Pecarian Belum Selesai

Norlia Abdullah, majidin wassilin, norliha Mohd Noor,Beechee Hamisah, Asnian Ayub Daud, Mahiran Mohd, Zuraidah, norwati hussin, Latifah Diasin,Rahana Ismail, Hamizan Shaffain, Rokian Che Mamat, Rasimah Abd Momen, dan Fadzilah Mohamad
Sesiapa yang ada contact dengan penama di atas tolong maklumkan kepada blogmaster- TQ

Khamis, Ogos 20, 2009

Bukan main-main Ini Betul-betul







Assalamualaikum .Kebetulan kawan buka blog ni tergerak hati nak hantar gambar. Bukan apa sebagai tatapan dan kenangan masa lalu.Bulan Julai merupakan bulan Kecergasan. Maka banyaklah xtvt yg nak dijalankan .Maka kawanlah yg bertanggungjawab untuk melaksanakan misi ini. Antara xtvt yg dijlnkan biase le. futsal,b ola jaring, senamrobik, j-ng,ceramah dll.Tapi ada satu xtvt yg kawan teruja benor.Flying Fox dan Up celling.Apa lagi guru yg terpilih untuk melakukan xtvt tersebut ialah kawan sendiri. Nasib baik ada pengalaman lalu di mppp maka tak jadi masalah utk diterjemahkan semula. Ini bukan main-main ini betul-betul Wassalam . Mezee.

Rabu, Ogos 19, 2009

Seronoknya konvo


Salam kepada godong-godong/kengkawan.Tahniah kepada my wife coz dah dapat degree dan kepada sahabat seunit Susana kerana dah ada master.Masa mereka konvo tu risau juga sebab H1N1 tengah kuat, khalayak pulak dari mcm-mcm tempat. Dah le kerusi tak cukup, hujan turun mencurah-curah terpaksa le lepak tepi dewan anak-beranak.Orang tengah konvo memang le seronok yang kat luar terpaksa le tunggu juga.
Susana maklum ada senior kita nama Nordin konvo juga hari tu tapi kawan tak nampak le pulak tapi kalau nampak pun kawan dah tak cam orangnya.Kepada Susana teruskan study ke PhD.Orang umah kawan dah mula mencongak-congak master tapi kawan entoh le.

Ahad, Ogos 16, 2009

Misteri Nusantara

Salam untuk semua...Kabare?...

Khamis lepas (malam Jumaat) aku menghadiri jemputan seorang rakan untuk memberi khidmat bantu dalam program Malam Restu UPSR. Rakan aku tu berkhidmat di sekolah berhampiran. Namun begitu sekolahnya agak ke dalam dan perlu melalui laluan agak gelap dalam kebun kelapa sawit. Aku memang dah terfikir takkan pergi seorang. Kubawa seorang kawan sebagai pembantu dan peneman. Masalahnya kami berdua rabun...ekeke...

Aku memandu perlahan ketika melalui jalan tersebut sebab memang jarang ke situ. Takut pula terbabas. Sambil memandu, aku berbual. Seingat aku, untuk ke sekolah tersebut, aku perlu melalui dua selekoh ke kanan dan satu simpang ke kiri. Aku memandang tepat ke jalan takut silap ambil selekoh. Selepas tiba di selekoh pertama, aku tak jumpa pula selekoh ke dua. Yang aku nampak ada simpang tiga. Entah kenapa aku belok ke kiri dan meneruskan perjalanan. Semakin lama, aku lihat jalan semakin kecil dan lalang di tepi jalan semakin tinggi. Tiada rumah pula tu di tepi jalan tu. Seingat aku, sebelum tiba di sekolah tu, aku akan jumpa banyak rumah dan masjid setelah melepasi jalan gelap tu. Alamak! Saspen nih.

"Kak!" kataku. "Betulke ni jalannya?" kataku lagi. "Entah! Kak Ida jarang ke sini. Malam pula tu!" jawab kawan aku. Aku tak sedap hati sebab jalan makin kecil. Aku nampak sebuah rumah yang bercahaya malap di kanan jalan. Aku u-turn kat situ. Tak berani nak ke depan lagi sambil baca apa yang patut (yang aku tau). Kak Ida turun dari kereta sebab katanya ada seorang lelaki tua di depan rumah tu. Aku tanya, "Mana? Tak nampak pun!". "Ai, tu kan orangnya!" kata kak Ida lagi. Aku tercari-cari orangnya sebab tak nampak ada sesiapa di situ. Nampak pula kak Ida bercakap-cakap tapi malangnya aku tak nampak siapa!!! Tengkuk mula meremang. Lepas kak Ida masuk kereta balik aku diam aje. Aku ikut je laluan yang kak Ida tunjuk.

Tiba di sekolah member, aku tak cerita apa-apa. Time balik aku ikutlah kereta-kereta member sekolah tersebut. Alhamdulillah selamat tiba di rumah jam 11.30 malam. Lepas beberapa hari, baru aku cerita dengan kak Ida. Apalagi...menjerit-jeritlah dia...Alahai, pengalaman!...pengalaman!

Ahad, Ogos 09, 2009

H1N1


Salam buat semua kengkawan...Kabare?...
Semoga semua rakan berada dalam lindungan dan rahmat Allah sepanjang masa. Begitu juga dengan keluarga korang semuanya. Tidak lupa seluruh umat Muhammad.

Bagaimana situasi di tempat korang. Di sini kedengaran jangkitan virus H1N1 kini menular di sekeliling kawasan tempat tinggal kawan. Seram ada, takut pun ada, bersyukur pun ada kerana dalam ketakutan itu, teringat pula akan dugaan Allah kepada umatNya diberi dalam banyak cara. Mungkin inilah satu peringatan kepada kita supaya tidak lalai menikmati kehidupan di dunia. Sesekali dikejutkan kita dengan wabak supaya hambaNya sedar akan kekuasaan Maha Pencipta.

Agak sukar untuk memahami situasi sebenar. Di televisyen melaporkan setakat 9 Ogos ia sudah meragut 18 nyawa. Namun kawan terbaca di laman khas H1N1 Kementerian Kesihatan Malaysia, sudah 26 kematian. 63 lagi dirawat di hospital manakala 13 mangsa berada di ICU. Doa kawan semoga mereka kembali sihat untuk menghirup udara segar anugerah Tuhan di bumi yang menjanjikan kemakmuran.

Terdetik resah di hati kerana nyawa yang diragut itu, sebahagian besarnya masih bayi. Baru mengenal dunia (walaupun bukan dunia sebenarnya yang penuh pahit maung). Apa dosa mereka? Begitu cepat mereka kembali kepada PemilikNya yang abadi. Kepada keluarga yang terlibat, bersabarlah. Segala yang berlaku ada hikmahnya.

Apabila ke sekolah kawan, kelas2 banyak lengang. Sejak minggu lepas, memang ramai murid yang demam. Tidak pernah berlaku sebelum ini. Kasihan mereka. Semoga tiada yang terkena jangkitan ini di sini dan di sekolah kalian. Sama2lah kita mengambil langkah berjaga2. Dalam hilai tawa kita, sesekali perlu juga menangis dan bermuhasabah diri...

Wallahua'lam...Jumpa lagi.

P/s: Apa ke kaitan gambag kat atas tu? Takde kaitan apa pun. Anak kawan nye keje la tu. Disusunnya mainan deme atas motosikal pastu amiknya gambag. Syok sendiri...heh!

Jumaat, Julai 31, 2009

Alamak, lewat sebulan la...

Meh, relaks jap....

Sepasang pengantin yang baru berkahwin 4 bulan. pada suatu malam si isteri memeluk leher suami dengan nada manja seraya berkata, " ayang, period i dah lewat sebulan, tapi i tak boleh nak pastikan lagi sebab kita kena gi check kat doktor."

Si suami yang teramat gembira tu pun berpakat dengan isterinya untuk tidak emberitahu sesiapa pun tentang perkhabaran gumbira ini sehingga ianya benar2 pasti.

Pada suatu hari, pasangan ini di datangi oleh pegawai dari TNB kerana terdapat tunggakkan dalam pembayaran bill elektrik rumah mereka. Pegawai TNB tu pun berkata " ini rumah En. Mahpus ker?" "iya, saya ni isterinya. Ada apa encik"

Pegawai TNB tu pun berkata, " Puan, ni dah sebulan lewat, saya dah tak boleh tunggu ni, nanti boss saya marah."

Dengan nada terkejut, si isteri itu pun membalas balik cakap pegawai TNB tu." APA??? Macam mana pulak encik tahu yg saya ni sebulan lewat???"

Pegawai TNB tu pun dengan selamba menjawab " ala puan, ni kan zaman IT, semua tu ada dalam komputer dan kita boleh check Online"

Kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si isteri tu lagi terkejut. "APAAA????Saya lewat sebulan pun awak semua boleh tahuuu??? "

Pegawai TNB tu pun mententeramkan keadaan" Relek puan, puan ni baru lewat sebulan, ada yg lagi teruk, lewat 5-6 bulan"

Si isteri yg terperanjat beruk dengan kenyataan pegawai tu pun berkata, nanti saya bincang dengan suami saya..lalau pegawai TNB tu pun beredar dari situ..

Keesokan harinya, selepas si Mahphus ini di beritahu oleh isterinya, dia pun naik berang dan terus ambik cuti dan pergi ke kedai TNB yg berdekatan..

Dengan tanpa menghiraukan pegawai-pegawai TNB yg ramai di situ, dia pun memekik seraya berkata "Apa korang ni, isteri saya sebulan lewat pun nak heboh2 ke dalam internet. awak ni semua yg berkeluarga tak pernah lewat sebulan kerrrr????!! bisness apa korang buat niii?? nak kena saman kerr???

Lalu pegawai yg datang kerumah si Mahphus ni berdiri dan mententeramkan keadaan. "sabar encik, sabar encik. apa susah, kalau cik nak settlekan perkara ni, bayar je..." kata-kata pegawai TNB tu membuatkan si mahphus naik berang.

"APAAA?? nak bayar korang? belahhhh lahh...."

Lalu pegawai TNB tu pun cakap " kalau macam tu, Kita terpaksa potong encik punya........"

Si Mahpus mencelah " apa??? potong??? abih tu isteri saya di rumah nak pakai apaaaaaa???

Pegawai TNB tu pun cakap " nampak gayanye..ISTERI ENCIK KENA PAKAI LILIN AJERRRLAAAAAAAA"

???????????????????.....................

Khamis, Julai 30, 2009

MISTERI BOLA PING-PONG...

Geng, Cerita ini amat sedih..cuba baca....

Amer berumur 15 adalah seorang anak yang pendiam. Dia sungguh misteri. Bapanya seorang pesara tentera, kini memulakan perniagaan kecil-kecilan, manakala ibunya telah pun meninggal dunia sejak dia berumur 8 tahun. Tinggal lah Amer dan bapanya berdua. Bapanya seorang yang amat tegas dan mengharapkan Amer berjaya didalam pelajaran.

Setelah bertungkus lumus belajar akhirnya Amer mendapat kesemua A dalam setiap mata pelajarannya ketika menduduki peperiksaan SPM.

Suatu petang bapanya memanggil Amer. "Bapak bangga dengan pencapaian engkau, Amer, apa kau nak sebagai hadiah kerana cemerlang didalam PMR? Basikal?"

Amer hanya membalas "Saya hanya nakkan 2 biji bola ping pong aje bapak."

Bapaknya hairan. Tapi dia tetap menunaikan hajat anaknya. Dia lantas membelikan anaknya 2 biji bola pingpong.

Masa kian berlalu, kini Amer mendapat kejayaan didalam SPM, dia mendapat 10A dan diterima dijurusan kejuruteraan mekanikal disebuah university terkemuka di Malaysia. Bapanya bangga dan bertanyakan apakah hadiah yang Amer mahukan. Amer masih tetap mahukan 2 biji ping pong. Bapanya bertambah hairan, namun dia tetap membelikan Amer 2 biji bola ping pong.

Semasa di university, Amer terus berjaya dan berjaya dan dia telah mendapat award sebagai pelajar terbaik di Universitinya. Kejayaan demi kejayaan yang diterimanya dia masih tetap mahukan 2 biji bola pingpong dari bapanya.

Bapanya terfikir yang dia mempunyai anak yang kurang centre, tetapi masih berbangga.

Akhirnya dia telah diterima bekerja di salah sebuah syarikat engineering yang terbesar di Malaysia yang bertaraf international. Bapa Amer makin gembira lantas dia masih bertanyakan apa yang Amer hendak. Amer masih tetap mahukan bola ping pong.

"Kau ni, asik2 bola pingpong! Sudah!! Perniagaan bapak makin maju dan bapak adiahkan kau sebuah Kereta Mercedes SLK Compressor"

Namun, Amer tetap gembira dengan pemberian bapanya tanpa banyak soal.

Pada hari dia mendapat kereta tersebut, dia keluar untuk men'test' keretanya. Namun, apalah malang Amer, dia mendapat kemalangan yang teruk di Highway KM 1.24 dan dimasukkan ke ICU.

Bapa Amer amat terperanjat dengan kemalangan tersebut.

Semasa di ICU, bapanya menjaga Amer dengan penuh kasih sayang. Tetapi nampaknya Amer tadak harapan nak sembuh, lalu Amer mengeluarkan kesemua bola ping pongnya dan menyerahkan pada bapanya.

"Bapak... ameklah bola ping pong yang saya simpan ni...." kata Amer kesakitan.

"Amer, selama ni ko asik mintak bola ping pong aje, ape ke paedahnya" kata bapaknya

"Sebenarnya ada misteri disebalik bola ping pong ini..." kata Amer

"Apa dia" tanya bapa Amer

Tetapi belum sempat Amer memberitahu meisterinya, Amer menghembuskan nafasnya yang terakhir...

Bapa Amer menjadi separuh gila mengenangkan misteri anaknya.

Apakah misteriya? Anda nak tau????





..ianya tetap misteri kerana tajuk cerita ini adalah Misteri Bola Ping Pong dan akan menjadi misteri selamanya..sedih, kan?!!

Rabu, Julai 29, 2009

Soal Hati

Keikhlasan itu seumpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di suatu malam yang amat kelam. Meskipun ianya wujud tapi amat sukar kelihatan di pandangan. Dengan itu ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup dipenuhi ketenangan dan kedamaian abadi...

Kembali ke sekolah






Isnin, Julai 27, 2009

Renungan Hari Gaji



Bertemu Kembali







Assalamualaikum rakan2 blogger.Takde apa yg bendak dicoretkan dalam laman ini cuma ingin memaklumkan rakan2 lain yg ada masa tolong berikan infomasi yang terkini. Bukan apa ingin mengetahui sejauh mana blogger ini beroperasi. oleh yg demikian sekiranya rakan2 ada cerita ke atau falsafah ke atau apa2 je bolehlah coretkan di sini. Takle Ju, Brie dan Che Tun je yg beriya-iya sangat Ok... Di sini Abg Long nak kirimkan gambar Abg Long dan rakan2 Jama dan Sehat Sekeluarga Wassalam .Gambara Abg Long bersama Kumpulan Hijazz di Highway Seremban.Bersama Jama n Jee gi Pekan dan Sehat di Masjid Kristal Ganu.Meezee

Rabu, Julai 22, 2009

Gambar Sumbangan Abg long , Meezee

Ini gambar yang di poskan oleh Abang Long, Meezee. Gambar-gambar ini di ambil tahun lepas. Bukan hasratnya untuk memerap gambar ini begitu lama, dia telah cuba 237 kali mengepos ke sini tetapi tidak berjaya. Pada kali ini dia poskan melalui e-mail kepada aku ......berjaya !!!! Tahniah Meezee.


Selasa, Julai 21, 2009

Tahniah kepada orang yang hilang rambutnya

salam bahagia, sekarang ni baru pulang dari kuliah Dr fadhil Che Din, insya Allah selepas beberapa sesi kursus dan latihan praktikal aku dan sahabat-sahabat akan di tauliahkan dengan sijil Para Kaunselor daripada Institut Sosial Malaysia. Cuma di sini aku nak kongsikan bersama tentang sebab-sebab mengapa orang yang kepalanya semakin gondol disayangi oleh para isterinya. Mengikut pandangan dr fadhil bahawa lelaki menjadi semakin gondol kerana mereka selalu menyondol isterinya. Sebab itulah semakin gondol kepalanya isterinya semakin sayang. Untuk membuktikan perkara ini tanyalah isteri-isteri yang suaminya berkepala gondol. sekian

Isnin, Julai 20, 2009

JOM, CERMIN DIRI KITA...

Salam.. Ni nak kongsi maklumat baik punya.. asyik merapu jerk.. nanti org marah kat Ju laks.. Kengkawan lihat2 dan renung2 la.. Bukan nak jadi ahlil nujum.. Cuma, jadikan maklumat ni sebagai satu medium kita kenali diri ea...

Muharram
Seorang yang pendiam, sihat pemikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan sempurna, walaupun begitu jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.

Safar
Tabiatnya buruk. Tidak suka mengakui kesalahanya. Ibu bapanya perlu mendidiknya untuk menghilangkan tabiat itu, jika tidak kehidupannya menjadi susah. Walaupunbegitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ia akan mendatangkan hasil.

RabiulAwal
Perwatakannya baik, mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga dalam pekerjaan, ramai yang menyenanginya. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras, dan mudah marah.

RabiulAkhir
Perwatakanya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupan menjadi sukar kerana tabiat buruknya. Ibu bapanya menempuh kesukaran dalam mendidiknya.

JamadilAwal
Dia mempunyai tingkat keyakinan diri yang tinggi. Berani dan nekad. Kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walau begitu, keberanian dan tekadnya akan menunjukan hasil usahanya, kadangkala menemui kegagalan juga .

JamadilAkhir
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya. Bila dia tahu dia salah atau keliru, dia mudah mengakuinya, bila dia tahu dia benar, pendirianya keras tidak mahu mengalah. Semasa kecil ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agak terserlah sifat-sifat yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.

Rejab
Semasa kecil dia degil dan nakal. Ibu bapanya patut mendidik dengan baik agar dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika dewasa, dia suka bersikap merendahkan diri dan tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil bagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa .

Syaaban
Perwatakanya baik, hidup selamat rezekinya tidak putus-putus. Waktu kecil mudah mengalah bila bermain dengan kawan-kawan. Kelakuan baik, berbudi bahasa hingga semua orang suka kepadanya. Masa dewasa ia akan berjaya dalam segala dalam kerjayanya dan mudah mendapat rezeki .

Ramadhan
Dia baik, pendiam, suka merendahkan diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenali. Tidak suka membanggakan dirinya dan kehidupannya selalu selamat.

Syawal
Perwatakan keras. Hatinya keras. Tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan kehidupannya, oleh itu ibu bapa perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya, jika tidak, kehidupanya menjadi susah kerana perangai keras hatinya dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.

Zulkaedah
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia terlalu banyak berfikir, sifat ini akan membuahkan hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana terlalu banyak berfikir, dia kadangkala menjadi keliru. Seharusnya dia bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang memuaskan.

Zulhijah
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika dia baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaanya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. Oleh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah,dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatanya. Dia seringkali menyesal kerana kurang pertimbangan...

Ju lahir bulan Rejab..Tak taulah betul ke dok.. Yang penting bab 'degil' masa kecik tu memang betul sesgt la..hehe..

Ahad, Julai 19, 2009

PETUA MANCING....

Ni, baru jupe satu petua.. khas tuk owang mancing.. mancing nak dpt ikan, kan? Cuba petua nih...

Rahsia Menangkap Ikan, tiru ni... Ada seorang nelayan yang selalu dapat banyak ikan pabila dia ke laut...so crew TV3 interview dia untuk rahsia dia tangkap ikan.

Crew TV3 : "Apa rahsia pakcik tangkap ikan?"
Nelayan : "Pakcik tenguk cara isteri Pakcik tidur bila pakcik bangun pagi. Kalau dia mengereng ke kiri, pakcik tebar jala kiri. Kalau dia mengereng ke kanan pakcik tebar ke kanan."

CrewTV3 : "Kalau isteri pakcik tidur terlentang?"
Nelayan : "Rezeki depan mata, pakcik tak turun kelaut pagi tu... sebab duyung serah diri!"

Soengeh sorang2 nampak?

Rabu, Julai 15, 2009

Anak Itik Tok Wi

Anak itik tok wi
Mandi dalam kolam
Sakit kepala kami
Kerja siang malam

Anak itik tok wi
Jalan lenggang-lenggang
Oh adat duniawi
Orang malas kena tendang

Anak itik tok wi
Kuo pagi kelik petang
Juga adat duniawi
Orang rajin dapat kerja tambahan

Anak itik tok wi
Lari kedek-kedek
Walau sakit hati
Buat-buat ketawa kekek-kekek

Anak itik tok wi
Lemas dalam sungai
Makin banyak kerja diberi
Aku sengih menyeringai

Anak itik tok wi
Baru patah kaki
Sorang kawan aku sakit gigi
Esok terus ambik cuti

Anak itik tok wi
Jalan sambil berlari
Aku pun rasa nak mc
Nak overhaul body

Ko Kawan Aku, Aku Kawan Ko..

Salam Rabu, geng.... Wat Che Tun, jgn rasa stress sgt.. Bimbang pulak nanti masuk wad.. Ju pun tgh bengang gak nih.. Senin nak dbreifing la ape la.. mintak lak macam2.. dalam masa2 yang berharga tuk budak2 thn 6 nih, kita dibeban dgn program2 diorang yg tak tentu hala tuh.. Pastu sambung lak dgn PLBS.. Bukan mengeluh pasal kerje, tapi yang kerja yg ditokok tambah tu yg jadi strees..

K, ni ada cerita lagik...

Satu hari CINTA & KAWAN berjalan dalam kampung... Tiba-tiba CINTA terjatuh dalam telaga... Kenapa?? Kerana CINTA itu buta..

Lalu KAWAN pun ikut terjun dalam telaga... Kenapa?? Kerana... KAWAN akan buat apa sahaja demi CINTA !!

Di dalam telaga CINTA hilang.... Kenapa?? Kerana... CINTA itu halus, mudah hilang kalau tak dijaga, sukar dicari apatah lagi dalam telaga yang gelap...Sedangkan KAWAN masih lagi tercari-cari di mana CINTA & terus menunggu.. Kenapa??

Kerana... KAWAN itu sejati & akan kekal sebagai KAWAN yang setia.... kan ?? so, hargai lah KAWAN kita selagi kita terasa dia BERERTI.....

Walau kita punya couple, teman still d perlukan.. sbb kalo xder KAWAN..nk borak dgn siaper ek?..

Hai kawan-kawan

Salaaammmmm....sila baca ikut tune lagu air pasang dalam, surut pukul lima, ekeke...

Wahai kawan-kawan
Ke mana aku hilang
Aku tidak hilang
Cuma tengah bengang

Wahai kawan-kawan
Aku rasa korang pun hilang
Bila aku datang
Korang timbul tenggelam

Wahai kawan-kawan
Kita asyik sibuk sakan
Camana tak sibuk sakan
Kerja baru asyik datang

Wahai kawan-kawan
Camana assignment korang
Aku tengah lintang pukang
Kerja sekolah wat ku tertekan

Wahai kawan-kawan
Kerja kita tak abih sokmo
Camana tak tertekan
Bukan kerja glamour

Wahai kawan-kawan
Jangan diam sorang-sorang
Aku rindu gak kat korang
Saja aku buat diam

Wahai kawan-kawan
Razima pun dah lama hilang
Aku rindu siang malam
Bila dia nak datang

Wahai kawan-kawan
Nape kawan lain pun sunyi
Tak dok ke cerita ceriti
Wat la cam Ju tak kering gusi

Kwang! Kwang! Kwang! Jumpa lagi bila free....adios

Isnin, Julai 13, 2009

Ke Mana Hilangnya Kawan2ku?

Brie!! Mane Peginye kengkawan kite??? Mas, ooooo Mas!!!..Che Tun, oooo Che Tun!!!! Ni, nak tanye.. Adakah korang tahu hubungan antara

2 biji mata korang ??
Mereka berkedip bersama ...
Bergerak bersama ...
Menangis bersama ...
Melihat bersama dan ...
Tidur bersama ...

Meskipun,
mereka tidak pernah melihat
antara satu sama lain ...

PERSAHABATAN
seharusnya seperti itu ...
Kehidupan akan berasa ...
KOSONG tanpa KAWAN

betul ke ekkkk ...
komen laaa ...

Ahad, Julai 12, 2009

Penglipur Lara la puloks...

Hai, geng...Salam... Lama tak ngobrol kat sini.. sibuk sangat le konon.. Ok la.. Ju takde berita yg nak diwar2kan kat Jerantut nih.. Cuma nak kongsi sesama sengeh di petang Ahad nih.. Ju cedok cerite ni kat blog yg Ju sempat singgah.. Mana la tau leh jadi panduan pabila terima nantu nantik...hehehe...

Gini.......ceritanya berjudul..
Kisah 4 Pengantin Baru
Mak Minah dan Pak Mat ada 4 org anak perempuan yang sangat disayangi Siti, Seri, Murni dan Suri. Satu hari mereka berpakat utk kawinkan anak2 ni serentak. Selepas selamat diijabkabulkan, ke-empat2 anak tu pun bercadang untuk pegi honeymoon. Siti pegi honeymoon ke Pulau Langkawi, Seri ke Pulau Tioman, Murni ke Pulau Kapas dan Suri ke Pulau Pangkor.

Sebelum pegi, Mak Minah dan Pak Mat berpesan, 'nanti jgn lupa hantar berita pada mak dan ayah. Ceritakan macam mana honeymoon korang. Tak payah tulis panjang2, pakai kod iklan aja dah cukup. Ringkas,padat dan cepat.' panjang lebar Mak Minah memberi arahan pada anak2nya.

Seminggu lepas tu depa terimalah surat dari Siti yang bertulis 'Standard Chartered' . Tercari2lah kedua suami isteri ni iklan Standard Chartered dan bila jumpa tersenyum le kedua2nya membaca iklan yang bertulis 'Besar, teguh dan peramah'.. Bahagialah Si Siti rupanya. .

Esoknya terima pula surat Seri yang bertulis 'Nescafe'. Carilah iklan Nescafe dan tersenyum lagi keduanya membaca iklan yang bertulis 'Nikmatnya hingga ke titisan yang terakhir' Bahagialah Si Seri rupanya...

Selang beberapa hari kemudian, tiba pula surat Murni bertulis KFC'. Carilah iklan KFC dan tersenyum keduanya membaca iklan yang bertulis 'Hingga Menjilat Jari'... Bahagialah Si Murni rupanya...

Seminggu berlalu, tiada surat dari Suri, Mak Minah dan Pak Mat dah risau. Dua Minggu... tak ada jugak.. masuk minggu ke tiga baru sampai surat dari Suri dengan isi kandungannya 'AIR ASIA '. Bergegas le Mak Minah cari iklan penerbangan tu sbb tak sabar nak tau apa yg jadi kat anak bongsunya. Bila dibaca. Mak Minah dan Pak Mat terkulat2 tak tau nak senyum atau menangis.. Apa motto iklan itu...?? TUJUH KALI SEMINGGU... 3 JAM SEKALI ... TANPA HENTI ...

senyum ... senyum ... senyum ...
senyum ... ada makna tuuu ...dahhhh ... Guane tagline korang lak?..ekeke..