Salam.....
Buat rakan se St.John ku Ju... amboi feeling abih awak baca catatan kawan ek? Janganler sedih sangat Ju... nanti aku yang nangis beria kang? La.. ingat lagi awak ngan kejadian2 dan peristiwa dalam aktiviti St. John tu ek? Aku yang paling tak boleh lupo tu Ju waktu di Gebeng dan naik Gunung Tahan... Pengalaman yang sukar digalang ganti... Baru le aku faham erti kekuatan waktu itu..yang besar tak semestinya gagah dan kecil tak semestinya lemah... Tengok sahaja si Yazid tu yang bergegas turun dari Gunung Tahan alih2 berlari tercungap2 kena kejar dek beruang kan? Lepas tu punya terperanjat jumpa ular sawa terus menjerit pyhton2 dalam kegelapan malam dibasahi hujan lebat! Nak tergelak aku bila ingatkan balik peristiwa tersebut.... Bisness awak cam na la ni Ju? Ko kan dah jadi bisnesswoman sejak dua menjak ni!
Buat kak Eton kita... tahniah dapat pulang ke kampung halaman1 Tentu seronok bukan kepalang kan? Saya cuba contact ngan e-mel kak eton tapi tak berjaya dihantar..tak tahu la ngape!
Buat Sabri tima kasih banyak2 wujudkan blog ni... Kalau ada anugerah insan prihatin aku confirm ko yang menang.
Buat mbiak Sarawak mun ada nangga blog tok, kirim2 la berita buat kamek di sitok? Kenak kita urang senyap ajak? Sik mauk berkawan ngan kamek urang agik kah? Buat Suriati, Suzana, Sagap, Syahdana, sine kitak urang kinik tok? Udah lama gilak sik dengar berita dari kitak semua....
Buat Fadhilaton dan abang Din.. teruskan tambah anak kerana itulah cita2 anda sewaktu di maktab dulu kan? Masih ingatkah lagi seorang manusia bernama pelik yang sering jadi orang tengah antara anda berdua? Last sekali kita berjumpa sewaktu perkahwinan anda dilangsungkan di Kampung Pandan, Kuantan. Lepas tu..kita semua bawa diri kan?
Buat Siah yang dah bertukar sekolah tu..jangan sedih sangat. Mungkin ada hikmahnya disebalik penghijrahan awak tu...setidak2nya bertambah dekat dengan Niza kan? Kirim salam sama Niza k... Harap2 sakit goutnya dah hilang!
Dan buat semua rakan2 m3p yang lain yang masih ingat dan cam sama saya, saya doakan agar kita semua beroleh kesejahteraan dalam hidup sama ada di dunia mahu pun di akhirat kelak... Teruskan bersatu agar Melayu tak terus layu dan pupus di muka bumi ini..... Salam kerinduan dari saya di Jengka 7. Jumpa lagi ~ MASLANASRIE~
JUMPA SAUDARA RONI DI KEDAH
12 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan