Pecarian Belum Selesai

Norlia Abdullah, majidin wassilin, norliha Mohd Noor,Beechee Hamisah, Asnian Ayub Daud, Mahiran Mohd, Zuraidah, norwati hussin, Latifah Diasin,Rahana Ismail, Hamizan Shaffain, Rokian Che Mamat, Rasimah Abd Momen, dan Fadzilah Mohamad
Sesiapa yang ada contact dengan penama di atas tolong maklumkan kepada blogmaster- TQ

Selasa, Mac 03, 2009

Berkongsi Pengalaman Dengan Profesor Jepun

Konsep 5S telah diperkenalkan oleh Professor Yuri Aida dari Jepun dan
dipraktikkan sebagai satu pendekatan dalam Total Quality Management (TQM)
atau Pengurusan Kualiti Menyeluruh. 5 S adalah konsep pengurusan dan
pengendalian persekitaran kerja yang sistematik dalam sesebuah organisasi
bagi menjamin kualiti perkhidmatan. Persekitaran kerja yang kemas,
teratur, bersih dan bersistem adalah penyumbang kepada peningkatan
prestasi kerja.

5 S adalah berdasarkan 5 perkataan Jepun iaitu :

SEIRI - sorting out / organization / pengelolaan
Mengasingkan barang-barang yang tidak diperlukan di tempat kerja dan
membuangkannya

SEITON - systematic arrangement / penyusunan teratur
Susun barang-barang yang diperlukan dengan teratur supaya mudah diambil
untuk digunakan

SEISO - shine / kebersihan
Bersihkan tempat kerja anda dnegan rapi supaya tiada habuk di atas lantai,
mesin dan perkakas

SEIKETSU - standardization / standard penjagaan dan pengelolaan
Memelihara taraf penjagaan kebersihan dan penyusunan tempat kerja yang
tinggi pada setiap masa

SHITSUKE - sustain / penjagaan dan pengelolaan berterusan
Melatih pekerja mematuhi peraturan penjagaan kebersihan yang baik dengan
sendirinya

Tiada ulasan: