Semalam kita dikejutkan dengan satu lagi kisah kekejaman manusia ke atas seorang anak yang tidak berdosa. Kejamnya menganiaya si anak kecil yang baru mahu mengenal dunia. Naluri keibuan menjadikan aku tidak malu menangis di hadapan anak2 apakala melihat jenazah Syafiah yang terkujur kaku tanpa matanya tertutup rapat. Apa maknanya itu? Puaskah sudah dia menghirup udara percuma anugerah Ilahi Rabbi? Puas sudahkah dia hidup dengan mendapat kasih dan sayang ibu bapa dan seluruh keluarganya? Puaskah sudah dia menikmati keindahan alam yang dipenuhi manusia kejam?
Apakala pelindung sudah menjadi pendera, apakala ibu yang pengasih tidak lagi benar2 membela dirinya yang teraniaya, manakah anak ini akan mengadu seksa jiwanya sepanjang hidup yang benar2 sementara dikecapinya itu...Maka kuasa Allah melebihi segalanya, diambil kembali anak ini menghadapNya ketika dia tidak dilayan sebagaimana manusia seadanya...Aku yang baru seminggu kehilangan si kecil dalam kandungan berasa amat pilu menyaksikan berita ini. Kejadian ini amat terkesan di hati. Mengapa ada manusia tidak menghargai anugerah Allah yang amat bernilai ini. Tidak terfikirkah jika kita berada di tempatnya. Apakah tiada perasaan di hatinya? Sepak terajangkah yang diperlukan si kecil? Kemarahankah yang perlu diterimanya? Tidakkah seorang anak memang memiliki naluri ingin bermain termasuklah bermain air. Tidak bernama kanak-kanak jika tiada hati hendak bermain sepanjang masa. Memang resam alam sejak azali. Masa kita kecil dulu kita ni tak nakal ke? Mengapa bila tiba giliran si kecil, mereka tak boleh bermain pula? Lainlah kalau permainan tu bahaya, itupun tegurlah dengan bijaksana...
Yang herannya, di mana ibunya ketika anak ini didera? Adakah dia tidak terlibat sama? Kenapa dibiarkan nasi menjadi bubur baru nak tunjuk sedih? Meluat pulak aku melihat 'tangisannya'...Ya Allah, tenanglah rohnya di sisiMu...dan janjiMu, buat jahat balasannya jahat jua adalah pasti!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan