Pecarian Belum Selesai

Norlia Abdullah, majidin wassilin, norliha Mohd Noor,Beechee Hamisah, Asnian Ayub Daud, Mahiran Mohd, Zuraidah, norwati hussin, Latifah Diasin,Rahana Ismail, Hamizan Shaffain, Rokian Che Mamat, Rasimah Abd Momen, dan Fadzilah Mohamad
Sesiapa yang ada contact dengan penama di atas tolong maklumkan kepada blogmaster- TQ

Khamis, Oktober 09, 2008

Pusat Angkasa Negara

Salam utk semua. Kabare? Semoga semua sihat sejahtera di samping family dalam bulan perayaan ini. Tadi baru terima call bro Brie menyatakan hajatnya. Rasanya elok kawan cerita kat sini pasal tempat yg kawan offer pada Brie untuk dilawati. Manalah tahu kalau ada yang berhajat ke mari.

Okey, kat Banting ni terkenal dgn perusahaan kerepek secara besar2an dan dieksport ke luar negara. Kampung2 kat sini juga memajukan homestay utk pelancong dalam dan luar negara. Kalau melancong ke sini boleh bermalam di rumah penduduk yg join homestay. Dorang siapkan makan sekali. Bayarannya murah. Siang kita jalan2, malam boleh berehat, tidur dan makan di rumah mereka.

Terkini, Pusat Aeroangkasa Negara yang dibina di sini telah siap. Kawan belum lawat lagi tetapi member dan murid yang dah pergi kata kalau dah masuk rasa tak nak keluar sbb banyak info angkasa kat situ. Ni pampletnya dan sikit info mengenainya.












Pembangunan Pusat Angkasa Negara telah bermula pada penghujung tahun 2004. Pusat ini berkeluasan 400 ekar dan terletak di Sungai Lang, Banting, Selangor. Fasa pertama pembangunan melibatkan Pusat Kawalan Misi dan telah siap pada 5hb Mei 2005. Pusat Kawalan Misinya pula berfungsi untuk menampung aktiviti operasi satelit dan pusat ini dilengkapi dengan peralatan komunikasi yang berupaya membuat hubungan dengan satelit-satelit yang dilancarkan ke orbit rendah dan orbit sederhana (LEO & MEO).

Ia dirasmikan oleh PM pada 4 Oktober 2006. Lokasi: Lot 2233, Jalan Turi, Kampung Sungai Lang, 42700 Banting, Selangor Darul Ehsan. Kalau berminat, silalah datang melancong. Tempat2 menarik lain pun banyak lagi kat sini macam ladang teh BOH dll tapi yang paling mengujakan tentunya pusat aeroangkasa ni. Kalau berhajat, kawan boleh tolong urus penginapan dan makan. Nak bermalam kat sekolah kawan boleh, homestay pun okey, hotel pun ade. Kalau lawat KL dan Putrajaya, boleh terus ke mari. Dari Putrajaya tu lebih kurang 20 - 30 minit boleh sampai bergantung keadaan jalan. Jemputlah.

Ju, ke mana lama menyepi. Kawan rindu kat deme. Lagi pula dah naik segan juge asyik kawan publish cerita ntah apa2. Jom meriahkan blog. Out dulu. K, roger n out. Jumpa lagi.

Tiada ulasan: