Pecarian Belum Selesai

Norlia Abdullah, majidin wassilin, norliha Mohd Noor,Beechee Hamisah, Asnian Ayub Daud, Mahiran Mohd, Zuraidah, norwati hussin, Latifah Diasin,Rahana Ismail, Hamizan Shaffain, Rokian Che Mamat, Rasimah Abd Momen, dan Fadzilah Mohamad
Sesiapa yang ada contact dengan penama di atas tolong maklumkan kepada blogmaster- TQ

Isnin, Ogos 31, 2009

Aku Seorang Che'gu Part 18

Anak-anak Redang. Nun sayup-sayup di tengah lautan terdapat sebuah kehidupan, kehidupan yang mempunyai mimpi yang indah tapi entah bila menjadi kenyataan. Sebagai insan-insan kerdil yang lahir di kawasan yang sedikit terasing dari arus pembangunan perdana anak-anak Redang juga ingin mengorak langkah seiring dengan rakan-rakan lain yang berada di tanah besar. Cuma persekitaran mereka sedikit sebanyak menjadi batu penghalang juga.
Dunia mereka selain dipisahkan dengan Laut Cina Selatan dengan orang lain mereka di sempitkan lagi dengan rumah-rumah yang kecil di atas air.Kita dapat bayangkan betapa sukarnya mereka hidup dengan rumah yang mempunyai dua bilik berbanding adik beradik yang biasanya ramai. Dan halaman rumah mereka ialah jeti berukuran lapan kaki lebar. Mereka tidak kisah samada memakai selipar atau tidak kerana sememangnya kehidupan mereka di atas rumah atau di atas jeti papan. Setiap kali apabila turun ke jeti kecuali selepas 12.00 malam pasti akan berjumpa dengan anak murid dengan aktiviti mereka, bermain, bersembang, memancing, menangis dan sebagainya. Begitu juga ada sesetengahnya tidak berapa suka memakai baju.
Cara mereka dididik juga agak "kasar dan rakus". Kita sering mendengar anak-anak ini disumpah seranah oleh ibu atau bapa mereka. Ingin dijelaskan di sini bahawa apa yang dicatat di sini adalah sebahagian bukan keseluruhannya. Suasana pendidikan di rumah yang sebegini sebenarnya memberi ruang dan peluang kepada guru-guru untuk mendekati murid-murid di sini. Murid-murid di sini menjadi cepat mesra dengan guru-guru dan ada juga yang menjadikan guru tempat bermanja. Terdapat guru-guru yang selalu membawa pulang muridnya ke tanah besar apabila pulang bercuti termasuklah aku.
Apabila memasuki sekolah menengah mereka terpaksa keluar dari pulau ini dan tinggal di asrama. Mereka akan menghadapi dunia baru dengan persekitaran yang agak berbeza. Ramai di kalangan murid-murid Pulau Redang tidak mampu menghadapi situasi ini menyebabkan mereka berhenti sekolah lebih awal. Biasanya bermula daripada awal tingkatan satu hinggalah sampai tingkatan tiga mereka akan berhenti sekolah. Kadang-kadang kita tidak menjangka seorang murid yang begitu pintar sewaktu di sekolah rendah Pulau Redang berhenti juga sebelum mengambil peperiksaan PMR. Mereka berhenti sekolah secara sukarela atau diberhentikan sebab masalah disiplin.
Segelintir yang meneruskan persekolah di peringkat sekolah menengah pula mampu menapak lebih jauh seiring denga pelajar-pelajar lain. Kini ada di kalangan mereka yang telah berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara termasuk ke USA dan ada juga yang berjaya menjawat jawatan awam seperti guru, jururawat, polis dan sebagainya. Ada juga bekas anak murid yang dulunya nampak begitu dhaif dan kerdil tetapi sekarang berjaya menjadi ahli perniagaan dan bertapak di Kuala Lumpur. Baru-baru ini aku mendapat berit seorang murid bekas muridku berkahwin dengan anak seorang pelakon dan mendapat liputan di akhbar tempatan. ( To be continue )

Rabu, Ogos 26, 2009

Lawak Gelongsor


Sabar ya, tunggu hingga habis download ...

Selasa, Ogos 25, 2009

PERGI TAK KEMBALI...

Salam Ramadhan rakanku semua.. Ju terpanggil untuk berkongsi cerita sedih salah seorang rakan guru di tempat Ju.. Walaupun bukan sebumbung, tetapi tempat tinggalnya berhampiran dengan tempat Ju..

Rakanku tu seorang guru berbadan besar (anggaran 200kg), lelaki dan bujang dalam lingkungan umur 30-31 tahun.. tinggal sendirian bersama seorang ibu dan adiknya di sebuah rumah sewa di sebuah perkampungan Melayu.

Ditakdirkan adiknya ditawarkan melanjutkan pelajaran ke UPSI, dan dalam kecelaruan wabak H1N1 ini, ibunya berhasrat untuk menyambut cucu barunya di Sabah. Pada hari yang dijanjikan rakan guru bersama adiknya menghantar ibunya ke KLIA untuk terbang ke Sabah.

Seminggu ketiadaan ibu dan adiknya, beliau tinggal sendirian di rumah sewanya. Pada Jumaat seminggu sebelum Ramadhan menjelma, beliau rasa tidak sedap badan, lalu ke hospital daerah kami...emmm demam selsema, batuk...dan doktor hanya bertanya tentang sejarah kesihatan beliau sebelum ini yang dikatakan pernah mengalami masalah paru-paru berair suatu ketika dulu...

Esoknya, Sabtu.. beliau berehat sendirian.. dan Ahad beliau sekali lagi ke hospital untuk mendapatkan rawatan.. MC diberikan.. Isnin, beliau sms kepada rakan sekolah bahawa beliau mendapat MC kerana demam.. Selasa tidak hadir dan dipercayai oleh sesama rakan guru beliau masih MC.. Untuk kepastian, pihak sekolah menelefon beliau tetapi tidak diangkat.. rakan guru juga menghubungi beliau tetapi hampa..

Hari Rabu.. tiada lagi kelibat beliau di sekolah.. Guru Besar mengarahkan rakan2 cuba menghubungi beliau..juga hampa.. Petang itu, rakan2nya cuba mengesan tempat tinggal guru terbabit tetapi gagal kerana alamat terakhir guru tersebut adaalah di Kuartes guru.. Rupa-rupanya beliau berpindah tanpa memberitahu pihak sekolah.. Khamis petang barulah si rakan dapat mengesan di mana beliau tinggal.. panggil2 tiada sahutan..

Khamis malam Jumaat, selepas solat Maghrib, hati si rakan rasa sesuatu yang janggal mungkin telah berlaku lalu beliau bersama rakannya mengunjungi rumah itu sekali lagi.. Puas memberi salam tetapi tiada sahutan, telefon tidak diangkat..Terhidu bau yang kurang menyenangkan tetapi hati menafikan kemungkinan itu.. kerana lampu rumah terang benderang, kipas berpusing dan terdenganr suara televisyen berpasang. Ketukan pintu bertalu2 tidak dilayan.. Si rakan bergegas meminta bantuan polis.. polis datang menjenguk melalui nako tingkap yang dicabut cerminnya.. Polis nasihatkan agar memanggil tuan punya rumah.. Tuan rumah membuka dengan kuncinya.. tetapi gagal sebab berkunci dari dalam..

Tanpa membuang masa, pintu dipecahkan.. rupa2nya beliau sudah tiada.. Keadaan beliau duduk seolah2 sedang menonton TV dangan remote di riba, hpone di meja, MC di meja tamu amat memilukan yang hadir.. Ju bertanyakan seorg rakanku, guru tersebut demam paras 39.5.. obesiti, dan bermasalah paru-paru tetapi hanya diberikan ubat demam dan selsema biasa.. Kami amat terkilan..

Beberapa hari selepas kejadian, terdengar berita ibu beliau dimasukkan ke wad disyaki H1N1 yang mungkin diperoleh di KLIA menguatkan sangkaan kami..

MORALNYA:
1. Elakkan tinggal di rumah seorang diri
2. Jika sakit & sendirian di rumah, kita perlu berhubung dgn rakan2 yg dipercayai
3. Jika terdengan rakan2 kita sakit, perlu segera menghubunginya atau melawatnya
4. Paksa pihak hospital rawat kita sewajarnya krn itu hak kita..
5. Kekadang kita perlu jaga tepi kain orang..

Aku Seorang Che'gu Part 17

Mengajar Pagi, Petang dan Malam Sebagai seorang "ustaz" aku mengajar mengikut sukatan pelajaran yang telah ditetapkan. Namun begitu pelajaran dan penghayatan mngenai solat amat ditekankan. Apabila aku masuk kelas untuk mata pelajaran Pendidikan Islam, aku akan meminta murid-murid membaca bacaan dalam solat bermula dari niat sehinggalah memberi salam dan disambung lagi dengan bacaan doa qunut. Selepas itu barulah pelajaran mengikut sukatan pelajaran bermula.
Selepas mengajar selama sebulan aku diminta mengajar Kelas Agama Faedhu Ain yang dianjurkan oleh yayasan Islam Terengganu pada waktu petang. Jadi aku satu-satunya guru di Pulau Redang yang mendapat dua gaji pagi dan petang. Kalau tak silap aku gaji sebelah petang iala RM 24.00 sehari atau purata RM 240.00 sebulan mengikut jam mengajar. Kelas KAFA cuma pada petang Ahad, Isnin dan Selasa, manakala petang Rabu diadakan aktiviti ko-kurikulum. Ko kurikulum sekolah ini juga boleh dikatakan agak aktif. Oleh kerana suasana rumah mereka yang agak padat dan bersesak-sesak, sekolah merupakan tempat tumpuan kanak-kanak bermain. Walaupun aktiviti ko kurikulum tidak diadakan kanak-kanak pulau Redang tetap juga datang ke sekolah.
Pada sebelah malam dua kali seminggu pula aku mengajar fardhu ain di masjid Pulau Redang.Sepertimana biasa cuma orang orang tua sahaja yang ada. Hubungan kami dengan ahli jemaah masjid memang sangat rapat, ada beberapa orang Pulau Redang yang aku dah jemput untuk datang dan tidur di rumah aku. hubungan ini berterusan sampai sekarang.
Kadangkala di sebelah malam, hari Jumaat dan Sabtu juga kami mengadakan kelas tambahan secara sukarela. Kelas tambahan ini melibatkan semua tahun. Walaupun tidak mendapat apa-apa imbuhan dan ganjaran kami guru-guru Pulau Redang berasa senang hati dapat menabur bakti di sini.
Kesimpulan yang dapat dibuat ialah sewaktu mengajar di Pulau Redang kebanyakan masa dihabiskan dengan mengajar pagi, petang dan juga malam. ( to be continue ...)

Isnin, Ogos 24, 2009

Aku Seorang Che'gu Part 16

Suasana di Pulau Redang.Pulau Redang terletak 47 km ke Utara Kuala Terengganu.Tanah daratan yang paling dekat ialah Kampung Merang yang terletak 15 km dengan Pulau Redang.Pada masa itu kebanyakan penduduk di Pulau Redang bekerja sebagai nelayan. Sebahagian kecil lagi bekerja sebagai buruh di sektor pelancongan atau buruh padang golf. Kaum wanita pula kebanyakannya tidak bekerja kecuali ada seorang dua yang berniaga secara kecil-kecilan. Kebanyakan pendudukan di sini juga mempunyai bilangan anak yang ramai. Pernah ada dalam setiap Tahun seorang anak dari satu keluarga dari Tahun Satu hingga Tahun Enam.
Rumah-rumah penduduk di sini dibina di atas air secara tersusun di kawasan yang dikenali dengan nama Teluk Siang atau juga di sebut Kuala Redang.Rumah rumah ini dibina oleh pihak kerajaan. Fenomena ini menjadikan Pulau Redang satu kawasan penempatan yang unik. Bila kita berada di atas jeti kayu perkampungan nelayan ini kita akan dapat menyaksikan pelbagai jenis ikan berenang-renang di bawahnya. anak-anak murid mengail ikan dari jeti depan rumah mereka. Keadaan rumah mereka yang agak rapat juga menjadikan mereka lebih akrab.
Bila kita melalui jeti di sini sepanjang masa kita akan mendengar suara riuh gurauan dan tangisan kanak-kanak, suara nyanyian dan siulan dan kalau bernasib baik kita akan dapat menonton drama swasta percuma, suami mengejar isteri mereka atau isteri mengejar suami ataupun mendengar mereka sedang bertengkar.
Kalau nasib baik lagi kita dapat melihat atau menjeling orang-orang mandi berkembam. Kita juga dapat melihat bahan buangan perkumuhan manusia terapung apung dipermukaan air sambil dihurungi oleh ikan-ikan, sebab itulah penduduk di sini tidak memakan berapa jenis ikan. Pemandangan pampers kanak-kanak dan pampers kaum hawa terapung sememangnya perkara lumrah.
Pada sebelah petang di sudut-sudut tertentu jeti pula ada perkumpulan penduduk yang duduk dan bersembang-sembang sesama mereka. Kadang-kadang mereka bermain daun terup atau dam aji.
Hampir setiap lorong di sini terdapat kedai-kedai kecil yang menjual barang runcit. Harga barangan di sini agak mahal sedikit tetapi boleh lagi di terima kerana kos pengangkutan agak mahal. (to be continue...)

Salam Ramadhan

Salam buat semua...kabare...

Alhamdulillah kita dipanjangkan usia untuk mengecap nikmat Ramadhan sekali lagi. Syahdu sekali postmu kali ini Ju...buat hati tersentuh. Semoga semua rakan dan umat Muhammad sentiasa berada dalam kesyukuran dan limpah keberkatan Allah swt. sentiasa.

Pada kesempatan kali ini, aku ingin berkongsi cerita-ceriti dengan kalian sebagai teladan dan sempadan. Bukan nak mengata, sekadar bercerita...

Cerita 1.

Sekolah aku terletak di tepi jalan bersebelahan Pusat Homestay, Sek Ren Agama dan Dewan Orang Ramai. Jalan di situ amat sibuk. Tahun lepas seorang murid tahun 3 sekolah aku telah maut di hadapan sekolah ketika melintas jalan dengan dijaga oleh pengawal lalu lintas. Ketika itu, lampu isyarat merah. Namun seperti biasa, pengguna jalan raya jarang mengendahkan warna lampu di situ. Main rempuh sesuka hati. Kematian demi kematian berlaku di jalan itu tidak memberi impak teladan kepada ramai orang. Sehingga kini, pengguna jalan raya di hadapan sekolah aku masih begitu. Memandu melulu tanpa menghirau fungsi lampu isyarat itu mahupun anak2 yang sedang melintas. Alhamdulillah Ramadhan ini, sedang dibina jejantas di situ...

Cerita 2.

Di hadapan sekolahku menganjur ke depan dewan orang ramai, saban tahun menjadi pusat jualan bazar Ramadhan. Tahun lepas ia dianjak beberapa meter dari sekolah kerana menyukarkan urusan keluar masuk murid dan guru sekolah. Tahun ini JKKK dan Majlis Daerah telah mengarahkan para peniaga bertapak pula ke kanan sekolah menganjur ke kawasan rumah kampung. Namun mereka tetap bertapak di situ dengan alasan ada kerja2 membina jejantas dengan jentera2 berat. Alasan lain, kalau berubah tempat nanti tak laku. Aduhai, sukarnya manusia berubah. Sedangkan tapak baru elok juga. Ke mana pelanggan nak lari kalau tempatnya 4 ke 5 meter saja di situ juga. Aku lihat mereka hanya mementingkan diri, langsung tidak mengendahkan kesukaran kami. Bahaya anak2 kampung mereka pun, mereka peduli apa. Kita guru2 dari luar pula yang risau.. Malah mereka bergaduh berebut tapak. Siap mengeluar kata-kata kesat bagi memuaskan hati. Tak peduli lagi dengan orang yang ramai di keliling. Peniaga lama tetap dengan tapaknya. Peniaga baru akur, bertapak di hujung2 yang kurang strategik kerana tiada nombor tapak ditanda sedangkan di tapak baru ada nombor dan perlu buat cabutan. Agaknya tu pasal beria-ia tak nak pindah w/pun beberapa 'jengkal' je! Alahai!

Cerita 3.

Ketika berbelanja di bazar Ramadhan itu, aku sempat menyaksikan drama sebabak. 2 orang remaja menaiki motosikal melanggar seorang tua secara tidak sengaja. Kedua2 anak muda tersebut jatuh dan berdarah pula. Si tua menympah seranah 2 remaja tersebut tanpa mempedulikan kata2 maaf yang diucap oleh anak muda itu. Siap penumbuk singgah ke muka remaja tersebut beberapa kali. Hati berkata, inikah sikap orang tua yang wajar dicontohi anak2?

Moral of the stories...

Ramadhan tidak membawa keinsafan bagi sesetengah orang. Manusia semakin kurang kesabaran. Ketika marah menguasai diri, segala amalan dan pengetahuan agama tolak ke tepi. Semoga kita tidak menjadi sebahagian orang yang hanya mementingkan nafsu untuk kepentingan diri. Wallahua'lam.

Sabtu, Ogos 22, 2009

Jumaat, Ogos 21, 2009

Andai Ini Ramadhan Terakhir....


Andai kita tahu ini Ramadhan terakhir..tentu siangnya kita sibuk berzikir, tentu kita tak akan jemu melagukan syair rindu..mendayu ..merayu ..kepada-NYA Tuhan yang satu.. Andai kita tahu ini Ramadhan terakhir.. tentu sholat nanti kita kerjakan di awal waktu..sholat yang dikerjakan.. sungguh khusyuk lagi tawadhu'..tubuh dan qalbu...bersatu memperhambakan diri.. mengadap Rabbul Jalil.. menangisi kecurangan janji .. "innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirab bil'alamin" .. sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku... kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam

Andai kita tahu ini Ramadhan terakhir.. tidak akan kita sesiakan walau sesaat yang berlalu .. setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja.. di setiap kesempatan masa yang terluang.. alunan Al-Quran bakal kita dendangkan.. bakal kita syairkan

Andai kita tahu ini Ramadhan terakhir..tentu malam2 kita, kita sibukkan dengan bertarawih.. berqiamullail.. bertahajjud.. mengadu.. merintih.. meminta belas kasih "sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU..tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"

Andai kita tahu ini Ramadhan terakhir ..tentu diri ini tak akan melupakan mereka yang tersayang.. mari kita meriahkan Ramadhan.. kita buru.. kita cari.. suatu malam idaman.. yang lebih baik dari seribu bulan

Andai kita tahu ini Ramadhan terakhir..tentu kita bakal menyediakan batin dan zahir...mempersiap diri...rohani dan jasmani..menanti-nanti jemputan Izrail..di kiri dan kanan..lorong-lorong redha Ar-Rahman

Duhai Ilahi.. andai ini Ramadhan terakhir buat kami .. jadikanlah Ramadhan ini paling berarti.. paling berseri.. menerangi kegelapan hati kami.. menyeru ke jalan menuju redha serta kasih sayangMu.. Ya Ilahi.. semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

Namun teman... tak akan ada manusia yang bakal mengetahui..apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya.. yang mampu bagi seorang hamba itu.. hanyalah berusaha .. bersedia .. meminta belas-NYA

Teman2.. Maaf daripadaku.. seandainya selama aku di sini ada kata2 yang mengguris hati dan rasa rakan2 semua...

Khamis, Ogos 20, 2009

Bukan main-main Ini Betul-betul







Assalamualaikum .Kebetulan kawan buka blog ni tergerak hati nak hantar gambar. Bukan apa sebagai tatapan dan kenangan masa lalu.Bulan Julai merupakan bulan Kecergasan. Maka banyaklah xtvt yg nak dijalankan .Maka kawanlah yg bertanggungjawab untuk melaksanakan misi ini. Antara xtvt yg dijlnkan biase le. futsal,b ola jaring, senamrobik, j-ng,ceramah dll.Tapi ada satu xtvt yg kawan teruja benor.Flying Fox dan Up celling.Apa lagi guru yg terpilih untuk melakukan xtvt tersebut ialah kawan sendiri. Nasib baik ada pengalaman lalu di mppp maka tak jadi masalah utk diterjemahkan semula. Ini bukan main-main ini betul-betul Wassalam . Mezee.

Rabu, Ogos 19, 2009

Seronoknya konvo


Salam kepada godong-godong/kengkawan.Tahniah kepada my wife coz dah dapat degree dan kepada sahabat seunit Susana kerana dah ada master.Masa mereka konvo tu risau juga sebab H1N1 tengah kuat, khalayak pulak dari mcm-mcm tempat. Dah le kerusi tak cukup, hujan turun mencurah-curah terpaksa le lepak tepi dewan anak-beranak.Orang tengah konvo memang le seronok yang kat luar terpaksa le tunggu juga.
Susana maklum ada senior kita nama Nordin konvo juga hari tu tapi kawan tak nampak le pulak tapi kalau nampak pun kawan dah tak cam orangnya.Kepada Susana teruskan study ke PhD.Orang umah kawan dah mula mencongak-congak master tapi kawan entoh le.

Ahad, Ogos 16, 2009

Misteri Nusantara

Salam untuk semua...Kabare?...

Khamis lepas (malam Jumaat) aku menghadiri jemputan seorang rakan untuk memberi khidmat bantu dalam program Malam Restu UPSR. Rakan aku tu berkhidmat di sekolah berhampiran. Namun begitu sekolahnya agak ke dalam dan perlu melalui laluan agak gelap dalam kebun kelapa sawit. Aku memang dah terfikir takkan pergi seorang. Kubawa seorang kawan sebagai pembantu dan peneman. Masalahnya kami berdua rabun...ekeke...

Aku memandu perlahan ketika melalui jalan tersebut sebab memang jarang ke situ. Takut pula terbabas. Sambil memandu, aku berbual. Seingat aku, untuk ke sekolah tersebut, aku perlu melalui dua selekoh ke kanan dan satu simpang ke kiri. Aku memandang tepat ke jalan takut silap ambil selekoh. Selepas tiba di selekoh pertama, aku tak jumpa pula selekoh ke dua. Yang aku nampak ada simpang tiga. Entah kenapa aku belok ke kiri dan meneruskan perjalanan. Semakin lama, aku lihat jalan semakin kecil dan lalang di tepi jalan semakin tinggi. Tiada rumah pula tu di tepi jalan tu. Seingat aku, sebelum tiba di sekolah tu, aku akan jumpa banyak rumah dan masjid setelah melepasi jalan gelap tu. Alamak! Saspen nih.

"Kak!" kataku. "Betulke ni jalannya?" kataku lagi. "Entah! Kak Ida jarang ke sini. Malam pula tu!" jawab kawan aku. Aku tak sedap hati sebab jalan makin kecil. Aku nampak sebuah rumah yang bercahaya malap di kanan jalan. Aku u-turn kat situ. Tak berani nak ke depan lagi sambil baca apa yang patut (yang aku tau). Kak Ida turun dari kereta sebab katanya ada seorang lelaki tua di depan rumah tu. Aku tanya, "Mana? Tak nampak pun!". "Ai, tu kan orangnya!" kata kak Ida lagi. Aku tercari-cari orangnya sebab tak nampak ada sesiapa di situ. Nampak pula kak Ida bercakap-cakap tapi malangnya aku tak nampak siapa!!! Tengkuk mula meremang. Lepas kak Ida masuk kereta balik aku diam aje. Aku ikut je laluan yang kak Ida tunjuk.

Tiba di sekolah member, aku tak cerita apa-apa. Time balik aku ikutlah kereta-kereta member sekolah tersebut. Alhamdulillah selamat tiba di rumah jam 11.30 malam. Lepas beberapa hari, baru aku cerita dengan kak Ida. Apalagi...menjerit-jeritlah dia...Alahai, pengalaman!...pengalaman!

Ahad, Ogos 09, 2009

H1N1


Salam buat semua kengkawan...Kabare?...
Semoga semua rakan berada dalam lindungan dan rahmat Allah sepanjang masa. Begitu juga dengan keluarga korang semuanya. Tidak lupa seluruh umat Muhammad.

Bagaimana situasi di tempat korang. Di sini kedengaran jangkitan virus H1N1 kini menular di sekeliling kawasan tempat tinggal kawan. Seram ada, takut pun ada, bersyukur pun ada kerana dalam ketakutan itu, teringat pula akan dugaan Allah kepada umatNya diberi dalam banyak cara. Mungkin inilah satu peringatan kepada kita supaya tidak lalai menikmati kehidupan di dunia. Sesekali dikejutkan kita dengan wabak supaya hambaNya sedar akan kekuasaan Maha Pencipta.

Agak sukar untuk memahami situasi sebenar. Di televisyen melaporkan setakat 9 Ogos ia sudah meragut 18 nyawa. Namun kawan terbaca di laman khas H1N1 Kementerian Kesihatan Malaysia, sudah 26 kematian. 63 lagi dirawat di hospital manakala 13 mangsa berada di ICU. Doa kawan semoga mereka kembali sihat untuk menghirup udara segar anugerah Tuhan di bumi yang menjanjikan kemakmuran.

Terdetik resah di hati kerana nyawa yang diragut itu, sebahagian besarnya masih bayi. Baru mengenal dunia (walaupun bukan dunia sebenarnya yang penuh pahit maung). Apa dosa mereka? Begitu cepat mereka kembali kepada PemilikNya yang abadi. Kepada keluarga yang terlibat, bersabarlah. Segala yang berlaku ada hikmahnya.

Apabila ke sekolah kawan, kelas2 banyak lengang. Sejak minggu lepas, memang ramai murid yang demam. Tidak pernah berlaku sebelum ini. Kasihan mereka. Semoga tiada yang terkena jangkitan ini di sini dan di sekolah kalian. Sama2lah kita mengambil langkah berjaga2. Dalam hilai tawa kita, sesekali perlu juga menangis dan bermuhasabah diri...

Wallahua'lam...Jumpa lagi.

P/s: Apa ke kaitan gambag kat atas tu? Takde kaitan apa pun. Anak kawan nye keje la tu. Disusunnya mainan deme atas motosikal pastu amiknya gambag. Syok sendiri...heh!