Pecarian Belum Selesai

Norlia Abdullah, majidin wassilin, norliha Mohd Noor,Beechee Hamisah, Asnian Ayub Daud, Mahiran Mohd, Zuraidah, norwati hussin, Latifah Diasin,Rahana Ismail, Hamizan Shaffain, Rokian Che Mamat, Rasimah Abd Momen, dan Fadzilah Mohamad
Sesiapa yang ada contact dengan penama di atas tolong maklumkan kepada blogmaster- TQ

Isnin, November 30, 2009

AlFatihah

terkejut benar aku dengan mesej yang dihantar oleh kawan dari Sk Paya Pasir Maran. Arif telah meninggal dunia (terlibat dengan kemalangan ). macam tak percaya pun ada. tetapi itulah ketentuanNya. Setiap yang hidup pasti akan merasainya mati. Kita tak dapat lari daripadanya, hanya persediaan yang mesti disediakan untuk ke sana.
aku tak banyak kenangan indah dengan Arif semasa di maktab. tetapi hubungan memang baik. Dia sangat sederhana orangnya. Apa yang aku paling aku tak lupa adalah kenangan semasa menjadi pemeriksa kertas matematik di Maran dahulu. dia sangat berbangga menceritakan kedai kain kepunyaan nya yang kelebihan dia beristeri dua dan berjaya menyatukan kedua-duanya dengan dua buah kedai yang bersebelahan. Hubungan memang baik katanya. Sesungguhnya dia sangat bertuah kerana dipilih Allah untuk memegang amanah yang maha besar itu dan bagi aku dia telah berjaya melaksanakan amanah itu. Dia beria-ia mahu mencari kedai makan yang terbaik di maran untuk belanja kami makan petang tu....lihatlah betapa hebatnya manusia ini... kini dia telah telah tiada . cuma yang tinggal adalah kenangan yang indah yang akan kita kenang sepanjang hayat kita. Benar agaknya kata orang tua, orang yang baik-baik, Allah akan menjemputnya dahulu......Allah lebih menyayanginya lebih daripada segalanya, Al Fatihah..semoga rohnya dicucuri rahmat olehNya. Amin
zulwarden....kuantan

1 ulasan:

norsiah berkata...

Terlalu banyak kenangan bersama arwah (Arif). Dia bagaikan keluarga saya. Kenangan bersamanya dari MPPP berterusan hingga ke akhir hayatnya. Saya sentiasa menghubunginya apabila berkesempatan berada di Maran. Dia pasti akan menjamu saya dan rakan-rakan walaupun sibuk dengan urusannya. Kali terakhir saya bertemu dengan beliau pada Kejohanan Bola Jaring MSSPahang yang diadakan di Maran. Saya menghubunginya dan dia menjamu saya makan malam bersama rakan-rakan saya. Selepas itu dia membawa saya berjumpa dengan isterinya. Memang itulah yang dilakukan setiap kali saya berjumpa dengannya. Itulah kali terakhir saya berjumpa dengannya. Pesanannya yang akan sentiasa ingat: sabar dengan ujian dan dugaan Allah. Kuatkan semangat dan sentiasa ingatkan Allah... Dia bagaikan keluarga saya sendiri. Sedih kerana kehilangannya. Al-Fatihah..