Jumaat, November 20, 2009

27 Tahun Yang Lalu

Semalam ( Khamis 19 November 2009)hari akhir persekolahan. Aku ke sekolah anak aku yang merupakan tempat aku belajar juga 27 tahun yang lalu. Setelah mengambil result upsr dan mengucapkan terima kasih kepada guru-guru aku pun bertolak pulang bersama 4 orang anak aku ( yang pra sekolah dah mintak cuti kalau tidak 5 orang lah). Pada masa yang sama murid-murid lain pun turut keluar daripada sekolah. Hati aku sedikit tersentuh apabila ramai anak-anak kecil yang berbaju putih berjalan di tengah hujan yang lebat sekali. Bukannya apa , aku juga menghadapi nasib yang sama sewaktu bersekolah rendah dahulu. Terdetik juga di hati untuk mengambil mereka , tetapi apa kan daya anak aku pun dah penuh kereta ditambah lagi bilangan mereka pula tiga empat orang , kalau aku ambil pun muatlah seorang ataupun dua orang, macammana pula yang lain. Sekarang ni pulak aku dah tidak mengajar, aku rasa bertuah sungguh jika kita cikgu-cikgu berjaya ubah nasib dan keadaan mereka sepertimana aku sekarang dan kau orang juga, walaupun tak semewah mana sekurang-kurangnya ada kereta kancil buruk untuk kita dan anak-anaki kita berteduh. Situasi begini juga mungkin mendapat memberi keinsafan kepada kita bahawa guru-guru kita terdahulu sememangnya banyak berjasa kepada kita. Aku juga terfikir apakah kesilapan kita juga menyebabkan ramai juga anak didik kita yang terbabas, termengganggur , termasuk ke pusat serenti dan sebagainya ?? sepanjang aku menjadi cikgu selama 12 tahun setahun aku menjadi ustaz 2 tahun guru biasa merangkap guru bimbingan manakala 9 tahun lagi mengajar kelas pemulihan. Alhamdulillah ada juga anak-anak murid pemulihan aku yang berjaya masuk universiti dan ada yang bekerja di sektor kerajaan dan swasta. Tapi masih ramai lagi yang aku tak pasti dimana dan apakah nasib mereka. Kepada sahabat-sahabat yang masih bergelumang dengan anak murid teruskan usaha murni kalian, sedarlah bahawanya walaupun usaha kita nampak sedikit tetapi impak terhadap manusia dan kemanusiaan itu sangat besar sekali. Ada satu pepatah menyatakan kalu kesilapan seorang doktor membawa padah kepada seseorang tetapi kalau kesilapan seorang guru membawa padah untuk satu generasi. Sekadar celoteh di musim hujan. Selamat Bercuti, Selamat Hari Raya Aidiladha.

Ahad, November 15, 2009

Renungan: PETUA IMAM SYAFIE

Sekadar Untuk dikongsikan....
4 PERKARA UNTUK SIHAT
Empat perkara menguatkan badan 1. Makan daging 2. Memakai haruman 3. Kerap mandi 4. Berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan 1. Banyak bersetubuh 2. Selalu cemas 3. Banyak minum air ketika makan 4. Banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata 1. Duduk mengadap kiblat 2. Bercelak sebelum tidur 3. Memandang yang hijau 4. Berpakaian bersih

Empat perkara merosakan mata 1. Memandang najis 2. Melihat orang dibunuh 3. Melihat kemaluan 4. Membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran 1. Tidak banyak berbual kosong 2. Rajin bersugi (gosok gigi) 3. Bercakap dengan orang soleh 4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR
1. TIDUR PARA NABI Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.
2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.
4. TIDUR SYAITAN Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

Asalamualaikum rakan m3p


Diharapkan rakan-rakan sehat sejahtera hendaknya. Minggu terakhir persekolahan ini tentu banyak kerja yang perlu dibereskan. Teruskan usaha anda kepada yang sedang sambung belajar ,hadapilah cabaran umpama kita sedang mendayung sampan di dalam juram air yang deras. InsyaAllah pasti akan berjaya. Cuti ni aku dan sekeluarga akan bercuti di Marudi Sarawak bersama baby baru. Gambar di atas adalah anak kami yang ke 7, berat semasa lahir 4.2kg. Sherry sihat dan masih ayu..

N A K C U T I D A H W E I .....


Salam buat semua sahabat....

Hari ini masuklah minggu akhir persekolahan 2009...Fuh, lega rasanya kan? Sepanjang tahun sibuk dengan hal2 sekolah akhirnya berjaya juga kita harungi....Ya lah...meskipun ada mengharungi kerja2 tersebut dengan deraian air mata suka @ duka, itulah harganya pabila kita menjadi GURU... Dan tentunya, dalam minggu akhir ni, debaran kita sebagai guru-guru Tahun 6 di sekolah rendah semakin berdetap kencang dek kerana keputusan UPSR yang dijangka akan keluar pada hari Khamis akan datang ni....So, sama2lah kita berdoa agar kejayaan itu menjadi milik kita bersama..... Buat Kak Tun, Ju n member2 yang seangkatan dengan kami mengajar di Tahun 6, semoga ada sinar kebahagiaan pada hari Khamis nanti, INSYAALLAH.....


Salam tahniah buat Kamal n Shery, yang menimang cahaya mata baharu....Amin....makin bermaknalah hidup kalian berdua dengan kehadiran orang baharu tu....Ju, tak nak challenge ngan Shery ker? Kalau tak dapat nama anak lagi Kamal n Shery oi..., cuba tengok balik panduan yang teman titipkan di sini pada bulan September lalu...he..he..he..mana tau, kot2 ada nama yg hang berkenan! Ha, pabila anak makin bertambah ni sudah tentulah kerjanya pun makin bertambahkan? Lebih2 lagi nak layan anak bongsu sebelum ini yang tentunya buat ragam ngan kehadiran adik barunya tuh! So, kena paham2 ler... Apa yang penting : KERJASAMA!!! Janganlah kita ungkit- mengungkit dengan segala pengorbanan yang kita laksanakan seperti cerita yang teman titipkan di bawah ini. Emm...sekadar hiburan jer yer...Kamal, awak jangan pulok minta anak2 panggil mak k ngan kerja2 yg awak buat tuh!!.....


Pada suatu hari ketika ayam dan lembu sedang berjalan-jalan..... ayam meluahkan perasaannyer kepada lembu......

Ayam : Manusia ni memang pentingkan diri sendiri!
Lembu : Kenapa kau kata macam tu?
Ayam : Tengoklah. Apa mereka buat kat aku!
Lembu : Hah! Buat apa pulak?
Ayam : Aku ni bertelur hari-hari. Aku cadang naklah dapat anak dua tiga ekor. Orang
kata ada juga waris aku bila aku dah tak de nanti.Tapi manusia ni memang tak berhati
perut. Hari-hari dia orang makan telor aku,Macamana aku nak dapat anak! Lembu :
Alah! Kau punya masaalah kecil aja!
Ayam : ?? Maksud kau?
Lembu : Aku ni, kalau fikirkan nasib aku lagi malang. Rasa nak bunuh diri pun ada.
Bayangkan,
hari-hari manusia minum susu aku tapi sorang pun tak pernah panggil aku MAK!
Ayam : ?? (Dalam hati: Tak boleh pakai punya lembu!)
Sekadar hiburan..he..he..he..M3P tetap di hati...

Ikhlas : Mas, Jengka 7

Meh Dengar Cerita Ni Lak

Seorang Makcik dan kawan-kawannya telah terpilih untuk menyertai satu lawatan ke Kuala Lumpur setelah mendapat tempat pertama dalam pertandingan kampung paling cantik di negerinya. Setelah tujuh jam menaiki bas bersama rombongannya akhirnya sampailah ke tempat menginap di sebuah hotel terkemuka di ibu kota. Ikutilah perbualan makcik tersebut dengan pekerja hotel tersebut

Pekerja Hotel : Selamat datang makcik, boleh saya tolong.
Makcik : Terima kasih lah nak, makcik ni penat, lama sangat naik bas tadi, boleh tunjukkan makcik di mana bilik hotel makcik.
Pekerja hotel : Mari ikut saya

Selepas beberapa ketika.

Makcik : Kenapa ni nak, walaupun makcik orang kampung, makcik tahu bilik hotel ada tingkap, ada katil dan ada bilik air, blik ni kecik dan gelap je,

Pekerja Hotel : La.,.... makcik ini baru lif makcik.

Sabtu, November 14, 2009

Buah Naga dan Buah Markisa


Sekadar Berkongsi. Bila aku melawat ke Pekan Ayerr Hitam, Batu Pahat khamis lalu aku sedikit terkejut bila mendapati buah markisa yang aku panggil buah "oren" masa kecik-kecik dulu beharga RM 10.00 untuk 3 Kg. kalau di Terengganu khususnya di tempat aku kalau dijual RM 0.10 (seposen) untuk 40 kilo pasti tak ada orang beli pasal dia tumbuh merata-rata dan orang buat tak kisah je. Jadi sape nak buah markisa free datanglah ke terengganu nanti aku tolong carikan.
Terbalik lak dengan buah naga , kalu kat tempat aku harganya antara RM 6.00 hingga RM 8.00 se kg berdasarkan saiz buahnya, tetapi di Ayer Hitam harganya RM 10.00 untuk 3 KG
Gitu lah ceritanya. Buat rakan-rakan berblog selamat berblog, kadang-kadang kesyahduan terasa juga bila baca cerita kau orang, tambah-tambah di musim hujann begini.

Jumaat, November 13, 2009

Siapalah aku...

Salam buat semua kengkawan...harap korang sihat sejahtera...

Dalam kesibukan begini...debaran menanti keputusan UPSR yang bakal mendatang, kekalutan menyiapkan tugasan, disibukkan lagi dengan sukan tahunan, seterusnya menanti di penghujung minggu akan datang adalah hari anugerah kecemerlangan...begitu sibuknya kita bergelar guru... Saat2 akhir tahun begini juga kita akan bergelumang dengan segala macam laporan aktiviti tahunan, segala mak nenek sijil untuk anak didik kalau mengajar di tahun 6 termasuklah fail2 yang perlu diserahkan...

Terkedu seketika aku hari ini...percaturan memohon pertukaranku dan 5 teman seangkatan TIDAK DITERIMA dengan alasan tiada kekosongan. Deraian air mata seorang rakan yang sedang sarat menunggu saat kelahiran meruntun hati. Setelah berbelas tahun beliau berkhidmat di sini, masih ditahan dan tidak dapat bertukar sekolah. Aku, walaupun baru 5 tahun di sini sudah seperti cacing kepanasan, turut terkilan dengan penolakan permohonan biarpun permohonanku atas sebab kesihatan...

Ju, aku menerima nasihatmu untuk berkata 'tidak' dalam banyak perkara kebelakangan ini. Namun, seperti biasa, bertimpa2 tugasan tambahan diserah jua. Masakan aku dan rakan senasib mampu menanggung. Bukan hati benci, jauh sekali ingin melarikan diri, namun aku rasa tidak selamat lagi untuk diri ini melewati pekan sesak itu setiap hari untuk tiba ke destinasi tempat mencari rezeki...Tuhan...semoga ada hikmahMu di sebalik segalanya ini...

Hati remuk tatkala sahabat2 tersayang memeluk dan mengucap syukur di telinga kerana kami tidak meninggalkan mereka. Ketahuilah...bukan sebab hati tak sayang...tetapi jiwa sudah meronta tidak tertahan menanggung beban tugas yang tidak mengenal masa...Kerana harapan dan sasaran pihak atasan, terpaksa akur kerana siapalah aku...Pasang kabel kanan kiri pun tak lut juga lagi...

Aku tahu di manapun kita bekerja, semua ada masalah. Tapi sudah tentu masalahnya tidak sama.. Paling penting bertukar angin dan mungkin dapat berkhidmat dengan lebih selesa...

Selasa, November 10, 2009

Assigment oh assigment

salam, seronok aku dengar crite kekawan, tambah lagi bila masuk ahli baru suzana, begitu juga roti atie yang begitu enak , cik tun dengan cik ju yang penuh dengan celotehnya , mas , mizee, sapa-sapa lagi, sebenarnya masih ramai lagi yang baca tapi tak nak bersuara.
Aku jelous gak kat kau orang, komputer aku , harta sendiri ni tak boleh nak masuk ruangan sembang , baca boleh plak, so aku poskan lah, aku plak sibuk buat assigment so jenguk kejap-kejap je.
apa pun besok sampai 13 Nov aku akan ke johor , sape-sape yang aku teringat aku call je, dan jangan terkejut kalau esok or lusa aku terjongol di sekolah kau rang, buat pemeriksaan stok ke, buat semakan perkakas ICT ke atau saja-saja aku nak pergi jumpa kau orang rakan-rakan MPPP. Nanti kalau ada crite menarik aku pos kan lah kat sini. bye

Isnin, November 09, 2009

Rehat sebentar



Rehatkan diri sebentar dengan hobi anda...Kepada kekawan yang anak ramai (lebih dari dua ) tu dah kira ramai la..memang berbaloi buat roti sendiri...Sape yang nak resepi dan teknik pembuatannya silalah email atie...Ini projek kelas khas atie tahun depan rasanya..tahun ni kita orang buat popcorn secara home made...Nak beli mesin popcorn lum cukup duit... mahal..
Seronok kalau masakan kita menjadi kegemaran anak-anak..suami...dan diri sendiri..selebihnya untuk jiran tetangga..jangan lupa...sesiapa yang minat nak cuba contact la atie takpun cari je resepi kat internet... mesti jadik punya...

Khamis, November 05, 2009

Di'Serang' Komando Ulak...

Assalamualaikum, geng.. Semoga sihat wal'afiat.. lama tak celoteh kat sini.. banyak 'copy' 'paste' jerk.. Arini terpanggil ulak nak celoteh sikit.. tang panglaman diri sendiri...

Alkisah yang nak dipaparkan ni.. emang tentang diriku.. kalau terkait owang lain atau individu ter'babas' , sovi la kak kiah woi... Canggini, minggu lalu aku di'serang' oleh swami sowang cikgu... huhu.. terkezuuut sesgt aku dibuatnyer.. dia bagik amaran kat aku 'jangan ejek' bini dia.. Aku pening betul.. bila la ulak aku ni ejek binik dier.. Marah giler dia kat aku.. mujur aku dpt control situasi.. ajak dia bincang, dia jual mahal..

Soknyer, aku jupe binik dier.. aku tanya 2 soklan.. 1. napa swami dier marah aku, 2. apa ko crite kat swami sampai die jadik canggitu.. Dia ulak jwp.. dier x tau swami nak dtg jupe aku.. dan dia x crite pepe pun kat swami.. Cuma dier kata dier nak marah aku timbulkan dlm mesy tang prosedur pinjam rete skolah.. pastu dier cerite kat sowang kwn dier yg dah berswami.. swami2 mike tu 'ter'dengar..

Pengajaran yang aku dpt dr peristiwa tuh, aku kena dok senyap jer pepe salah laku kat skolah.. pastu kalu owang nak bawak balik rete skolah berminggu2 pun, kita wat cam Si Luncai terjun dgn labu2nyer..biarkan..biarkan... hehe..sovi la aku nak diamkan dik oooiii.. ko buat lagik, aku terus cakap jugak kat syuarat..pedulik ape.. kan, mas kan?!!!

Ahad, November 01, 2009

Salam Kemaafan ...... drpd Mohd Sani

Salam hormat salam ceria, petang tadi aku sempat bersembang bual melalui (YM) dengan Mohd Sani, komander kawat kita masa di maktab Dulu, petang tadi hampir 3 kali dia minta maaf dengan aku, selagi aku tak taip aku maaf kan selagi itu di ulangnya. Rupanya dia akan berangkat ke tanah suci pada 19 November nanti melalui KLIA. Kalau melalui Kuala Terengganu boleh pegi hantar ramai-ramai. En mohamad Sani ( pensyarah IPG Sultan Mizan ) meminta aku menyampaikan salam takzim dan salam kemaafan aku buat semua kawan-kawan, aku dah janji akan publishkan permohonan maaf dalam blog. Kepada rakan-rakan marilah kita sama-sama berdoa untuk kesejahteraan dan keselamatan beliau semasa urusan menunaikan ibadah haji serta memohon agar beliau memperolehi haji mabrur, sesiapa yang ingin membuat personal contact dengan beliau boleh e mailkan kepada mohdsanisabrie@yahoo.com.my atau hp beliau 0199686829.

Semalam juga aku berkesempatan berjumpa dengan abang lan yang berkonvoi ke Kuala terengganu dengan motor besarnya. Harga motornya sama dengan harga 5 buah kereta kancil buruk aku atau sama dengan sebuah NAZA RIA aku. tapi sayang tak sempat nak ambil gambar bersama motor besarnnya atas sebab-sebab tak dapat di elakkan. Kepada abang lan postkan gambar motor besar tu ke sini.

Sabtu, Oktober 31, 2009

Al-kisah

Salam buat semua kengkawan... Semoga kalian sihat sentiasa di bawah lindungan Allah s.w.t.

Sekadar ingin membicarakan kisah yang biasa2 buat sesetengah orang dan mungkin lebih biasa daripada biasa buat sesetengah orang yang lain pula. Tentu korang ada kisah tersendiri mengenai tawaran kenaikan pangkat ke DG 34 baru-baru ini. Bukan semua orang mengejar pangkat dan kedudukan. Namun, setelah bertahun-tahun mendidik anak bangsa, ia wajar diterima sebagai satu pengiktirafan. Bukan tanda guru tidak bersyukur dengan anugerah 32 sebelum ini, tetapi memandangkan ada tawaran sepatutnya semua yang layak diberi peluang. Itulah sebabnya juga, yg masih belum menggenggam segulung ijazah sebaiknya kejarlah peluang menggenggamnya jika terdaya. Terkini ada tawaran UPM. Cubalah. Mohonlah.

Bukan apa, kadangkala menjadi pelik juga dengan cara sesetengah ketua yang tidak sama dengan ketua yang lain dalam mentadbir manusia. (Nama pun rambut sama hitam kan?) Ada antara mereka mendiamkan sahaja perkara tersebut. Biarlah anak2 buah mereka berikhtiar sendiri untuk mendapat atau mengurus hal ini. Ada pula yang prihatin, dapat surat makluman sahaja terus mencari anak2 buah sampai ke padang sekolah semata2 ingin memberi peluang mereka membuat permohonan. Ada pula guru yang bertugas di luar seperti kursus, mesyuarat, pemeriksa UPSR dll dipanggil ke sekolah semata supaya berpeluang memohon. Itu bagi yang prihatin lah. Yang tak prihatin takde dikisahnya. Anak2 buah yang tak tau apa2 tertanya2 sesama sendiri. Malah ramai juga yang tau melalui rakan2 yang di sekolah lain. Tetapi kalau hal2 nak buat kerja untuk ketua atau sekolah boleh pulak panggil menghadap tak cukup sekali. Bila tiba ke sesuatu perkara untuk kebaikan anak buah boleh pula buat tak kesah. Bukan apa, dengan sikap ketua, maka ramai guru yang tidak mendapat peluang sama rata. Malah ramai guru senior yang terpinggir terutama yang terpaksa bertugas ke luar sek. Itulah sebabnya ada sesetengah sekolah, semua yang layak telah memohon manakala di sesetgh sek lain pula cuma seorang atau dua orang sahaja kerana tidak mendapat maklumat lengkap.

Jumaat, Oktober 30, 2009

Ada kenangan manis menjenguk ruang hati tatkala mengadap blog ini..Yang kau, dia dan mereka tidak tahu...Dulu masa weekend di asrama yang orang tganu , kelantan tu syok la balik tiap minggu...tinggallah orang-orang jauh macam aku, kakju..na (zakiah) dll..tapi ramai gak... dek kerana kebosanan macam-macam yang kami buat...termasuk panjat bukit besar...panjat tangki air kat tepi rumah cik maznah tu...panjat pokok jambu kat depan blog A tuu... satu je takleh panjat ialah pokok mangga kat depan hostel tu..yang boleh buat baling je buah mangga tu dengan kasut...
Aku tersenyum sendiri mengenangkan memori indah itu...Itu masa kita..tiba masa anak-anak..ee jangan panjat nanti jatuh..haa..jalan hati-hati jangan lari...pot-pet...pot-pet...bla...bla...bla.....itulah mulut seorang ibu...ibu bisu je tak gitu kan....

Adik bongsu 9092

Rabu, Oktober 28, 2009

22 Murid dikhuatiri Hilang Apabila Jambatan Gantung Runtuh

KAMPAR:Seramai 22 murid dikhuatiri hilang akibat dihanyutkan air deras apabila jambatan gantung yang mereka guna untuk menyeberang Sungai Kampar di Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang dekat sini runtuh pada kirakira 10.30 malam tadi.

Kira-kira 20 murid lain terselamat apabila sempat berpegang pada tali jambatan dan ada yang diselamatkan oleh seorang guru dan pengawal sekolah berkenaan, kata jurucakap polis. Murid-murid terbabit adalah antara 298 murid dari 60 sekolah rendah dari Kampar, Tronoh dan Batu Gajah yang menyertai aktiviti kokurikulum Perkhemahan 1 Malaysia anjuran Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kinta Selatan. Sehingga awal pagi, usaha mencari dan menyelamat oleh polis, bomba dan penyelamat, Rela dan orang ramai masih belum menemui murid-murid yang hilang. Seramai 59 murid kini berada di Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang manakala sekumpulan lagi masih berada di tapak perkhemahan di seberang sungai berkenaan.

Ibu bapa murid berada di sekolah itu sejak tengah malam tadi untuk mendapatkan maklumat mengenai nasib anak mereka dan keadaan agak kelam kabut apabila beberapa ibu bapa tidak dapat menahan kemarahan apabila sehingga 3 pagi, tiada maklumat diterima sama ada anak mereka selamat atau tidak. Nahas itu berlaku semasa sekumpulan peserta perkhemahan sedang menyeberangi jambatan berkenaan dari tapak perkhemahan untuk ke Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang bagi jamuan malam.

Seorang murid yang terselamat K. Mathivanan, 12, berkata kejadian itu berlaku secara tiba-tiba. Katanya, ketika itu terdapat antara 30 hingga 50 murid di atas jambatan kerana ada yang hendak ke sekolah dan ada yang balik selepas jamuan. Beliau berkata sebelum runtuh, jambatan berkenaan bergoyang kerana ada murid yang melompat dan bermain semasa berada di atasnya.

"Tiba-tiba kami tercampak ke dalam sungai dan saya sempat berpaut pada tali...air sungai sangat kuat tetapi saya dapat menarik badan untuk naik," katanya.Jambatan sepanjang kira-kira 50 meter itu baru siap dibina dua minggu lepas bagi menggantikan sebuah jambatan gantung lama yang runtuh sebelum ini, kata seorang anggota Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan. Mathivanan berkata suasana seronok tiba-tiba menjadi keadaan kelam kabut dan ramai murid menjeritjerit meminta tolong dan ada yang menangis.

Seorang guru Mohd Safri Abdul Rafar berkata beliau berada tidak jauh dari jambatan dan terkejut apabila terdengar bunyi benda jatuh diikuti oleh jerit pekik. "Saya terus melompat pagar dan terjun ke dalam sungai, saya sempat membawa naik tiga atau empat murid...air sangat deras dan saya sendiri hampir lemas dan terpaksa naik ke tebing," katanya.

Safri berkata beliau kemudian turun semua dan sempat membawa naik lima lagi murid.Pengawal sekolah berkenaan yang dikenali sebagai Idris sempat menyelamatkan enam murid, katanya.

Katanya beliau sedih dan terkilan kerana tidak sempat menyelamat seorang murid yang masih berpegang pada tali besi sebelum dihanyutkan air.
Perkhemahan itu bermula hari ini dan dijadualkan hingga Khamis dan pendaftaran peserta dibuat sejak 3 petang semalam, kata guru SK Seri Tronoh itu.

Seramai 23 guru terlibat dengan perkhemahan itu dan kem yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang itu yang kedua dianjurkan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kinta Selatan selepas perkhemahan di SK Pos Raya minggu lepas. Perkhemahan yang sama diadakan serentak hari ini di Daerah Larut, Matang dan Selama serta Daerah Manjung, katanya.

Murid yang menyertai perkhemahan itu daripada pelbagai bangsa sejajar dengan objektif perkhemahan untuk mereka berinteraksi dan melakukan aktiviti bersama-sama seperti memasak masakan tradisional, mengikuti latihan kebudayaan dan bermain pelbagai jenis permainan rakyat.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang melawat tempat kejadian tengah malam tadi telah mengarahkan siasatan segera dijalankan terhadap kejadian itu.

"Jambatan gantung ini baru siap...jelas jambatan ini runtuh apabila tiang besinya terbongkah...kita mahu tahu sama ada ia dibina mengikut spesifikasi atau tidak," katanya. Tiang besi dan bongkah konkrit yang mengikat tali jambatan di tebing sebelah sekolah berkenaan tercabut dan tercampak kirakira 10 meter manakala sebahagian lantai jambatan masih berada di permukaan sungai.

Sungai Kampar terkenal dengan kegiatan sukan air lasak dan lebar sungai berkenaan di kawasan kejadian adalah kirakira 30 meter dan sedalam kira-kira 1.5 meter.- BERNAMA

Tragedi Jambatan Runtuh Kuala Dipang

Tragedi jambatan runtuh di Kuala Dipang ini berlaku kira-kira jam 10.30 malam tadi ketika para peserta bergerak ke dewan makan untuk supper dan pada ketika itu sekumpulan peserta ini melintasi titi gantung yang menghubungkan 2 kawasan tersebut.

Titi gantung yang baru siap kira-kira dua minggu lalu itu tiba-tiba rebah dan seramai 22 pelajar yang berada diatas jambatan tersebut terhumban kedalam sungai. Seramai 59 peserta yang melintasi titi itu walaubagaimanapun terselamat.Kesemua peserta terdiri dari para pelajar yang dikumpulkan dari 80 buah sekolah rendah sekitar Daerah Kinta Selatan.

3 mangsa dapat diselamatkan dan dihantar ke Hospital Tapah.Seramai 255 pelajar mengambil bahagian didalam program ini yang terdiri dari 115 berbangsa Melayu,73 berbangsa India dan 62 berbangsa Cina.Penglibatan guru ialah seramai 41 orang namun hanya 13 sahaja yang menghadirkan diri manakala yang lain tidak hadir kerana tidak mendapat kelulusan guru besar sekolah.

22 mangsa masih hilang setakat ini walaupun pencarian sepanjang 10km ia masih tidak menemui apa-apa. Gerakan mencari dan menyelamat masih diteruskan.
Program ini ialah dibawah anjuran PPD Kinta Selatan atas nama Kem Satu Malaysia Peringkat Daerah Kinta Selatan.

Ahad, Oktober 25, 2009

Mini Re Union

25 Oktober 2009, Pergi buat pergambaran di SK Beladau Kolam, terserempak dengan Azimah, seperti biasa celotehnya lebat macam dulu juga. Katanya hari ini merupakan hari pertama dia datang semula ke sekolahnya itu selepas cuti berpantang anak ke enam.
Lupa lak nak tanya berapa laki-laki dan berapa perempuan. Marilah kita sama-sama ucapkan tahniah kepada Cikgu Azimah.
Tengaharinya aku berkunjung plak ke PKG Durian Burung , untuk pergi ambik barang, di sini juga jumpa lah 3 orang guru yang sangat penting di Negeri Terengganu. Tapi jumpa kejap je tak sempat nak sembang tapi nasib baik sempat ambik gambar.

Emmmm.....Sedapnya Nasi Kerabu





Salam untuk semua.Baghu2 ni kawan skluarga ke Kelantan n Ganu .Masih lagi dalam pghujung Raya 28 Syawal Dari Ganu kawan ke Pasir Puteh.Sebelum tu kawan dah call sahabat lama kite lni.Nak singgah rumah.Tepat jam 11.00 pagi maka sampailah kawan ke rumah sahabat lama kite ni.Maka dihidangkan pelbagai makanan untuk kawan skluarga. Menu utama nasi kerabu selain pencuci mulut,puding tapai ,tepung pelita dll.Apa lagi kawan pun make la.....emmmmm. sedapnya
manamboh lagi.... Kalu nak cubo singgahlah rumah sahabat kito ni....Di Pasir Puteh.Walau apa pun terima kasih kepada Puan Aida Akmar bt Abd Razak yg sudi menerima kunjungan kawan skluaraga.Pah tu kawan ke Rantau Panjang.....Wassalam.
No nphone Aida Unit D ;0199621170

Jumaat, Oktober 23, 2009


Assalamualaikum dan salam rindu buat kawan-kawan..

Raya dah lepas kini sibuk la pula mengadap kerja sekolah yang bertimbun menjelang tutupnya sekolah... bagi yang sambung belajar terutama buat kaktun, kakju, nasoba a.long dan sabri...(itu le yang aku tau ..selamat kembali berjuang..
Bagi meneruskan kehidupan banyak yang perlu kita fikirkan...jangan lupa jaga kesihatan dan amalkan gaya hidup sihat...aku nak cerita pengalaman terkini supaya dapat jadi iktibar buat sume yang malas bersenam... Dua bulan sebelum raya aku stop bersenam sebab sibuk sangat dengan assigment dan puasa...(alasan la tu)...pas raya makan tak kira masa..open house kat johor ni tak cukup sebulan....terasa gak kepala pening2 tapi malas g cek... suatu ari kebetulan aku bawak anak aku ke klinik kerana demam..aku tergerak hati nak cek BP aku..alangkah terkejutnya aku BP aku pada paras kritikal 193/120.... Dr. swasta tu syorkan aku g hospital sebab sebelum ni aku tak penah la ambik ubat darah tinggi... terus kena tahan wad mujur satu malam je...Kesimpulannya...rakan2 jangan abaikan kesihatan...bersenam dan makan secara seimbang ....bye...bye...

Yang atas tu anak murid...aku sangat bangga menjadi guru pendidikan khas...dan terhibur dengan gelagat mereka...

Adik bongsu m3p9092

Rabu, Oktober 07, 2009

Raya Che Tun

Salam buat semua kengkawan. Masih dalam mood raya? Kat sini masih meriah. Aku masih menerima kunjungan rakan dan jiran. Kami ber'baraan'. Kunjung mengunjung ke rumah terbuka ikut giliran supaya tiada yang tertinggal. Alhamdulillah persahabatan amat bermakna di bulan Syawal sebegini.

Khas untuk permintaan bro Brie n utk tatapan kengkawan... ku ngadap juga laptop pepagi ni...

Family che tun n family brie..

Anak teruna aku pantang jumpa kucing. Aku allergic jadi ku tak benarkan dia bela kucing. Dia jumpa kucing kat umah Razima, terus tak dilepasnya...

Korang kenal tak ni? Ni la husband Ma... TQ kepada Ma n family atas layanan tempohari. Raya kali ni, penuh pengisian. malam baru kawan betul2 rest.

Korang tengok, Ma tak berenti makan... Ye lah, ada kakak n abang temankan. Lama tak jumpa, kan Ma?Ni time aku suka...berbelanja di Pasar Payang...ekeke...

Isnin, Oktober 05, 2009

Mayat 30 tahun ditemui tak reput

Mayat 30 tahun ditemui tak reput
Oleh Adha Ghazali
adha@bharian.com.my

Jenazah misteri kejutkan tiga penggali kubur

KANGAR: Tiga penggali kubur tergamam menemui mayat dipercayai berusia lebih 30 tahun dalam keadaan elok dan sempurna, ketika menggali liang lahad untuk tujuan pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Tok Paduka, di sini, semalam.

Mayat lelaki tidak dikenali itu ditemui jam 11.30 pagi sebaik ketiga-tiga penggali kubur berkenaan menggali liang lahad terbabit pada kedalaman 1.5 meter.

Berdasarkan maklumat, mayat lelaki itu bukan saja masih elok dari segi fizikal, malah kain kafan jenazah juga masih sempurna, kecuali sedikit kotor akibat diselaputi lumpur.

Bagaimanapun, kayu keranda yang digunakan untuk melindungi mayat sudah reput dimamah usia.

Penggali kubur, Desa Sulaiman, 74, berkata penemuan jenazah itu mengejutkan kerana sepanjang pengetahuannya liang lahad yang digali itu memang kosong.

Katanya, keadaan jenazah itu tidak berbau dan masih sempurna dengan kulit serta isi yang terlekat pada tubuh jarang dilihat, apatah lagi dengan usia jenazah yang dipercayai mencecah puluhan tahun.

"Saya 30 tahun menggali kubur di sini, tetapi tidak pernah menemui kejadian sedemikian, walaupun pernah mendengar cerita mengenainya sebelum ini.

"Sepanjang pengetahuan saya, mayat yang masih elok dan sempurna walaupun berusia ratusan tahun kebiasaannya milik orang alim kerana jenazah mereka dilindungi Tuhan berikutan amalan baik yang dilakukan sepanjang hayat," katanya.

Difahamkan, penemuan mayat itu menyebabkan urusan pengebumian jenazah seorang wanita berusia 53 tahun yang dijadualkan sebelum Zuhur, ditangguhkan beberapa jam untuk memberi laluan kepada urusan pengebumian semula jenazah yang ditemui itu.

Desa dan dua lagi rakannya terpaksa menguruskan pengebumian semula jenazah terbabit di sebelah liang lahad yang digali, sebelum meneruskan urusan penggalian liang lahad baru untuk pengebumian jenazah wanita yang baru meninggal itu.

Rakannya, Mohd Hafiz Abdan, 20, berkata beliau tergamam melihat wajah serta tubuh mayat yang masih elok seperti baru meninggal dunia ketika mengangkat mayat terbabit untuk dialihkan ke liang lahad baru.

"Saya sempat melihat keadaan susuk tubuh mayat berkenaan yang berkulit sawo matang, namun tidak berani menatapnya terlalu lama.

"Apa pun, penemuan mayat berkenaan bagi saya suatu misteri kerana jarang dilihat walaupun oleh penggali kubur," katanya.

Sumber : Berita Harian 5 Oktober 2009