Salam buat semua...Malam ini aku membaca emel dari seorang kawan lama kita yang sedang dilanda kesedihan. Jika aku kerana tugas, dia kerana keluarga. Sukar untuk membantu kerana berada di kejauhan. Apa yang mampu hanyalah menghulur kata2 semangat agar dapat meneruskan perjuangan hidup.
Semua antara kita mempunyai kisah tersendiri yang sukar diungkap. Hanya teman baik tempat mengadu agar dapat meredakan sebak dan tekanan. Kepada teman-teman yang dilanda tekanan tugas, keluarga, kehidupan dan sebagainya, pesanku pada diri dan semua, tabahlah kerana sudah tentu ada hikmahnya.Di samping,waspada dan sentiasa beringat.
Kadangkala kita ni terpedaya juga dengan tipu daya syaitan. Ada kalanya hilang kesabaran dalam menghadapi dugaan. Begitulah perlunya kawan yang mungkin boleh jadi penunjuk jalan. Boleh mengingatkan satu sama lain agar sabar dan tabah hadapi sebarang dugaan. Syukur dengan segala yang ada kerana selain kita, ada insan lain yang lebih hiba.
Namun, bagi yang sudah tiada ibu bapa, sudah tentu agak sukar meluah rasa. Biasanya ibu yang rapat dengan kita, kini berubah setelah mereka tiada. Mungkin suami, rakan, mertua dan sebagainya tempat mencurah sesak di dada. Paling penting, ingat kita sentiasa ada Maha Esa yang mendengar tiap ketika. Semoga Allah sentiasa membantu hambaNya yang sabar menangani segala dugaan.
JUMPA SAUDARA RONI DI KEDAH
12 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan