Pecarian Belum Selesai

Norlia Abdullah, majidin wassilin, norliha Mohd Noor,Beechee Hamisah, Asnian Ayub Daud, Mahiran Mohd, Zuraidah, norwati hussin, Latifah Diasin,Rahana Ismail, Hamizan Shaffain, Rokian Che Mamat, Rasimah Abd Momen, dan Fadzilah Mohamad
Sesiapa yang ada contact dengan penama di atas tolong maklumkan kepada blogmaster- TQ

Selasa, April 21, 2009

Crite di Penang


Ceritanya bermula di sini , 8.30 pagi 13 April 2009 aku dihantar oleh anak sedara di Lapangan Terbang Sultan mahmud yang serba baru dan cantik ini.

Abang Mat Harun Pegawai di BTPN Terengganu mewakili BTPN Negeri Terengganu manakala aku mewakili PKG Negeri Terengganu untuk kursus Para Kaunselor BTPN PKG. Abang Mat Harun Merupakan abang kepada Apandi (MPPP sesi 88/90 ) dan abang ipar Noraida Dungun, sesi kita.

Pemandangan yang aku agak samada daerah marang atau hulu terengganu yang aku tak dapat lagi kesan dimana lokasi sebenarnya. Gambar diambil selepas lima minit kapal terbang yang aku naiki berlepas.

Sewaktu di KLIA aku dapat posisi menarik untuk bergambar, aku tak lepas peluang, suruh abang Mat Ngap je gambar , nanti boleh tunjuk kat anak-anak inilah kapal terbang yang ayah naik.

Dlm Kapal Terbang, sahabat kita yang di sebelah tu merupakan Pegawai Jabatan Laut, Sarawak kami berbual juga tapi bila abang mat ambik gambar dia berpaling ke lain.

Pemandangan di sekitar Lapangan Terbang Bayan Lepas dari atas Kapal Terbang

Encik Chen dari PKG Kelawai Penang , bekas pelatih MPPP 88/90 seorang yang sangat mesra peramah.

Dr Mansor merupakan Fasilitator untuk kursus kami beliau merupakan Timbalan Dekan Fakulti Evolusi Manusia UPM, sempat berposing dalam kedai Jeruk di Bazar Kailan Kepala Batas.

Rumah Arwah ayah Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi

Peserta Kursus Para Kaunselor seluruh Malaysia, ada tak kenal sape sape ?

Sebuah Kampung di P. Pinang yang mirip nama Yahoo.

Jambatan Pulau Pinang dan Pulau Jerejak dari dalam bas.


Jumpa seorang kanak-kanak yang ceria di KLIA aku suruh abang Mat Ngap dengan kamera aku. Aku dengar maknya panggilnya Emi atau Imi.

Pemandangan Putrajaya dari udara pada jam 8.00 mlm.

Pemandangan bandar Kuala Terengganu dari atas kapal terbang dengan kelajuan 600 km/h pada waktu malam, garisan kuning panjang di bahagian bawah ialah jambatan Sultan Mahmud, manakala warna biru + purple di tepinya ialah masjid kristal.

Lastly - Bila buka pintu rumah aku pokok kelapa depan rumah aku gak yang tak pernah lekang dari keindahan semulajadi dan lambaian yang mengasyikkan.

Istimewa buat Mas, abang Anuar kita (serumah) dulu dah jadi Pensyarah di MPPPP , aku tak jumpa sendiri tetapi MR Chen maklumkam.

Tiada ulasan: