Salam buat semua sahabat... semoga kalian dalam kesihatan yang baik dan dilindungi Allah selalu bersama keluarga tercinta...
Terima kasih Mas kerana telah memaklumkan berita pemergian sahabat kita. Memang terkejut ketika menerima panggilan dari Razima pagi tadi. Kebetulan pula aku di kampung, di rumah mertua. Petang baru balik ke rumah dan berpeluang menjenguk laman blog kita. Sms rakan pun bertalu2 memaklumkan berita tersebut. Terima kasih kepada semua rakan yang prihatin. Sama2lah kita sedekahkan al-Fatihah dan doa buat sahabat yang telah pergi meninggalkan kita buat selama2nya. Nampaknya unit B sahaja sudah mencatat dua pemergian. Kalau begitulah kehendak-Nya, maka dijemput-Nya menghadap pencipta. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Amin.
Cuma sayu hati ketika berbual dengan Nasobar lewat petang ini. Yalah, kami antara yang sakit amat bersyukur kerana masih berpeluang menghirup udara segar percuma anugerah Allah. Begitulah janji Allah, tanpa sebarang khabar atau petunjuk, sahabat kita pergi secara mengejut amat mengharukan. Semoga Allah memberi ketabahan kepada keluarganya yang ditinggalkan. Niat suci Arif untuk memegang segulung ijazah tidak kesampaian. Semoga perjuangannya akan diteruskan oleh anak2. InsyaAllah.
Namun khabar gembira juga diterima pagi ini apabila dimaklumkan Razima tentang cahayamata baru Sabaruddin dan Fadhilaton. Bertambah lagi anak buah kita menyusul selepas Kamal dan Sherry. Semoga dimurahkan rezeki dan dikurniakan kelapangan hidup kepada kita. Akhir kata, salam dari kejauhan...
JUMPA SAUDARA RONI DI KEDAH
12 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan