Salam hormat dan rindu rinduan, saya rasa kita ni dah jadi remaja semula bila sebut, kisah kisah lama , rupanya ketika waktu maktab dulu saya ni manusia yang sangat tidak aktif , bila teman-teman sebut pasal st john baru teringat sayapun unit st john tapi tak berfungsi langsung kerap je hilang, bila ada apa-apa aktiviti lain mas dengan amri (kami tinggal serumah bersama sani , nasober dan arif) balik berlatih saya akan kata ikut suka kau orang lah, abih-abih aku pergi kacau mak cik or masuk bilik komputer, itulah kisah dulu-dulu. aku cuba nak jeling-jeling takdak orang berkenan. Terlajak pulak, sebenarnya saya nak ucapkan SELAMAT BERCUTI kepada orang yang membaca blog ini ari tu lupa dok cerita pasal ucapan hari guru orang lain tapi lupa nak ucap SELAMAT HARI GURU untuk kau orang.Kira dah ucaplah tu.
Semalam ada baca e mail razima dan ada SMS dari Syadana tapi entah apa yang dihantar tak tahulah sebab aku pakai HP Nokia 3310 je. Oh ya cuti sekolah nanti aku berhasrat nak ke melaka kalau teman-teman nak ke sana kita boleh jumpe ye. Meeze dah janji nak jumpa di sana. Buat kak tun email mas ialah mlbn......... cuba rujuk email yang saya hantar.sebenarnya e mail tak sesuai publish di sini nanti macam -macam mail hantu kita terima , ok jumpa lagi ~sabri
JUMPA SAUDARA RONI DI KEDAH
12 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan