Pecarian Belum Selesai

Norlia Abdullah, majidin wassilin, norliha Mohd Noor,Beechee Hamisah, Asnian Ayub Daud, Mahiran Mohd, Zuraidah, norwati hussin, Latifah Diasin,Rahana Ismail, Hamizan Shaffain, Rokian Che Mamat, Rasimah Abd Momen, dan Fadzilah Mohamad
Sesiapa yang ada contact dengan penama di atas tolong maklumkan kepada blogmaster- TQ

Isnin, Disember 15, 2008

SINGGANG TULANG LEMBU

Kak Tun, resepinya ringkas aje. Caranya dok beza mana dengan singgang ikan cuma ada bahan-bahan tambahan sikit. Kelemahan Ma dok leh nok khabo jumlah bahan yang khusus so Kak Tun kena agok2 la nok buh peralatannya banyok mana. Ok kita mulakan dengan resepinya.

1) Rebus tulang.
2) Kalu rasa tulang tu doh hampir nok empuk masukkan bahan-bahan di bawah. Masukkan aje
dok perlu tumis-tumis. Dengan kata lain campak aje ler.

3) Bahan-bahannya :
a) bawang putih - mayang atau ketuk
b) halia - mayang macam nok wat nasi dagang
c) lengkuas - hiris nipis-nipis macam nok wat singgang ikan
d) ketumbar - tumbuk recoh-recoh jer
e) asam keping
f) garam dan ajinomoto

Senang aje kan. Kuahnya mesti masam macam wat singgang ikan. Tapi aromanya lebih menyelerakan dari singgang ikan. SELAMAT MENCUBA.

FROM RAZIMA WITH LOVE

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tq Ma. Cayang mucuk2. Ok esok jugak kak cuba. Kalau dah masuk tumbor ngan asam tu, dok lah bau sgt dok? Okey la tuh. Tak pakai bawang merah/besar langsung deh?

Tanpa Nama berkata...

Oye, pasal nak mengagak sukatan tu tak dok masaloh. Bisa diatur. Dah tua2 camni, pandai2 le nak idup. Janji boleh makan dgn enaknya. Heh! Heh!

Tanpa Nama berkata...

ma, aku dah meleleh air liur ni, tapi doktor dah nasihat aku jangan makan banyak daging, kolestrol dah terlampau tinggi katanya, org lain tu pergilah check nge doktor, doktor kata kalau kolestrol tinggi mudah jadi oxygen block.......

Tanpa Nama berkata...

Ma, kak tak tau pun sebelum ni daging pun boleh singgang, memang sedap, wangi lak tu. Slalu masak sup je. Tapi Ma nak tau, kak masak sup stail kitalah kat Trg cukup ngan segala rempah. Bila sampai sini, kak terkejut ngan sup daging stail sini, tak guna rempah cam kita, rebus pakai bawang halia camtu je. Dah masak tabur daun sup. Takleh makan kak. Bila mertua rasa sup ala Trg, terus dia masak camtu sampai skrg.