Pecarian Belum Selesai

Norlia Abdullah, majidin wassilin, norliha Mohd Noor,Beechee Hamisah, Asnian Ayub Daud, Mahiran Mohd, Zuraidah, norwati hussin, Latifah Diasin,Rahana Ismail, Hamizan Shaffain, Rokian Che Mamat, Rasimah Abd Momen, dan Fadzilah Mohamad
Sesiapa yang ada contact dengan penama di atas tolong maklumkan kepada blogmaster- TQ

Selasa, Mac 24, 2009

Pesta Buku Terengganu Mac 2009

Sempena Pesta Buku Terengganu 23 hingga 29 Mac2009 aku juga bertugas di "bangsal" Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu. Mari kita tengok apa yang terjadi ...

Bangsal kami sentiasa penuh dengan pengunjung sepanjang hari ini dan semalam.

Petugas ( aku le tu he...he....) sedang sibuk melayan tetamu. Gambar menunjukkan sesi menjawab soalan.


Ada juga tetamu yang mintak nak bergambar, aku tumpang le .

Melintas seorang Cikgu Perempuan berbaju hijau Uniform KRS ..... rasa macam kenal , rupanya Sapura ( Sapura Embong sahabat mppp kita ) sempat berbual , lepas tu aku mintak nak ambil gambar dia dengan kawanya, walaupun penuh dengan pujuk rayu tapi tak dibenarnya jua . Oleh kerana aku tak berpuas hati di atas keengganannya dan nak lepaskan tension aku aku ngap je gambar budak dua orang entah sape ntah!!!

Bila aku dah boring berada di bangsal aku, aku pun mula merayau ke bangsal jiran-jiran. Di sebelah bangsal aku merupakan bangsal Galeri Hasil Penulis Terengganu, Hari ini Cikgu Alias Ismail bertugas, aku rasa bertuah dapat berjumpa dan berkongsi idea dengan beliau. Beliau bekas Pelatih MPPP 1988/1990, banyak juga karya yang telah dihasilkan.

Ketika berbual dengan Cikgu Alias, muncul lah cikgu yang berbaju biru ni, aku ngaplah dengan kamera yang sedia tergantung di leher aku. Cikgu ni steady je. Aku pun mulalah merayau ...


EZ=math = Siti Zulaikha - Zullaili terkenal seantero Malaysia

Bagi peserta pameran yang mesra alam macam aku, aku pun mintak untuk bergambar juga.

Gerai Yayasan Islam Terengganu jual buku dengan harga RM 10.00 seikat, lebih kurang 25 biji , aku pun belilah untuk rujukan dirumah dan mini khutub khanah.

Alhamdulillah ... apa yang diidamkan selama ini di jumpai di sini, malangnya stok dah tak ada untuk pameran sahaja, walau bagaimanapun aku ambil juga dan ?????
untuk simpanan aku. esok aku kena hantar balik lah buku tu.

Tiada ulasan: