Pecarian Belum Selesai

Norlia Abdullah, majidin wassilin, norliha Mohd Noor,Beechee Hamisah, Asnian Ayub Daud, Mahiran Mohd, Zuraidah, norwati hussin, Latifah Diasin,Rahana Ismail, Hamizan Shaffain, Rokian Che Mamat, Rasimah Abd Momen, dan Fadzilah Mohamad
Sesiapa yang ada contact dengan penama di atas tolong maklumkan kepada blogmaster- TQ

Rabu, Julai 30, 2008

Khabar dari Kuala Tahan

Assalamualaikum....
lama dah tak jengah kat blog ni...hampir seminggu..bukannya apa line telefon terputus entah kat mana...aduh siksa sungguh kerana kat sini betul-betul bergantung kepada internet dari membayar bil hinggalah kepada pengajaran dalam kelas. Banyak dah rakan-rakan dah mula menulis di blog. Tahniah.
Minggu ini anak-anak didik dah mula peperiksaan percubaan UPSR. Insyallah saya akan uploadkan soalan-soalan negeri Pahang kat Yahoo Groups. Kak Tun dah pun upload teknik pengajaran Bahasa Melayu Penulisan Bahagian C. Kepada rakan yang ada bahan bersama boleh dikongsi kat Yahoo tu.
Mudah sahaja ... daftar email yahoo lepas approve upload sahaja kat ruangan yang disediakan. Utk Saabri...boleh tolong app aje member punye...sebab sabri punye status moderator dan boleh approve orang lain punya. Cuba check kat ruangan member tu.
Mengenai reunion...saya memang nak sertai sangat. Pada bulan oktober nanti sekolah saya akan mengadakan Hari Keluarga di Angullia Resort Marang....pergi...bulan nov nanti pegi lagi...last saya ke Terengganu tahun 2001...masa itu masih di PKG...kursus di Permai Park Inn.
Seperti mana rakan...sekarang ni masa sibuk. Jadual anjal tu biasalah...pastu pukul 1.45 sambunglagi hingga 3.45 petang. Itu tak masuk hari sabtu dan ahad serta kelas malam. Walau dalam kesibukan itu , kami sempat cuti masa nak bawak budak ke Pusat Perlindungan Gajah , Kuala Gandah , Lanchang pada 10.8 nanti...tenangkan fikiran..untuk bebudak tahun 6 aje. Bulan okt nanti nak ke Cameron Highlands pulak...pelajar asrama..
Rasanya cukuplah buat kali ini. Kepada rakan kongsilah soalan-soalan percubaan tu...manalah tahu ada rezeki ... soalan keluar... pakar-pakar tu janganlah malu-malu nak kongsi pengalaman.

sekian...Wassalam
dintahan
Kuala Tahan , Jerantut 30 Julai 2008. 10.15 pagi. Makmal komputer.


alt="Click here to join rakanmppp">
Click to join rakanmppp

canteek

Tq buat abang pendi dengan sinopsis secebis kisah hidup. aku sungguh tertarik dengan cerita tu sebab ada sedikit sebanyak berkait dengan aku pertama aku rasa kelar tu kat rumah azmi mat nor, masa maktab dulu sempat aku lepak seminggu situ, sebab ada orang tua kampung aku kata orang pasir mas comel-comel dan tanahnya subur katanya "tanah serendah sekebun bunga"masa tu jugak rasanya aku melawat rumah mu, satu lagi aku baru jugak pergi kat felda kemayam dekat keratong ada anak beranak aku kahwin situ, aku menginap di hotel keratong, sempat tengok sekolah niza tapi masa tu dia takdok rumah. Aku rasa patut lah kita semua ni tulis kisah hidup kita sebagai cikgu , tentu banyak benda yang kita dan orang lain boleh dikongsi bersama , bila aku tengok dalam majalah dalam maktab dulu bukan main idea kau orang siap dengan sajak, syair cerpen dll. Maslanasri tu memang popular, guane!!! tulislah kisah kita 10 muka surat seorang pastu biar aku compile kita buat buku ( boleh jual beb !!!) setuju !!! kalau setuju standby lah tulis dulu satu ayat satu malam, tahun depan kita compile. Nasiblah kau cikgu sekolah sebok memanjang je, aku pun sibuk juga tapi mesyuarat memanjang je, cuma kerja di PKG ni tak lah tension sangat , ni nak mesyuaratlah ni tapi sementara tunggu orang datang aku berbloglah. cuma sekarang ni mesyuarat di premis kerajaan je sebagai langkah penjimatan ke luar negeri(luar terengganu) pun payah dah nak dapat peluang. Ok lah lepas daripada kesibukan kau orang nanti jangan lupa berblog semula ya. si kamaruddin tu tolonglah approve rakan-rakan yang nak join yahoo group tu tq.
sebetulnya baru spai rumah ats satu urusan, buka blog tgk respond sabri...t/kasihla..ni serba sedikit ..lps mppp dipostingkan ke sk kemayan phg..ujung phg.. 1km ke sg lui n.sembilan..api air tarak..12km jln estate n balak ke pkn kemayan.1992-1996, 1997 btukar ke sk kelar, p.mas dan 2004 ke sk pengkalan kubor,salor hingga sekarang.
1995 masa tu dah brasa nok kahwin...tup-tup ditakdirkan jumpa mata air masa sekolah di triang phg...dia pun first posting di triang phg dan sk kemayan sekolah kedua dilawati-misi gigi. dlm masa 6 bln kami kahwin.lps tu tak kahwin-kahwin lagi. skrg sudah 5 anak ... 12 thn(L), 11 thn(P),7 thn(L), 5thn(P) dan 2 thn(P).cukup doh kuata kjaan.
Cik Tun...mana anda...dulu suruh saya masuk blog..jangan lari...insyaAllah jumpa lagi di lain kesempatan

Selasa, Julai 29, 2008

Alahai Abe Pendi

Salam hormat, alahai abe pendi tokke tulis banyokk tu je, ramai kekawan lain nak tahu kisah demo tu, kalu ada post la ghetek gambar mu anak beranak. Walau lagu mano pun kawe ucap tahniah kerana dah berani tulis dalam blog ni, bila teringat kat demo kawe teringat kisah basikal dulu, kawe dengan basikal racing ( pakai kain pelikat ) arif naik basikal kecik ( tapi dok leh khabor dia tibai basikal sape he...he...he... )dan demo dengan basikal tu...... Buat kekawan lain aku baru ni pergi kebun durian Mr Yeo kalu kawan-kawan lain nak pergi boleh lah... (sapa nak ikut ?? ) pah tu aku ajak dia dan isterinya singgah rumah aku , bertuahnya sapa jadi aku kan, dok dekat dengan pensyarah dan dekat dengan bekas maktab kita bila rasa rindu dengan maktab tu boleh pergi bila-bila masa , tapi aku tak pernah pergi pun, tapi yang dekat sekali dengan maktab kita ialah wan maslihah sekolah pasir panjang je , yang ke dua dekat noriah othman unit C dekat sekolah seri Budiman dan yang ketiga dekat Reduan debok kaunselor SMK Chung Hwa dekat bukit Besar. ok sorilah jika termelalut aku nak mesyuarat pulak nih.
Salam....ambo afendy bin ghazali unit b. ini kali pertama masuk blog. dah kahwin anak lima , 2 lelaki dan 3 perempuan. jumpa lagi

Sabtu, Julai 26, 2008

Bersua Kembali

Salam utk semua. Kabare? Hi, sok nak exam, tgn masih gtal nak berblog. Tahniah Mas, tabah mendidik anak murid. Kami kat sini pun anjal jg, dah lama mula pun. Nnti Mas email soalan tu yek. Mmg nak guna. Soalan Pahang dan ng2 lain pun boleh gak. Tapi sori sbb lum dpt nak email soalan sini sbb tak de soft copy. Nak scan dan attach hard copy ni lmbb ckit, mkn masa. Nnti kalau ada lpg, kak send ke yahoo group. Korang, kat Sgor next week trial negeri, selang seminggu pastu trial daerah plk. Seminggu yg free tu kitorang kena jd tuan rumah kuiz kesihatan daerah. Bygkan 47 penyertaan sek. Masaaaak2...Cikgu t'tekan sama cam anak murid nak pekse. Ni antara program kitorang skrg.Ni tengah buat mural batik, parking lot, taman orkid dan segala mcm. Nak wat sek dlm taman cam Putrajaya gamaknya. Cam dah ku kata seblm ni la, guru merangkap segalanya. Nasib baik cikgu cikgi kt cni ok2. Bos pun rajin tolong. Korang bole order kitorang buat line parking kt umah. He3...Caca murba betoi. Tapi bkn apa la kan, yg benonya sek kwn ni dah lama, uzur dah. Dtg bos yg suka cantik2 je, tu pasal tgh menambah segala bentuk kecantikan yang ada. Brie, ko dah jumpa bos kwn kan? Mmg maintain cantik dlm segala hal.





Hi, rasa tak cukup mase btul tahun ni. Betoi ckp Mas, guru mmg camtu. Redha je la ye. Tapi dah nak siap ni rasa puas hati. Utk Ida, tahniah. Kak doakan ko lulus pmohonan tu. Welcome 2 our club - mahasitua. Oxford University M'sia u...Keh3...Roger n out.
...che tun

Salam Mesra....

Salam buat member2 yang diingati...

Sebelum nukilan ini panjangku coret, mohon maaf kerana udah lama tidak berbicara di sini. Buat Kak Tun n Ju yang asyik menyeru nama den kat sini..tima kasih ler... den idup lagi...

Sebenarnya masuk je bulan Julai ni sekolah kawan buat jadual anjal untuk budak tahun 6. Bayangkan dalam sehari cuma relax satu waktu jer... nak mampuih rasanyer...! Tapi itu lah kita... mengeluh bagai nak rak tapi tetap maintain ngan tugas yang diberi. Biasaler kan.. guru....

Buat Ida, kalau abang Zul awak dah bagi green light, apa nak tunggu lagi. Tiada istilah lewat dalam menuntut ilmu ni. Selagi hidup ilmu harus dicari...! Betullah apa yang dikata oleh Kak Tun n Ju tu.. Mula2 jer rasa perit, tapi masuk tahun 2 alah bisa tegal biasa jer... Kalau awak tak rebut peluang terakhir ni, percayalah...awak akan menyesal seumur hidup...

Baikler..dah pagi hari pun! Kawan mintak diri dulu ek.. Ju, kalau awak nak soalan Canang 2 dari Negeri Sembilan sms jer kawan... Kalau Kak Tun nak pun boleh! Member2 lain yang nak pun den boleh attach.. Esok sekolah ganti la pulok!!! Penat nyer la kerja sampai 6 hari seminggu kan?

Buat Bri, lama tak antor berita? Ke cibuk jugak? Tentang tarikh reunion tu kawan tak maun komen sebab awal2 lagi kawan tak boleh gi sebab tarikh tu kawan dah ada kat kampung untuk ke USM. Mintak maaf banyak2... Ok.. kita jumpa lagi.. M3P tetap di hati....

Ikhlas : Mas, Jengka 7

Jumaat, Julai 25, 2008

KDC OH KDC

Salam untuk semua.
Nampaknya aku kena sahutlah cabaran untuk sambung belajar juga. Ini Kak Tun punya penangan la. Begitu kuat semangat yang kak tun berikan. Lagi pun kat sekolah rata-rata isi borang mintak. Jadi cuba la mintak gak.

Untuk Sabri, kita kenala fikirkan semula tarikh reunion tu. Sebab kalau ramai yang dapat KDC mereka akan mendaftar pada 17 nov kan? Kita tanya smula la. Macam aku la, kalau dapat ( kalau la ) sememangnya tak dapat hadir. Hua...hua...hua.

Untuk kawan-kawan yang mintak KDC mudah2an kita dapat jumpa nanti ( belum dapat dah berangan )....-zarida

Rabu, Julai 23, 2008

Cikgu Cikgi

Salam utk semua...Kabare? Semoga korang btugas dgn gumbira. Jgn tensen nnti BP naik. Ni nak reply post Ju, nak kasi smgt utk Ida. Betoi ckp Ju tu, bila lg nak mula? Skrg on utk kdp, blasah je. M'sia boleh! Tak nak yg tu, byk U lain pun ada buat utk kita juga. Pilih mana nak. Zul dah bg greenlight, nak tunggu apa lg? Dah mula nnti gerenti sronoknya, ya la, yg bljr pun sama baya, seme ckp otak bkarat juga. Takpe bkarat, jnji masih boleh pakai. Hik3...Member sek kak skrg pun masing2 blumba mohon mana yg offer sbb kawan keliling asyik ckp psl bljr. Masih tak tlmbt utk kita. Redah jer...Tak sedar pun dah nak abis. Ala 4 th je. Muet pun dah lps. Okey la tuh. Ju, muet okeykan? Tapi mmg first degree perit ckitlah. Tapi betul ckp Sani, dah abis nnti lg sronok. Pastu nak sambung. Kak ni tak taulah larat sambung ke tak. Yg ini pun senak2 perut, nyawa2 ikan je benonya, tapi group work ok. Lg plk kalau nak diikut, keje kita mmg takkan abis. Takde noktahnye. Cam Brie takpe, rete dah byk . Bungalow dah tegak, teres pun ada, tanah pun byk ekar (jgn marah no). He3...Okey Da ek, isi borang ek? Okeyla tuh! Ida, kak ada email utk u. Nnti tgok tau? Bye. Roger n out. Maaaassssss, mana??????
...che tun

Selasa, Julai 22, 2008

Tiada Hari Tanpa Keje...

Salam hormat semuanya...
Lama tak menyumbangkan idea kat sini..Tapi masih macam dulu..hatiku tak berubah.. Walau kerja menimbun..(tak jugak)..tapi bertali2..ingatan masih juga teringat nak jenguk blog.. kekadang sempat baca je.. teringin nak balas, tapi tak sempat jugak..asyik ingat keje lain yg lum beres.. Bebudak thn 6 ujian sepanjang masa.. kena tanda la pulak..baca karangan je aku nih.. bimbang sok jawap ketas peksa sdn asyik2 ingat ayat anak murid je..

Best la awak Che Tun, dah nak merdeka.. Ju tak mula lagik nih..Paper Ju 2 n 3 Ogos..berturut hari.. dah tu hari sabtu dan ahad. Minggu tu Ju 'keje' 7 hari la..Berasap la kepala nih nak membaca.. Modul fresh lagik tu.. masih 'dara'(ekeke..)

Apapun, 'Akar pendidikan tu pahit, tapi buahnya manis'..kan Che Tun, kan? (nak bagi up semangat kat Ida skit..)..Betul Ida..ko blajo la..nanti pabila dah mula, ko pandainyer nak bahagi2kan masa..kalu tak pun hubby U mesti bagi masa dia kat ko sikit..hehe.. Tak caya tanya Mas..(mana la hilangnya si mamat 'becok' tu..)

Wah, best la ko Tun g PD wat kursus.. Ju wat kat skolah jerk..baru 2 hari je..nampak gayanye lambat la Ju nak cukup nisab tu..

Din, Ju tak pandai la nak wat yahoogroup tu..

K, untuk kengkawan yg setia sebagai pemerhati je tu..bila nak terjun kat sini?

Memang cbuk...

Salam untuk semua.
Cuba la gak jengok2 blog ni supaya meriahnyer berterusan. Ye la Kak Tun, la ni cbuk sket. Ida ni penyelaras unit berunipom. Nak berkhemah awal bulan depan jadi cbuk la mengaturkan segalanyer. Maklumlah dah 7 tahun dok kat sek ni, datang KOKO baru ni, baru nak buat khemah sepadu. Masak sendiri. Kalut la depa. Slama ni asyik cater je. Cikgu bando lain la sket. Tak macam dok ngajo Jengka dulu. Time khemah sonok cam main masak-masak je. Mas mesti masih merasa kesonokan nya.Tengoh2 cbuk sedia untuk berkhemah datang lak minggu ni kena buat RIMUP. Keje yang ada belum beres datang plok keje lain. Doh camna? Kekadang tensen gok. Sebab tu nak blajo fikir berjuta kali. Ni kan ada plak tawaran KDC. Hubby soh mintok tapi tok cekok eh. Asal cuti g blajo. Orang time cuti la nk releknyer. Ke guaner? Orang malas camtu la cakap nyer kan...kak Tun? He...he...he. Sbeno nyer ni baru lepas erobik. Tengok blog jap. Sebelum masuk opis ( dapo la ) rilek lu anto brita sket. Ok la seme2, kita jumpe lagi yek....melalut macam2 nih tok abih2....nak g masok plok.
....zarida

Isnin, Julai 21, 2008

Guru oh Guru

Salam untuk semua...Kabare korang? Nampaknya masing2 cbuk la tu ek? Ramai yg membisu ni. Cbuk sungguh minggu ni Brie, tu psl tak dpt nak post berita. Ju, Mas, Ida, Wan, Zima, dll tu sama gamaknya. Din cbuk handle group blog gaknye tapi masih sempat reply email kawan. TQ. Bila dah masuk Julai ni memang sibuk utk guru UPSR. Kat cni trial UPSR ujung bln ni. Ni baru lps ujian. Cikgunye pun sama cbuk exam. Nak wat lagu mana kalau cikgu dgn murid sama naik studynye. Berlwn2 bljr. Kekadang tu anak2 sendiri tak sempat nak tengok pljrnnya. Pandai2 korang nak idup. He2...Abis2 minta tolong kawan (cikgu dia) polishkan. Tak gitu Ju? Ha, Ju, kawan ada 1 paper lg 27.7 ni. Pastu sek kitorang mmg happening, 1-3 Ogos seme kat PD, buat kursus utk penuhkan buku rekod kursus kita tu. Hai, bjln sesaja. Cmrlg sungguh kita dok? Anak2 kena la pos ke kg. Korang camne, dah cukup 56 jam kursus? Fening la, mcm2 jd cikgu skrg. Atie, result okey? TQ jg sbb bantu ketika kak tgh desperate. Utk member lain, cptlah antar berita. Slow ni carpet kita bulan ni. Utk deq Tim, welcome 2 our blog. Aktif hoki lagi ke? Okey seme, chow dulu. Jumpa lagi. Roger n out.
...che tun

Promosi Blog

Salam hormat, ke mana kawan-kawan yang popular dengan blog ni menghilang , rindu pula dengan celoteh kalian terutamanya che tun. Tapi ada tulisan atie dengan cg fatimah tu kira okey lah tu.Terima kasih juga cikgu fatimah sudi promosi blog keluarganya. tak lah boring sangat buka blog ni. Pada kesempatan ini saya nak promosikan dua blog. Blog pertama www.nostalgiakita.blogspot.com blog ni untuk menghubungkan semua rakan guru-guru kalau ada kawan-kawan lain nak berblog macam kita jemputlah mereka suruh mereka emailkan kepada saya beserta nama maktab dan sesi.nanti saya akan buka blog mereka. Blog ke 2 www.kuliahcinta.blogspot.com, blog ini akan membicarakan hal-hal berkaitan nikah kahwin berdasarkan kitab orang terdahulu , saya jemput semua menyertai blog ini. cubalah. Semoga dapat manfaat.

Jumaat, Julai 18, 2008

Salam Dari Kluang

Agak lama menyepi..al-maklum la sibuk dgn 4 jawatan-4p(pelajar,pekerja, pengurus rumahtangga,penjaga anak-anak)..Tapi atie tak ketinggalan baca blog sokmo mengimbau kenangan..Brie.. tolong la carikan lagu maktab tu and attached kat sini.. rindu la nak dengar lagu tu kan..benonya dah lupa betul camne melodinya.
Betul la cam Kak tun kata banyak perkara yang dah lupa pasal maktab ni..bukan lupa..tapi tersimpan kat(ingatan luar sedar) .
Kak Noriny..cam dulu gak cutenya..tahniah la dah tersenarai muka kat blog kita ni...
Cite pasal makan..atie lupa la ada satu kuih tu namanya dah lupa, dibuat dari tepung beras , dibakar...Ma, ko tentu tahu kuih ape.. atie memang terliur nak makan kuih ni..kat sini tak dok..kalu reunion nanti Sabrie ko orderkan leh tak.. kalu tak kempunan aku..dulu masa dok tganu..teringat tempe..pecal...la ni teringat nasi air kat ....epe yek kita panggil pasar mlm kat teganu.. atie lupa...sorry..
by.. see you soon..
ATIE.

Khamis, Julai 17, 2008


Assalamulaikum, Apa khabar semua? Terima kasih kepada yang mewujudkan blog ni. Dapatlah kita melepas rindu pada kenkawan lama. Saya sekarang mengajar di kuala pilah. Dah jadi orang nogori.Jumpa lagi Reunion nanti.Insyaallah.BLOG KAMI

Selasa, Julai 15, 2008

Penambahbaikkan Blog

Salam hormat, kepada penatap setia blog ini beberapa perubahan telah dilakukan untuk memudahkan kita memahami situasi blog ini. pertama saya dah tukar waktu kepada waktu malaysia, dan keduanya nama rakan mpp dah ditukar kepada sabri mppp 90/92. jadi bila kita melihat waktu mengepos blog ini secara automatik kita dapat maklum tarikh dan waktu sebenar seperti yang dicatat di bawah, saya tak perlu lagi taip nama , kau orang kena taip nama lah sebab kongsi password

Isnin, Julai 14, 2008

Guru oh Guru

Salam utk semua...
Berbanggalah dengan status sbg guru yg merangkumi semua jwtn yg ada. Kita guru, kita kerani, kita drebar, kita tukang kebun, kita gak akauntan, kita gak la doktor@misi@bomoh. Mcm2 lg lah. Sama2 fhm kan? Dasyat ko Da sihir je PLBS. Kalu camtu kak bomohkan je le cam ko. Keh2...Ju, slmt memasak, jgn gantung piuk lelama nanti ilang ilmu msk. Hik3...Sama spesies je kita, tang rajin tgn tak kering, tiba mls @ cbuk, segala kuali, piuk blanga naik dinding. Bab study sebenonya baru buka modul, stkt ni baru scan je, blum pulun lagi. Camne, baru abis satu bab keje, dtg plk keje lain. Ai, kalu tak kuat smgt, masuk spital gue. Tapi kan dek cbuk, 2 minggu lps gue hampir kena darah tinggi, tetiba BP naik. Skrg ok la. Okeh kengkawan, jaga diri dan kesihatan. Tak nak tulis byk2 ari ni sbb prasannye dah lebih drp tuan tanah (Bro Brie) lak kwn menulis. Dah tu lak Nik Yee cyap ckp, kak paling byk mengepost. Jgn mara ha Brie. Roger n out.
...che tun

Ahad, Julai 13, 2008

Ada Resepi La Pulak...

Salam rakan2 semua...
Teruja betul dgn ketokohan kalian.. bukan saja aktif kat skolah, pandai lak memasak macam2.. Tak macam Ju nih.. hari2 makan masakan kedai..hujung minggu je kalu masak..itu pun kalu ada kenduri..gantung lak periuk tuh.. Tapi kalu korang bertandang kat umah Ju, Ju akan usahakan jugak masak tuk kalian..hehe..(Mas dah dua kali singgah umah Ju, tapi Ju tak jugak sempat nak masak..)

Wah, cantik plan mu Che Tun..bila nak G tahan? Kalu jadi, kol la ek..nanti leh jumpe..bestnyer..Ju suka sgt dok bercamping nih..cuma skrg nih agak kurang sikit..sebab byk fikir dah.. nak pk hal umah lagik..tenaga pun kurang..hehe..so, kurang la nak dok lelama bercamping..bantu2 kekejap ok sesgt..

PLBS siap dah..cuma minggu esok nih, ketua pentaksir kawasan nak dtg skolah Ju pulak..nak kutip data yg ada pada Ju.. Lepas nih leh la bukak buku tuk peksa.. Ju 2 dan 3 Ogos.. ntah la..bukak je..baca lum tau lagik.. Ko dah baca Tun?

Banyak resepi yg korang perturunkan kat sini..bagus2..Ju memang tak penah wat laksa..dgn tips yg korg bagi nih, khasnya petua Ma..nanti ada kesempatan leh Ju praktikkan..Kalu canggini lambat la Ju dpt kejar Ida yg dah mula kurus tuh..Ko lak camne MAS?? Mas OOO Mas..

Eh, Brie..Ju nak gak no kawan2 yg baru dikesan tuh.. emel la ek..

Re : Masak Oh Masak

Salam untuk semua,
TQ Ma utk tambahan perisa tu. Tak pernah buat tu, dgn segera akan dicuba. Ramadhan nanti sgt bermakna jika kita dpt kongsi resepi. 13 tahun dah kak kat sini, Ramadhan sgt syahdu krn tak dapat nikmati kepelbagaian juadah tanah kelahiran yg masih melekat kat tekak. Kalau balik Trg mmg kak mesti sgah kat gerai Berahim Pasar Payang yg jual mcm2 juadah tradisional. Cdgn Ma tu okey sgt la utk kita wanita. Tapi nak tengok gak la kesudian Bro Brie buat partition dlm blog ni. Dah agak lama kat sini tekak masih blum bole nak trima sotong rendam dgn laksa kering tu. Cam plastik. Apa nak buat, itu je yg ada, drp takde. Ida plak, baguslah. Tabahkan hati kalu betul nak kurus. Dah d'ambang 40 byk selulit tu mmg degil nak ilang. Watlah apa yg patut. Skolah kak ni mmg dah jadi tradisi buat camping 2x setahun. Lwtn th 6 pulak mesti keluar S'gor tiap tahun. Kak baru masuk 4 th kat sek ni. Tahun ni kena jd penyelaras uniform. April lalu dah camping asas utk th 4 kat sek. Sesi 2 mesti keluar, itu arahan bos. Kak okey bab bawa bdk2 bjln tambahan pula dah jumpa kawan2 satu Malaya, pjg sket langkahan tu. Alhamdulillah la. Bos cmrlg. Tu psl kami kena kerja selayaknyalah. Tiap2 tahun selain xtvt ko-akademik, kami juga dicalonkan dlm byk pertandingan peringkat negeri seperti lanskap, keceriaan, sek cmrlg dll.Agaknya sbb pernah jadi sek hrpn negara dulu. Tahun ni naib johan edible lanscape & kitchen garden S'gor (tp belum dpt keputusan rasmi). Th lepas ketiga, 2 th lepas kedua. Tahun dpn bole johan kot. Hik2... Masih tak dpt lwn Gombak (juara bertahan kebangsaan). Kak jg SU keceriaan. Dah lali buat ktas keje. Memang pening sket sbb ajar th 6 lagi. KBSR (keje brt spai rebah) la tu. Tapi yg baiknya, pglmn tak dpt dibeli. Nak offer lg se-x kat korang, jom ke Tahan. Boleh kita buat apa2 ptandingan muhibbah. He2..
Okey, jumpa lagi. Roger n out.
...che tun

MASAK OH MASAK

He...Kak Tun,rupanya ingatan Kak Tun pada Ma sebab masokan Ma ke?Alhamdulillah,kurang2nya kalu makan mende2 tu ada la ingat ke Ma.Ma bukannya panda sangat masok memasok ni seperti yang Kak Tun kata tapi kalu untuk Kak Tun insyaallah...bole la Ma buat mana hok Ma reti.Ma nok tamboh sikit resepi kuah laksa Kak Tun tu sebagai nok menambohkan aroma kesedapan kuah laksa.Kalu kita buh bawang yang dibakor dalam kuah laksa lagi la mengancam baunya.Buka tudung periuk gerenti terangkat aroma kuah laksa boleh meleleh la air liur.Baik2 jangan sampai masuk air liur dalam periuk pulok.Apa kata kita buat ruangan 'request' resepi dalam blog kita ni sempena bulan pose dok lama lagi.Kalu duk berjiran bole la kita bertukor juadah.Doh jauh di mata kita bertukor resepi la pulok.Kalu nok tahu cara masok mende2 bole la kita tanya sesama kengkawan di sini.Amacam bole dok Kak Tun?
He...Sabri,aku rasa jauh lagi aku dengan ustazah tapi kita ni kan dok kang la nok duk di tempat tu ler sokmo,kena la beransur2 untuk insafkan diri.Aku ni memang VOGUE tapi hati baik la beb...he he he.See you all later.
FROM RAZIMA WITH LOVE