Adoyaaaiiii... sedih ya amat cerita ko Mas!!!!... Tergenang jugak air mata nih.. Bercakap tentang anak2 nih, peringkat usia Ju awal 20an dulu memang mudah merotan anak 2/ank2 murid yg buat salah.. tapi masuk umur lewat 30an dan di ambang 40an nih.. hati dah mula lembut dgn anak2.. Di sini ju ada terbaca satu maklumat yg mungkin leh kita kongsi sama bab anak2 nih, ye Brie, Mas n Che Tun... serta kengkawan yg menatap blog ni...
Dalam mendidik anak, terdapat tahap-tahap tertentu yang perlu diketahui dan diikuti oleh setiap ibu bapa. Semasa anak2 berusia....
1. 1 - 7 tahun perlu dididik secara bergurau dan jangan dipukul. (ni Ju xstuju sgt...bagi Ju leh pukul, tapi dgn rotan je.. dalam kadar yg berpada, tanpa emosi..)
2. 8 - 14 tahun, didik mereka dengan disiplin, tunjuk ajar dan kasih sayang.
3. 15 - 21 tahun, harus dididik macam kawan, jangan dirotan dan dimarah. Sebaliknya, peluk, pujuk dan nasihati mereka.
4. Selepas usia 21 tahun, ibu bapa perlu memberi kebebasan mereka membuat keputusan dan tindakan. Anak remaja, perhubungan dan interaksi positif ibu bapa dengan anak perlu ada. Ini termasuk saling menghormati, sedia mendengar, memberi galakan dan sokongan serta menerima anak itu sebagai individu yang istimewa.
5. 10 hingga 19 tahun merupakan masa yang paling kritikal kerana remaja akan mengalami pelbagai perubahan dan perkembangan meliputi perubahan fizikal, mental, psikologi, emosi dan sosial. Mereka akan menghadapi pelbagai persoalan yang menekan jiwa. Ketika ini jugalah proses mencari dan membentuk identiti, perubahan fizikal pada tubuh badan, perasaan yang bercelaru dan keinginan untuk dihargai boleh menyebabkan berlaku tekanan jiwa.
6. 10 hingga 14 tahun, mereka lazimnya, bersifat logikal, sentiasa ingin tahu, suka bertanya itu dan ini, lasak, bertenaga, suka meneroka cabaran, namun masih bersifat keanak-anakan. Pada peringkat inilah, hubungan dengan keluarga amat penting kerana keinginan untuk mereka berbincang dengan ibu bapa masih ada.
7. Pertengahan 14 hingga 17 tahun mereka mula utamakan rakan sebaya daripada keluarga. Remaja peringkat ini dikatakan suka memaksa dan mendesak. Malah, di peringkat ini juga mereka mula mencari identiti diri dengan cuba membentuk peribadi menjelang kedewasaan. Jika remaja tidak dibimbing dengan sewajarnya, kemungkinan mereka terlibat gejala tidak sihat spt penyalahgunaan dadah, seks bebas dan lari dari rumah adalah tinggi.
8. 17 hingga 19 tahun, lazimnya telah mengenali identiti diri sebenar. Ikatan rakan sebaya semakin berkurangan dan beralih kepada individu berlainan jantina. Keupayaan mereka untuk berfikir juga lebih terbuka dan mula berfikir untuk masa depan. Boleh berdikari tanpa ibu bapa, tetapi daya fikiran dan imaginasi digunakan untuk kepentingan pelajaran dan kerjaya. Namun, mereka memerlukan perhatian dan tumpuan. Oleh itu, ibu bapa perlu mempunyai ruang untuk mendekati dan mendampingi anak remaja mereka.
Sesungguhnya, ibu bapa perlu bertanggungjawab untuk mengetahui apa yang anak sedang buat, apa yang anak sedang difikirkan, apa yang ada dalam begnya, apa yang disembunyikan, siapa kawan-kawannya dan di mana tempat yang dikunjunginya. Cara menzahirkan kasih sayang kepada anak remaja pula, adalah melalui percakapan, pujian, pengiktirafan, bergurau senda dan ucapan yang baik. Perlu ditunjukkan melalui perlakuan atau gerakan badan, bersalaman, memeluk, mencium, memberi hadiah, beriadah bersama dan saling menghormati. Dalam masa sama, ibu bapa sewajarnya mengambil inisiatif menerangkan atau menjelaskan mengenai peraturan berkaitan sentuhan. Akibat terlalu naif, ada remaja terlibat dengan gejala itu sekadar ingin mencuba tanpa memikirkan risiko yang akan ditanggung.
Anak-anak perlu diterangkan tubuh mereka adalah milik mereka sahaja, tidak siapa berhak menyentuh bahagian sulit tubuh mereka kecuali bagi tujuan kebersihan atau kesihatan. Begitu juga tiada siapa berhak meminta menyentuh bahagian sulit tubuh mereka. Jika mereka tidak berasa selesa apabila disentuh seseorang, katakan ‘tidak’, lari dan beritahu orang lain yang dipercayai.
1. Jenis A Autoritarian (tinggi kawalan, rendah kasih sayang)
2. Jenis B-Permisif (rendah kawalan, tinggi kasih sayang)
3. Jenis C-Pengabaian (rendah kawalan, rendah kasih sayang )
4. Jenis D-Autoritatif (tinggi kawalan, tinggi kasih sayang).
Berbanding jenis A, B dan C, jenis D iaitu Autoritatif yang lebih berasaskan konsep demokratik seperti kesamarataan dan amanah lebih berjaya membimbing anak-anak ke arah pencapaian potensi mereka sebagai individu yang bertanggungjawab, berdikari, produktif dan berakhlak mulia.
Ibu bapa yang menggunakan pendekatan jenis D dalam mendidik anak merupakan ibu bapa yang seimbang memberi sepenuh perhatian terhadap keperluan anak-anak dan meletakkan batasan yang jelas terhadap tingkah laku anak-anak. Ibu bapa ini membuat keputusan berdasarkan keperluan, bukan keinginan atau nafsu anak-anak.
Semoga apa yg Ju kongsikan bersama nih dapat menjadi panduan kita dalam mendidik anak2 kita khasnya dan juga anak2 murid kita amnya... Insya-Allah...
JUMPA SAUDARA RONI DI KEDAH
12 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan