Aku tak banyak idea tuk menulis di blog ni... kerana tu aku suka baca je hasil nukilan kawan-kawan..walaupun masa di maktab aku suka gak menulis..tapi perubahan masa dan usia serta persekitaran membuatkan kita kadangkala menenggelamkan bakat dan kebolehan...apa yang ku catat ini mungkin menjadi tauladan buat rakan-rakan.
Setiap tahun biasanya anak muridku juga akan terlibat dengan aktiviti yang dianjurkan sekolah seperti pertandingan mewarna. Kebiasaannya guru yang menganjurkan pertandingan akan datang ke kelasku untuk mengutip kertas lukisan atau setidak-tidaknya menghantar pelajar sebagai wakil bagi pihaknya.Sehingga pada suatu hari Isnin sewaktu perhimpunan, aku bertanya kepada guru berkenaan mengenai pertandingan Mewarna sempena Kempen Anti Dadah. Katanya hadiah dah dibeli, oleh kerana pendidikan Khas tak hantar, tiada hadiah.. Aku tersentak mendengar kata-kata guru itu. Setahu aku penyampaian hadiah akan diadakan pada Jumaat . Ini bermakna ada empat hari lagi ...Setibanyanya hari Jumaat...aku membawa hadiahku sendiri untuk tiga orang muridku...Selepas majlis penyampaian hadiah kami masuk ke kelas... Aku termenung mengenangkan sikap guru yang memenangi kategori Guru Paling Bergaya pada Hari Guru yang lalu.. Alangkah malangnya...dia memang cantik bergaya dengan kebaya setiap hari ...tetapi memandang rendah pada kanak-kanak pendidikan Khas. Tidakkah dia boleh berkata..."Tak mengapalah ada banyak masa nanti saya minta AJK hadiah sediakan hadiah..."
Sampai air mataku bergenang bila aku dan seorang rakan guru pendidikan Khas bercerita mengenai perkara ini... Anak-anak istimewa ini tidak minta dilahirkan cacat... bukan kehendak mereka lahir dengan ketidakupayaan mental atau lembam atau hiperaktif.. mereka juga ingin menjadi manusia normal... kita yang normal ini pun belum tentu masuk ke syurga Allah..tetapi mereka bakal ahli syurga...mengapalah didunia mereka dipandang hina.. malah ada guru yang tak mahupun mendekati anak2 ini ..jijik melihat hingus tak kering di hidung...Mudah2an keluaran M3P tidak ada pendidik yang sebegini rupa... Selamat Malam...
Jauh dari Kluang...

2 ulasan:
Sepatutnya sekolah2 yg ade murid2 yg istimewa ini, semua staff sekolah tersebut terutamanya guru2nya lebih memahami golongan istimewa ini.Guru2 Pendidikan Khas adalah insan2 yg terpilih utk mendidik insan2 istimewa ini sbb tidak semua insan hatta yg bergelar guru sudi memilih menjadi guru pendidikan khas."Teruskan perjuangan"...Yahaya alsohok9193
Sedih rasanya bila masih ada yg memegang title cikgu ini mengamalkan sikap diskriminasi mcm ni..
Catat Ulasan