Salam untuk smua.
Dah lama tak post ni. Baca crita kak tun ni seronok gak. La ni upah jahit poppaleh... mahal gila. Beli kain RM20 sepasang, upahnye 30 hinggit. Masa anak dara dolu2 memang jahit baju sendiri. Baju sekolah jahit sendiri. Tapi sejak dah berumahtangga ni tak pernah menjahit dah, setakat jahit langsir huduh2 ngan baju koyak2 ada la. Bukan apa, tak dapat nak luangkan masa dah. Teringin juga nak menjahit semula, entah bila la. Kain langsir dah berbulan beli tak jahit2 lagi.
Ida pun kagum la dengan cerita kak tun tu. Dalam sibuk2 cerita emak bapak suruh anak nyanyi tak payah blajo tinggi sebab income penyanyi lani lumayan gak, ada mak bapak yang anto anak dia blajo menjahit. Bagus tu. Kalau kita tengok anak2 kita tak berapa cemerlang dalam pelajaran kita boleh bagi mereka kemahiran seperti menjahit. Jahit manik la ni mahal upahnya. Bab menjahit ni yang ida tak berapa lepas lagi tang buat kain nya. Nak senang jahit letak getah jer....
Okeyla jumpa lagi di lain masa.....che da
JUMPA SAUDARA RONI DI KEDAH
12 tahun yang lalu
2 ulasan:
Ida, kalau minat nak buat seni jahitan manik yg tak yah kluar umah, cuba tengok cheq-sue.com/blog, kak belajar jahit manik kat situ la sbb ada tunjuk step by step, mudah faham. Tapi manik mahal kalau beli kat kedai biasa. Kak dah berjaya buat eksperimen minggu lepas, tak lah kemas sgt tp boleh lah. Cheq-sue dulu pun sama, bila selalu buat cantiklah nanti. Kak mmg berterima kasih ngan dia sbb blog dia beri inspirasi bermanfaat. Mcm skrg kak dah kt butik eyda ni, boleh beli manik murah ckit. Kalau lapang bole buat nanti.
Very good!
Catat Ulasan