Pecarian Belum Selesai

Norlia Abdullah, majidin wassilin, norliha Mohd Noor,Beechee Hamisah, Asnian Ayub Daud, Mahiran Mohd, Zuraidah, norwati hussin, Latifah Diasin,Rahana Ismail, Hamizan Shaffain, Rokian Che Mamat, Rasimah Abd Momen, dan Fadzilah Mohamad
Sesiapa yang ada contact dengan penama di atas tolong maklumkan kepada blogmaster- TQ

Isnin, Ogos 24, 2009

Salam Ramadhan

Salam buat semua...kabare...

Alhamdulillah kita dipanjangkan usia untuk mengecap nikmat Ramadhan sekali lagi. Syahdu sekali postmu kali ini Ju...buat hati tersentuh. Semoga semua rakan dan umat Muhammad sentiasa berada dalam kesyukuran dan limpah keberkatan Allah swt. sentiasa.

Pada kesempatan kali ini, aku ingin berkongsi cerita-ceriti dengan kalian sebagai teladan dan sempadan. Bukan nak mengata, sekadar bercerita...

Cerita 1.

Sekolah aku terletak di tepi jalan bersebelahan Pusat Homestay, Sek Ren Agama dan Dewan Orang Ramai. Jalan di situ amat sibuk. Tahun lepas seorang murid tahun 3 sekolah aku telah maut di hadapan sekolah ketika melintas jalan dengan dijaga oleh pengawal lalu lintas. Ketika itu, lampu isyarat merah. Namun seperti biasa, pengguna jalan raya jarang mengendahkan warna lampu di situ. Main rempuh sesuka hati. Kematian demi kematian berlaku di jalan itu tidak memberi impak teladan kepada ramai orang. Sehingga kini, pengguna jalan raya di hadapan sekolah aku masih begitu. Memandu melulu tanpa menghirau fungsi lampu isyarat itu mahupun anak2 yang sedang melintas. Alhamdulillah Ramadhan ini, sedang dibina jejantas di situ...

Cerita 2.

Di hadapan sekolahku menganjur ke depan dewan orang ramai, saban tahun menjadi pusat jualan bazar Ramadhan. Tahun lepas ia dianjak beberapa meter dari sekolah kerana menyukarkan urusan keluar masuk murid dan guru sekolah. Tahun ini JKKK dan Majlis Daerah telah mengarahkan para peniaga bertapak pula ke kanan sekolah menganjur ke kawasan rumah kampung. Namun mereka tetap bertapak di situ dengan alasan ada kerja2 membina jejantas dengan jentera2 berat. Alasan lain, kalau berubah tempat nanti tak laku. Aduhai, sukarnya manusia berubah. Sedangkan tapak baru elok juga. Ke mana pelanggan nak lari kalau tempatnya 4 ke 5 meter saja di situ juga. Aku lihat mereka hanya mementingkan diri, langsung tidak mengendahkan kesukaran kami. Bahaya anak2 kampung mereka pun, mereka peduli apa. Kita guru2 dari luar pula yang risau.. Malah mereka bergaduh berebut tapak. Siap mengeluar kata-kata kesat bagi memuaskan hati. Tak peduli lagi dengan orang yang ramai di keliling. Peniaga lama tetap dengan tapaknya. Peniaga baru akur, bertapak di hujung2 yang kurang strategik kerana tiada nombor tapak ditanda sedangkan di tapak baru ada nombor dan perlu buat cabutan. Agaknya tu pasal beria-ia tak nak pindah w/pun beberapa 'jengkal' je! Alahai!

Cerita 3.

Ketika berbelanja di bazar Ramadhan itu, aku sempat menyaksikan drama sebabak. 2 orang remaja menaiki motosikal melanggar seorang tua secara tidak sengaja. Kedua2 anak muda tersebut jatuh dan berdarah pula. Si tua menympah seranah 2 remaja tersebut tanpa mempedulikan kata2 maaf yang diucap oleh anak muda itu. Siap penumbuk singgah ke muka remaja tersebut beberapa kali. Hati berkata, inikah sikap orang tua yang wajar dicontohi anak2?

Moral of the stories...

Ramadhan tidak membawa keinsafan bagi sesetengah orang. Manusia semakin kurang kesabaran. Ketika marah menguasai diri, segala amalan dan pengetahuan agama tolak ke tepi. Semoga kita tidak menjadi sebahagian orang yang hanya mementingkan nafsu untuk kepentingan diri. Wallahua'lam.

Tiada ulasan: