Pecarian Belum Selesai

Norlia Abdullah, majidin wassilin, norliha Mohd Noor,Beechee Hamisah, Asnian Ayub Daud, Mahiran Mohd, Zuraidah, norwati hussin, Latifah Diasin,Rahana Ismail, Hamizan Shaffain, Rokian Che Mamat, Rasimah Abd Momen, dan Fadzilah Mohamad
Sesiapa yang ada contact dengan penama di atas tolong maklumkan kepada blogmaster- TQ

Selasa, September 30, 2008

Salam Idilfitri

Salam Idilfitri untuk semua sahabat,
Baik yang jauh mahupun dekat,
Segala kenangan pahit manis masih diingat,
Dalam ingatan sepanjang hayat.

Esok hari raya anak-anak yang paling suka,
Apatah lagi siibu bapa kita termasuk mertua,
Yang tinggal di kampung atau di kota tidak dilupa,
Idilfitri membawa pulang anak menantu yang berkhidmat jauh di mata.

Di kesempatan ini kawan mengucapkan salam idilfitri sekali lagi,
Salah silap dulu dan kini harap maafi,
Segala yang buruk samalah kita hindari,
Segala yang baik samalah kita kenangi dan teladani.

Terima kasih kepada sahabat yang sudi sms wish idilfitri,
Sukanya kawan tak terperi,
Tapi maaflah tak dibalas sebagaimana dikirimi,
Sebab kawan lagi suka wish lewat blog kita ini sebab free.

Sebagai kata-kata mengundur diri buat seketika,
Ingat-ingat beraya jangan sampai mabuk lemang dengan rendang,
Jangan pulak bila Ramadhan masing-masing turun berat badannya,
Tiba Syawal pulak naik badan balik berganda-ganda bila ditimbang!

Ekeke!!! Tak gitu che ida?
Roger n out...che tun





Ahad, September 28, 2008

SALAM AIDILFITRI


Salam hormat dan selamat menyambut Aidilfitri,

Bersyukur kita ke hadrat Allah kerana di beri kesempatan sekali lagi untuk kita sama-sama menyambut Aidilfitri. Buat sekian kalinya kita juga , berkirim berita dan mengucapkan Selamat hari Raya. Saya dan keluarga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir Batin. Semoga Ukkhuwwah sesama kita terus erat dan berkekalan.
Saya sekali lagi merayu dan memohon kepada saudara dan saudari menggunakan rakanmppp.blogspot.com medang perkongsian sesama kita dan menyertai perhimpunan re union yang akan diadakan nanti.

Terima Kasih.

Sabri ~ PKG Manir, Kuala Terengganu.

E-Mail : sabrimnr@yahoo.com / hp : 0199677400

Salam Raya dari Teman-Teman MPPP 90/92 (1)

Banyak kata diucapkan tak selamanya menyejukkan. Banyak perilaku dibuat tak semuanya menyenangkan , mohon maaf atas segala silap dan salah. Hidup ini indah jika silaturrahim antara kita kekal terjalin. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin – Ikhlas dari Syahdana & Family –SK Batu Danau , 90700 Limbang, Sarawak.

Wahai tetamu Ramadhan, untukmu rahmat dan maghfirah, air mata taubat, dendangan taddarus, selimut tarawih dan bantal tahajjud , moga mewarisi jannah, jadikan Ramadhan ini yang terbaik kerana kita tak pasti adakah ada lagi Ramadhan untuk kita lepas ini. Selamat berpuasa dan selamat hari raya, maaf zahir, batin. –Anisah Mamat, Sk Bukit tumbuh, 21200 Kuala Terengganu.

Adakalanya mata silap memandang, telinga salah mendengar , lidah terlanjur kata, fikiran khilaf menaksir, dan hati silap menduga , mohon maaf segalanya , selamat beribadah di bulan Ramadhan dan selamat menyambut Aidilfitri, Maaf Zahir Batin.~Rahmat Minhat, Melaka

Na mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri , maaf Zahir Batin buat semua teman MPPP, walau jarak dan masa memisahkan , biar hilang di mata tetapi di hati jangan. ~ Zakiah Kassim, SK Telok Pasu Kuala Terengganu.

Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi, dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa, dalam kelembutan lidah ada juga keterlanjuran kata , dalam gurau dan senda tentu ada khilaf dan dosa. Maaf dipinta atas segala-galanya . Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin, ~ Ikhlas dari kejauhan Mas, Jengka 7.

Selamat berpuasa dan Selamat Hari Raya, moga amalan kita diterima olehnya. ~Sangkang@Abd.Rahim Ismail SK Kuala Berang Terengganu.

Dengan limpah kurniaannya sama-sama kita nikmati rahmatnya. Semoga kebahagiaan dan kejayaan dunia akhirat sentiasa seiring dicapai. Amin. Salam merdeka, Ramadhan Almubarak dan Aidilfitri. Niza, Bera Pahang.

Salam Ramadan Al mubarak dan salam Aidilfitri buat semua rakan M3P yang diingati khasnya PMA Zarida, Rokiah, Da serta keluarga masing-masing. ~Nanie sekeluarga, Tawau, Sabah.

Begitu cepat masa berlalu, namun kenangan seperti semalam berlaku, salam kemaafan semoga kita ditakdirkan bersua. Selamat Hari Raya, maaf Zahir Batin ~ Una Cameron Highland.

Salam Aidilfitri dan salam kerinduan buat rakan-rakan MPPP ~ Noraida Ismail Dungun Terengganu.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri daripada ~ Tg Shahril, Julia, Tg Afiq Mukhrij, Tg Afiq muzammil, Tg Shafinaz, Tg Shafiqah. MPPP 90/92

Ampun Maaf kepada semua warga M3P. Moga kita dipertemukan semula. Selamat Hari Raya kepada semua. Kalian tidak luput dari ingatan terutama Unit D. Selamat Hari Raya ~ Shafie Lee , Kabong Sarawak.

Selamat berpuasa dan menyambut Syawal. Moga warga MPPP 9092 tak lupa pada saya Che Husin. Geng nakal unit D. Maaf Zahir Batin ~ Paka , Terengganu.

Salam Raya dari Teman-Teman MPPP 90/92 (2)

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga M3P 90/92 khusus buat rakan unit E, semoga dirahmati Allah sentiasa~ Sufian Maidin sekeluarga, Semporna Sabah.

Semoga Aidilfitri merapatkan lagi hubungan sesama kita Insya Allah ~ Gee, Jama & Family, Pekan Pahang.

Salam Aidilfitri untuk semua rakan-rakan ~ Che Ma, Temerloh Pahang.

Salam Aidilfitri buat rakan-rakan MPPP 90/92 Maaf Zahir Batin ~Zainab Wan Hamzah, Pasir Mas Kelantan.

Salam Aidilfitri kepada rakan-rakan yang masih ingatkan saya semoga gembira semua. Maaf Zahir Batin, Reduan Debok~ SMK Chung Hwa , Kuala Terengganu.

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakan MPPP 9092, Maaf Zahir Batin Haslina Salleh, Kemaman Terengganu.

Selamat menyambut hari lebaran. Sempena hari yang mulia ini ku pohon jutaan kemaafan seandainya terkasar bahasa tersilap bicara . Jemputlah datang ke rumah. ~ Noriah Othman, Bukit Besar, Kuala Terengganu.

Salam Ramadhan Al Mubarak dan Selamat Hari Raya kepada kawe-kawe terutamanya unit D, Gege, liyas, Ju, Atie, Ana, Atuk , Rinie, Jama dan lain-lain. Khusus untuk kawe-kawe serumah Pendi, Jenal, Razi dan Niza semoga bahagia bersama keluargo dan jangan lupo pakat gi re union. Tak lupa penulis blogger brie, che tun dan ju. Maaf Zahir dan Batin. Wassalam ~ meezee, Tangkak Johor.

Minal Aidil Wal Faizin buat semua warga MPPP 9092, semoga lebaran membawa seribu rahmat buat kalian semua. Salam manis dari Kak Zanariah Keluarga ~Pasir Puteh Kelantan.

Sebulan Ramadhan Syawal menjelma, Walaupun bulan seribu keberkatan telah berlalu namun fadhilatnya masih terasa, kepada rakan-rakan M3P 90/92 salam Aidilfitri buat semua. Moga cahaya Aidilfitri dapat mengeratkan hubungan kita. Salah dan silap harap dimaafi.Sebagai makhluk Allah saya tidak lepas daripada membuat dosa. Azwan Abdullah, Johor Bharu, Johor.

Untuk kawan-kawan yang mengenali dan mengingati ku, ampun dan Maaf dipinta. Raya marilah ke rumah~ Zul warden & Family, Kuantan Pahang.

Salam Aidilfitri buat adik-adik MPPP 90/92 terutama unit B, Salam sayang semoga diberkati Allah hendaknya. ~ kak Zawiyah SK LKTP Jerangau, Dungun Terengganu.

Salam Aidilfitri Salam Ukhuwwah, bilakah kita dapat bertemu semula ??? ~ Kak Baiti, Kota Bharu, Kelantan.

Salam Raya dari Teman-Teman MPPP 90/92 (3)

Salam Aidilfitri, Maaf Zahir Batin ~ Rusini Kamaluddin, Ins. Perguruan Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang.

Kepada semua guru MPPP terutamanya unit D, saya ucapkan selamat berpuasa dan selamat menyambut hari raya, maaf zahir batin ~ Sehat, Bukit Gambir, Muar Johor.

Salam Aidilfitri buat seme teman bekas pelatih M3P terutama teman-teman unit A. Dalam kita bergembira menyambut kedatangan syawal jangan dilupa teman yang telah tiada, al Fatihah buat mereka. ~ Razilah Omar, SK Damak,27030 Jerantut Pahang.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir Batin kepada semua rakan-rakan M3P. kenangan masa lalu masih segar dalam ingatan. Tahun ini aku raya kat kelate~ Arif Hamid, Maran, Pahang.

Salam Aidilfitri tanda ingatan. Semoga persahabatan terus berkekalan. Selamat Hari Raya Aidilfitri , maaf zahir batin ~ Rosli Dahlan~ Labis, Johor.

Sempena kedatangan Syawal yang akan menjelang tiba tak lama lagi. Saya memohon jutaan ampun dan maaf di sepanjang kita bersama dulu. Sayang semua. ~ Mohd Nasober, Besut Trg.

Selamat berpuasa dan berhari raya buat teman-teman M3P 90/92 teristimewa teman-teman unit D. ~Rahana Ngah, Temerloh Pahang.

Salam lebaran buat warga MPPP 90/92 p0h0n diampuni salah dan silap. Semoga berbahagia di hari yang mulia. ~Noma Baba, SK Sultan sulaiman 2, Kuala Terengganu.

Sempena menyambut bulan Ramadhan yang mulia ini dan hari lebaran yang akan tiba tak lama lagi saya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin kepada semuua warga MPPP 90/92. Semoga persahabatan kita kekal selamanya ~ Adanan Abdullah, Papar Sabah.

Salam Aidilfitri Khas buat semua warga M3P dan keluarga, semoga ceria selalu disamping tugsa seharian. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin~ Radizam, Kota Tinggi Johor.

Selamat menyambut Syawal yang mulia untuk semua warga MPPP 90/92 istemewa buat teman-teman 4D. kenangan bersama kalian tetap dalam ingatan. Semoga kedudukan kita yang jauh tidak akan memutuskan persahabatan kita. Sambung-sambungkan silaturrahim dalam ruangan ini. Salam Ramadhan dari Nani sekeluarga ~ Wan Rosnani, Rompin, Pahang.

Walaupun masa dan keadaan telah berjaya menjarakkan kita namun ingatan terhadap kalian di M3P dulu tidak mungkin dapat dipadamkan. Selamat hari raya daripada saya sekeluarga. Mohon kemaafan, semoga di satu ketika nanti kita semua bisa bertemu kembali ~ Hanan, Kota Bharu Kelantan.

Selamat berpuasa dan selamat hari raya, semoga ikatan silaturrahim ini sentiasa berpanjangan dan diberkati selalu ~ Rosilawati Abd. Rahman, Dungun , Terengganu.

Selamat mengerjakan Ibadah ramadhan dan Beraidilfitri buuat semua. Didoakan semoga suksess dan didalam RahmatNya. Untuk yang mengenali ku pohon ampun maaf atas segala khilaf dan salah~ Sabang & Family. Serian, Sarawak.

Salam Raya dari Teman-Teman MPPP 90/92 (4)

Salam Aidilfitri untuk semua rakan MPPP 90/92 semoga silaturrahim akan kembali terjalin ~ Rozaida Yusof, Hutan Melintang, Perak.

Sepuluh jari disusun rapi. Maaf dipinta di pagi hari. Semoga lebaran bersama dirai.Selamat Hari Raya Aidilfitri daripada Kamal & Sharifah sekeluarga, Seremban N.Sembilan.

Salam Aidilfitri Maaf Zahir Batin, daripada kami sekeluarga semoga tersimpul ikatan ukhuwwah, hidup diberkati dan dirahmati Allah sentiasa ~ Jamsari, Batu Pahat Johor.

Ya Allah muliakan dan sayangilah saudaraku ini, bahagiakanlah keluarga mereka , berkatilah rezeki mereka, kuatkan iman mereka, beri kenikmatan ibadah mereka, dan jauhkanlah dari fitnah….amin. Selamat menyambut Aidilfitri mohon maaf zahir dan batin atas segala kekhilafan ~ Sagap, Sarikei Sarawak.

Selamat Hari Raya untuk semua warga M3P 90/92. Semoga dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki supaya dapat kita berjumpa cuti sekolah nanti. ~ Razima, Kemaman Terengganu.

Syawal kini akan kembali. Ramadhan pula pasti akan berlalu pergi. Takbir Raya akan dilaungkan memji Tuhan sekelian alam. Penuh kesyukuran dalam rintihan…. Penuh harapan. Kepada semua sahabat salam lebaran kuhulur, kemaafan ku pinta sempena hari raya. Ampun kiranya pernah ada hati yang terluka, dek keterlanjuran madah bicara. Marilah saling maaf bermaafan, buang yang keruh ambil yang jernih, bertekad azam di dalam dada. Memperbaharui amal di hari muka. Hidup di dunia hanya sementara. Peluang beramal sentiasa terbuka. Mencuci isi dada dari daki dunia. Satu perjalanan dari keseluruhan jiwa. Meniti usia ke hari tua. Maaf Zahir Batin. ~Che Tun Bandar Mahkota, Banting, Selangor.

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat warga M3P 9092, Maaf Zahir Batin, ~ Seniah Luwi , Sarawak.

Kepada semua rakan-rakan seperjuangan yang dirindui, Selamat Menyambut Aidilfitri dengan penuh kebahagiaan . Jangan lupa kepada Amri kat JB. ~ Amriruden Mohd Ali, Johor Bharu Johor.

Salam buat rakan-rakan M3P 90/92 walaupun kita lama tidak bertemu, namun kenangan M3P masih dalam memori. Dibulan yang penuh keberkatan ini saya ingin menyusun sepuluh jari memohon kemaafan daripada kalian. Selamat Hari Raya aidilfitri Maaf Zahir Batin ~ Roshdi Aziz, Kuala Terengganu.

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin, Kenangan bersama kalian terutama warga unit C. tetap dalam ingatan. Ikhlas dari Rohana Ishak dan Keluarga, Temerloh Pahang.


Selamat Hari Raya Aidilfitri , Maaf Zahir Batin, Kenangan sewaktu bersama masih kekal dalam ingatan~ Mustafa Ali, Kuala Terengganu.

Selamat Aidilfitri buat rakan-rakan M3P, Buat sahabat 3A kenangan bersama kalian tetap sebati dalam arkib hatiku.Mat zin, Asri, Sedi, Denan, Gme, dll sentiasa berlegar dalam ingatan.Syawal akan tiba, hanya Alfatihah buat rakan yang dijemput Ilahi. Buat semua salam Aidil Fitri, Maaf Zahir Batin. Terima Kasih. ~ Nik Ismail Nik Soh, Kota Bharu Kelantan.

Salam Raya dari Teman-Teman MPPP 90/92 (5 -LAST)

Salam Ramadhan dan salam Aidilfitri buat semua teman yang diingati, jauh dekat-dekatkan, Kalau ada yang terguris rasa pohon dimaafkan. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.

Ramadhan Datang Lagi, Menyusul pula Syawal, mohon kepadanya kita menjadi insan yang diberkati. Selamat menyambut hari lebaran daripada Rokiah, Rosaidi, Arif, Afiqah, Aizat, Adlina, Aqilah dan Afiq~ LKTP Jerangau, Dungun Terengganu.

Indah Dunia hanya sementara. Indah Cinta hanya seketika. Indah mimpi terkadang tidak pasti. Indah persahabatan sukar dicari ganti. Indah aidilfitri saling maaf memaafi, Takbir…. Allahu Akbar ~ Mohd Sani Ismail, Ku Rohaniza, Nik Normaisyarah, Nik norsyazana, Nik Norsyafiqah, Besut Terengganu.


Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin untuk mantan M3P 90/92 – Dari Din & Zie, Sg Tong,Setiu Terengganu.

Selamat Hari Lebaran kepada semua sahabat MPPP 90/92. Semoga bergembira bersama keluarga ~ Zulkornine, Kuala Pilah, Negeri sembilan.

Salam….. kawan-kawan semoga 12 bulan mendatang penur erti, 52 minggu dengan kebahagiaan, 365 hari dalam keredhaan, 8760 jam gerbang kasih sayang dan agar 525600 saat penuh senyuman moga ia terus kekal abadi.. InsyaAllah. Selamat menyambut Aidil Fitri, Maaf Zahir Batin, Insya Allah ~ Helmi Hussin, Kota Bharu Kelantan.

Selamat Hari Raya untuk Brie dan semua warga MPPP khususnya unit B. Salam ingatan untuk ahli Seri Teratai , Jenal, Mizi, Radzi, Niza …. Lama dah weh dok dengar berita, kalau sampai kelate konteklah ambo~ Pendi, Pasir Mas,Kelantan.

Selamat Hari Raya buat bekas warga M3P , Maaf Zahir Batin, lalu Setiu, singgahlah rumah…~ Mohd Awang Teh, Setiu Terengganu.

Selamat berbuko poso dari warga Bilal Sohok, Jak ~ Razak Yajid, Pulai Chondong, Kota Bharu, Kelantan.

Selamat hari Raya Maaf Zahir Batin , moga Dalam limpahan Rahmat dan Keberkatan dari Allah S.W.T ~ Che wan Mustafa,Wan Norizan,Mohd Syafiq Ikhwan , Nor syaima Irwani, Mohd Amar Irfan, Mohd aizat Irfan,Nur Asyilah Hanie & Mohd Hasif Fidaiy-Paka Terengganu

**** Nota

Sesiapa yang ingin membuat ucapan hari raya boleh lah emailkan atau sms kepada sabrimnr@yahoo.com / hp 0199677400 ucapan akan dimasukkan dalam rakanmppp.blogspot.com.

Sabtu, September 27, 2008

Syawal Menjelma...

Salam lebaran untuk semua.
Takziah untuk family kak Ana. Sedih juga dengar tragedi yang menimpa kak ana tu. Sekarang ni dalam rumah sendiri pun tak selamat. Macam member Ida kat sini juga ' orang seberang' juga punya kerja nye. Depa ni tak bersyukur dapat masuk ke negara kita. Buat hal plak. Semoga family kak ana tabah dan bersabar dengan musibah yang telah berlaku dan bersyukur selamat.
Untuk Mas, ko raya kat Pekan ye. Aku raya kat Beserah. Kalau ko ada ke kuantan raya ni ko call la aku. Boleh mari raya kat umah aku. Setakat ni tak tau lagi balik tak beraya kat Selangor. Kita ikut orang je.....Untuk Sherry, mun nya dapat ngembak kek lapis sarawak...ai syuuuuukkkk , kan Mas?
Juadah apa kalian sediakan untuk raya ni? Aku nak gak wat lemang tapi kat sini susah dapat buluh. Nampaknya kena beli yang dah masak ajela. Rasa2nya nak wat nasi dagang. Jemputla ke rumah. Salam lebaran untuk semua .....zarida.

Bukan Merajuk, tapi...

Assalamualaikum semua...
Seronok bukan main Ju hari nih dpt sign in n menitipkan kata2 di sini.. Memang lama Ju tak online, Mas! Dok eh..dok merajuk pun..
Benonya dah 10 hari Ju sekuarga dok bermalam di rumah Mak Cik Abe Mie yg baru kematian adiknya.. Sian dia tinggal sorang2 dah..takde kuarga lak tu..Jadi kami tidur kat umah dia tu, pas sahur kami balik umah dan siap2 tuk g skolah lak.. Balik skolah, pas masak2 sesikit, kami berangkut lak ke umah dia tuk berbuka n tidur di situn.. hehe.. anak saudara mithali la katakan..ekeke.. Bukan apa, dia kekadang terigau2 panggil nama adik dia..simpati sesgt la kan.. so, tak ber'online' le kawe.. kalu siang tu cuma sempat baca coretan korang je, tapi pabila nak sign in, xingat pasword lak..

Oh, ya.. malam tadi Rahana Ngah ada call Ju.. terkejut Ju dengar suara dia yg mcm org dlm kesakitan sesgt.. Dia cerita leher dia sakit, mata dia pun cedera sikit, tangan lebam n suara serak semacam.. Ju suspen betul..kemdian, dia ceritakan pengalaman dia sekuarga (dia, suami, anak, adik, dan anak saudaranya) diikat perompak yg pecah masuk umah dia.. Habis brg2 kemas kat badan Ana kena rompak, jam rado n cincin suaminya pun kena rampas.. mujur la nyawa mika tu selamat..
Masa tu Ju jd kauselor la pulak..nasihatkan Ana n kuarga byk2 bersabar.. tu je la yg Ju leh wat..Peristiwa tu berlaku jam 3.00 pagi Jumaat (26 Sept 2008).. kalau xsilap ju dgr 4 org yg wat hal tu..pakek topeng drp kain baju n seluar track suami Ana je.. Eeeii..seram betul Ju dibuatnya.. Waktu suami Ana report polis, suami Ana(Rahiman) ada ceritakan gambaran wajah mika tu.. Polis kata ada mirip dgn suspek yg sdg dlm buruan polis..bangkai betul org tu.. kata Ana geng2 tu Mat Indon.. Tu la, galakkan sgt 'pelancong' dtg kat Mesia nih.. kalu kerajaan tak sedar lagi, tak tau la..

Kesempatan ini, Ju sekuarga nak ucap "Selamat Hari Lebaran' wat semua mantan warga M3P, khasnya yg selalu menatap blog nih..ampun maaf dipinta, jgn ada yg tersembunyi di sebalik hati.. Kalau ke Jerantut, jemput la beraya ke umah Ju..di K338 Taman Inderapura 4..Jerantut..
K, wat Brie, Ju masih jadi pengunjung setia blog U ni.. Maaf Ju tak sms ucapan..tapi Ju tulis kat sini je la ek..Che Tun..beraya kat mane tahun nie? Ju balik JOHOR esok..hehe
~adios..JuNmie..

Jumaat, September 26, 2008

S A L A M L E B A R A N

Salam Lebaran buat semua penatap setia blog M3P ini...

Syukur alhamdulillah kerana diberi kesempatan olehNya untuk terus mencoret dalam blog ini... Semoga anda semua sihat hendaknya tambah2 lagi menjelang Syawal yang bakal menjengah 4 hari sahaja lagi.

Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan salam aidilfitri kepada rakan-rakan semua. Maaf zahir dan batin bagi setiap kesalahan sama ada sengaja mahu pun tidak... Baru jer baca kiriman sms aidilfitri daripada teman2 untuk kita semua yang dipost oleh Sabri melalui e-mel. Untuk Sabri terima kasih banyak2.

Kawan kena ucap awal sebab esok nak berangkat pulang ke rumah mertua... Tahun ni giliran raya pertama di Pekan, Pahang. Harap2 dapat jumpa Jama dan Gee tu...tapi ntah depa ingat lagi ke tidak ngan rupa teman yang dah 100% berubah daripada segi saiz ini....!

Buat mereka yang selalu memeriahkan blog ini; Kak Tun, Ju ( tak tau ler ngape merajuk sampai kat sebulan x sign in ) , Meeze, teruskan usaha anda. Hang pa raya kat mana tahun ini? Kawan raya ke-2 akan berangkat ke Ipoh. So, sesiapa yang menghala ke utara, kalau nak berenti berehat tu call jer... Buat Kamal n Che Pah yang dapat cuti tahunan tambahan tuh...enjoy semaksimum mungkin di Sarawak k.. kalau ada kek lapis Sarawak yang sedap2 tu kirim2 ler sikit untuk kamek tok...

Baiklah stop kat sini dulu... Em..dalam kita dok pulun sakan segala macam juadah pada hari raya nanti jangan dok over no.... Yang kenan berpantang tuh berpantang ler untuk kesejahteraan hidup masa hadapan... M3P tetap di hati...

Ikhlas dari kejauhan : Mas, Jengka 7

Rabu, September 24, 2008

Menjelang Hari Lebaran.

see book nan da ka

Mana ju che tun mas meezee dll, ingat pah preksa ni relex sikit. rupanya makin senyap je blog ni. Mungkin kau orang sibuk menanda kertas preksa ye ? Tak pelah selamat -selamat. Aku lak dikala kau orang dok sebok ada masa relax kat sikit pejabat ni, program dirancang dah hampir habis lepas tu pulak program sekolah pun dah slow so aku ngadap komputer je lah. bye.

Selasa, September 23, 2008

Aku Seorang Che' Gu Part 9

Hari Pertama Sebagai Guru.Rabu 3 Disember 1992, Hari ini secara rasminya, sebelum menjadi guru yang berlesen aku pernah menjadi guru ganti di SMKA Tok Jiring pada tahun 1990 di samping latihan ROS serta PRAKTIKUM sewaktu di MPPP. Sewaktu PRAKTIKUM lah aku bertemu jodoh dengan isteriku sekarang sehingga beranak pinak sehingga enam orang. Pada pagi yang bersejarah itu satu mesyuarat ringkas diadakan sekali lagi. Taklimat disampaikan oleh guru besar, manakala GPK 1, cikgu Joni mengedarkan jadual waktu dan perlantikan sebagai guru kelas. Aku terkejut apabila aku ditugaskan mengajar subjek pendidikan Islam tahap 2 sepenuh masa.So...secara automatik aku dah mendapat tittle "ustaz". Itulah gelaran aku sehingga hari ini jika di Pulau Redang. Orang kampung aku kejap-kejap panggil aku ustaz kejap-kejap panggil aku cikgu, hemtam sahajalah asal bahagia. Tapi bila aku bertugas di BTPN Trg semua pegawai panggil aku ustaz.
Ada cerita menarik juga sebelum itu menyebabkan aku dilantik sebagai ustaz. Hampir penghujung penggal akhir persekolahan 1992 terdapat seorang ustaz sejati yang mengajar di SK Pulau Redang tetapi beliau tidak mahu datang lagi ke Pulau Redang. Seperti yang diceritakan ustaz tersebut telah berselisih faham dengan salah seorang Pulau Redang menyebabkan berlaku pergaduhan. So tanggung jawab itu diserahkan kepada aku.....( to be continue )

Isnin, September 22, 2008

Aku Seorang Che'gu Part 8

Rumah GuruAku ditempatkan bersama empat rakan yang lain termaksuk Pak Ya di rumah guru yang paling hujung pagar, berdekatan dengan pintu pagar kecil. Rumah aku juga merupakan yang paling hampir dengan klinik dan masjid. Rumah itu mempunyai dua buah bilik tidur, ruang tamu, bilik air serta sebuah ruang dapur tetapi yang telah dijadikan stor merangkap ampaian musim hujan. Didalam setiap bilik tidur terdapat satu katil kelamin. Oleh kerana aku ditempatkan bertiga dalam satu bilik aku tidur di bilik tamu sahaja kadang-kadang aku hampar tikar , kadang kadang aku tidur atas kerusi panjang sahaja sepanjang dua tahun. Beg pakaian disimpan di dalam bilik. Dalam setiap bilik ada almari kayu dan dipintu almari kayu ada beberapa "mural" dan catatan yang ditinggalkan oleh abang-abang terdahulu antara yang menarik apa yang dicatatkan seingat aku kalau tak silap ialah Jangan kacau anak dara orang pulau redang, Jangan ajak Orang Pulau redang Masuk ke rumah, Kalau orang Pulau beri makanan bermasak jangan makan, jangan beri pinjam duit kepada orang pulau redang, jangan terima jemputan seorang diri ke rumah orang pulau redang. Hampir ke semua pantang larang tersebut aku langgar. Elektrik menggunakan generator 12 jam sahaja dari 7.00 mlm hinga tujuh pagi. bekalan air paip pula disalurkan dari bukit. Kerap kali terkeluar anak-anak ikan atau anak-anak udang dari paip air. Pernah satu ketika musim hujan ikan keli yang besar-besar memenuhi longkang rumah tempat aku tinggal. Aku campakkan sisa makanan dan ikan kering untuk melihat ikan-ikan itu berebut mendapatkan makanan...... (to be continue )

Ahad, September 21, 2008

Selamat Hari Raya

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN
Untuk semua warga m3p 90/92 saya Kamal Ariffin Dan Sharifah Zainab mengucapkan selamat menjalankan ibadah puasa dan selamat menyambut hari raya aidil fitri. Tahun ini kami beraya di Marudi Sarawak pada 27 sept ini sampailah 11 oct. GB bagi cuti rehat 5 hari.Insyaallah, tahun depan pun dapat balik lagi ke sana . Mak bapak kat seremban dah tiada, cuma omak mentuo yang ado kek sarawak.

Aku Seorang Che'gu Part 7

Menjejakkan Kaki Ke Sekolah Kebangsaan Pulau Redang. Ketibaan kami di jeti disambut oleh ramai penduduk kampung Pulau redang, bagaikan satu pesta. Sebenarnya mereka berkumpul di jeti bukanlah bertujuan menyambut kedatangan kami guru-guru. Mereke menunggu ahli keluarga mereka yang telah lama berkampung di Kuala Besut kerana terkandas bot. Mereka membantu keluarga mereka mengangkat dan mengangkut barang-barang ke rumah masing-masing. Kami guru-guru di sambut oleh Cikgu Joni dan Pak Yusof pengawai keselamatan SK Pulau Redang.Sekarang Cikgu Joni menjadi Guru Besar SK Batu Rakit. Barang-barang kami dan barang-barang sekolah di angkut oleh murid-murid SK Pulau Redang dengan menggunakan troli.Jarak antara sekolah dengan jeti lebih kurang 300 meter. Setibanya di sekolah kami di agihkan kepada tiga kumpulan untuk menghuni tiga buah rumah guru. Pada masa itu terdapat dua buah rumah guru berkembar, jadi kesemuanya terdapat empat pintu rumah guru. Satu pintu dihuni oleh Cikgu joni dan keluarganya manakala tiga yang lain dihuni oleh cikgu bujang termasuk guru besar. Walaupun guru sudah berkahwin aku gelarkan "bujang" kerana kalau ada isteripun di tinggalkan di tanah besar. bangunan yang ada bdi daratan hanyalah sekolah, klinik, masjid, tabika dan rumah untuk generator elektrik ( gen set ). rumah-rumah penduduk pula dibina secara tersusun di atas air.
Pada sebelah malam selepas solat isyak satu mesyuarat ringkas diadakan di sekolah.Dari situlah aku mendapat tahu bahawasepanjang ketiadaan kami sekolah dikawal oleh tiga orang guru iaitu cikgu Joni, Cikgu Yim dan Cikgu Zakiah. Kesemua guru tersebut ialah anak jati Pulau Redang. Cikgu Zakiah dan Cikgu Yim merupakan guru sandaran .....(to be continue )

Mane si JuNmie ni, terkejut dengan kisah isteri dua ke. Takde solalan spot PMR ke SPM Ke PTK ke OUM ke.Kalau ada sape sape lebih kuih raya post lah kat aku. Aku dok tengah pening nak buat kad raya untuk kau orang macammana nak buat kulitnya.....kalau sempat esok aku poslah dah ada 70 orang hantar ucapan sapa yang belum tu masukkan dalam blogni lah bye,

RE : gambar anak

Salam Ramadhan...
Memang betullah tu gambar anak Ida yek. Rupanya macam dicetak2 sejibik muka korang sepasang. Handsome tu, dah besar karang tengoklah. He! He! Sebelum ni tak perasan bila tengok anak dara Ida tu. Ida, rajin ko ulas pasal suami orang tu. Betullah tuh. Kalau dah nama lelaki. Pompuan pun apa kurangnya. Cuba imbas pasal nenek kat Trg yang kawin 2 tu. Cuma tak banyak le, kes terpencil je, satu Malaya ada lah satu dua kes. Hei, dunia dah maju sampai lupa hukum agama. Tak tahulah apa nak jadi.

Selalu cerita pasal kurus-murus ni, semangat tul tuh. Kat sek kami, dah jadi tradisi kelab guru buat pertandingan turunkan berat badan sempena Ramadhan tau Da. Bila mula pose je, kitorang timbanglah, pastu naik raya nanti timbang sekali lagi untuk menentukan guru yang paling banyak turun beratnya. Hadiahnya gila2 je tapi seronok ge lah. Yuran penyertaannya adalah dua tiga hengget. Kalau belum pernah buat, next year cubalah. Gempak punyalah.

Baju raya? Dah 4 ke 5 tahun dah pencen jahit baju sendiri, beli siap je kat mana2 butik. Paling mudah Cititrend harga berpatutan. Tapi tahun ni kan Da, dalam sibuk2 tu ntah camne teringin nak jahit baju kurung sendiri. Siaplah dua pasang utk diri dan anak dara. Rasa puas tengok hasil kerja tangan sendiri tapi baju melayu anak teruna beli siap sbb tak tahu sgt nak buat kemas. Che abang pula tak susah sbb tiap tahun dapat pemberian bos dia, alhamdulillah tak susah2 nak cari.

Hai Ju, apa cerita menyepi sekian lama macam orang bertapa. Ada apa2 ke? Kalau Ida tu tokeh kuih, kawan tokeh bekas kuih (tupperware le - laris tau!), jangan2 Ju pun tokeh juge kot? Apa bisnes? Kat sini sekarang paling hot tudung batu le. Macam2 jenis batu ada, tokehnye cikgu Kelate. Siap tebor atas meja lagi. Bos pun geleng kepale, tapi pembantu2 dia (PK2) sama naik membeli-belah. Hik2...Ala, sekali sekala apa salahnya kot...Ha, Ramadhan nak abis ni, suka ke sedih?
...che tun

Jumaat, September 19, 2008

RE : Selamat Hari Raya

Salam untuk semua. Semoga tenang menyempurnakan ibadah Ramadhan. Semoga Ramadhan ini tidak melewati kita dengan sia2. Suka lihat ramai member post cerita masing2. Sengaja tak post dua tiga ari ni sbb nak baca cerita korang. Ada member baru masuk gamaknya. Harap member yang baru masuk dan post cerita tu sign lah nama korang cam kata Ida tu. Biar kita tahu sapa yang tulis atau ucap selamat. Bila ada penulis, hasil tulisan tu tentu lebih bertanggungjawab kan? Ye lah, takde lah orang kata umpama baling batu sembunyi tangan. Apa pun yang ditulis di sini tidak akan dibanned insyaAllah. Lagi pula taulah nanti perkembangan terbaru member2 kita kan?

Tadi Norinny ada call. Agaknya ko ke Nor yang ucap selamat ni? Kalau boleh tulislah apa2 cerita lagi. Walaupun kita tak jauh susah juga nak jumpa kan? Kalau ucap selamat ni ditulis oleh member lain, harapnya samalah seperti di atas. Tulislah pepanjang sikit. Nak tau gak sapa dan perkembangan korang.

Ida, kat bawah ni anak Ida ke sapa? Tak sign nama gak pun. Tersentuh ge baca cerita Ida tu. Semua kepahitan yang kita lalui tu biar jadi motivasi utk diri kita menjadi lebih baik. Mas, kak tension sikit kali ni. Dalam menyiapkan assgmt, kertas kerja ke Taman Negara bos suruh kiv ke April 2009 takut banjir. Dia minta buat kertas kerja baru camping ke luar daerah tapi nak Oktober ni juga. Kak ingat dah tutup buku dah pasal kertas kerja yang bukan selai dua tu. Ingat nak siapkan assgmt pastu buat laporan lah pulak. Ada pula tambahan projek. Nampaknya raya ni tak berapa nak boleh raya atas tugas yang diamanahkan. Ramai yang senasib ni rasanya. Takpelah, janji anak2 menikmati perayaan ini dengan sempurna.

Brie, rasanya tahun kak takde le beraya kat Terengganu. Sodih...sob...sob...Takpelah ye, biarlah anak2 merasai hari2 beraya cam kita dulu2. Dah tua2 ni, apalah sangat.
...che tun

(Psssst : ada email utk Ida, baca yek)

gambar anak


Salam untuk semua..

Kesian Ida dengar keluhan Kak Tun. Dah habis siksa UPSR sibuk dengan benda lain plak ya. Sabo je la kak tun. Kalau camtu nak beraya pun tak sonok. Sekolah kak tun ni aktif tul ngan kegiatan luar ya. Ida lupa nak cerita pasal khemah ida dulu. Sukses. GPK koko pun puas hati dengan komitmen semua orang. Tahun depan buat lagi dan yang pastinya Ida lagi la penyelaras nya. Tentang gambar tu memang gambar anak pompuan ida. Ala...kak tun nih, takkan tak perasan emak dia yang nampak sipi2 tu. Terlupa lak nak tulis nama. Tapi kalau tengok nama dia ada nama zul ngan da kan...he...he...he. Nanti ida post gambar lain banyak2. Raya nanti adala gambar terbaru. Boleh la tengok rupa terbaru yang kurus sikit...sikit jer.....ni gambo candid anak nombor 2 tahun 5- muhammad zulfarhan
Ok...salam ramadhan....zarida

Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya . Maaf zahir dan Batin

Khamis, September 18, 2008

Yang pakai baju pink ni anak pompuan kawan..Nurzul Syuhada baru tahun satu

Sejahtera Ramadhan

Salam untuk semua rakan m3p.
Boleh dikatakan lama jugak saya tidak mengepost di sini. Nak kata sibuk pun ya, no idea pun ya. Punbagaimanawalau, bila dah baca macam2 ni nak gak bagi respon sikit2.
Untuk Mas, Kak Lia tu ada jumpa masa amik PTK sesi pertama 2008. Masa tu dalam dewan. Rasa macam ada orang pandang kat kita. Bila tengok saya senyum ajela. Tapi dalam hati terdetik macam aku penah tengok cikgu ni. Tapi kat mana ya? Maklumlah kita kan selalu g kusus2 kan, tak sangka lak kawan m3p kita. Lepas tu tak lama kemudian baru la tahu kak lia ada di kuantan. Teringatla cikgu yang jumpa masa PTK tu. Jiran lagi. Dia di SK Fakeh saya di Sk Bati Tiga. Lepas tu tak jumpa2 dah....
Untuk Kak Tun, banyak dah buat kuih. Ida kat sini tokeh kuih. Jual yang orang punya. Nak buat yangh sendiri pun tak de masa. Baju camna? Dah ready? Ialah kak tun, budak sekarang beruntung. Tak de istilah baju raya sebenarnya. Tak raya pun beli baju baru. Kita dulu raya baru merasa baju baru, kalau bergantila. Tidak pakai yang recycle kakak punya. Anak bujang lelaki dengan tastenya, yang tahun 5 dah pandai nak adidas punya, si heroin dah memilih baju pilihan hatinya. Pendek kata kalau pergi sehari nak membeli belah tak sempat. Ialah kita sebagai ibu bapa nak yang terbaik untuk anak-anak dan inginkan anak gembira. Dulu masa kita kecik2 payah nak dapat seperti apa yang anak2 ida dapat sekarang. Maklumlah adik-beradik 12 orang ayah keje buruh. Selalunya baju akan jadi warisan turun temurun la. Bila mengenangkan semua tu sedih juga. Betapa pengorbanan ibu ayah sangat besar kepada kita.
Sapa ye yang menulis tentang suami orang tu ya? Ngapa tak kenalkan diri. Saya bersetuju dengan apa yang dituliskan. Life begin at 40...itulah yang selalu dibanggakan oleh orang lelaki. Bermula di 40 bukan untuk memasang yang baru. 40 ini adalah uuntuk kita berubah untuk menjadi lebih baik seperti Rasulullah. Ini tidak dalam kepala benda lain. Saya melihat ada kawan2 yang suaminya berkawin muda, berantakan keluarganya. Anak-anak memberontak.
Terabai, tersisih. Saya pun tidak tahu siapa yang harus dipersalahkan. Si suami ni sibuk memberi amaran kepada kita guru-guru perempuan..jaga suami masing-masing baik-baik, seolah-olah isteri dia tidak melayan dia dengan baik, Sebab itula dia berkawin lain. Kalau betul isteri dia tidak melayan dia dengan baik kenapa dia tunggu sehingga anak empat, sehingga anak-anak dah besar panjang. Bila kawin lain, bini tak pandai tak pandai jaga laki. Kalau dia pandai sangat, kenapa bila kawin lain keluarganya pecah belah? Sepatutnya keluarga makin bahagia, meriah kan. Ada sedara saya masa kawin muda dah ada cucu. Lepas tu sibuk pulak dengan anak kecik berderet-deret setahun sorang. Dah tua macam tu sepatutnya menambahkan amal ibadat, ini tidak terpaksa mengelek anak kecil ke sana ke mari. Bila anak berderet si isteri tak sempat kot nak layan dia, kawin lagi sorang. Baya anak dia dengan bini tua....macam tu jugak. Bila nak aman kan. Sepatutnya kita dah seronok dengan anak-anak yang besar. Simpan duit pergi haji, melancong. Bukannya serabutkan fikiran dengan benda-benda yang masa muda dulu kita dah laluinya. Bila sedara saya tu lalu depan rumah mak saya, anak berderet atas motor, saya cakap kat somi saya...tengok tu bang. Dah tua-tua sebuk lagi dengan anak kecil. Jadi fikir-fikirla kawan-kawan. Seronok tu sekejap sahaja......oklah kawan2 topik ni kalau nak cerita tak habis2. Kawan kalau bab ni 'geram' je. Kita jumpa lagi.....zarida

Aku Seorang Che'gu Part 6

Menjejakkan kaki di Pulau Redang.Dengan rasa penuh kesyukuran aku selamat tiba di jeti Pulau Redang buat kali kedua selepas Projek luar Pendidikan Jasmani MPPP pada 30 April Hinggan 2 mei 1992. Aku masih ingat beberapa ahli kumpulan yang menyertai ekspedisi itu seperti mas, Din Tahan, Amri, Mat Abd Rahman, Sharifah, Ruzila dan lain-lain. Berita gambar kita berekspedisi dimasukkan dalam Berita daruil Iman Keluaran bil 15, Nov/Dis 1992. Orang yang bertanggungjawab menulis berita ialah Haslina Salleh, sahabat kita. Catatannya berbunyi "Gigitan mentari bagaikan tidak terasa oleh kebiruan air laut yang mempesonakan. burung-burung camar riang melayang seperti bertemasya di dunianya menikmati juadah enak di perut laut. angin menderu lembut dan ombak merangkak perlahan menyapai pasir putih. Itulah Telok kalong yang terletak di tenggara Pulau redang lebih kurang lima puluh km dari Kuala Terengganu. selain daripada keindahan semulajadinya yang memukau pandangan kedudukannya yang dikelilingi oleh beberapa buah pulau amat sesuai untuk mengadakan berbagai-bagai aktiviti air seperti berkeno, berenang, snorkelling dan lain-lain lagi. Puas bermain air bagi mereka yang suka trekking bolehlah meredah hutan yang masih terpelihara keasliannya di pulau redang. Meskipun bukit di situ tidak berapa tinggi tetepi awas, keadaannya curam dan berbatu batan longgar , itulah adalah cabaran sebenarnya. Semasa trekking anda pasti kagum melihat batu-batu besar bermacam-macam bentuk dan unik pula kedudukannya.Sesiapa yang datang ke sini pasti jatuh cinta pada ciptaan tuhan."Bersama coretan haslina ini dimasukkan gambar Kamaruddin, Ajam dan Alias sedang menyiang ikan. Mas Lanasrie, Anush , Che Hussin sedang memegang keno di gigi air membelakangi laut. Razima, Sagap, Norliah Othman, Haslina, suryati Morni dan beberapa orang lagi yang kabur gambarnya sedang berposing di tepi batu besar ....( to be continue)

Rabu, September 17, 2008

SYAWAL SEMAKIN TIBA...

Salam buat semua penatap setia blog yang meriah ini...

Pejam celik pejam celik kita dah melepasi setengah bulan berpuasa. Anak2 dah mula sibuk bertanya bila nak raya? Bagi mereka yang masih kecil keseronokan beraya menjadi agenda utama setelah penat berpuasa sebulan... ye lah..kita juga pernah melalui zaman kanak2.. betapa seronoknya zaman itu kerana apa yang difikirkan hanya seronok jer...macam2 yang kita minta dari mak ayah untuk memenuhi hajat kita kan? Apabila dah ada anak ini, baru kita sedar bagaimana peritnya ibu bapa nak melayan setiap karenah anak2! Yang sulung nak baju lengan panjang, yang tengah nak baju ala2 jubah, yang bongsu dengan kasutnya... em...anak2 zaman sekarang...order je!!!! Tapi sedapat mungkin kita sebagai ibu bapa cuba memenuhi kehendak mereka walaupun kekadang tu pakaian ayah dan ibu tak berganti pun untuk beraya.... Tak gitu JU....? Ju..oh Ju...! Amboi..sejak bulan pose ni susah bebenor nak baca coretan kak Junaina tuh!! Ke dah sibuk buat kuih raya?

Sebenarnya tertarik juga baca coretan ntah siapa di bawah ini tentang suami yang nak kahwin dua tuh! Tapi ngape tak bubuh nama? Takut kena banned ngan member2 lelaki ker? Ish...tak gentlement la kalu gitu wei.... Secara peribadinya, nak layan karenah isteri yang satu ni pun dah banyak, inikan pula nak tambah 2! Itu cari maut namanya. Oleh itu, kepada member2 yang berhajat tu, fikir2kanler sebelum terlambat...

Semalam saya terima satu panggilan.. bukan panggilan hangit daripada Fara Fauzana dalam Hot FM tuh...tapi panggilan daripada seorang rakan kita c Norliah Othman dari Unit E. Katanya, dia berasa seronok membaca coretan2 kita semua di dalam blog ini... Moga2 lepah ni dia jadi penulis tetap la pulok... Yang syoknya, suaminya kerja ngan Telekom Malaysia. Sama2 orang Terengganu tapi bermastautin di Pahang!! Ha.. Ida n Zol, deme tak pernah ke jumpa ngan c Norliah di Kuantan tuh?

Buat Kak Tun, kalau dah kita ni kaki bekerja, peksa dah abih pun kena kerja gak. Memang tak relaks tau... abih UPSR dah menanti program Pasca UPSR...penat wei.... Mujurlah anak2 buah kawan tak de yang terlibat ngan PROTIM, kalau tak tambah lagi satu kerja...

Baikler...nak stop kat cni dulu lah. Marilah sama2 kita panjatkan doa kepada ALLAH agar negara kita MALAYSIA ni terus aman dan makmur. Dengan pelbagai konflik politik la ni macam2 dah keburukan yang kita rasa. Oleh itu kita selaku PENDIDIK BANGSA seharusnya membuka minda kita seluas2nya dan membuat penilaian tanpa PREJUDIS siapa yang perlu kita sokong agar negara kita terus kekal MERDEKA dalam erti kata sebenar2nya. Jangan nanti kita menjadi hamba di bumi kita sendiri dan membiarkan MELAYU ISLAM lenyap di bumi MERDEKA ini...Apa yang berlaku di Thailand , Indonesia dan Singapura seharusnya mampu untuk membuka mata kita untuk menilai yang mana INTAN daripada beribu2 KACA!

Salam Ramadhan untuk SAUDARA semua...M3P tetap di hati...

Ikhlas dari kejauhan : Mas, Jengka 7.

kenangan lama d kenang, hari mendatang perlu d rancang

salam.....
buat kekawan lama m3p 90/92....
apb aku baca tulisan ko orang....ramai yg mengimbau kenangan 16 tahu dulu semasa d Pasir Panjang.... usahlah rindu sangat pada peristiwa lama tu.....jadikanlah pedoman untuk menempuh hari mendatang..... hidup pada hari esok lebih mencabar dan menarik jika d rancang dari awal. Kita rancang dari aspek ekonomi, pendidikan dan apa2 sahaja yang memberi manfaatkan diri dan keluarga. Bagi yang sedang belajar sarjana muda... teruskan usaha anda, bagi yg tengah membuat master selamat menulis disertasi dan bagi yg berada di peringkat Phd semoga tesis yang dibuat memberi makna kepada dunia pendidikan. Bagi yang tumpukan pd keluarga, rancangkan bagaimana nak mendidik anak2 agar menjadi insan berguna kpd keluarga, bangsa dan negara. Dalam kesempatan ni nak ucap tahniah pd rakan2 yang bakal ke DG44, tak lama lagi gaji ko orang besarlah....
from... abdullah azwan Jb

suami orang part 1

KALU DAH KAT OC TU KENA KENANG YANG TERSAYANG TAU

Saya sendiri sebagai lelaki rasa tercabar apabila isteri saya sering mewar-warkan kepada saya bahawa umur saya dah melewati 40 tahun. Life starts at 40. 'Kalau U rasa U nak pasang lagi satu, I izinkan', kata isteriku. Bila berangan tentang nak kahwin lain ni memanglah seronok. Tersengih- sengih aje lah I at that time. Dunia ni dah terbalik gamaknya, kawan-kawan aku siap pegi Siam sana nak nikoh lagi satu, ni bini aku siap suruh pasang sorang lagi...?!' Tak tahulah kalau isteri I tu main reverse psikologi dengan I. Tapi lepas I berfikir panjang, rasa-rasanya tak nak lah.
Sebab apa ? Bila mengenangkan umur I yang dah 40+. Let's say kalau I kahwin dengan anak dara, katakan umur 22 tahun. Memang lah seronok beb.
Tentang makan minum, pakai I, kemas rumah dan kegemaran I, rasa nya I tentu asyik teringatkan my first wife. Tak perlu nak ajar, I suka makan apa, cam mana cara nak masaknya, baju I kena gosok cam gini, kalau I bangun tidur I suka kalau my wife dah siapkan segala gala nya lah.
Tak perlu I bagitau, dia dah tahu apa I suka. Cerita apa I suka kat TV, teh atau kopi manis macam mana, hobi apa, sukan kegemaran ... semua dia dah tahu. Tak perlu start balik macam zaman umur 20-an dulu ... Rasa rasa dapat ke isteri muda I suruh buat gitu, tentu dia banyak ragam. Ye lah dia muda, I kan dah tua. Mesti dia kata I ni mengada-ngada. Sure I yang kena manjakan dia lebihlah, sebab dia muda. Silap haribulan, takut lari lak, kan ... Isteri muda ni bukan macam yang dah bersama dgn kita sejak muda. Kalau kita rasa isteri tua banyak belanja, isteri yang muda pasti lagi teruk.
Eh, budak 20-an zaman sekarang, dengan henbeg Gucci, dengan nak tudung kain Mawi dan henpon jenama Nokia N95, Itu tak termasuk kereta, paling korok pun mesti nak Honda atau Toyota . Perempuan muda sekarang mana main naik Proton atau Perodua. Kalau I tak bagi barang-barang tu, dia tak nak bagi 'barang' dia lak malam-malam.
Sedangkan dengan isteri tua, awal-awal kahwin naik motorsikal cabuk pun sanggup, berpanas berhujan, dukung anak kita dicelah motor tu. Ahh ... terkenang juga zaman 'miskin' dulu tu. Rumah dengan bini tua dulu pun setakat apartmet 3 bilik. Tidur atas tilam nipis, dapur pun kecik, perkakas pun tak banyak.
Oh, untuk isteri muda, terpaksa aku buat OT untuk bayar rumah teres dua tingkat tu, nak bayar peti ais Samsung dan TV Sony Bravia 40-inci mu itu ... Dah umur 40-an ni, darah tinggi lak aku ni kena buat OT setiap hari... hari minggu pun kena cari duit ... nak tengok bola pun tak dapat ...
Lebih haru lagi, tentu anak anak I akan memberontak sakan. Yelah sekarang ni kan banyak kes bapak kahwin lain anak-anak lebih tertekan. Ramai jadi liar, hisap dadah, jadi mat rempit dan bohsia. Sebab tension bapak kawin baru.
Takut mereka menjauhkan diri dari I, malah akan membenci pula. Disebabkan masyarakat kita ni memandang serong pada keluarga yang bapak mereka kahwin lebih dari satu. Kalau I ada anak dengan isteri baru, tentu kecik sangat lagi di masa I dah tua dan memerlukan perhatian dari anak-anak.
Sedangkan rumah isteri muda tengah hiruk pikuk dengan anak anak kecil ( kan dah ada experience dengan isteri pertama -bagaimana kelam kabutnya dia menguruskan anak-anak)
Sedangkan di rumah isteri tua, anak anak dah besar, boleh tolong mak dan sedang seronok bergurau senda bersama ibunya membincangkan topik-topik terkini dan juga kehidupan mereka. Duduk rumah bini muda, I yang tua-tua ni lak kena salin pampers dan bagi baby mandi. haha ... kalau tak buat, takut isteri muda merajuk pulak.
Tak boleh jadik nih. Banyak benda yang kena repeat. Mula mula kawin tentu seronok. Paling lama setahun-dua. Bila dah ada anak,tanggungjawab baru bermula semula sebagaimana dengan isteri pertama dulu-dulu. Tapi masa ni kita dah tak larat nak basuh berak anak, nak pegi shopping beli baju anak anak, nak dukung anak-anak. Leceh lah nak kena teman isteri muda buat semua tu.
Silap haribulan orang kata tengah pilih baju cucu. Eii tak sanggup pula. Paling takut, orang ingat isteri muda tu anak I ...... lagi haru ...
Balik rumah mertua pula, teringatkan masa akad nikah dulu, beria ria kita nak kan anak dia, lepas tu kita kawin lagi satu. Tentu muka nih tak tahu nak letak kat mana. Orang tua tak kan nak straight to the point. Tanya itu ini.
Kalau dia nak bercakap tentang tu cukup dengan jelingan dan kerlingan mata,buat kita dah tak senang duduk. Tak kan raya asyik balik umah mak mertua baru aje. Apatah lagi kalau I ni lak umur nak sama dengan mak-bapak mertua baru I tu ....
Hish banyak lah lagi. Bagi korang yang suka berbincang pasal benda yang indah indah kawin dua nih silakanlah. Tapi bagi I selagi hayat dikandung badan, selagi tu lah I tak nak tambah. Tak nak lah mendabik dada. Cakap besar.
Tapi sekadar menurutkan nafsu dan benda dalam seluar tu rasanya tak pernah kurang pun layanan isteri pertama terhadap I. Keluarga ni, kita bina keluarga bahagia yang di depan mata. Bukannya yang di dalam kepala. Bukannya di dalam seluar dalam je.
Hadapi hari esok yang tentu dengan keluarga yang banyak mengharungi susah senang dari mula. Pengorbanan isteri (walaupun kadang kala dia pernah merungut salah Kita juga, cuai dan mengabaikannya) . Apa pun semuanya bermula dengan kita. Insaflah.
Kalau nak ikut nabi, rasa rasanya solat subuh pun kita terlepas kalau isteri tu tak kejutkan. Bukan nak kata solat Subuh, kekadang waktu lain pun terlambat atau terlepas.
Baca Quran pun sekali-sekala, baca Yassin pun hanya bila ada orang meninggal. Ikut sunnah Nabi apa nama tu. Tak payah lah yang lain lain. Kang ada yang nangis bila disebutkan. Cukuplah. Sesungguhnya amat bertuahlah suami-suami yang mempunyai isteri yang menyuarakan pendapat di ruangan ni.
Membuktikan mereka sayang, kasih dan cinta pada kalian.
untuk kawan-kawan yang dah pasang dua tu , gua respek lu........luar dn dlam ..by......

Selasa, September 16, 2008

Ramadhan Kita iv

Salam smua, kabare? Wah, sejak ada 'jom sembang' cam lembab ckit 'ngepost' yek. Korang camne? Mas ok ke? Kak rasa cam org mabuk je sbb cbuk cam bese. Ko pun sama kan Mas? Ju, bila nak online lagi 'ngechat' sama kawan.

Ni, kawan nak merepek ckit pasal Ramadhan kita cam tahun2 dulu. Bila Ramadhan ni kan ramai le si muda rumaja kita jadi Mc Gyver. Ye le, yg buat2 bom meriam sendiri tu. Tu pasallah tak aman bila terawikh, suara imam bersambung2 dgn mercun dorang. Kalau nak buat tak waras, mau letup je deme tu. Masih tak belajar2 juga dengan insiden melecur, putus jari dsb. Anak2 muda kita ni baik toksah larang, suruh lagi baik. Bagi je bom mortar kat depa suruh letup sesama sendiri (he3...marah betul ni). Brie, yg kawan bengang tu, bila masuk paper banyak pula org kampung kita atau kat serambi Makkah tu kan? Panas telinga kawan kena sindir. Ala kat sini pun apa kurang. Semoga ibu2 dan bapa2 tak jemu bagi nasihat utk anak2 mereka. Ye lah, kalau apa2 berlaku, sendiri gak malu.

Ida, Ma, Atie, Zie dah siap baju raya? Kuih2 okey? Wah, esok kawan cuti Nuzul Quran. Sonoknya. Baru berangan nak potong baju sendiri dgn anak dara kawan. Dah kepenatan cam gini rasa seribu rahmat bercuti. Okey, jumpa lagi.
...che tun

Ahad, September 14, 2008

Aku Seorang Che' gu PART 5

Pengalaman yang mencemaskan.2 Disember 1992 Selasa, Kami bangun dan solat subuh berjemaah di surau Kuala Besut.Bersarapan di warong. Lepas itu ke bangsal biasa yang menjadi kediaman kami waktu siang, kadangkala rasa ngeri juga teringat peristiwa semalam. Selepas lepak beberapa ketika kami mendapat berita yang bot akan bertolak . Kami pun bawa lah beg yang "berrende itu" ke dalam bot. Penduduk juga kelihatan sibuk memindahkan barang-barang dari jeti ke dalam bot. Ada juga nampak wajah-wajah baru yang tidak berapa familiar naik ke atas bot. Kami membantu orang-orang kampung memunggah barang-barang dan unjuk mengunjuk bila melihat cikgu yang lebih senior berbuat demikian.Setelah hampir dua jam berada di atas bot dalam keadaan bersesak-sesak bersama penduduk dan barang-barang barulah enjin bot dihidupkan. Kami pun mula memakai jaket keselamatan. Seorang kakak sempat berkata "kalau terjadi apa-apa kita berpaut pada cikgu sebab cikgu pakai pelampung". Penduduk Pulau Redang tidak memakai jaket keselamatan dan memang tidak ada pun di dalam bot.perjalanan kami bermula jam 12.30 tengahari. Walaupun tengahari kami basah kerana hujan turun sekali-sekala dan angin juga bertiup kencang. Cabaran pertama bermula apabila tiba-tiba bot berhenti di muara sungai, dalam sekelip mata sahaja bahagian hadapan bot terangkat tinggi dan terhempas dengan bunyi mengerunkan. Kebanyakan penumpang bot pucat lesi dan tidak berkata apa-apa. Terasa bagai tercabut jantung. Selepas itu bot bergerak sedikit ke hadapan kemudian berhenti lagi. sekali lagi peristiwa yang sama berlaku. Bot bergerak lagi dan kami dihempas ombak lagi tetapi kali ini agak perlahan . " ombak tiga beradik" itulah yang dimaklumkan oleh orang Pulau Redang.Selepas itu perjalanan bot agak stabil tetapi masin terumbang ambing kerana ombak agak kuat atau dalam istilah orang Pulau redang disebut "kkucah". selepas itu aku melihat beberapa orang yang ramainya kaum perempuan mulai muntah. seorang sahabat aku dari Kelantan juga dah pening. Lepas tu baring, tak lama selepas itu aku tengok seorang gadis tidur sebelahnya, terkejut ada, jelous pun ada, gelihati pun ada apabila melihat keadaan penumpang bot yang lain bergelimpangan, lelaki, perempuan, kecil dan besar berselerakan di celah barang-barang.sekali sekala terdengar bunyi uwek.....uwek. Alhamdulillah aku sampai ke destinasi tanpa mabuk dan muntah tetapi bila naik di atas jeti berjalan bagaikan angkasawan ..........( to be continue)

Khamis, September 11, 2008

Aku Seorang Che' gu PART 4

Peristiwa di Kuala Besut. 1 Disember 1992 hari ISNIN. Kami berkumpul di stesen teksi Kuala Terengganu lebih kurang jam 8.00 pagi dengan beg "berrende"Setelah semua berkumpul kami bertolak ke kuala Besut dengan menyewa tiga buah teksi.Wakaf (pondok) yang aku sebut semalam juga menjadi port kami berteduh daripada hujan musim tengkujuh. Angin masih lagi kencang bertiup. Aktivti kami hanyalah berbual-bual, makan , sembahyang , makan lagi , lepak , baca surat khabar, beberapa kali di arah angkat beg ke atas bot, lepas tu angkat semula ke atas jeti. Rasa boring pun dah ada, rimas, tak mandi dan ada yang dah mengeluh.Kadang-kadang kami jling-jeling anak dara orang yang lalu sambil senyum-senyum dan angguk-angguk. Begitulah yang terjadi sehinggalah ke waktu maghrib.Ada juga orang-orang pulau Redang yang usik-usik kami cikgu baru.Suasana di sekitar jeti nampak meriah, macam ada pasar minggu. Kebanyakan porang pulau redang yang perempuan menjadikan bot sebagai hotel mereka. Kami kerap mendengar perkataan "dua jam lagi","satu jam lagi " "tunggu barang Pak Mat", "Tunggu angin reda", "Tunggu air pasang" dan bermacam macam jawapan lagi tentang waktu bot akan bertolak. Sehingga pada waktu maghrib ada yang berkata bot akan bertolak pada waktu dinihari esok. Mujur jugalah pada masa itu duit simpanan koperasi sewaktu di MPPP dulu masih ada. Aku pula dah semakin ramai kenalan dengan penduduk pulau Redang. Selepas solat isyak kami masih menjadikan pondok itu sebagai rumahtangga kami. Malam itu hujan turun renyai-renyai dan keadaan agak gelap dan samar-samar di terangi lampu jalan yang terletak agak jauh dari pondok itu.Aku "berselimut telanjang" walaupun memakai baju dan seluar untuk menahan kesejukan. Sedang kami berbual-bual datang seorang "abang" yang mencadangkan agar kami tidur di surau bagi memberikan keselesaan dan keselamatan barang-barang kami. Pada mulanya kami enggan kerana waktu masih awal lagi. Lagipun bimbang kami akan ketinggalan jika bot bertolak pada malam itu. Setelah di desak akhirnya kami berpindah ke surau yang terletak 200 meter dari jeti. Kawan-kawan aku mula mengangkat beg masing-masing , aku melipat kain pelikat dan menjadi orang orang terakhir meninggalkan pondok itu. Belum sempat aku melangkah tiba-tibapondok itu diserbu oleh berpuluh-puluh orang remaja dan orang tua ,"abang" yang baik hati tadi mengagih-agihkan sesuatu kepada orang-orang itu dan berlaku pula pembayaran. beberapa perkataan yang aku sempat dengar ialah "power" "sayur" "celur dah ke" . Rupanya pondok itu menjadi pusat operasi abang tersebut .Apa yang di jual oleh "abang" tersebut fikir-fikirlah sendiri. Aku juga terfikir kalau pada malam itu kalau diserbu polis alamatnya tidur dalam lokaplah dulu apa-apa cerita pun. Malam itu kami tidur dengan amannya di surau Kuala Besut dengan amannya.....(to be continue )

Saranan daripada pembaca blog

Sahabat-sahabatku, semalam saya menerima e mail seperti di bawah yang saya masih belum tahu siapa pengirimnya , saya rasa e mail tersebut merupakan idea yang sangat bagus ini lah e mailnya :


"assalamualaikum...........
tahniah berjaya mencipta,mengumpul maklumat utk blog Mppp
saya hanya pembaca blog ingin memberi beberapa pendapat:
1-banyakkan gambar terkini berserta maklumat
2-masukkan gambar individu semasa remaja-dewasa-bersama family


itu saja.................tahniah
"

Satu lagi sesiapa yang belum hantar ucapan raya tu segera-segerakanlah ya . dah start taip dan edit dah ni buat masa ni dah ada lebih kurang 60 orang yang dah hantar tq.

Rabu, September 10, 2008

Ramadhan kita iii

Dua tiga malam dah kawan berkesempatan bertarawikh di surau taman ni. Memang ada ckit bezalah dgn kampung. Biasanya kalau kat kampung ramai jemaah dewasa. Tapi ckit terkilan nampaknya di sini lebih kurang je jemaah dewasa dgn budak2. Yang lebih terkilan tu, budak2 tu lain macam pe'elnya. Selamba dek je dorang tu lari keluar bila imam mula angkat takbir. Dorang pegi kejar2 kat luar. Bila dah nak bagi salam dorang masuk balik buat2 bagi salam sama. Gitulah sejak mula solat sampailah abis witir. Ya Allah, anak2 kita. Main2 bersolat tu sbb takut kena kutil dgn bapak dorang lah tu. Dorang ingat mak2 tak nampaklah kat belakang ni. Dah kita memang cikgu kan, kalau kat sekolah memang dah kena tempeleng bertanda dah tu. Jegil mata pun deme buat bodoh je. Anak2 kawan mmg siap kena warning dulu sebelum ke surau. Tak nanti, siaplah kena bambu.

Mas, sok tu kalau merdeka pun dua tiga ari je. Pastu macam2 lagi kena buat. Kitorang kena mula buat aktiviti2 yang di KIV sebelum ini sbb pulun ajar tu kan? Ni kena cover le minggu PSS dll. Nasib baik borang permohonan SBP bdk2 dah antar. Pastu yang menanda UPSR dah tentu beraya dalam timbunan kertas. Susah nak rasa merdeka betul2...Ye lah, kerjalah selagi ada hayat.
...che tun

BAZAR RAMADHAN OH BAZAR RAMADHAN.....

Salam Ramadhan buat sahabat semua....

Memang benar sebagaimana Che Tun kita kata...makanan kat Bazar Ramdhan cekik darah... nampak cantik tapi tak enak...nampak sedap tapi memualkan bila dimakan!! Memang peniaga2 sebegini nak kaut untung bukan nak berniaga betul2!!! Kat sini kuih muih yang kecil @ besar dah dijual dengan RM1 untuk 3 biji.. Mungkin di tempat anda ntah2 dah 2 biji seringgit. So, kawan ngan wife dah berpakat untuk boikot jer Bazar Ramadhan... Gunakan kuasa pembeli kita wahai sahabat2 sekalian...beli apa yang patut sudah...

Tapi kan kawan rasa bukan sahaja lauk pauk yang siap aje dah mahal malahan lauk mentah pun mahal jugak! Baru2 ni anak kawan nak makan ikan bawal. So dengan sempoinya kawan pun pilih lah ikan bawal yang agak besar saiznya. Harga tak tanya pun terus suruh peniaga 2 timbang. Tanya harga nak tahu berapa? RM16!!! Cuba bayangkan ikan bawal seekor RM16? Lepas tu baru kawan tanya harga sekilo ikan tu? Rupa2nya dah RM20 sekilo la ni!! Fuh...dugaan ..dugaan.. inilah bahananya apabila kakitangan keraSihat
jaan diumum dapat bonus. Bonus x dapat lagi tp harga barang dah mula melambung....

Bagaimana ngan sahabat2 semua pada Ramadhan kali ini? Harap2 kita masih sihat n kuat menjalani ibadah puasa n bertadarus n bertarawikh.. Musim2 gini ingat kehidupan 18 tahun lampau di M3P tu... Teringat kawan kat member2 serumah dulu yang sama2 memasak untuk juadah berbuka puasa dan bersahur... Amri, Yazid, Reduan Amir Hamzah, abang chik, Omar Sharif, Che Anizan dan Abdul Liza..moga2 kalian semua senantiasa sihat. Zaman2 bujang dulu tu kalau dikenang2 mahu menitis air mata kerinduan...

Syukur kerana esok hari terakhir UPSR. Bagi member2 yang senasib dengan kawan yang mengajar tahun 6 lepas ni kita M E R D E K A !!!!!!!!!! tapi untuk sebulan dua je lah sebelum keputusan keluar... Apa2 pun tahniah buat senua rakan2 yang mendidik anak bangsa masing2 bg menghadapi UPSR tahun ini...semoga kejayaan itu milik kita bersama...

Kawan minta diri dulu...M3P tetap di hati...

Ikhlas dari kejauhan : Mas, Jengka 7

Ramadhan kita ii

Salam utk semua...dah sepuluh Ramadhan ni...hari ni nak kongsi rasa dgn korang. Bukan apa, bbrp member merungut makanan yg dibeli di bazar Ramadhan nampaknya lebih indah rupa berbanding rasa. Seorg kwn membeli ayam percik yg dikitar semula. Seorg lagi membeli air soya panas tapi basi. Yang lain2 pula merungut pasal harga tak sebanding saiz.

Yelah kan, kalau diteliti, org2 kita ni mmg betul2 ambil kesempatan sempena Ramadhan utk memungut keuntungan. Pembeli pula kalangan yang bekerja dan tidak berkesempatan memasak juadah sempurna di rumah. Paling tidak pun sempat masak nasi je. Lauk dan kuih beli kat luar. Cepat dan senang. Zaman dah berubah, dunia dah maju ye. Ini agaknya harga perubahan dan kemajuan. Penjual mmg tahu pembeli terdesak tak kesah punyalah. Janji perut terisi. Duit banyak terbang pun takpe kot sbb ramai org cakap duit boleh dicari. Barang mentah naik dua tiga posen, yg siap masak melambung2...kasihan org kita.

Yang menjadi kemestian kulihat, orang kita ni cam berpesta kuih time Ramadhan camni. Jadi untuk kita, marilah kita pakat2 mengimarahkan masjid atau surau atau berjemaah di rumah untuk menambah kualiti ibadah dan iman. Tak payah kesah sangatlah pasal kuih muih tu yek.
...che tun

JOM SEMBANG !!!! Kini Muncul

Memberi peluang kepada kita untuk menambah segar lagi ikatan silaturrahim. Selamat mencuba.
Cara-cara nak bersembang
1. taipkan nama pada ruangan name
2. taipkan email di ruangan e mail
3. taiplan apa nak kata pada ruangan message
4. klik go

Aku Seorang Che' Gu PART 3

Perjalanan Yang Kecundang. Sebaik tiba di Kuala Besut kami pun membawa barang-barang masing-masing.Oleh kerana baru posting dan terpaksa memulakan penghidupan baru ditempat terasing maka boleh dikatakan masing-masing membawa barang agak banyak. Kecuali aku cuma membawa sebuah beg besar dan satu beg kecil sahaja. Setiap kami juga dibekalkan life jaket yang dibawa bersama selak dalam bas lagi. Jadi bertambahlah item yang patut kami bawa "berrende"kata orang Terengganu. Kami berkumpul di sebuah wakaf ( bangsal tanpa dinding ) di tepi jeti Kuala Besut. Guru Besar di lihat berunding dengan beberapa orang yang berada di situ. Kami bergilir-gilir menjaga beg sementara kawan-kawan yang lain pergi makan ataupun bersolat.Selepas beberapa ketika Guru Besar mengarahkan kami menaiki bot yang dipenuhi oleh orang tua,orang muda, kanak-kanak, lelaki dan perempuan. Daripada perbualan dengan penghuni bot itu dapat diketahui bahawa terdapat tiga buah bot yang akan bertolak ke Pulau Redang. Bot tersebut datang ( masuk dalam istilah orang Pulau Redang )untuk menghantar anak-anak mereka yang bersekolah menengah di tanah besar serta membeli barang keperluan anak-anak sekolah rendah di Pulau Redang. Di situlah juga bermulanya interaksi kami dengan orang-orang Pulau Redang. Pada pandangan aku orang Pulau Redang adalah orang yang mudah mesra.Keadaan air di muara sungai dan alun yang ada memang tidak selesa di atas bot itu. Setelah beberapa ketika Guru Besar mengarahkan kami naik semula ke darat bersama beg yang 'berrende' dan menaiki bas yang masih menunggu di situ. Katanya bot tidak akan bertolak ( tubik dalam istilah orang Pulau Redang ) kerana angin terlalu kencang.Kami bertolak balik ke Kuala Terengganu dan sampai ketika hampir malam. Aku balik bermalam di rumah manakala kawan-kawan yang datang dari negeri lain menginap di rumah Guru besar. Esok 1 Disember 1992 hari Isnin sepatutnya sekolah di buka tetapi kami seramai 12 orang masih lagi berada di tanah besar. Bagaimanalah nasib anak anak didik kami ??? .

KENANGAN SILAM

Bangun!bangun!bangun! bangat...bangat bangat weh! sahur सहर ni..terdengar suara Razie...Jenal.meezee.Niza, Pendi.Arwah Nik Zaki dan abg senior kawe..Terkulat-kulat dan terkebil -kebil mata si Jenal nak bangun.Malah sungguh nok bangun ni.Maka kami pun make lah apo yg ada. Budu tak miss.Nok tahu cerite itulah pertama kali Jenal rasa budu.Kalu oghe pantai timur tak jadi masalah.Pah pristiwa itu Jenal semakin sronok makan budu.Pah sehari ke sehari dio tanya budu. Maka kami dah dpt membudukan si Jenal.
Teringat kawe semasa di Ganu waktu poso nilah yg sedap weh.Pasar gharib satu kemestian .Betul kata Che Tun kalu dah tekok pantai timur pantai timur jugoklah weh.Kalu di Johor dan Melaka kuih dan makanan kurang lah sikit nak make. Nasib baik lah ada gerai oghe Klate buleh jugok make nasi krabu,nasi dagang dan laksam.Nok cari kuih payoh lah sikit tak jupe
jala mas,tepung bukus,buah tanjung,tahi itik, lopat tikam, akok.Air nira lagi lah susoh.Bende2tu
ade di pasar GARIb , Walau bagaimana pun kawe tak terkilan sangat sebabnyo kawe kerek gi Ganu dan Klate sebabnyowarih2 kawe ado lagi di sano.
Salam untuk semua bulan poso ni berbelanja biarlah berhemah jange membazir simpan2lah pitih tu ke Guane !,Pakat-pakat gi Ganu . Wassalam dr Meezee

Selasa, September 09, 2008

SELAMAT BERPUASA DAN DOA2 PUASA

Salam dan selamat berpuasa untuk semua. Walau dah lama dok join, perkembangan blog kita tetap dalam perhatian. Mas, kalu bab makan tentu mu ingat ke aku. Aku gembira dengan cara mu ingat ke aku. Kak Tun, celoteh Kak Tun sungguh memeriahkan blog kita.

Untuk kawan2, di sini Ma titipkan doa2 sepanjang bulan puasa untuk tatapan semua.

Hari Pertama"Ya Allah, jadikanlah puasaku, puasa orang benar-benar berpuasa. Dan ibadah malamku, ibadah orang benar-benar mengerjakan ibadah. Dan jagalah aku dari tidurnya orang yang lalai. Hapuskanlah dosaku wahai Tuhan sekalian alam. Dan Ampunilah aku wahai Tuhan maha pengampun daripada segala dosa."

Hari Kedua"Ya Allah, dekatkan aku kepada keredaan Mu dan jauhkan aku daripada kemurkaan serta balasan Mu. Berilah aku kemampuan membaca ayat-ayat Mu dengan rahmat Mu, wahai Tuhan Maha Pengasih."

Hari Ketiga“Ya Allah limpahkan aku dengan kecerdikan fikiran dan kewaspadaan serta jauhkan aku daripada kebodohan dan kesesatan. Sediakan bahagian ku daripada kebaikan yang kau turunkan, demi kemurahan Mu, wahai Tuhan Maha Pemurah daripada segala dermawan.”

Hari Keempat“Ya Allah berilah kekuatan kepada ku untuk melaksanakan perintah Mu dan berilah aku kemanisan berzikir. Berilah aku kekuatan melahirkan kesyukuran dengan kemuliaan Mu. Dan jagalah aku dengan jagaan dan perlindungan Mu, wahai Tuhan Maha Melihat.”

Hari Kelima“Ya Allah, tempatkan aku di kalangan orang yang sentiasa memohon keampunan. Jadikanlah aku hamba Mu yang saleh serta jadikanlah aku di kalangan auliya’ (orang yang mendapat keutamaan Mu) yang hampir di sisi Mu dengan kelembutan Mu, wahai Tuhan yang Mahapengasih daripada segala pengasih.”

Hari Keenam“Ya Allah, janganlah aku dihina kerana perbuatan maksiat ku kepada Mu dan janganlah menyeksa ku dengan balasan Mu. Jauhkan aku daripada sesuatu yang boleh mendatangkan kemurkaan Mu, dengan anugerah dan bantuan Mu, wahai kemuncak keinginan orang yang berkeinginan.”

Hari Ketujuh“Ya Allah bantulah aku untuk mengerjakan puasa dan ibadah malamnya. Jauhkanlah aku daripada dosa-dosanya. Dan berilah aku zikir untuk mengingati Mu secara berterusan, dengan taufik (petunjuk) Mu wahai pemberi petunjuk kepada orang yang sesat.”

Hari Kelapan“Ya Allah, berilah aku rezeki berupa kasih sayang kepada anak-anak yatim, pemberi makanan, penyebar salam dan bergaul dengan mulia, dengan kemuliaan Mu tempat berlindung orang yang berharap.”

Hari Kesembilan“Ya Allah, sediakan bagi ku sebahagian daripada keluasan rahmat Mu. Berilah aku petunjuk dengan ajaran-ajaran Mu. Bimbinglah aku menuju keredaan Mu yang penuh dengan kecintaan Mu, wahai harapan orang yang merindu.”

Hari Kesepuluh“Ya Allah, jadikan aku di antara orang bertawakal kepada Mu dan jadikan aku di kalangan orang yang menang di sisi Mu. Ya Allah, jadikan aku di kalangan orang yang dekat di sisi Mu. Dengan ihsan Mu wahai tempat tuju orang yang memohon.”

Hari Kesebelas“Ya Allah, tanamkan dalam diri ku kecintaan melakukan kebaikan dan kebencian melakukan perbuatan maksiat serta fasik. Ya Allah jauhkan ku daripada kemurkaan Mu dan seksaan api neraka, dengan pertolongan Mu wahai Tuhan yang menolong orang memerlukan pertolongan.”

Hari Kedua Belas“Ya Allah, hiasilah diri ku dengan penutup dan kesucian. Tutuplah diri ku dengan pakaian kesederhanaan dan kerelaan. Tempatkan aku di jalan keadilan dan keikhlasan. Amankan diri ku daripada setiap perkara yang aku takut, dengan penjagaan Mu, wahai penjaga orang yang takut.”

Hari Ketiga Belas“Ya Allah, bersihkan diri ku daripada kekotoran dan kehinaan. Berilah kesabaran kepada ku untuk menerima segala ketentuan. Berilah kemampuan kepada ku untuk bertakwa dan bergaul dengan orang baik, dengan bantuan Mu wahai pengharap orang yang miskin.”

Hari Keempat Belas“Ya Allah, jangan aku dihukum disebabkan kekeliruan yang ku lakukan. Ampunkan aku daripada kesalahan dan kebodohan. Janganlah kau jadikan diri ku sasaran bala dan malapetaka, dengan kemuliaan Mu wahai kemuliaan kaum Muslimin.”

Hari Kelima Belas“Ya Allah limpahkan rezeki kepada ku berupa ketaatan orang yang khusyuk. Lapangkan dada ku dengan taubat orang yang menyesal, dengan keamanan Mu wahai keamanan orang yang takut.”

Hari Keenam Belas“Ya Allah, berilah kemampuan kepada ku untuk menjalani kehidupan seperti mana kehidupan orang baik. Jauhkan bagi ku kehidupan orang yang melakukan kejahatan. Lindungilah aku dengan rahmat Mu hingga ke alam akhirat, demi ketuhanan Mu wahai Tuhan sekalian alam.”

Hari Ketujuh Belas“Ya Allah, tunjukkan bagi ku amal kebajikan dan penuhilah hajat serta cita-cita ku, wahai Tuhan yang Maha Mengetahui segala keperluan tanpa ungkapan permohonan. Wahai yang Maha Mengetahui segala yang ada dalam hati sekalian makhluk. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad dan keluarga baginda yang suci.”

Hari Kelapan Belas“Ya Allah, sedarkan aku untuk mencari keberkatan. Terangkan hati ku secerah cahaya dan bimbinglah aku serta anggota ku untuk mengikuti segala ajaran Mu, dengan cahaya Mu wahai penerang hati orang yang bijak.”

Hari Kesembilan Belas“Ya Allah, penuhkan bahagian ku dengan keberkatan dan mudahkan bagi ku menuju ke arah kebaikan. Jangan kau jauhkan aku daripada ketenteraman kebaikan, wahai pemberi petunjuk kepada kebenaran.”

Hari Kedua Puluh“Ya Allah, bukakan bagi ku pintu-pintu syurga dan tutupkan bagiku pintu-pintu neraka. Berilah kemampuan kepada ku untuk membaca ayat-ayat suci al-Quran, wahai pemberi ketenangan dalam hati orang beriman.”

Hari Kedua Puluh Satu“Ya Allah, berilah aku petunjuk untuk mendapat keredaan Mu. Janganlah engkau biarkan syaitan menguasai diri ku. Jadikan syurga tempat tinggal dan berehat bagi ku, wahai pelaksana keperluan orang meminta.”

Hari Kedua Puluh Dua“Ya Allah, bukakan bagi ku pintu kelebihan dan turunkan bagi ku keberkatan mu. Berilah kepada ku untuk melakukan sesuatu yang mendatangkan keredaan Mu dan tempatkan aku dalam syurga Mu yang luas, wahai penjawab doa orang dalam kesempitan.”

Hari Kedua Puluh Tiga“Ya Allah bersihkan aku daripada segala dosa dan jauhkan diri ku daripada keaiban serta tanamkan ketakwaan dalam hati ku, wahai pengampun kesalahan orang yang berdosa.”

Hari Kedua Puluh Empat“Ya Allah, aku bermohon kepada Mu perkara yang mendatangkan keredaan Mu. Aku berlindung dengan Mu daripada perkara yang mendatangkan kemarahan Mu dan aku bermohon kepada Mu kemampuan untuk mentaati Mu serta menghindari kemaksiatan terhadap Mu, wahai pemberi kepada yang meminta.”

Hari Kedua Puluh Lima“Ya Allah, jadikan aku orang yang menyintai auliya’ Mu dan memusuhi musuh Mu. Jadikan aku pengikut sunnah nabi Mu, wahai penjaga hati para Nabi.”

Hari Kedua Puluh Enam“Ya Allah, jadikan usaha ku sebagai usaha yang sentiasa disyukuri, dosa-dosa ku sebagai dosa yang diampuni, kebaikan ku sebagai kebaikan yang diterima dan keaiban ku sebagai keaiban yang ditutupi, wahai Tuhan Maha Mendengar daripada semua pendengar.”

Hari Kedua Puluh Tujuh“Ya Allah, berilah rezeki berbentuk ganjaran Lailatul Qadar kepada ku, ubahkan perkara sulit menjadi mudah, makbulkan permintaan maaf ku dan hapuskan dosa serta kesalahan ku, wahai Tuhan Maha Penyayang kepada hamba soleh.”

Hari Kedua Puluh Lapan“Ya Allah, penuhkan hidup ku dengan amalan sunnah dan muliakan aku dengan diterimanya semua permintaan, wahai Tuhan yang tidak disibukkan oleh permintaan orang meminta.”

Hari Kedua Puluh Sembilan“Ya Allah, hiasilah aku dengan rahmat Mu dan berikanlah aku petunjuk serta penjagaan Mu. Bersihkan hati ku dengan fitnah, wahai pengasih kepada hamba yang beriman.”

Hari Ketiga Puluh“Ya Allah, jadikan puasa ku disertai dengan rasa syukur dan diterima oleh Mu melalui jalan keredaan Mu serta keredaan rasul Mu, cabangnya yang kukuh dan kekuatan keberkatan, demi kenabian Muhamad saw dan keluarga baginda yang suci dan segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.”

FROM RAZIMA WITH LOVE

untung jadi cikgu

Salam. dah lama tak tulis sebarang berita untuk dimuatkan dlm blog ni...kebelakangan ni bz sikit. Lepas mrd2 aku selesai jawap kertas bm1 dan 2 tadi baru lega sikit bebanan ni. Beruntung student skrg, nak exam, semua cikgu sediakan...esok aku nak g shopping d Metrojaya. Skrg ni tgh ada sale... awal2 buat persiapan untuk raya. Taklah kelam-kabut akhir Ramadhan nanti... Bagi rakan2 yang dilantik keDg41 pd tahun 2000 hingga 2002 selamat mengisi borang ke DG44... lepas ni gaji ko org bertambah banyak...bagi rakan2 yang dah ada master n Phd, dan masih ngajar d sek... tunggu le, sikit masa lagi gaji ko org juga akan naik. lebih tinggi drpd gaji guru DG44.... untungkan jadi cikgu ni..... imbuhan dan gaji sentiasa d semak dan d naikkan. Bagi kawan2 yang baca tulisan ni.. aku nak ucapkan selamat menjalani ibadah puasa

Koleksi kawan kita

Hari ini Pn. Haslina Salleh beri aku 2 no hp kawan kita, cikgu rozaida di Perak dan cikgu Anisah , di terengganu SK Bukit Tumbuh, tepi jambatan. sila semak dalam e mail masing-masing tq.

Aku seorang che' gu PART 2

Perjalanan Yang Kecundang.Walaupun aku lupa tarikh terima surat tetapi aku masih menyimpan surat tersebut. Aku di arah melapor diri di PPD Kuala Terengganu pada hari Ahad 30 November 1992. Pada hari berbahagia itu pergilah aku ke PPD Kuala Terenganu dengan dihantar oleh abang ipar aku. Di sana aku berjumpa dengan Pak Ya, kawan kita dari unit D, kelegaan ku dah semakin melebar bila ada geng semaktab dan geng se PGPI pulak tu. Aku mendapat tahu bahawa seramai 7 orang termasuk aku akan di posting ke pulau redang. Nama-nama mereka ialah Mat Sabri,Zakaria Mohamad, Mohamad Ismail dari Terengganu, Firdaus dari Johor,Hashim dari Pulau Pinang, Yusri dan Norman dari kelantan. Kenal ke ??? Cikgu mohamad Ismail Sekarang Mengajar bersama cikgu Azmi Ali di SK Durian Mas manir.Sewaktu memperkenalkan diri pada sesi taklimat aku dengan bangganya menyatakan bahawa aku sungguh bertuah di postingkan di Pulau Redang dan disambut dengan gelak ketawa oleh guru-guru yang melapor diri pada hari itu . Perli lah tu !!!(semua guru baru posting daerah kuala terengganu lebih kurang 40 orang berkumpul di situ pada hari itu). Selesai taklimat, bas yang di pohon oleh guru besar sk pulau redang dengan jabatan pendidikan sedia menunggu. Bas yang kami akan naiki bersama beberapa orang lagi ialah bas kecil (coastal)sekolah kanak-kanak cacat pendengaran. Kami seramai 12 orang , selain 7 orang tadi, Guru Besar, cikgu jalil, cikgu Ramzan, Cikgu Zainuddin dan Ustaz Zulkifli waktu itu ustaz sandaran bertolak ke Kuala Besut lebih kurang 90 KM dari Kuala Terengganu. Kami terpaksa ke Kuala Besut kerana pada musim tengkujuh (nov hingga jan) biasanya bot tidak boleh berlabuh melalui kuala terengganu dan juga merang. Walaupun berdebar-debar tetapi perjalanan kami lebih mirip kepada "joy ride" penuh dengan gurau senda dan usik mengusik. Tambahan pula kami melalui jalan pantai yang menyusuri laut cina selatan yang agak rakus dengan gelora serta angin dann hujan. Ada juga rasa kesyahduan meninggalkan orang tua di rumah.Kami tiba di Kuala Besut lebih kurang pukul satu tengahari. Bot telah tersedia di Kuala Besut tetapi.............( to be continue )

Isnin, September 08, 2008

Cerita Ceriti iv

Ya, ampun! Apa udah jadik sama kwn2ku? Ekau kenape Ju. Bdk2 nak pekse sok cikgunya emangnye kenape? Keh3! Nakal ko yek? Tapi apapun, kwn rasa gumbira baca soalan bocormu tuh! Ni satu pantun utk ko yg kreatif. Apo nak buek, kawan ko ni emang suke no berpuisi.

Esok hari budak2 nak pekse,
Eh, cikgunye pulak yang tak tentu apa rase,
Ha, contohnya tengok je lah apa jadi dgn che Ju kite,
Tak pasal2 cerpen Brie yang jadi soalan bocor die.

Ni pulak pantun untuk aku...

Aku pulak pantang tengok post geng yang menarik,
Mulalah aku teruja nak buat ulasan,
Apa salah kot, kalau tak post nanti korang serik,
Bila buka blog takde cite baru untuk jadi tatapan.

Ni untuk Brie yek...

Unsangkarable betul ko dapat SK Pulau Redang,
Abis tu ko pegi idok ke sekolah tu,
Sekali tulis tu usahle pendek benor, nanti saspen manjang,
Aku jenis tak sabor nak tahu apa sudahnye kisah 'aku sorang che'gu'.

...ta ta...ti ti...tu tu...che tun


Soalan Bocor UPSR (BM Kertas 1)

Soalan 31 hingga soalan 35
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

31. Siapakah 'aku' dalam petikan di bawah?
A. Ju
B. Mas
C. Brie
D. Che Tun

32. Bilakah 'aku' menerima surat posting ke SK Pulau Redang?
A. Ju lupa tarikhnya
B. Mas lupa tarikhnya
C. Brie lupa tarikhnya
D. Che Tun lupa tarikhnya

33. ' .....Aku juga teringat sewaktu sekolah rendah dulu aku pernah berangan-angan
akan sampai ke pulau itu...' . Apakah nama pulau itu?
A. Ju tak tahu
B. Mas tak tahu
C. Brie tak tahu
D. Che Tun tak tahu

34. Siapakah yang datang ke rumah 'aku' untuk berkenalan?
A. seorang guru SK Pulau Redang
B. Guru Besar SK Pulau Redang
C. guru baru SK Pulau Redang
D. kawan 'aku' yang mengajar SK Pulau Redang

35. Pernyataan berikut adalah salah berdasarkan petikan, kecuali...
A. Ju pernah mengajar di SK Pulau Redang
B. Mas pernah mengajar di SK Pulau Redang
C. Brie pernah mengajar di SK Pulau Redang
D. Che Tun pernah mengajar di SK Pulau Redang

NOTA:
*Skema jawapannya tunggu 'to be continue'
*Kalau tak ada jawapan tanda je 'E'
*Maaf Brie..ampun..gurau jerk...
*Pembocoran oleh.. JuNmie

Aku seorang che' gu Part 1

PengenalanInsyaAllah mulai hari ini aku akan menulis kisah aku sebagai che' gu, rasanya patut juga aku menulis di sini sebagai perkongsian sesama kita, kalau sudi baca, kalau tak sudi tinggalkan.Kalau rasa tertarik mohon orang lain pula tulislah pengalaman sendiri pula ya.
Satu hari yang aku dah lupa tarikhnya tapi dalam bulan November 1992 aku menerima surat posting ke SK Pulau Redang. Aku berasa sungguh gembira tetapi tidak bagi ayahku, kakakku dan beberapa orang jiranku. Aku gembira kerana aku dah sampai ke Pulau Redang sewaktu kita buat Projek Luar dahulu dan akan menjerumuskan diri ke dalam masyarakat yang sungguh unik (bagi aku lah. Aku juga teringat sewaktu sekolah rendah dulu aku pernah berangan-angan akan sampai ke pulau itu ( masa tu aku tak tahu lagi apa nama pulau tu ) sewaktu aku bermandi manda di pantai Batu Rakit. Bagi pihak ayah dan kakak ku pula mereka bimbang dan khuatir kerana daripada khabar yang diterima orang pulau redang ganas dan suka mengamalkan ilmu hitam, suka bergaduh dan banyak lagi perkara negatif. Aku di arahkan melapor diri di PPD (Pejabat Pelalajaran Daerah) kuala Terengganu pada 30 Disember 1992. Tetapi sebelum itu guru Besar SK Pulau Redang pada masa itu Cikgu Mohamad Awang dan seorang guru lagi telah datang terlebih dahulu ke rumah aku untuk berkenalan. Kesungguhan guru besar tersebut aku sangat hargai sekurangnya-kurangnya ia mengurangkan kekhuatiran aku bagaimana aku nak berlayar ke Pulau Redang nanti .... (to be continue)

Ahad, September 07, 2008

Cerita Ramadhan: Benarkah Syaitan Diirantai?

Assalamualaikum kawan-kawan...
Penceramah selalu kata pada bulan Ramadan semua syaitan dirantai tapi orang buat maksiat dan mungkar semacam je, macam mana tu ek?
Syaitan dirantai mempunyai beberapa tafsiran. Ada juga yang bertanya, jika syaitan dirantai pada bulan Ramadan, kenapa masih ada gangguan syaitan? Ada hamba Allah berkata bahawa dia nampak makhluk itu pada bulan Ramadan.

Makna syaitan dirantai:
1. Secara zahir iaitu memang syaitan dirantai sepanjang bulan Ramadan. Ia menjadi tanda kepada para malaikat dengan kedatangan Ramadan dan bertujuan mencegah syaitan daripada menganggu manusia Muslim.
2. Isyarat kepada banyak pahala dan kurang dosa.
3. Syaitan menjadi lemah pada bulan Ramadan dan kurang aktif.
* Petikan daripada buku Soal Jawab Remeh-Temeh Tentang PUASA Tapi Anda Malu Bertanya, terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd
*Ju hanya copy and paste je..hehe..JuNmie..

Salam Ramadhan

Salam hormat, bila baca kisah kak tun, gitu lah jadinya , boleh dibuat meleleh juga air liur bila tengah lapar ni. Kalau kite duduk dekat-dekat kan senang bolehlah kita kongsi-kongsi kan.aku kat terengganu senang je buat kueh pegi batu nan (batu enam je ) ko dah lupe ke pekan batu 6 che tun. Dalam dok bilang hari puasa ni tolonglah sms ucapan hari raya aku cuba nak buat kad raya macam dulu-dulu tu (kalau sape pernah terima ) aku nak tutup 10 ramadhan nanti, ada dah seorang dua yang sms. Tahun ni InsyaAllah aku nak beri kepada semua orang kalau sempat sekali dengan borang nak Re union. tolong war-warkan kepada kawan-kawan juga.... jangan lupe tau...... nyesalkan setahun sekali je. sertakan juga alamat terbaru. Buat meeze tahniah lah, semua kekawan kita dah jadi macam uztaz dan ustazah, aku yang korang panggil ustaz dulu dah jadi ala-ala rock. buat junaina dan mas, apa keadaan abang mat kita, lama aku dok dengar berita sihat ke dia ???? semoga ramadan kali ini memberikan sinar bahgia buat kau orang semua anak beranak tak kira dimana jua kalian berada dan diri aku jua. Buat Niza semoga smekin tabah menghadapi kehidupan sempena ramadhan. Bila ke terengganu kau orang calling-callinglah aku ye, jangan malu dan segan ....bye.

Ramadhan Kita

Salam utk smua. Kabare korang? Mana pegi Razima dgn Atie tak muncul2 lagi ni. Lama beno korang tak post. Ada masalah nak online ke? Lama tak dengar kabar korang berdua. Rindu juga. He! He! Meezee siap bagi peringatan lagi. Kitorang memang suke dan sudi post mengepost. Cuma kalau diam lelama tu mesti sibuk giler. Ke camne Ju dgn Mas? Ko pun Pendi dah duk diam dah. Bila lagi nak berblog. Ala, jgn le kejap ade kejap takde. Tak meriah weh. Apa cite Ramadhan korang? Kawan cam bese ah. Duk kat negeri orang membangkitkan syahdu apalagi time pose camni. Makanan tok soh cite ah kurang dapat memikat hati. Kalau rase nak makan ala2 kampung, kawan buatle sendiri. Ye la dah tekak org pantai timur nak lari ke mana.

Ju, Ida, nape sunyi je. Pose tak ari ni? Korang ni cbuk buat kue raya ke? Ke cbuk jait baju anak2? Dapur berasap tak tu? He! He! Ada gak time buntu kawan tumpang masak kat bazar ramadhan je sekali sekala. Kadang2 kawan tengok org2 kite ni buruk makan juga ek? Segala jualan nak disapu beli. Ape tak nye, macam2 kaler ada, tapi rasa belum tentu. Kot ye pun jimat2 le.

Kue kat sini yang bese2 40 sen satu. Tak besar mana pun. Kawan rasa sedih nak beli, tapi kalau anak2 nak makan, beli juga la. Dengar cite kat Trg pun kue dah mahal ye Ma? Pulut lepa pun beso kelingking je. Orang rumah ko pandai buat pulut lepa ke Brie? Kalau terlebih tu post ah kat kawan ckit. Banglo ko tu lamannya besor gile, tak de masaloh nok bakar2 kue ke, ayam percik ke kan? Kawan kalu bako ayam percik adus, bau je mau satu taman. Rasa tak tau lagi. Tapi tahan je perasaan nak makan ayam percik Trg sbb kalau bakar nanti camne kesah hidup berjiran nak cover 40 buah umah tiap penjuru tu. Keh3...

Kak Shidah, kalu ade baca blog ni, email lah kawan, kata ada internet kat umah. Dah tentu tak dok masalah. Rindu sungguh dgn mihun goreng kak Shidah yang special tu. Tak jumpa lagi sapa2 yang boleh masak macam kak Shidah. Pendek kata semua masakan sedap. Abang Pa apa kabar? Suka dia org umah dia pakar masak.

Utk kengkawan yang lain, selamat berpuasa. Jumpa lagi.
...che tun

Jumaat, September 05, 2008

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK

Hai Hai Hai Assalamualaikum, lama kawan tak anto brite sibuk sangat le.pah satu-satu xtvt sekolah.Le ni pun ada xtvt.IHYA RAMADHAN- keno ngajor budok ngaji berkumpulan abih tu TADARUS PULOK. Tahun lepah kawan kene ngaji.bersama-sama uztaz dan uztazah. Segan kawan dibuatnya maklum lah bukannya pandai sangat ngaji tu.Di bulan baik ini banyok2lah buat ibadah jenguk-jenguklah Al-Quran tu takut nanti kelu lidah nak membacanya.
Jika semua HARTA adalah RACUN maka Zakatlah penawarnya,Jika seluruh UMUR adalah DOSA makaTAQWA & TAUBAT ubatnya.Jika semua BULAN adalah NODA maka RAMADHAN adalah Pemutihnya.Bagi kengkawan di bulan ni kawan sekeluarga mohon maaf segala kesalahan dan kesilapan yg dilakukan,SELAMAT menjalani ibadah puasa dan SELAMAT HARI RAYA.
PERINGATAN: Untuk CHE TUN,JU,ATIE,BRIE PENDI.JAMA dan kengkawan lain teruskan blog ini semoga MEKAR slamanya. WASSALAM meezee

Rabu, September 03, 2008

Cerita Ceriti iii

Ramadhan al-Mubarak sudah menjelme,
Kite seme mula berpuase,
Tak kira tua muda, bujang terune,
Menjalani ibadah dengan redhanye.

Apa khabar kengkawan di bulan mulie,
Okey ke mengajo time bulan pose,
Apa pun cabaran keje tetap keje,
Mendidik anak murid dengan sedie.

Penat lagu mane pun kene bercakap juge,
Pastu banyak berdiri sepanjang mase,
Kalau asyik duduk dah tentu murid tak minat mane,
Tak berape nak dengar je apa kata kite.

Tiap ari naik turun tangga macam biase,
Pose ke tak pose tak ade beze,
Dah gitulah dulu persetujuan kite,
Mase sain akujanji tu, jangan buat-buat lupe.

Tapi kan cu tengok orang kat pejabat,
Kerani-kerani sekolah and the geng dan suku sakat,
Deme duk dalam ekon ala-ala tokoh korporat,
Kite berpeluh-peluh manjang tak sejat-sejat.

Kawan tak kesoh pasal ekon-mekon tu,
Cuma nak ghoyat penat jerih jadi cikgu,
Buat apa-apa pun tak nampak jemu,
Kadang-kadang merungut pun, tapi keje tetap nombor satu.

Kawan stop dulu cerita ceriti edisi ketige,
Panjang sangat karang korang boring pule,
Untuk korang sekali lagi selamat pose,
Ju, Ida, Ma, Atie, dll, masok sedap2 yek untuk keluarge?

Roger n out.
...che tun



Selasa, September 02, 2008

Salam Ramadhan...

Salam buat semua sahabat yang masih setia melayari laman blog ini..

Buat Kak Tun yang sedang hiba tu, Ju yang banyak falsampahnya tuh, Sabri dengan maklumat internetnya, kawan harap kalian masih terus segar untuk menceriakan blog ini.

Lega rasanya dapat menulis di blog ini setelah 2 minggu tak dapat menatapnya pun! Kawan pun dah rindu nak membaca segala coretan hang pa semua.. Bukan merajuk Ju tau, tapi line tepon tak elok lagi di kawasan Jengka ni...sakit hati sungguh tau!!!

So, bagaimana dengan kalian apabila dah masuk bulan Ramadhan ni? Harap2 masih terus bersemangat untuk mendidik anak bangsa.. Puasa bukan satu alasan untuk tidak mengajar k.. Penat macam mana pun cikgu kena bercakap jugak kan? Lainler macam Kak Tun yang selalu g spa bila penat tuh!! Kita kat pedalaman ni, massage sendiri aje ler...

Ju tu puasa tak? Kawan tengok ligat semacam jer? Kak Tun tu sudah2ler ngan hiba di hati tu.. ajal maut di tangan Allah. Makan gulai daging tu cuma penyebab untuk pergi..yang pastinya janjinya pada Allah cukup setakat ari itu sahaja..sebab itu pak cik tu " dijemput ". Sebelum terlupa, kawan dapat sms daripada Nik Mohd Asri mengatakan ibunya kembali ke rahmatullah pada hari Sabtu lepas. Sama2lah kita berdoa untuk arwah emaknya itu yer...

Kita jadikanlah iktibar daripada cerita Kak Tun kita ni... next time kalau nak menjamu orang2 dalam pertengahan umur 36 tahun ke atas, elakkan masak daging merah. Sebaliknya gunakan daging putih seperti ayam!! Ini nasihat doktor untuk kita2 yang dah semakin senja ni tau...

Baikler..ari dah semakin larut. Kalau ikutkan mata tadi nak tidur dah! Tapi ngenangkan lama tak antar coretan di sini, kucelikkan jua mata yang kian layu ini. So sebelum itu, mana2 member yang ada dengar desas-desus tentang soalan2 yang bakal keluar dalam UPSR tu, panjang2kanlah pada member2 kita di sini!! Tak gitu Ju??? Eh, mana c Razima ni ek? Kawan kalu bulan pose ni teringat terus kat jemput malas dia tuh!! Memang tangkap leleh tau..siap sos lagi.... Sampai la ni kawan dok ingat ajer jemput malas dia tuh!!

Ok, kawan mohon diri dulu... Selamat menjalani ibadat puasa dengan penuh keinsafan dan jangan membazir apabila berbuka deh....M3P tetap di hati...

Ikhlas dari kejauhan : Mas, Jengka 7.

Isnin, September 01, 2008

Salam Zainal

assalamualaikum,apo khabar semua, selamat menyambut Ramadhan dan selamat mempersiapkan pakaian raya anak-anak, yang tak de anak tu....siapkanlah pakaian untuk anak tokak ke, anak mato ko dan apo-apo lah laie...Bila masuk Ramadhan ini ingatan terus ke air tebu Zailan. Ingat lagi kekawan pada pasar gharib.. kitalah rasanya pelanggan yang terakhir sebab nak beli makanan yang jual borong, anyway segala pengalaman indah ini akan sentiasa segar dalam ingatan seindah murninya Ramadhan yang mendatang.

jumpa lagi

zainal