Pecarian Belum Selesai

Norlia Abdullah, majidin wassilin, norliha Mohd Noor,Beechee Hamisah, Asnian Ayub Daud, Mahiran Mohd, Zuraidah, norwati hussin, Latifah Diasin,Rahana Ismail, Hamizan Shaffain, Rokian Che Mamat, Rasimah Abd Momen, dan Fadzilah Mohamad
Sesiapa yang ada contact dengan penama di atas tolong maklumkan kepada blogmaster- TQ

Khamis, Mac 20, 2008

KENANGAN DI SABAH



Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera buat teman-teman yang jauh di mata. Apa khabar kalian sekarang? Kami harap semuanya sihat dan selamat dengan kehidupan masing-masing tak kira di mana berada. Kami anak beranak masih sihat. Entah kali ke berapa kami menjengah laman ini kut-kut ada cerita baru yang rakan-rakan paparkan.... boleh tumpang sekaki.


sebelum cuti sekolah baru-baru ini kami jumpa Sabri kat Batu 6, KT. Katanya Tarmizi nak datang ke Terengganu. Di akhir pertemuan itu sempat aku cadangkan agar Sabri segerakan buat 'reunion' rakan-rakan di MPPP dulu. Rasanya tak sabar nak jumpa rakan-rakan.....nak tahu bagaimana keadaan mereka. Insyaallah katanya....dia akan pilih tarikh yang sesuai untuk kumpulkan rakan-rakan setakat yang dapat dihubungi dulu.


Pastu.....kami telah terbang ke Sabah dalam satu program lawatan beberapa keluarga guru-guru Setiu (86 orang termasuk keci besar) dalam cuti yang lepas (9 - 13 Mac 2008). Semasa di Sabah aku cuba menghubungi rakan-rakan kita...Syukur, Rusdi Amit dan Adnan. Alhamdulillah, kami telah diketemukan dengan Adnan. Yang lain jauh dari Kota Kinabalu, itu waktunya sangat singkat kerana Adnan terpaksa menunggu majlis pengkebumian ibu saudaranya yang baru meninggal selesai, baru bergegas ke Airport Kota Kinabalu, Tanjung Aru. Apa pun sempat juga bertukar cerita dan bergambar sebagai kenangan abadi. Nak tahu.....Adnan kata, kamilah orang yang pertama yang dia jumpa selepas hampir 16 tahun terpisah, sedihnya.....dengar! Rakan-rakan di Sabah pun dia tak jumpa. Dia berjanji akan berusaha kumpulkan rakan-rakan di Sabah untuk datang ke Terengganu. Kami berasa percutian kami kali ini penuh bermakna walaupun sempat jumpa hanya seorang teman lama. Tak caya...? Lihat gambar kami ni...!










Tiada ulasan: