantiknya pemandangan tika matahari terbenam. Kat highway pun jadik merakam.