Pecarian Belum Selesai

Norlia Abdullah, majidin wassilin, norliha Mohd Noor,Beechee Hamisah, Asnian Ayub Daud, Mahiran Mohd, Zuraidah, norwati hussin, Latifah Diasin,Rahana Ismail, Hamizan Shaffain, Rokian Che Mamat, Rasimah Abd Momen, dan Fadzilah Mohamad
Sesiapa yang ada contact dengan penama di atas tolong maklumkan kepada blogmaster- TQ

Isnin, Jun 30, 2008

Reunion...

Assalamualaikum
Reunion semakin hampir. Untuk Azwan, bukan tak nak jemput ke apa. Tapi setakat ni tak tau bagaimana caranya. Samada saya nak sediakan surat sendiri atau nak tunggu Sabri bagi format yang standard. Saya ok je kalau nak jemput menjemput nih. Kalau suh bergerak sendiri untuk unit A je, no problem. Buleh on je dah. Kalau Sabri ada baca post ni, respon sket ke. Maaf la kat Sabri ye. Tak de rezki lagi awak nak bertandang ke rumah saya. Jangan serik untuk call saya bila bertandang atau lalu ikut Kuantan. Ok, bye....-zarida

Wakil Perhubungan Majlis Reunion

Salam... Zul dan Zarida.. apa khabar? aku dijb tertunggu2 undangan daripada ko untuk kami unit A sertai majlis reunion pada 20 dan 21 Nov ni... So, untuk memudakan zul, zarida dan wakil2 dari UNit B, Unit C, Unit D dan Unit E, nak dapatkan jumlah penyertaan yang lengkap, saya cadangkan anda wakil2 yang dilantik oleh Sabri dapat mengirimkan surat penyertaan kepada ahli2 unit anda... tanya sama ada ingin menyertai atau tidak, jumlah peserta bagi setiap keluarga dan anggaran yuran yang dikenakan. Nanti, apb semua surat dah kembalikan pada wakil2 yang telah dilantik, barulah kita dapat buat tempahan bilik dan makanan... untuk aktiviti pengisian, kita dah boleh tetapkan sekarang... saya harap cadangan ini dapat persetujuan daripada semua.... Kalau boleh salah seorang daripada kamu, formatkan surat yang hendak dihantar. Biar seragam...
From Azwan Abdullah Jb

Hubungan 2 hala

salam... kepada rakan2 dari luar daerah Johor Bahru or luar dari negeri Johor yang mengajar di sek. rendah... Nak minta jasa baik kamu semua, boleh tak kirim satu set soalan2 UPSR kepada saya.... kalau ada yang sudi membantu boleh le pos kepada saya di alamat Azwan Abdullah Abd. Jabar, Sk Taman Rinting(2), Jalan Keruing 10, Taman Rinting Masai, 81750 Jb. Melalui zara ini kita dapat wujudkan hubungan 2 hala antara anda dengan saya.....

Sabtu, Jun 28, 2008

klms fasa pertama

Ingat lagi tak. Sabri? Kita kena bina semangat yang pertama. Pedih sungguh kalau ingat. Tapi sronok pun ada. Kalau la ni kena buat nangis sakan la jawabnya. Wah, tengok rambut Sabri ala-ala jambol tuh. La ni ada lagi ke? Teka Sabri ngan sape dari M3p....
Tengok gambo ni plak. Cukup tak ahlinya? Azwan, komen la sket.

Kenangan mengusik jiwa

Tengok gambo sape ni. Dolu-dolu leh la lepak camni. La ni keliling ngan anak-anak.

Jumaat, Jun 27, 2008

From Banting With Love

Salam untuk semua.
Brie, Mas, Ju, Ida + Zul, Ma, Jama + Gee, Wan, Dintahan, ZieDin dll jangan kecik ati tak sebut ye. Dah seminggu tak antar khabar dah penuh ye. Meriah sangat kapet ni sekarang. Selamat datang ke blog untuk Mr Yeo. Ju, Mas, kak melalui detik penuh dugaan dan cabaran minggu ini. Memang kutahan rasa hati utk hantar berita kerana perlu menyiapkan kertas kerja utk program sekolah dan menghadap assg. Ketika sudah 80 % siap kedua2 perkara tersebut laptop kawan corrupt. Abis file hilang disapu virus entah dari mana, internet la kot. Sakit parah rupanya. Hard disknya rosak hingga kena hantar ke Service Centre. Segala macam document lebur.Malang sungguh terkena ketika sangat genting. Kawan terpaksa terpaksa guna laptop suami w/p Vista yang memang kawan kurang tahu. Nak jadi cerita, pagi tadi bila bawa ke sekolah, ada member yang mahir (kononnya) pasal Vista nak guna. Tah apa dia buat sampai laptop suami kena format juga. Terduduk. Bayangkan dua laptop rosak dalam dua hari. Hanya Allah Maha Mengetahui.
...che tun

Dulu St John now KRS


Salam kpd kengkawan.
Tahniah kpd yg slalu berkarya dlm blog kita ni terutamanya Zarida+warden, juneina unit D, mas st john , kak tun dan terbaru razima dll.
Dalam KRS ni aku ada le jumpa dgn junior kita si Saad masa perkhemahan KRS & NGO kebangsaan kat Penang dulu.Dia buat IT skrg ngajor kat Kulim.Lembut dia dah kurang 70%. Aku juga dah 2x jumpa+sembang+mi calong kat Pekan dgn Wak Labit tauke sawit ( YDP tu le ).Badan maintain tapi rambut wak labit dah 99% beruban.
Buat Mezee- orang tua kalau balik Kelantan lalu Pekan , singgah le.Murtabak Pekan popular jugak.
Slmat bersara kpd Mr.Yeo, kalau nak main golf, saya ada di Royal Pekan Golf Club juga kpd kengkawan yg dah main, contact le.

Jama+Gee

Khamis, Jun 26, 2008

Buh nama...

Ri,aku cadang nok suruh mu buh la nama di bawoh gambo hok duk di tepi tu.Bila aku tengok2 ada gok hok aku dok ingat doh nama diaorang.Aku rasa orang lain pun ada gok hok hilang ingatan macam ge aku.Hilang ingatan sementara dok apa la...TQ.
FROM RAZIMA WITH LOVE

TERUJAUUU....AKU

Assalamualaikum...rakan-rakan guru dan salam pertemuan di alam maya buat Mr.Yeo.

Semoga sihat semuanya.Aku sebenarnya teruuuuuu..ja sekali membaca begitu banyak cerita mahupun imbasan kembali kenangan di M3P.Sebenarnya setiap hari aku buka blog kita ni tapi tiada masa nak mengarang cerita-cerita menarik kerana tengah fokus untuk buat assingment.Tapi bila hari ini aku baca tentang sir kita yang sorang ni gatal dan teramat gatallah tangan aku call sana call sini minta no sir.Bila dapat tu terus call sir.Rasa terubat juga bila mendengar suaranya.Suaranya tak berubah macam dulu juga .Aku rasa ada lagi yang tak berubah tentang sir ...contohnya saiz tubuh dan ketinggianya........... yang comel itu. Jangan marah ya..!Walaupun satu negeri tapi sekian lama tak pernah berjumpa.Cuma sepanjang yang aku jumpa Tn Hj.Khairuddin(pengetua IPKT laaaaa ni),En.Mansor,En.Osman PJ,En.Othman PJ,En.Johan,Tn.Hj Hairon dan Encik Yaacob.Untuk berita terkini yang aku tau member kita Si Farhah suaminya tu dah jadi ADUN di Panching Kuantan tak lama lagi bakal jadi Datin kot .Untuk Sabri ,aku sebenarnya dengki juga gambar besaq aku tak ada.Nanti aku post gambar aku yang besaq hang jangan tak selit celah tepi tu ye.Oklah untuk semua disemenanjung mahupun diseberang sana ......jumpa lagi...Bye..Fadilaton/ZieDin nama gla...r u.Adik Ma miss you lama tak jumpa.

NOTA RE UNION

Salam hormat, salam rindu, salam ingatan dan apa-apa salam lah yang patut.
Tiga hari tinggal blog ni dah rasa tiga tahun. Pertamanya saya ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada Mr Yeo, di atas kesudian berkunjung dan menyertai blog ini, rasanya tak sia-sia saya mendaki bukit untuk mendapatkan no hp dan email Mr Yeo.
Tak sia-sia juga saya belajar komputer dengan Mr Yeo di Maktab dulu, mungkin inilah salah satu hasilnya .........
Kepada kawan-kawan sesungguhnya re union sudah agak hampir, teriama kasih di atas cadangan azwan dan meezee memang sesuai benar cadangan tuan-tuan itu, di belakang tabir juga saya sedang berunding dengan kawan-kawan. Sebagai YB seperti kata gelaran isteri Mr Yeo ( Yang Berkhidmat ) sekarang ni saya agak sibuk sikit dengan tugasan rasmi dan tak rasmi. Tetapi saya mengharap sangat jika tuan-tuan dan puan-puan meng e mailkan AJK dan Jadual Re union Nanti tarikhnya ialah 20 dan 21 November, antara aktiviti yang dicadangkan semasa re union nanti termasuklah 1. Jamuan Utama / Persembahan 2. Mesyuarat Penubuhan Alumni 3. Lawatan Ke tempat yang memberi sesuatu Nostalgia kepada kita semua Termasuk Ke BEKAS MPPP. Sewaktu jamuan nanti kalau sesiapa nak buat persembahan bolehlah buat persediaan dari sekarang. Kalau kita sembang kosong sahaja pun saya rasa satu aktiviti menarik juga sebab selepas berpisah 16 tahun lalu inilah masa kita bertemu semula. Dengan kos yang ada sekarang kita perlu fikirkan semula kos untuk aktiviti kita ini.
Kepada kekawan-yang tengok saja blog ini masuk-masuklah juga blog ini, lama dah tak dengar berita daripada kamal& Sherry, Jama & Gee, Yazid, Geng kelate bila lah nak masuk blog ni , password banyak kali dah mintak, geng kita kat besut, yati,sober, zamri guane cerite, si amri masih takut lagi kah nak pegang tikus ni , sabang sarawak kawe rindu weh kat demo dan semua kawan yang diigati hantarlah berita semoga kalian makin segar bugar dalam ingatan dan kepada kawan-kawan yang tidak tersenarai di sini bukan beerti kawe lupakan demo tetapi kawe selalu menyemak-nyemak nama dan no tel demo terutama yang belum ada no hp, di mana patut ku cari ???? bye Sabri

CAKNA LA WEH

Assalamualaikum buat gu2 m3p.Masih ramai lagi gu2 kito ni masih tak cakna lagi tentangg reunion ni.Mungkin kurang mendapat maklumat dari rakan2. Dengan itu di harapkan kawe2 tolong berhubung atau memberi informasi terkini tentang reunion tersebut. Buat kawe di Johor tak dok masalah.Bilangan kawe2 disini tak ramai sangak.Buat Brie tetapkan tarikh REUNION.Mu khabo 20/11/2008.Kawe pasti ramai yang masih dok tahu lagi tarikh tersebut.Bukang ape takut2 timbul masalah last minit.Ape yang dirancang dok jadi terkilan rasenya.Mung kena gerok dari sekarang masa tinggal lagi 4 bulang lagi.Tetapkan tarikh lokasi dan bayaran.Buat UNIT D khasnya pastikan gi
kawe rindu dan teruja nok tengok perubahang deme2 UNIT2 laing gi jugoklah baghu seronok.Bagi kawe2 yang duduk serumoh dengan kawe di VILLA SRI TERATAI. Jenal boyo,pendi,Razie.Niza pastikang deme gi OK.Masih terkenang lagi gelagat deme WASSALAM


MEEZEE

Rabu, Jun 25, 2008

Kenangan di M3P ( iv )

Salam buat semua rakan dan Mr. Yeo...

Pertamanya, kawan nak ucap terima kasih kepada Mr. Yeo sebab sudi luangkan masa menjengah ke blog ini dan mencoret sesuatu yang berharga di sini. Apatah lagi dengan klip video yang penuh maknanya itu!! Memang betul kata Ju, kami dalam St. John dulu lebih mesra memanggil Mr. Yeo dengan panggilan Sir. Harap2 ini bukan kali pertama dan terakhir Sir coretkan dalam blog ini. Lepas ni kalau Sir bagi lagi ilmu untuk kita upgradekan blog ni lagi baguih!! Mana tau kot2 ada rahsia mendidik yang kita boleh kongsi bersama kan?

Ju, kawan tak hilang ler.. ada je kat Jengka 7 yang indah lagi permai ini. Biasaleh cikgu... ada hari banyak kerja, ada hari kena kerja, ada hari kena siapkan kerja, n tak de hari yang tak bekerja. Itulah cikgu namanya kan? Tapi bidang inilah yang menjadikan kawan "manusia". Kalau orang nak kata kerja cikgu ni tak mencabar, kawan anggap orang tu bukan manusia!!

Buat Dolah, ops.. terpanggil lak nama glamer si Azwan tuh!! Untukmu Wan, kawan ada tengok mike dalam rancangan tv3 dulu yang awak pernah sertai. Lepas tu langsung tak dengar berita. Cadangan awak untuk wujudkan jawatankuasa tu memang kawan sokong 200% tapi kenapalah nama awak tak dicalonkan jugak? Ini tak adil!! Sepatutnya orang yang mencadang tu kena jadi urus setia tau? Alah boleh la Wan, lagipun ko kan memang mahir bab urus2 orang ni kan? Siapa setuju?? Tima kasihler Ju, Kak Ton, Ma n Brie yang setuju ngan cadangan kawan tu. Tapi bila tarikh sebenarnya kita nak reunion ni ek? Kalau hujung tahun semasa cuti panjang tu, sah2 kawan tak leh gi...Kursus Intensif di USM selam 3 minggu wei.....

Cuba kengkawan peratikan lak gambar di bawah ini? Cam tak sesape yang berkenaan dalam gambar ini? Gambar ini diambil ketika di atas bot dalam perjalan ke Pulau Redang untuk projek Pendidikan Luar Jasmani 16 tahun dulu tau! Korang tengoklah cam mana daringnya c Amri tu berposing. C Kamarudin tu pulak menunduk sampai x nampak muka dah! Yang abang Mamat tu pulak asyik pegang tiang bot tu jer! C Adanan tu x tau ler apa yang dibualkan tu! Ha, Brie mu perasang dok mu ada dalam gambar ni? Yang berkaca mata hitam tu pulak Wak Radizam unit D. Ko kenal tak ni Ju? Sori ek gambar awok ngan abang Mie x de kat cni!! Bawah c Sabri ialah Zamri unit B! Inilah satu kenangan yang terindah buat kami sewaktu itu kerana Pulau Redang sememangnya cantik dan mengasyikkan!


Baikler, kawan ngundur diri dulu. Dah pukul 12 malam ni. Jumpa lagi. M3P tetap di hati...

Ikhlas dari kejauhan : Mas, Jengka 7.

JUMPA SEMULA

Assalamualaikum kawan-kawan.Lama gok Ma tinggalkan blog kita,bila buka dah bertimbun cadangan2 dan yang hot pasal Mr Yeo.Maaf ler Ju...bukannya Ma hilang tapi ada sesuatu yang berlaku yang membuatkan Ma terkedu seketika.Hem....guane2 pun LIFE MUST GOES ON.Kita kena yakin dan sematkan di hati setiap apa yang berlaku tentu ada hikmahnya.Bersyukurlah dengan nikmat yang telah dikurniakan dan redhalah dengan dugaan yang diberi olehNYA.Lagi pulok bz sikit dengan ASAT.Sekolah Ma menang Tarian Rampai dan layak ke peringkat negeri di Besut.Sampai di negeri....kantoi.Frust la jugok walaupun bukannya Ma ajor diaorang menari.Ma jadi manager jer.Tak pe tahun depan ada lagi.Pas ASAT gi seminar PSS 3 hari.Ada jumpa Che Usin di seminar tu....sama2 jadi peserta.
Hee....Mas,macamana gambo koir tu dok napok pun muka aku.Aku gi mana ya???Rasanya aku dok pernah miss gi nyanyi kat mana2.Aku miss betul dengan lagu maktab kita bila tengok lirik tu....masa reunion nanti kita kena nyanyi lagu tu.
Ok ler....murah rezeki jumpa lagi.FROM RAZIMA WITH LOVE.

Assalamualaikum...
Kembali ke ruang blog. Lama sungguh tidak singgah di sini...last post bulan march. Sudah semakin meriah blog nie. Tahniah kepada pegawai Teknologi Pendidikan kita...sabri.
Saya cadangkan kalau ada gambar2 lama semasa di M3P dulu...scan dan upload untuk tatapan sahabat. Dalam simpanan saya ada satu album...insyallah saya akan upload untuk rakan2. Terubat juga hati bila melihat gambar 18 tahun lalu...kalau dulu bukan main slim....sekarang...entahlah...tapi bile melihat gambar rakan lama masih kenal lagi...walaupun dah banyak berubah.
Kepada rakan2 yang ingin membawa anak2 murid ke Taman Negara.. bolehlah kontek saya.0199695889 ( Kamaruddin )atau email aje kat dintahan@yahoo.com Insyallah boleh mambantu..lagipun sekolah saya ni ada Asrama desa. Manalah tahu nak bawak budak lepas UPSR nanti.
Sekian hingga bertemu kembali...

dintahan

Tubuhkan Jawatankuasa Reunion

salam... hai Sabri dan kekawan... macam mana sambutan bekas peltih M3p sesi 90/92 terhadap majlis Reunion hjg tahun ini.... ramai tak yang akan menghadirinya?..
Bagi memudahkan kerja pengurusan dan menjimatkan masa Sabri, saya cadangkan Sabri tubuhkan Jawatankuasa Reunion. Bukan apa, jika ada jawatankuasa ni, maka segala persiapan boleh dijalankan dengan lancar... Saya cadangkan Sabri sebagai setiausaha merangkap Pengerusi Penginapan dan Makanan, Junainah (ju) sebagai bendahari, Maslanasrie (mas) sebagai Pengerusi Publisiti, Razima sebagai seranta dan perhubungan... yang lain2 tu cuba kita fikirkan dan beri cadangan.... bukannya apa, masa dah semakin dekat... takut apa yang diharapkan jadi indah khabar dari rupa. Saya berpendapat jawatankuasa lain kita lantik guru2 yang sekarang mengajar di negeri Terengganu... memudahkan perjumpaan dan senang untuk Sabri bertindak...

From Azwan Abdullah Jb

Welcome, Sir...

Salam penuh penghargaan...
Sudah tentunya khas untuk Sir..(lebih mesra panggilan nih)..Kami mengalu-alukan penyertaan Sir di sini..harapnya berterusan.. hari2 pun takpe..betul tak kengkawan?(sori Sabri sbb mendahului U..Ju ni lebih drp tuan tanah lak) Apapun tahniah, Brie sbb ko ada tokoh jadi YB..mudah2an termakbul..

Untuk pengetahuan semua, pujian Ju kepada Sir ikhlas, memang betul2 hwa liau (hehe sesuai tak nih).. dan kalau bermuka2, bukan dapat pingatpun, kan..? macam kata Sabrie, tentu ada petua macam mana aura Sir dpt berpahat teguh ke ingatan kita.. dan betul jugak kata Sir, St John sering dibrainwash ketika itu.. Moralnya, semuanya bergantung kepada niat kita waktu mendidik nih..brainwash macam mana pedih pun, kalau niat kita ikhlas dan baik..insya-Allah akan baik hasilnya..itulah Sir yg Ju kenal..makin kena marah semakin sayang.. (ewah)

Menonton klip video kiriman Sir tu, membuka hati kita.. dalam mengejar objektif p&p ni, harus ada penilaian semula..walaupun objektif tercapai tetapi masih ada 'something' yg perlu diberi perhatian..itu tanggapan Ju..nice klip tu..tq, Sir..

Untuk Sir, jika ada tersua dgn pensyarah2 lain yg sama2 kami 90/92 cam En Chean Pee Khoon, En Mohd Noor, En Mansur, En Fadhil, En Othman dll, pelawa la melawat kami di blog nih..boleh berkongsi cerita n berita..dan paling penting kalau ada petua2 dlm pendidikan nih yg boleh dikongsi bersama...

Hai, Azwan.. bagus jugak cadangan ko tuh.. kita bagi peluang Brie memikirkannya..kot2 sesuai kan?

Mana pulak menghilangnya Mas, Che Tun, Zarida, Attie, dan Zima nih.. Abg Long Mezee pun lama membisu..Jom la menge'post'..JuNmie..

Selasa, Jun 24, 2008

Terkejut ......

Salam saudara dan saudari cikgu,

Ahad pagi selepas jogging,terdengar suara memanggil saya didepan rumah.Terkejut jugak pagi-pagi ni, apatah lagi isteri kata ada macam YB nak jumpa.

Terima kasih saudara Sabri kerana ke rumah. Nice meeting and chatting with you. Maaf tak sempat nak hidang minuman, takut-takut hidang air kotak sejuk dalam fridge nanti sakit perut.

Tahniah kepada semua warga blog rakanmppp terutamanya saudara Sabri kerana menwujudkan blog ini untuk anda semua bersua. Fantastik !! dari posting dengan keluhan, cerita dan sebagainya macam satu keluarga yang begitu mesra dan erat.

TQ Ju dan Sharifah kerana call.Nice hearing your voices.Jangan terlalu percaya pujian Ju tentang saya( ha!ha!ha! ) kerana mereka memang diseksa dan dibrainwash semasa dalam St.John.

Dari gambar dan cerita nampak banyak perkembangan pada suadara dan saudari serta keluarga. Tahniah dan syabas. Ada yang betul2 kembang sampai ke anak-anak pun kembang.Baguslah semua sihat2 dan dapat menjalankan tanggungjawab dengan bagitu sempurna. That is the joy of being a parent melihat anak-anak semua sihat.

Cuba lihat video dibawah .....bersabar

Next time ..CU and take care. MR YEO

Cadangan Gilerrr...

hai... untuk memudahkan sabri mengatur program reunion pada hjg tahun ni... apa kata kita beri cadangan aktiviti2 menarik yang boleh kita jalankan.... Nanti tak lah berbual kosong aja.... kalau boleh kita tetapkan juga jumlah yuran yang perlu kita baya setahun sekali atau sekali sepanjang hayat.... bila dah ada dana.. senanglah nak buat apa2 aktiviti.... tak pun dana tu boleh sabri gunakan untuk terbitkan majalah bekas pelatih M3P 90/92...apa macam. setuju tak ???? kalau setuju beri le idea yang bernas...

Saya cadangkan agar diadakan permainan dalaman contohnya.. menyiapkan teka silangkata mengikut keluarga.... dalam masa 30 minit. Kita bina 10 silang kata secara melintang dan menegak... soalan2 silang kata kita bina berdasarkan M3P..

From Azwan Abdullah Jb

Isnin, Jun 23, 2008

Imbauan Kenangan..

Assalamualaikum dan salam hormat...
Rasa gembira dapat balasan emel drp Mr Yeo.. Di sini Ju paste wat tatapan bersama..

"..Salam Ju dan abang Amin,

Tkasih 4 calling n emailing.
Memang gembira mendengar suara u all.Malam tu X dpt tido.
C U in the blog nanti.

Take care.."

Walau pun ringkas, tapi cukup bermakna.. Betul kata Sabri dan Mas, dan Ju sendiri pun tak tahu apa sebabnya beliau amat kukuh dalam ingatan, walaupun sudah lama terpisah..Kalau berbicara tentang M3P, pertama yg Ju akan ingat ialah Mr Yeo n St John..

Satu Ju nak bagitau sebabnya..jeng, jeng, jeng.. awal mula2 gerko dulu, Ju ter'paksa' join St John..(maaf Sir)..Ju ingat lagi pesanan beliau ..'Jika kamu rasa 'terpaksa' menyertai St John, saya amat2 alukan kamu pilihlah unit yg lain..St John memang xde masa untuk kamu berehat'. Lebih kurang la yg Ju masih ingat. Ketika tu Ju dah kena 'halau' oleh PBSM. Ju pilih PBSM sebab ada basic, Pengakap memang xnak sebab xde basic.. Tapi takut ke'terpaksa'an Ju dihidu oleh Sir, Ju konon2 sanggup dgn St John..hehe..(dalam diam Ju pasang niat nak tarik perhatian 'Pak We' nih..Mr Yeo la tuh..).. JU BERJAYA!!!

Sebab Kedua, Ju pernah ter'tidur' waktu GERKO St John tu.. Dok depan, mata Ju dah nak tertutup dah.. 'Sir sergah Ju..Heh, kamu boleh tidur aaa..'(lebih kurang la maksudnya)..Ju malu sesangat dan terus pasang niat tuk celik mata setiap sesi..hehe..

Ketiganya, tentang makmal komputer (tq gak tuk sabri yg ngajo) dan gossip Ju dgn suami Ju skrg.. Cukup indah jika dikenang kembali.. ewah..

Tapi, Mas.. aku cukup terkilan tak dpt naik Gng Tahan tu..Seronok dan cemburu tul tgk gambo tu.. Betul Sir cakap..'Junaina?! U betul nak tinggal di camp site? nanti U menyesal tau.. Saya mau U terus naik..' 'Takpe Sir, saya kasihan Noorliha tu Sir, dia sakit tu..' (hehe..benonye Ju takut jalan waktu malam..mata tak awas..)..Nak tau..Sesalan itu telah kurasai ketika korang tiba di Camp Site selepas menawan Gng Tahan..huhuhu..JuNmie

Kenangan di M3P ( iii )

Salam muhibah buat penatap setia blog yang meriah ini....

Buat Sabri, cuba awak korek2 rahsia dengan Mr. Yeo tu apa petua yang dia guna dalam mendidik kita sehingga kita berasa dekat dengan dia. Kawan bukan nak memuji tetapi cara Mr. Yeo mendidik kita penuh dengan 'kelembutan' meskipun dalam lembutnya itu ada ketegasan! Mungkin ahli St. John lebih mengenali Mr. Yeo oleh sebab dibimbing Mr. Yeo sepanjang bergerko di M3P dahulu...

Syabas bete.. Ju!! ( hindustan la pulok! ) Syabas!! Nampaknya awak dah mengorak langkah terlebih dahulu menghubungi pensyarah yang kita hormati itu.. Tentu seronokkan dapat berbual dengan Mr. Yeo? Bila la den nak hubungi Mr. Yeo pulak ek? Terasa malu la pulok!!! Agak2nya Mr. Yeo ingat tak lagi ngan kita ni Ju?

Tentang gambar2 tu, InsyaAllah mana-mana yang berkaitan akan dipostkan di sini. Jadi sekiranya gambar deme-deme semua kuor dalam blog ni jange maroh deh!! Tapi buat pengetahuanmu Ju, gambor yang ada muka awok tak banyak ler... Cuba mike semua peratikan gambar di bawah ini pula! Sebenarnya gambar ini diambil ketika berada hampir dengan puncak Gunung Tahan 15 tahun dulu! Cuba cam siapa ada dalam gambar tu? Awak masa tu kan berebut2 nak tunggu kat kem di bawah kan Ju? Rugi besor ko Ju....!!



Ha.. yang pegang tongkat cam nenek kebayan tu tak kan korang tak kenal kot? Itu Che Pah... C suami Zarida pun ada jugak tu... Ops.. suami Che Pah pun ada gak tau! Yang berbaju merah tu, senior kita Kak Nik! Tengah posing molek tu c Norliah Othman!! Yang kecik molek tu korang ingat tak siapa? Mu ingat tak Ju siapa tu? Ha..., itulah Mr. Yeo pensyarah berkaliber yang banyak ilmu St. John tu!! Dan aktiviti ini adalah ekspedisi ke Gunung Tahan yang ahli St. John jalankan 15 tahun dulu!! Kalau ada rakan-rakan nak komen gambar ni sila ler.. tapi jangan pulok kata: Ngape dulu deme semua kuruh ek? Ha, kalau itu den tak dapek nak nolong!!

Baikler den undur diri dulu. Nak tidurkan anak jap. Maknya dah beradu kerana kepenatan berpuasa ganti. Awak dah ganti pose ke belum Ju? Jumpa lagi. M3P tetap di hati...

Ikhlas dari kejauhan : Mas, Jengka 7

Our favourite Lecture/s

Salam Hormat,
Entah mengapa dikalangan pensyarah kita dulu nama mr yeo juga yang disebut-sebut, samada dalam blog, sms or bila saya berjumpa kawan-kawan di kelantan dan NS. Kita patut minta petua daripada beliau (mengapa beliau sangat diminati), dan dengan adanya blog ini saya harap kita masih "keep in touch" dengan beliau. Saya percaya beliau akan menatap blog ini. Buat Mr Yeo kalau ada masa jenguk-jengok dan tulislah dalam blog ini. Kepada kawan-kawan kalau nak hantar apa-apa ucapan komen, dsb terhadap Mr Yeo sangat-sangat di alu-alukan. Kalau ada lagi ex pensyarah kita yang terjumpa harap promosi juga blog ini , beri terus password tu, supaya mereka menjadi tamu blog kita. Jumpa lagi ~SABRI

Ahad, Jun 22, 2008

Khabarnya Mr Yeo...

Salam dan selamat sejahtera...
Kejab tadi Ju ada call Mr Yeo.. tenang dan lebut suaranya masih macam dulu.. Berdebar jugak nak menyusun kata dgn org yang Ju hormati hingga kini tu.. Tapi, alhamdulillah.. dapat juga Ju mendengar berita daripada beliau..

Ceritanya, beliau dah bersara pada 2004, di MP Batu Rakit (selepas 3 tahun di situ).. pastu berkhidmat di Cyber Jaya selama 3 tahun.. bab komputer tentunya.. Beliau baru je balik semula ke Chendering..dan kemungkinan akan berpindah mengikut anaknya ke Perth, Australia.. Wah, makin jauh la jika benar beliau jadi berpindah ke sana..

Untuk Mr Yeo (lebih mesra dgn panggilan En Yeo) jika terbaca tulisan Ju ni, balas la ek.. Kami sgt2 menghargai penglibatan Sir di sini.. Kalau pun nanti jauh di oversea, harapnya menghubungi secara online sebegini.. bukankah Sir yg membimbing 'kami' menggunakan komputer waktu di M3P dulu? Tambah pulak dgn adanya murid Sir, Sabri yg paling pandai berbanding kami..Inilah amal jariah Sir yang masih berterusan hingga kini..

Mas, Ju kenal sgt gambar tu.. Kumpulan Koir M3P.. masa tu Sem 1.. Aku makin rindu situasi tuh.. Skrg ni, kalu Hari Guru tgk geng guru2 muzik koir.. aku rasa terkilan sebab kumpulan Koir kita nyanyi lebih hebat!!!..ingat tak, kita sering diundang di majlis2 penting.. glamor betul...

Betul, aku pun mcm ko.. ramai geng PGPI nasihat aku jgn join koir dan couple..hehe.. Tapi, dgr je..mcm ko dah minat melalak..redah je la..Aku sokong kalu ko post gambo2 dr M3P tu.. Ju akan save dlm laptop Ju..

K, adios dulu..JuNmie..

Kenangan di M3P ( ii )

Salam buat penatap setia blog ini. Semoga kalian beroleh kesejahteraan di bawah payung lindungan Allah hendaknya. Semoga kehidupan hari ini lebih membahagiakan daripada hari semalam. Jika datang ujian Allah, jangan mudah melatah mungkin itu hikmah!!

Buat sahabatku Sabri, ini yang buat kawan respect sangat ngan awak. Terima kasih atas usaha deme mencari Mr. Yeo hingga berjumpa tuh! Cam mane awok tau Mr. Yeo tinggal di mana? Ke Mr. Yeo berjiran jer ngan awok! InsyaAllah, kawan akan hubungi Mr. Yeo melalui e-mel nanti untuk bersembang apa2 yang patut. Harap2 Mr. Yeo pun akan berblog di sini gak nanti!

Buat Ida tu, terima kasihlah bagi tau petua cam mana nak kurus tuh!! Nanti kawan gi Kuantan, kawan cari awak ek? Kena siasat gak ni cam ne deme buleh kurus??

Untuk Ju, gambar tu cuma permulaan. Ha, mulai hari ni kawan nak postkan gambar setiap kali kawan berblog disini. Leh tak? Kalu jemu nanti kabo ek? Awak perasan x Ju gamar sape kat bawah ni?

Untuk kita yang berada dalam gambar ni mesti teringat balik bagaimana kita beraksi dengan cemerlang sewaktu Konvokesyen Senior kita di Hotel Primula pada tahun 1991 duluuuuuu.... Sebut pasukan koir ni, kat maktab dulu timbul kontoversi gak kan? Ye la, melalak2 n campur lelaki pompuan tentunya mereka yang ekstrem marah sangat! Tapi kawan pegang pada niat jer... Sabri ada gak nasihat kawan masa mula2 masuk koir dulu tapi kalau dah minat punya pasal, hentam saja la labu... Tapi itulah satu pengalaman baru buat kawan!! Awok nampak tak awok di mana tu Ju?

Baiklah, kawan minta diri dulu. Dah Asar pun... Jumpa lagi! M3P tetap di hati...

Ikhlas dari kejauhan : Mas, Jengka 7

Jejak Kasih

Salam..
Wah, best betul usaha ko Brie.. Ju ucapkan trima kasih bebyk atas usaha Brie jejak kasih Mr Yeo tu.. Lama tak dgr berite beliau.. Haah, lain kali bawa kamera la.. post gambar kat sini.. Camne la rupanya yek? Rindu dgn gurauan beliau tu..

Ko ni Tun, berpantun la pulak.. ewah2, luar biasa tul pantun ko nih.. loghat baka pekat gitu.. Merangkak2 aku membacanya.. ngalah murid KIA dibuatnya.. Apapun tahniah.. terhibur betul..

Maaassss!!! ko la sahabatku.. pandai ko.. trima kasih ek.. Aku sronok sgt tgk gambo kita tuh.. anak2 Ju gelak tgk ko..'bezanya' mika dia kata.. anak aku kata ek.. bukan aku..hehe.. Teringat masa tu.. best giler (kata rang muda).. Kalu ada gambo2 lagi ko post la..

K, la.. jumpa lagi.. JuNmie

Mr Yeo

Atas permintaan Mas Jengka, aku singgah ke rumah Mr Yeo, aku dapat lah no hp dan emailnya , sila semak dalam e mail masing-masing, sikit je terkilan tak sempat bergambar sebab kamera tak bawa. Tapi no problem lepas ni aku dan janji nak bawa Mr Yeo jalan-jalan dan makan-makan, siapa nak join bolehlah. Aku dah jemput Mr Yeo menjadi penulis tamu blog kita, lepas ni harap adalah tulisan Mr Yeo dalam Blog Kita. Satu perkara lagi aku nak minta tolong kawan-kawan promosikan blog kita kepada semua guru malaysia, akau akan buka blog untuk setiap sesi mengikut maktab mereka, telah ada cikgu lain yang berminat berblog sepertimana kita. TQ, Sabri.

Sabtu, Jun 21, 2008

M3P Dalam Kenangan

M3P dalang kenangang,
Ingak lagi sampai leni,
Seme temang hok duduk bekawang,
Memang dok lupuk dari ati ni.

Tadi baghu dapak telipung dari deq atie,
Recall pulok cerite lame,
Memang ingat sokmo sampai ke mati,
Dok akang lupe selame-lame.

Rupanye dulu banyok cerite hok jjadi,
Tapi leni tok brape nok ingak sangak,
Bila member sebut gitu gini tadi,
Ooooo barulah aku teringak.

Guane mung orang seme pulok,
Dok kang doh lupe kesoh-kesoh cinte,
Bile kawang ingak rase nok tegelok,
Masa mude dulu bukang maing berasmaredane.

Hok mane jadi jodoh panjang,
Tahniah lah ke deme seme,
Tapi ade juge hok putuh tengoh jalang,
Nok wak guane Tuhang punye kuase.

Masing-masing dulu kuruh kering,
Yela mase tu bujang trang tang tang,
Tengok leni aduh ye ke deme ning,
Macang dok ccaye sebak doh kembang.

Deq Da tu asyik kabo pasa dayek je,
Kalu doh kuruh pos la gambonye,
Kalu doh ade bukti kak nok ikuk juge,
Manelah tau buleh kok seling balik macang anok dare.

Wei adik, abang, kakok, sedara sedari,
Marilah ator brite kerak sikit kat blog ni,
Bukang ape bulehlah lepas rindu di ati,
Sebak nok jupe reunieng pung lambak lagi.

Eh Brie mana deme ning,
Senyak je dua tiga ari ni matikang diri,
Dok acilah mung buak lagu ning,
Kawang pulok hok banyok tuleh macang tok sedo diri.

Kawang begheti sampai ssini dululah,
Ade mase kawang sambung lagi,
Jangang deme jemu baca sudohlah,
Kalu ator brite tu ator gambo sekali.

...che tun

Jumaat, Jun 20, 2008

Apa nak cita neh......?

Tok leh tahan weh. Korang asyik bercerita nih. Untuk Mas tuh, tak de gambo aku terselit dalam album ko tuh. Aku masih banyak gambo2 maktab tapi tengah cari formula untuk masukkan. nanti senang2 aku postkan.
Tergolak gak tengok gambo dolu2. Sekeping je. Badan la ni kalau bagi tiga belum tontu dapat badan macam dulu. Ha...ha..ha tergelak beso aku nih. Korang tak nak ke kuruskan badan. Aku la ni tengah turunkan berat badan. Aku turunkan secara sihat la. Tak nak drastik nanti jadi yo-yo plak. Setakat nih dah turun 4kg. Target lagi 6kg beb. Bilo lah bulehnya. Tapi aku yakin boleh, tinggal lagi kena rajin dan bersemangat.
Cara aku turunkan berat badan... Hoi, Mas nak tahu tak...macam tak nak je. Pertama, buat workout, erobic paling kurang 3 kali seminggu selama 30 minit. Aku akan cube buat ari2 selama sejam. Aku skolah petang, jadi pagi2 pukul 7.15 aku mula la. Hari Sabtu join ngan member buat poco-poco. Sonok. Try la. Bukan apa kalau badan dah berat nih...macam2 la jadinyer. Amacam boleh buat tak. Aku bukannya apa, saje nak bagi motivasi kat korang.
Untuk kak ju dan Kak Tun, blaja2 gak kesihatan kena jaga. jangan lupa exercise supaya otak segar dan daptla buat assigment dengan lancar. Ceh...ceh nasihat kat orang kita nih tak blaja pun. Ni la kalau dah blaja tak de masa nak jaga badan. Mesti sibuk je kan. Tension pah tu makan. Buat assigment sampai malam2 lapo makan lagi. Assigment tak siap2, badan dah 'glembong'.
Buat Sagap, post la gambo kluarga ko. Dapat kita tengok2. Kalau ditelek-telek, ramai kat blog nih orang St John kan? Aku dulu tak minat ngat dengan koko nih. St John tu terpaksa je. Kalau permainan bola baling, orang main aku ngan yang sejenisnya berebut2 cari 'pot' beh kat tepi padang. La ni boleh katakan aku la orang yang diharapkan bila ada senaman atau erobic kat sekolah. Dulu 'lemak' tak banyak, tak yah nak buang2. Skang kenalah bergerak aktif sket supaya 'lemak' perrrrrrgiiiii.
Baru-baru ni Nanie ada anto sms. Dia tengah tunggu hari nak bersalin anak kedua. Minta doa dari kengkawan agar dia dan babynya selamat.
Shahdana plak, mana nye kek lapis ngan bubor pedas ko. Dah lama aku tunggu nih. Aku tak boh resepi, nak makan terus. Nak buat2 nih tak de maser.
Ngapa member2 lain nyepi jer. Deme tak dok internet ke. Masokla streamix tuh. Aku rela bayo bulan2 dapat kita tau ttg member2 lama.Weh, tadi kata tak dok cita. Tapi bila dah tulih nih payoh plok nak brenti nyer. Jangan busan yek baca aku punya merapu nih. Okeylah kengkawan...nanti aku cita lagi. selamat berhari minggu- zarida

Emmm...Cak!!!


Hai semua,
Time kacihlah Deq Mas sama (Deq) Ju ingat kat aqaq...Rindu bebeno, tapi tengah sibuk gila ni geng. Next week kena anto assgmt. Tak siap2 gak lagi camne ni! Tulunnnn!!! Tanda ketas dak2 th 6 pun tak abis2 ujiannya. Takde ke yang nak buat mesin tanda karangan ni! Mas, tengok korang dolu2 memang teruja. Seme kuncup je, sekang ...!!! Tst le! Ye la, dulu kawad, gerko, lari naik Bukit Besar, joging ke Batu Buruk, pastu kalu akak asyik dengan rekreasi luo. Sekang asyik ngadap kuali periuk belanga, ngadap bdk2 sama bapak budak, paling tidak pun laptop atau buku. Nak joging pun dah tak berapa nak mampu. Keh! Keh! Budak2 tu pulak asyik minta makan, lapo je, minta masak itu ini, kalu tak abis, maknye yang jadi majlis perbandaran tukang abiskan makanan. Takut bazir...Mana tak kembangnya. Jadi majlis perbandaran gak ke Mas? Ju dengan Ida camne? He3...Ala Deq Ma pun lebih kurang la tu.
Ha korang renung2 la gambo lama tu. Ingat lagi nama mereka? Yang kawan ingat sangat tu tutor kawan En. Mohd Noor, sama En. Yaacob, En. Mohd Awang, (deme ni dulu pens. PBSM kan? Pastu memang kebapaan sangat dengan kawan) pastu En. Osman BI dan En. Osman PJ. Hok lain ingat jugok. Deme ni kalu berkayak mesti dengang kawang. Rindu!!! Dulu Mas, kak dengan En. Yaacob juara kayak kat Sg. Trg. Masa tu ekspedisi PBSM. Luka kat tangan pun tak rasa sebab nak menang sangat. Pastu masa ekspedisi menongkah arus Sg Trg dgn En. Osman BI tu sampai nak pitam azabnya lawan arus. Kenangan tu memang ingat sokmo. Moga mereka sentiasa sihat. Hei Deq Sani, mana ko, kok ye pun sibuk anto la brita. Ko mesti ingat masa ekspedisi kita ke Gunung Tebu! Bila tu? Haaaa,rahsiaaa! Sebab masa p...... K, untuk yang baru berjinak2 dalam penulisan blog ni, teruskanlah. Azwan, Meeze, Yazid dll. Hantorlah berita banyak2. Confirm kawan tak jemu baca.
Jumpa lagi...Che Tun

Kenangan di M3P ( i )


Salam buat semua khususnya Ju and member2 se St. John dulu!

Buat Ju, ni aku postkan gambar masa kita berkhemah di Gebeng, Kuantan. Amacam, puas hati tak? Sian gak ngan awak ek, satu gambor pun tak dok dah!! Kawan pasti, Sagap mesti teringat kembali kisah2 kita di maktab 16 tahun dulu selepas menatap gambor ni.. Ingat lagi pada Encik Yeo? Pensyarah St. John yang berwibawa dan menghormati kita sebagai orang Islam? Kat mana dia ek? Kalau Sabri boleh jejak kasih kat mana sir kita ni, bolehlah kita antar kad ucapan terima kasih buat dia nanti. Kawan belajar banyak perkara apabila menyertai unit St. John ni!

Em... yang lain2 ni mana pulok? Kak Tun tu biasanya dia ada cerita yang berbagai2 versi tapi sonyap yo 1 2 ari ni, ngape? Si Razima ni pulok jap ada, jap tak de! Ke pergi berkawat kaki? Bukan tak tau cam mana lincahnye si Ma ni masa kat maktab dulu, tubuh je kecik!! Tak kanlah kabel kena curi cam kat tempat kawan ni gak?

Sepatutnya ari ni bertolak ke Pekan dengan abang Mamat untuk menghakimi pertandingan pidato Anugerah Seri Asrama Terbilang negeri Pahang tapi oleh sebab orang rumah ada motivasi n terpaksa bertugas dan bermalam bersama-sama muridnya so kawan tak pegi lah! Abang Mohamad Rahman je yang pegi.... He..he..he.. padan muka dia!!

Buat sahabat2 yang lain, kalau ada berita tu kongsi2ler ngan kami semua. Pernah baca akhbar Sinar Harian tak? Ha..dalam tu macam2 cerita dia letak sampaikan kucing jatuh longkang pun ada! So kita pun tak salah kalau nak cerita apa2 jer dalam blog ni kan?? Tapi ko Ju, janganlah pulok cite pasal abang Amin je...nanti penuh lak blog ni ngan cite deme berdua sewaktu kat maktab dolu2!!! Hik..hik..hik..

Baiklah, kawan berundurlah dulu ek. M3P tetap di hati...

Ikhlas dari kejauhan : Mas, Jengka 7

Rabu, Jun 18, 2008

Terujanya...





Salam..
Hehe.. tahniah lah dah uji mata tu.. Mas, sememangnya Ju teruja dgn gambo muda2 korang.. Mujur ko bg tau tu unit B, takyah aku nak beriya2 tenung.. ko post la gambor yg ada muka Ju pulak.. Gambor St John ke.. Gambo kat M3P Ju, x dpt dikesan.. kat mana tah.. Kat umah ayahbonda pun rasanya susah nak kutip semula sebab ayahbonda dah pindah.. Kalau ada pun rasanya ciput je.. (gambo kat maktab dgn abg mie adalah..)

Oh, Sagap!! ko kenal tak diriku lagi? cewah.. Walaupun kita tak se'unit' tapi ke'mesra'an di St John memang terpahat ek? Ko post la gambo kuarga ko.. buleh aku nangga gambak kamek..(hehe betul tak Ju cakap tuh?)Ko rajin2 la post news dr Sarikei.. dah pandai sesgt dah tu.. seronok dpt 'surat' drp korg..

Che Tun, Ida, Atie, dan Razimah... awat sonyap jerk? Tengah pulun assighment ker? Cecukup la weh..

K..bye dulu..JuNmie

Salam Ingatan....

Salam buat semua penatap setia blog ini...

Amboi Ju... pening mataku menilik titik hitam ada berapa. tapi disebabkan aku ni orang beriman maka dibukakanlah hijab mataku oleh Allah untuk memastikan bahawa sebenarnya tiada titik hitam pun sebenarnya dalam kotok itu......! Nak ber magic show le kamu tu yek?

Buat sahabatku Sagap... aik bagus benar mun kitak udah pandei berkelakar dalam blog tok! Teruskan usaha kitak ko... Ne gambar kitak sekeluarga? Mun ada isi dalam tok, buleh kamek urang nangga gambar kitak sekeluarga! Sik nampak pun rambut uban kitak ya? Mun cam ya kitak makei inai ajak bah!!!

Cuna kengkawan nengok gambar kat bawah ni? Kenal tak sesiapa dalam gambar nih? Buat Ju, x payah telek lama2 sebab gambor awak sah2 tak de dalam gambar unit B kawe nih!! Jangan mare Ju... Buat kak Tun, Razima n mana-mana kengkawan unit B tu, masih ingatkah kalian dengan rakan2 seunit dulu. Tenung-tenungkanlah dan imbas2lah kembali saat2 duka dan ceria kita bersama 16 tahun dulu di bawah pohon UNIT B! M3P tetap di hati....


Ikhlas dari kejauhan : Mas, Jengka 7.

Tahniah !!!

Tahniah Cikgu Sagap..... teruskan penulisan anda dalam blog ni...

PUTERA KENYALANG

Assalamualaikum kekawan...
kalau semalam kita tonton gambar terkini haba yang jauh di mata....hari ini kawea naka kongsi cerita tentang hamba yang jauh di bumi kenyalang....
sebenarnya kawea masih baru nak berjinak dengan chat komputer.. dengan kata lain baru nak belajar chat....yang egkau orang tengok gambar saya tu percubaan petama....dah boleh da .......bagi kekawan yang belum pandai chat .....coba - chobala belajar..macam kawea....dulu kawea hampi tiap minggu tengok blok kita tapi ak tahu cat.....apa laa....bagi malu aje...Pandai guna koputer tapi tak pandai chat........

CERITAKU....
Kekawan sebananya sekolah pertama kawea letaknya di kawasan Tanjung Manis Sarikei....Sekarang aku di sekolah no 2..SK Methodist Sarikei ...kira -kira dalam Bandar Sarikei....dah 12 tahun aku kat sekolah ini.Dari sekolah lama kira -kira 25 km aje....Pindah sebab takut rindu dengan bini......Isteri 1 anak 3 ( P 11th,L 9th, L 5th) Bagi kekawan yang ada minat untuk menjalin hubungan dengan family kawea dialu - alukan...untuk mendekatkan persaabatan...

KEKAWAN
Kalau engkau orang tengok gambar kawea ....ok lagi kan...Sebenarnya rambut kawea dah 50% beruban....keturunan katakan....Ini percubaan kedua kawea....jumpa lagi lain kali. ( SAGAP SARIKEI SARAWAK 0198193017 )

Selasa, Jun 17, 2008

Pengubat Rindu..



Salam..
Hai, geng.. kira titik hitam tu brape..

Terang semula mataku yang redup nih.. Siang tadi dah Ju bukak blog nih.. Lawa betul la.. Nak post, tapi kutahan.. mlm bukak lagik, kutahan jugak.. Dah lewat mlm nih.. aku bukak lagi.. eee mana buleh tahan da..

Baca tulisan korang, Ju pun nak gak post kat karpet baru blog Brie nih.. Terubat rindu kat korang.. Ada muka baru.. Sagap, pastu Abg Mamat.. hehe abngku tu yang maintain montel.. Tu la Tun.. abang mie tu, Ju tak bagi makan pun stay canggitu gak.. masak apa pun dia tibai.. ju ni bukan pandai masak.. tapi tetap dia berselera.. Tengok dia berselera, ju pun sama gak.. pun dah 2x ganda drp dulu..

oo.. sian ko Mas.. takpe la.. Ju bimbang ko tak sampai2 lagik kat umah ko.. Lama Ju tunggu ko lapor kat sini, tapi arini baru ada.. hehe..Ish, apa lak kata umah Ju beso.. Taknye beso la, kalu setakat umah kembar tu.. sama je dgn umah abg Mat.. apapun..kecik besau, kutetap berbangga sendiri sebab beli dgn titik peluh sdn..betul tak kengkawan?

Brie..best la ada lagu maktab tuh.. tapi Ju x berapa leh nyanyi dah, sebab ada yg tak ingat lagunya/rentaknya..

Adus.. pening wat linguistik dan sastera nih.. maklumlah Ju nih bukan minat kat BM nih benonye, tapi dah terjebak la pulak.. kuhentam saje la..

K, wat kengkawan yg nak sambung belajar KDP 14 minggu KPM-OUM dibuka untuk pendaftaran mula hari nih.. Leh lah daftar online kat web kementerian.. tak ingat lak add webnye..bye, mau titun la.. dah sakit pinggang dok menaip nih..JuNmie

Gebu

Hai Deq Mas yang gebu, jangan amik ati apa kak cakap tu. Ala cayang mucuk-mucuk. Ha, dak jahat yang potong kabel tu yang masuk brita tu ke? Ala sian orang Jengka. Saja je ni, tiap ari memang jenguk blog kita, rasa suke sangat bila ada brita baru. Tapi kalau takde sedih ckit ah. Banyak2kanlah brita dianto untuk tatapan kengkawan k?
Ju, Atie, wat pe tu? Pulun ...? Jangan tak pulun. Pssst...Ju, che abang u pun makin menggebu gak ek? Pandai Ju jaga. Che abang gue keding je. He2...
...che tun

Salam Dari Jengka....

Salam...

Alhamdulillah akhirnya bertemu kembali di arena blog ni. Untuk Kak Tun, Ju dan member2 yang lain, kawan bukannya tenggelam timbul tapi cerita sebenarnya kabel telefon kat sini kena curi sekali lagi. So jem la streamyx kawan untuk 3 ,4 hari... Tu yang hilanh kejap tu. Lagi pula dengan aktiviti negeri yang tak abih2 nih.. penat gak rasanya jadi orang bawahan nih....

Memang betul la kata Ju tu, kawan sempat gi ke rumahnya di Jerantut tu... Besar gak umah Ju tu tau kalau nak bandingkan dengan umah kerajaan yang kawan duduk ni. Cuba tengok gambar kat bawah ni, siapa sebelah kawan 2? Kalau nak tau, tanyaler c Ju tuh!!!


Gambar yang satu lagi ni ialah gambar kawang ngan Mamat sewaktu bertugas sebagai hakim Syarahan Piala Perpaduan di Bentong minggu lepas. Lepas habis pertandingan terus hantar abang Mamat kita ni balik ke Jerantut. Sebab tu leh singgah kat umah Ju, kalau tak mana kan kawan samapai!!


Buat Bri, blog ni dah semakin cantik. Tahniah buat mu Bri... Untuk member2 yang masih belajar sama ada di UPM, OUM , UKM atau USM di peringkat Ijazah @ Master, selamat kembali belajar untuk semester berikutnya.... Teruskan perjuangan kita hingga ke penghujungnya!!! Jumpa lagi seandainya ada berita terkini. M3P tetap di hati...

Ikhlas dari kejauhan : Mas, Jengka 7

Chanteque

Salam untuk semua,
Okey la tu Brie, cantiklah tu. Tengah update lagi ke? Kanan ni banyak ruang takde ape nak bubuh lagi ke. Cuma nampak putih sangat tak kapet ni. Buhlah kale2 kalu ada masa. Tapi camni pun ok.
Hai Azwan, selamat berblog. Eh, mana gambar ko yang dulu tu? Dah delete ke? Jangan camtu, post la gambar lain yang terkini. Meriahkan lagi blog ni k. Untuk korang seme, dah isi borang tawaran opsyen pencen 58 tahun? Ha, kawan minta maaf la, 56 cukuplah. Janji servis 30 tahun okey la tuh. Pastu boleh lah duk umah jaga cucu, pegi surau masjid. He! He! Asyik tambah tempoh servis ni, camne guru baru nak masuk ek? Cuba bayangkan (sebagai contoh) kalau tahun ni ada 5,000 guru veteran sepatutnya pencen, tapi mereka sambung servis 2 tahun lagi, makne kekosongan jawatan sebanyak 5,000 tu takde la ye. Guru baru kuo IP nak pegi mana ek? Ala, lu pk la sendiri (pinjam kata Nabil).
...che tun

Wow.....

Aku sdg update blog ni, tiba tiba muncul kau sagap, terkejut beruk aku,woi tulisla sikit takkan hantar face je ...takleh tulis banyak ni sedang update dan mengubah wajah blog ni.....

PUTERA KENYALANG

PETUA PETUI

Terima kasih lah Razima di atas petua kau rang tu, sangat berguna untuk kekawan, aku banyak juga petua sebenarnya termasuklah petua nak beranak ramai dan nak beristeri ramai , tapi kalau yang sulit-sulit kena cakap sorang-sorang. Ni nak beri petua untuk berjimat cermat. Kisah dari sebuah buku yang aku baca, kalau kita nak berjimat maka kita kena makan tiga kali je sehari, pagi , tengahari dan petang. Kalau boleh. Yang ke dua makan bubur. Sebabnya pertama , bubur tak perlu lauk banyak, tak banyak kolestrol,. Dan yang ke 2 bubur tu nasi sikit je, air banyak. Ni kisah betul, cara zaman orang cina dahulu di daerah Fujian berjimat cermat. Dalam buku itu dikisahkan juga kalau anak lelaki buburnya lebih keras, anak perempuan buburnya lebih cair, sebabnya anak lelaki kena kerja kuat. Kalau golongan pekerjanya buburnya lebih cair (sebagai langkah penjimatan). Sebagai lambang kemewahan pula pada masa itu, bila ada tetamu maka dimasaklah nasi.... tapi,didalam periuk nasi tu dibubuhnya pinggan atau mangkuk tembikar untuk menunjukkan dia hidup mewah dan mempunyai makanan yang banyak ........aku malas pulak nak cerita semua . Pergi PKG berdekatan dan bacalah buku "Mengorak Langkah".......... tapi kalau aku pergi rumah kau orang janganlah angkat bubur je...... satu lagi buat razima aku tak gi awana tu, anak buah aku pergi.sabri.

Isnin, Jun 16, 2008

SAMPAIKANLAH SALAM

Hai Kak Tun!!!
Ma nok kim salam ke Kak Asmak kalu akak jumpa dia neh.Tengok gambo dia ngan akak,macam tu ler je dia.Mula masa baru2 posting ada gok Ma gi umoh dia kat Machang.Tengok2 jumpa dia dalam blog kita.Kim salam banyok2 ke dia,akak tolong peluk cium dia untuk Ma.
Se lagi Ma nok tanya akak,akak buka hari2 ke blog kita?Ma rasa akak kalu dok buka blog kita sari boleh demam kut.He he he jangan mare...Ma tabik dengan semangat akak.Ma ni sikit sebanyok tumpang semangat akak la ni.Semoga kita sama2 terus berSEMANGAT!!!
Ri,hujung minggu ni mu gi ke AWANA Kijal?Kalu gi kita jumpa di sana.Mu tak mboh buh ke gambo aku di frame blog kita ni?Kalu nok buh mu buh sebeloh gambo mu neh.He he he gurau jer....
FROM RAZIMA WITH LOVE

Emas Hitam

Salam untuk semua...
Hi Deq Ma, berguna tips tu. Memang selalu dengar member pesan kalau nak isi minyak isi waktu awal pagi. Betul rupanya cakap dorang tu. Barulah berbaloi nilai wang yang kita keluarkan. Kalau isi tengah hari banyak masuk angin. Pastu tangki kita biar penuh sentiasa supaya tekanan angin kurang. Tapi tips kedua dengan 4 tu ilmu baru untuk kak tu. Tq le. Kena amal tu. Tapi korang tahu sekarang ramai member ajak pasang NGV tank. Tengok la dulu kalau petrol pump yang ada jual tu. Korang tahu kat Banting takde satu petrol pump pun yang jual NGV.
Apa pulak kata korang pasal Cola? Orang bandar dah ok. Tapi jujurnya orang kampung pun bayar minyak dengan harga yang sama. Petrol kat kampung takdenya rege 1.50/liter. Seme rege makanan dan servis apa2 pun dah naik. Peniaga ni tang naik cepat no, tapi tang turun buat2 tak berapa tahu je. Jadi elok le kalau kjaan sama ratakan je Cola tu. Ye la, bayar lebih pun nanti balik semula juga kan? Kita kan bayar zakat/cukai.
Okey kengkawan, dah penggal 2 ni. Kalau ada kengkawan yang nak tukar2 soalan latihan/trial upsr tu boleh le. Dapatle dipulun untuk anak2 didik kita. Janji ngan parents nak up kan % ni. Tah camne la. Ku tengok saban tahun bdk2 tu makin manja. Entahlah...
...che tun

TIPS FOR SHARING

This is a message received from a friend:
"I don't know what you guys are paying for petrol... but here in Durban,we are also paying higher,up to 47.35 per litre.But my line of work is in petroleum for about 31 years now,so here are some tricks to get more of your money's worth for every litre.Here at the Marian Hill Pipeline,where I work in Durban,we deliver about 4 million litres in a 24-hour period thru the pipeline.One day is diesel;the next day is jet fuel and petrol,LRP and unleaded.We have 34 storage tanks here with a total
capacity of 16,800,000 litres."

TIPS ON FILLING YOUR VEHICLES

1)ONLY BUY OR FILL UP YOUR CAR OR BIKKIE IN THE EARLY
MORNING WHEN THE GROUND TEMPERATURE IS STILL COLD.
Remember that all service stations have their storage tanks
buried below ground.The colder the ground,the denser the
fuel,when it gets warmer petrol expands,so buying in the
afternoon or in the evening.... your litre is not exactly
a litre.

In the petroleum business,the specific gravity and the
temperature of the petrol,diesel and jet fuel,ethanol and
other petroleum products play an important role.A 1(one)
degree rise in temperature is a big deal for this business.
But the service stations do not have temperature
compensation at the pumps.

2)WHEN YOU'RE FILLING UP,DO NOT SQUEEZE THE TRIGGER
OF THE NOZZLE TO A FAST MODE.
If you look,you will see that the trigger has three(3)
stages:low,middle and high.In slow mode,you should be
pumping on low speed,thereby minimizing the vapours that
are created,while you are pumping.All hoses at the pump
have a vapour return.If you are pumping on the fast rate,
some of the liquid that goes to your tank becomes vapour.
Those vapours are being sucked up and back into the
underground storage tank so you're getting less worth for
your money.

3)ONE OF THE MOST IMPORTANT TIPS IS TO FILL UP WHEN
YOUR TANK IS HALF FULL.
The reason for this is,the more fuel you have in your tank,
the less air occupying its empty space.Petrol evaporates
faster than you can imagine.Petroleum storage tanks have an
internal floating roof. This roof serves as zero clearance
between the petrol and the atmosphere,so it minimizes the
evaporation.

Unlike service stations,here where I work,every truck that
we load is temperature compensated,so that every litre is
actually the exact amount.

4)ANOTHER REMINDER,IF THERE IS A FUEL TRUCK PUMPING
INTO THE STORAGE TANKS,WHEN YOU STOP TO BUY,
DO NOT FILL UP - most likely the petrol/diesel is being
stirred up as the fuel is being delivered,and you might
pick up some of the dirt that normally settles on the bottom.

Hope,this will help you get the maximum value for your money.

DO SHARE THESE TIPS WITH OTHERS!
LET’S SHARE INFORMATION AND BENEFIT ALL,
FOR THE BETTER OF MANKIND.

FROM RAZIMA WITH LOVE

Sapa dari JB tu ek..?

Salam..
Kengkawan kalu tulis kat sini, tulis la nama.. baru kita leh tau sapa..hehe
Tun.. masih jauh hati ke? Panggil 'dek Ju' lak.. malu alah kawe.. Nih memang tengah ber'gelut' dgn modul wat assighment BM nih.. Dua minggu lagik nak hantar, lum puas hati lagi.. (tak siap, memang lum puas hati..ekeke..)

Oo.. sayangnye ko tak amik gambo Kak Azmi dan (sape lak..lupa eh) Brie..Rindu nak tgk muka kak Mie Ali tuh.. sebab satu Unit D 9092...
K, tak leh lelama ngarang kat sini.. nanti tertulis ayat2 modul OUM lak..
JunainaNamin..

salam dri jb

assalamualaikum,
hai, kekawan... tgh wat ape tu????
Lama kita tak jumpa kan. Hampir 16 tahun sejak kita menamatkan pengajian di m3p disember 92... terus senyap dgn haluan masing2.

Apb. tgk gambar yg ko org kirim... aku kena perhatikan betul2 siapakah gerangan yang empunya gambar... setelah tgk 2,3 kali baru dpt agak... baru 16 tahun badan masing2 dah macam ahli gusti sumo....muka jgn cakap le berubah bebeno... harap2 hati tak berubah le ye!

Aku yang satu daerah dgn amri dan fazilah othman pun dah 4 tahun tak jumpa... bukan somong tapi sebuk kejo harta dunia... ehh...ehh..eh.. so tak ada masa nak ingat pd kekawan apa lagi yg jauh d mata....(acah aja... memang bz bebeno)

Dalam masa 16 tahun rakan yang pernah aku jumpa adlah nik yee itu pun satu kuliah masa d UKM, sani tersempak di KL masa dia tgh sibuk buat tesi PHd d perpustakaan UM, Roshdi Aziz, sempat gak g rumah banglo dia di Gong Badak...yang lain2 tak jumpa lagi... adala satu dua yang sudi telefon dan sms..

so harap2 reunion pada hjg tahn ni dapat le jumpa semula...ada lebih kurang 5 bulan lg kan!!! sempat le... kalau nak kuruskan badan sepeti d thn 90/92... kalau tak kurus juga... tahan je le telinga bila kena kutuk nanti... kha..kha..kha...

apa2pun kalau ke kawan nak tgk rupa kwn skrg la ni... buka le blog yg lama.... sabri ada masukkan gambar kawe masa tgh hadiri kuliah master d UM... dah tgk komen le sikit... ada tak perubahan jika d bandingkan pd thn 90/92dulu....
k, lah.. nak solat dulu... ada masa jmpa lgi... jgn lupa join reunion kita eh... (AZWAN _ Baru Bubuh nama sori ju...)

Ahad, Jun 15, 2008

Kak Mie & Kak Dah

15 jun, tak disangka terjumpa pula kak mi (Azmi Ali ) dan Kak shidah (RASHIDAH MUSTAFA), kursus PEMULIHAN etEMS KATANYA di pkg tok jiring, tapi sayang tak sempat nak bergambar , dia orang kirim salam kat kau orang semua.petang tu gopoh sikit sebab dia orang nak balik ,aku lak nak solat zohor dah lewat, tapi sempat juga tunjuk blog kat PKG insyaAllah dia orang tengok lah lepas ni, kalau sapa-sapa nak hantar komen-komen kat dia orang boleh lah sebab mereka ada internet di rumah. Satu lagi nanie ada juga sms maklum terkejut bila tengok perkembangan blog ni tapi diakata dia sarat mengandung dan cuba masuk blog ni tapi tak berjaya.Soalan razima ari tu yang tanye sape belanje, jawab nya che helmi, Pensyarah Institut Perguruan Sultan Mizan. Ok selamat berblog. sabri

Sabtu, Jun 14, 2008

Selamat Berhujung Minggu

Salam rindu untuk korang...
Hai, senyap je masing2. Bawa anak2 dengan pakwe makwe bercuti ke? Seronoknye. Tapi untuk yang tengah membalun assignment cam aku ni, tahniah. Yang dah lepas tu lagi la kuucap tahniah. Susahnyer jadi mahasitua ni. Senak2kanlah kepala tu. Ni tengah penat ni kena layan blog kejap. Korang, nape ramai lagi yang tak nak aktifkan diri. Please. Ramai kengkawan nak dengar berita korang yang senyap sunyi tu. Zie, buat apa tu? Taula sibuk cam aku, tapi kalau tak sempat sangat minta je che Din tolong post berita. Kok ye pun ko Din. Lepas korang hello2 aku pastu korang membisu pulak. Mana aci lagu ni. Mas pun sama asyik tenggelam timbul. Jangan mare Mas.Tau dulu Mas ckp takde internet kat tempat Mas ye...K, Sok kuliah kak jumpa kak Asmak, nanti kak sampaikan salam mautmu itu. Ganas ayat ko tu. Brie? Kabare? Ko pun senyap gak dua tiga ari ni. Ha, Ida camno? Tak kebah lagi ke? Deq Ju? Sihat ke dah nak tertelan modul? Heh2...Deq Ma, anto berita lagi la. Anto sekali gambo family. Tak sabo nak tengok askar u. Khas untuk Fendi, aku tau ko mesti ada tengok blog ni kan? Hei, janganlah malu2 anto berita ke salam ke kat sini. Tak rindu ngan aku ke? Hik3...Aku terkenang ko mase tengah nak ngorat si.....Ha, ku ingat lagi. Jangan mara ha, cinta mony...Tahniah utk ko. Katanya dah berbahagia dengan misi. Yang lain2 tu pakat2 tulis la apa berita kat sini segera ye? Nanti lebih meriah keri blog kita ni. Aku nak seru mana yang aku ingat, abg Arif, abg. Lan, Nasobar, Dr. Sani (ko blum dpt title tu pun kak sudi panggil ko cam tu), Seri, Kak As, Che Zul, Zul, Ajak, kak Rus, kak Shidah, kak Yah, kak Maheran, dll. Wei, bangun wei...Mana tak tertulis tu pun bangkit mari le.Ku tetap ingat korang seme. Kepek jari nok taip banyak2 ni. He3...Chow dulu.
...che tun

Khamis, Jun 12, 2008

Wah, minyak naik.. Ju jumpa mas lak....



Salam..
Ni ada satu cerita.. Petang tadi Ju amat terkezzzzuuut dan teruja sebab ada satu panggilan yang penuh suspen.. Ada sorang kol dan bagi tau, Ju peroleh mas hari ni.. Aik, menang peraduan apa lak ek? Tak penah masuk apa2 peraduan pun..

Kul 4.45 petang datang la hamba Allah nan hensem tu datang bawa mas tuk Ju.. hehe.. itulah kawan kita..Maslanasrie dibawakan khas oleh jiranku Abg Mohamad b Abd Rahman.. (atau lebih mesra Ju panggil Abg Mat)..

Ko, Mas, dah sampai Jengka lum? Aku lak risau.. takut ko belok ke lain lak.. Time kasih la Mas coz ko sudi singgah umah Ju.. cuma agak terkilan jugak sebab tak sempat wat pepe pun.. Jgn serik ek Mas, nanti dtg smula dgn mak we and ank2 tau.. Ju baru balik kelas SBT tahun 6 kat skolah masa tuh..

Abg Long Mizi.. tulis la nama kat post tu.. jadi senang la nak kenal post dr sapa.. apapun, jgn lupa letak nama Ju tuk reunion tu tau..

K.. nak wat assgmnt lak..bye..JunainaNamin

dimanakah mereka ?????

Tahniah sedi nun jauh di sarawak macam mana re union jadi ke nak berkunjung ke semenanjung??
Dimanakah kawan kita yang masih tersenarai diblog ini, kalau ada maklumat di mana mereka berada wlaupun tak ada no hp tolong maklum ye re union dah dekat ni , pencarian mereka mesti lebih agresif.......

Jejak Rakan di Sabah




08 Jun 2008 (Ahad)
Setelah 16 tahun, berjumpa semula dengan Adnan di kediaman barunya di Kampung Beringgis Papar, Sabah. Pertemuan yang tak dirancang itu berlaku semasa saya dalam perjalanan dari Lawas (Sarawak) ke Kota Kinabalu (Sabah). Perjalanan mengambil masa 3 jam setengah. Belum separuh perjalanan, teringat dengan si Adnan. Bila di tepon, dia berada di tamu Putatan.
Nan suruh datang rumah dan dia akan segera balik. Setelah terlajak 3 km, barulah jumpa Adnan yang sedang menunggu di tepi jalan. Pertemuan 20 minit banyak berkisar tentang rumah baru masing-masing. Rumah Adnan 98% siap, manakala rumah saya 45% siap. Perjalanan ke KK diteruskan. (hantar anak ke SMK Agama KK).
Buat rakan lain, esp Mustafa, Sani, Mat Nor Gege, Sagap, Sukor, Jemi, Mat zin, Budak Hensom, Pok Nik....... bila nak ke Lawas.? Sebelum harga minyak melambung ke RM 4.00 seliter... melanconglah dalam negara.
Wassalam.
Rusdi Bin Amit

DAH LAMA TAK HANTAR BERITA,

Asaalamualaikum semua mantan MPPP.Bangunlah-Bangunlah, bangat-bangat.Kita hidupkan suasana gembira macam dulu-dulu.
Sejak dipromosikan oleh Sabri banyok sungguh cerita kawe-kawe.Tapi setiap kali kawe menatap blog ni nama Ju.Tun,Razima yg timbul Nama-nama lain takdok tenggelam agaknya.
Sejak dipostingkan ke Johor. Kawe dah 3 sekolah .Segamat pah tu Pengerang Loni Tangkak. Raso-rasonya kawe pencen d Tangkak.Selama di Johor cumo jmpo sehat,Zulkarnain,Radizam,Atty Zainal daa jugok junior kito.Itu pun dah lama doh.Abdullah ada jmpo skali d Johor Bahru thn 1996.
Kawe skluargo Kerek jugok kelek Klate n Ganu. Masu tu buleh jmpo kawe2 lama. Baghu ni Liyas ada jmpo di K.Terengganu. apo lagi sembang pjglah kawe. Pahtu aku tmpang tido di rumah sabri.Kawe skluarga dan Sabri oghe pertama gi Pulau Wang Mang tengok Masjid Kristal.
Kawe ucapkan tq kpd Sabri membawa misi Budunya.Aku jmpa dio di Tangkak Waktu Gharib.Berbual di kedai sambil make. Kalu kawe2 nok maghi Tangkak Buleh contact kawe.
Tentang Reunion harap-harap jadilah. kawe dah pong kawe2 lain. Kebanyakan confirm gi.Jama,Abdullah, Rosli,Atty, Kamal Alias, Matnor Gege jgn tak jadi gi. OK sampai di sini je.Wassalam.

Rabu, Jun 11, 2008

Alahai.. nak bermanja je..

Tu la pasal.. ju pun tak tau ngapa lak malam nih ju panggil 'Kak Tun'.. Terpengaruh dgn adik kita tu Ida n Razima panggil U K Tun..hehe..Ju ter'perasan' muda lak..huhu.. ala cayang mucuk.. jgn la merajuk..Opss..entah2 ko kena panggil aku nih Kak Ju..sebab dah lama sesgt pakek spek mata nih..terbalik la pulak..kwang3x..

Apapun, yang penting semangat kena muda..pencen 58 tahun beb, maknanyer kita muda 2 tahun drp usia kita..aharks..

K, ko jgn seday ye Tun.. ko tetap muda..(macam Ju..ekeke)

Amboi!!! Sekali Lagi.

Tengah sibuk berLMS ni Ju, tapi layan blog lagi sekali sebab sedih dgn result terkini sem Jan. Tu ari lain, dpt straights A's tapi dua tiga ari pastu ilang satu subjek. Ari ni alih2 satu subjek tu turun jadi lagu lain. Sodiiiiiihhhhhh!!! Ju, nape tiak kak lak kat eden? Ke memang eden terlebih tue? Kik3...Lupa la umo sape lagi tue pada sape. Tapi memang eden antara yang tue dulu kat maktab. Tapi ati tu prasan muda lagi. Kalu ada dak2 muda panggil makcik, mula nak jegil mata. Bukan tak ngaku tue, tapi cam tak brape nak puas lagi jadi muda rumaja. He2...Dah tu dah bermata empat dah pun. Cume kurangkan guna sebab kalu guna mesti ditegur tue 10th w/p kubuat yang cam bdk2 sbb nak cover ketuaanku. Dus!!!Redah je seadanya.
...che tun

Sonok nya demo....

Assalamualaikum kawan2.
Wah, kak ju. Beso gambo....tapi amik penoh la tok aci amik muka je.Hik3.... Ida ni tak dan la nak post gambo lagi. Mulanya tak boh tulis apa2 tapi tok leh weh, tergoda I bila korang sibuk bercerita. Lebih2 lagi bila tengok gambo abang2 kita jupo kat kelate tuh. Wah, meriah sakan.
Ingat sangat aku ngan Nik tuh. Tak tinggi jugok dia, melebo je sket. Muka tok bruboh sangat. Napok macam hero hindustan plok. Jangna mare....
Abang Lan....emmmm, memang nampak kebobokannya...ha3. Fendi biasa la, cam tu jugak. Mereka ber2 nih walau tok sekelas ngan Ida tapi Ida ingat diorang lagi. Memang besa la usik mengusik.
Kak tun, badan nih masih lagi tok brapa sihat. maklumla bila dah dekat DG40 nih macam kata kak ju, demam payah nok baik. Sebab jarang2 demam. Hidung 'depe' lagi.
Ok smua jumpa lagi lain masa- Zarida

Kak Tun.. I'm Coming....


Assalamualaikum rakan guru..
Ju ada still dok intai tiap ari, tapi puas Ju tenung2 mamat2 hensem tu... (x recall la nama Abg Lan n Fendi, ingat Abg Helmi je..)

Ewah2.. macho betul geng2 kelate tu ya k tun?! Tapi di sebalik ke'macho'an korang tu, kan.. ada satu yang 'kureng' la.. Kalu bawak skali dgn 'mak andeh' korang, baru la kengkawan seronok nak tenung..hehe..

Betul la ko nih, Brie n Fendi, pandai carik lobang nak 'tuang' kelas ek.. apa pun setimpal la, dapat rakam gambo2 rakan kita nih.. TQ Brie.. Mula2 Ju tak ingat nama Abg Lan n Fendi.. puas Ju recall.. sebab x satu kelas dgn Ju.. tapi 'frame' korang masih terpahat kat ingatan Ju.. cuma nama je ingat2 lupa.. Abg Lan n Fendi, jgn kecik ati tau!! Tapi, Abg hensem sorg lagi tu, Abg Helmi, Ju ingat..

Ok, cukup dulu ek.. kalu pepanjang kang pedih mata lak korang nak baca.. mata korang pun sama mcm aku kot..maklum la bila di ambang DG40 nih..bukan leh ngadap lelama..
K, adios..JunainaNamin..

Amboi!!!

Kemain korang ye. Pandai pulak main tiku2 cat selinap2 tu ye Brie. He2... Lama dah tak guna perkataan tu. Menjadi2 jejak kasih mu Brie. Jjalan saje. Tahniah le. Dapat gak tengok rupa baru dorang especially abang Lan tu dengan C Fendi. 2 org tu kan kelas kawan dulu. Memang nampak bbobok Abg Lan tu Ma tapi Fendi tu cam masih malu2 gak. Oloh mu Fendi, lagu tu gok ke? 2 member lagi tu maintain je dok? Tak brape nak brubah benor gok. Pandai jaga body tuh. Keh3... Puok2 tu tok nok ke take part dlm blog. Asyik2 kitorang hok 2-3 kerat ni je duk layan. Jangan malu2 la. Tulis je apa yg patut. Seronok juga baca apa yg member duk tulis. Kurang2 teringat zaman dulu rasa muda sikit. Ke guane. Zie dgn Din pun bukan main lama duk senyap ssunyi. Anto2 la brite weh!!!
Ju senyap dua tiga ari ni, sibuk ke??? Ida???
...che tun

oh razima

sungguh tepat sangkaan mu razima.... siap tali leher lagi dalam poket. Tu pun aku dak main (tiku cat) dengan bos aku, dapat menyelinap keluar dari hotel dengan bantuan pendi pukul 3.30 petang (ponteng sejam je). Nik Yie, Roziman, Radzi, Zulkifli Mat Nor, Asri Atuk dll aku ada call gak tapi dia all ada kerja.

Selasa, Jun 10, 2008

RESPON UNTUK GENG KELATE

Wah wah wah memang gempak la bazar tu tengok mu orang bersembang sakan.Tu baru 5 orang...bakpe dok ajok Nik Yie sorang lagi,kang dia ada di kelate gok.Aku heran la Ri,tengok set2 llaki ni,aku tengok supe tu ler je...tak dok lasung iras2 nok napok hala ke tua.He he he perasan ler tu...aku napok macang ge masa2 zaman maktab dulu gok lagu tu la dok beruboh2.Mu yang hensem sangat pakai macam salesman tu bakpe?Mu lari dari slot bentang kertas kerja ke?Apa2 pun aku tumpang gembira jugok la tengok kawan2 yang dok pernoh tengok lagi selepas tubik maktab.Abang Lan(Zailan) tu aku still keep in touch.Bobok macam ge mula gok ah dia.
Ok la kita tengok apa kata kawan2 kita yang lain pulok.Aku ni ambik kesempatan ari ni kan TRG cuti...menang besor SUKMA XII.Best la dapat cuti yang tak disangka.Jangan jeles kawan2 di kelate,pahang,johor,selangor dan lain2 negeri.
Eh!Nok tanya,sapa belanja pertemuan gempak geng kelate tu?Bukan apa kekgi kalu gi kelate boleh suruh belanja pulok.
FROM RAZIMA WITH LOVE.

Isnin, Jun 09, 2008

Geng Kelate

Salam Hormat ... seperti yang dijanjikan inilah geng kita di kelantan..... tengok dan nyatakan komen anda. Bila berjumpa sebuah bazar di kota bharu gempak jadinya.






Ahad, Jun 08, 2008

Salam Ingatan

Untuk kengkawan yang mula bertugas hari ni, selamat kembali ke skolah. Untuk yang mula bertugas esok pun, selamat kembali ke sekolah juga. Pandai2lah bawa diri dan badan sebab dah penggal 2. Tugas banyak menanti kita tuh. TQ untuk respon korang. Dah memang jadi tukang meraban cam tu sampai skrg. Memang dipublish untuk dicilok. FOC utk Ma dgn Ida. Kik3...Tapi kalu nak special edition kena personal email la.
...che tun

FROM RAZIMA WITH LOVE

Assalamualaikum seme2.Sabri kata Ma doh napok macam hajjah tu yang bagi salam dulu tu.Alhamdulillah la.......Sabri oii,mitok2lah cepat2 aku boleh gi mekoh.Kalu dok leh wat aji,umroh dulu pun dok apa doh.
He he he pecah perut Ma dengan anok2 baca komen Mas,Ju dan Ida pasal muka ma.Dalam gambo memang la napok licin,cu tengok live belum tentu molek.Don't worry kalu kita jupe nanti kalu tengok betul2 molek,Ma khabo la nok wat gane.Tak dok rahsia2 dengan kawan2 ni tapi kena confirm dulu la betul ke licin mone.Wah promosi ni, saja je nok bagi happening sikit.Tapi Ma nok gok kalu2 ada petua nok wi kurus lagu mana.Jangan la pulok wi petua dok leh makan tu, dok leh makan ni...merana....
Kak Tun,boleh dok Ma nok cilok dikir Kak Tun nok wat persembahan?Nok kena bayo royalti ke?Gelok sakan anok2 Ma baca dikir Kak Tun.Kalu jupa Kak Ton nanti,ma khabo la ke anok2 hok ni la tukang karut bersohor sekali masa kat maktab dulu.Tukang nasyid pun ye jugok.Kak Tun ingat dok kita nasyid lagu "Panggilan Haji" dulu?Kak Tun punya idea la kita set ppuan nasyid,set llaki belakon pakai kain ihram.Ma ada sipan gambo tu.
Ok la Ma mitok diri dulu.Tengahari beno doh ni.Nok gi settle mana2 hok dok settle lagi.Esok nok sekoloh pulok.Waaa..........banyoknye kije menanti di sekoloh esok.

Sabtu, Jun 07, 2008

Perjumpaan AJK reunion

Assalamualaikum...
Memang kerah peghut aku baca dikkir kak tun nih. Mu wat lagi kak tun neh, leh aku guna wat persembahan kat skolah ari anugrah cemerlang. hi...hi...hi.
Buat Sabri, bila kita nak meeting pasal reunion kita nih. diam do diam dok lama lagi nih. Jadi ke dok?
Buat seme2 teman selamat bertugas smula. Semangat baru, lepas cuti katakan.
Jumpa lagi....zarida

Razima ... oh razima

Terkejut dan dua...tigaaa... emmmpat kali tenung ....... razima dah nampak macam hajjah ye !!!!! sapa setuju angkat tangan ????? sori ma -sabri

Ha ha ha .. kerah perogh aku nih...

Tuuuunnn..tak jadik aku tutup laptop aku nih... best giler dikir karught mu tunn..ekekeke..

Tak Pelik Tapi Sesungguhnya Benar Edisi Tambahan

Minyok naik rege,
Sume-sume orang pening ppale,
Apo nok buak dah adat dunie,
Nak tak nak hidup diteruskang juge.

Sana sini orang mengeluh,
Bukan soghang tapi ghama sungguh,
Nok buat lagu mane hidup perlu ditempuh,
Ade duit ssikit tu cubelah sipang taruh.

Lepah minyok naik rege melambung-lambung,
Eh, naik pulok doh tarif letrik aghi ni,
Making senok peruk masaloh bettimbung,
Lagu mane pulok kawang nok idup ni.

Lawok la pulok berah wangi turung regenyer,
Tapi kawang makang berah biase jer,
Bukangkoh berah wangi tu makanang orang kayer,
Kalu ade pung kawang makang sekali sekaler jer mase rayer.

Kawang rasa kalu doh gitu kenalah berkire,
Sebak kawang tengok deme bagi sikit tapi mitok banyok,
Toksohlah banding rege minyak kak Singapure,
Negare die tu kang tak dok minyok.

Jadi leni kalu makang tu beghetilah sebelung kenyang,
Takut nati jjadi derah semput,
Kalu buleh bapak menteri kurangkang makang kak otel banyok bitang,
Nyaknyer ghama rakyak kecik beso kena ikak peruk.

Mitok ma'ahlah kawang2 aku telebih mengaghuk,
Saje je nok bagi ide kalu ade hok nok buak dikir baghak,
Tok kesohlah kalu jadi tukang kaghut,
Lepah ni ppale kawang ni doklah beghak sangak.

Hak cipta terpelihara...che tun
p/s : lepah ni nok wak buku la pulok...

Aik, Sabtu dah..huhu..

Salam sema..
Sedar tak sedar dah Sabtu ek.. Pastu Ahad, Senin skolah dah.. cepatnyer masa berlalu.. ingat nak tarik bantal dah.. pas solat, terpandang laptop macam memanggil2 aku je.. Ermm.. intai cik abang tu tgh asyik tgk TV.. baik aku taip apa2 yg patut.. Teruja baca celoteh si Mas nih, tengok muka Zima, baca celoteh Tun dan Zarida.. aku pun 'klik' la..hehe..

Ringkaskan cerita, emang aku ada gak ati nak ikut petua ko Mas, jalan kaki ke sekolah.. tapi skolah Ju jauh..10km.. melecet la aku kalu canggitu.. Apapun mcm kata Mas, kita kena jugak terima, ya kengkawan.. Nasib la kete aku kecik je..kete 'kanch'..(hehe kancil, la tu!!)

Betul la Ida ek.. muka Razima tu 'bak telur dikupas'.. licing je.. pas2 la petua or 'jenama produk' kalu ada..hehe..

Wah, Tun!! Panjangnyer crite ko.. Mcm barisan 'orang beli minyak' kemarin.. ada part 1, part 2..siap edisi khas lagik..betul la tuh.. Kat tempat Ju ni pulak, masing2 sibuk nyambung umah.. ish, ish, ish.. besar betul umah diorag keliling nih.. umah aku kecik jer.. ada hajat gak nak sambung.. bulan dah ditetapkan, tapi tahun tak tau lagik..hehe..

Alamak, hajat nak merapu lelebih.. cik abang dah tutup suiz gayanye tuh.. K, nanti crite lagi ek..bye..JunainaNamin

Jumaat, Jun 06, 2008

Redah jer....

Salam....

Wah..wah..wah... makin eriah blog kita ni ek! Macam tu lah baru seronok. First of all, welcome 2 Yazid coz dah mula "interframe" dalam blog kita nih!!! Puas aku mujuk baru ler dia sudi mencoret sepatah dua kata kat cni! Dulu masa kat maktab, dia lah antara penyumbang karya untuk majalah tau!!! Apa-apa pun Yazid, rajin-rajinlah selepas ini bersembang di sini ek...menjimatkan tanpa perlu keluarkan minyak yang dah naik harga!!

Amboi...macam2 respon yang kawan2 beri pasal harga minyak naik nih!! Geram ek?? Bebuat bersabor untuk Ju, Kak Ton dan kaum2 kerabat yang lain... Geram macam mana sekalipun, harga minyak tak kan turun dah! So, la ni kita kena berhemah dalam segala aktiviti perjalanan yang hendak dilakukan. Tahniahlah buat Ju dah ada semangat nak naik basikal tuh!!! Boleh caya ker......? Aku takut nanti, basikal ke mana, kain ke mana... Tapi kalau nak lagi gempak, kita jalan kaki jer... Den lopeh ni dah bertekad nak jalan kaki je ke sekolah. Sebelum ni naik motor tapi bila semua orang dalam blog ni dah mula memberi respon yang badan den ni dah tak kecik lagi, den dah tekad nak jalan kaki jer... boleh gak buang lelemak yang tak patut tur.... Tapi kan, den tak takut nak jalan kaki sebab sekolah den dopan umah jo......hik..hik..hik...

Kak Ton, kalau ketemu ngan Kak Asmak nanti kirim salam maut pada dia ek... memang dia mantain jer dari dulu sampai la ni... tapi cakap laju dia tu berubah tak?

Buat Ma yang tengah posing baik punyer...memang betul la kata Ida tu, muka mu nampok licing n gebu... ke mu ikut Khir Toyo suka makan tempe yang menjadikan mukanya gebu gak? Aku yang makan tempe ni pun tak gebu2 pun muka tapi badan yang dah semakin gebu tau!!

Untuk Brie, tak sabar rasanya nak baca dan tengok titipan dari Kelantan tu... nampak gayanya makin meriah la blog kita ni. Syabas inspektor sahab!!

Baikalah buat semua rakan-rakan yang menjadi pengikut setia blog ni, teruskan usaha kita untuk "bermesra" di blog ini. Selamat kembali bertugas sebagai guru... M3P tetap di hati...

Ikhlas tapi jauh : Mas

Ceritalah lagi...

Assalamualaikum.....jumpa lagiiiiii....
Wah, sudah bertambah tetamu blog kita nih. Kak tun, best aaar cita mu tu. Klako pun ada. Tingat kletoh mu masa di maktab. Kalu mu cita secara live pecah perut nih. Tak pe, tak pe cita lah lagi.
Buat Ma...
Walaupun ada sedikit 'kemajuan' di isi badan tetapi aku cukup teruja dengan kulit wajahmu yang tegang, mulus dan licin itu. Apa rahsiamu? ha...ha..ha. Aku bagi ko cara kecikkan badan (walaupun badan aku tak kecik mana), ko bagi tau aku rahsia jagaan wajahmu. Amacam ok tak? Aku kalau tengok muka orang licin 'mone' aku geram la nak tanya.Mungkin ko boleh cita kat sini dapatla orang lain berkongsi sama.
Jumpe lain kali....zarida

Khamis, Jun 05, 2008

FROM RAZIMA WITH LOVE



Wah wah wah........meriah sungguh blog kita. 2 bulan lepas dok la gini seme,le ning dah beribu-ribu lemon ceritanya sampai dok terbaca. Yang bestnya tengok gambo2 ada yang dok cam doh. Ada yang berubah tapi dok kurang gok hok maintain. He...Abe Yie, Ma tengok sama je cam dulu gambo sakan dengan Mas, pakai baju sama meroh pulok tu....kaler favourite Dik Ma jak dulu-dulu. Jeles gok tengok gambo kawan2. Mmmmm....Ma pun nok buh gok ah gambo tapi nok kena cari dulu sebab Ma dok berapa ada gambo....dok berapa berahi ambik gambo he he he.
Terkini, minggu lepas Along (panggilan ma kepada Kak Norliah Othman sebab kita duk serumoh masa last sem) dok sabo2 sms ma tengoh2 malam bila dapat kontek number...rindu sangat. Pagi esok Ma cal la dia, apa lagi bersembang panjang la kitaorang rasanya setengah jam lebih. Sempena ari guru baru ni Kak Yah (Kah Zawiyah) pun ada sms. Ma dok tahu la kalu reunion,agoknya dok cara ke anok2 doh duk ralit sembang.Ok la tulis sikit2 dulu kekgi kalu ada mende2 ma tulis lagi. Untuk tatapan kawan2 kiranya ni wajah dan 'figure' terbaru dari ma...standard ler tu.Bye...jumpa lagi.

Tak Pelik Tapi Sesungguhnya Benar Edisi Khas

Keh!Keh! Hari ni jiran2 den dtg umah. Apalagi, kami buatlah diskusi pasal isu negara terkini ni. Kata mike, baru je beras dan barang2 yg sewaktu dengannya naik harga, naik pulak lagi rege myk. Dulu roti canai 60 sen skrg dah singget. Roti telo dah sigget setgh. Parah2. Kuih muih dan makanan serta minuman kat kantin skolah makin ciput saiznya. Pastu air makin kelat masam pasal regenya naik lagi. Parah mak bapak nak nyekolahkan anak2. Dah tu tokeh bas skolah dah lama mintak naik rege/yuran lagi. Pasni kata dorang lagi malatoplah rege seme benda keperluan tu. Aku tumpang sengih kelat manis je la sbb sbg ibu alias cikgi kita pun maklum bebeno pasal tu kan? Nak offer jadi driver anak dorang tak dapek pasal takdo bas sendiri. Kalu tak, boleh tumpang bisnes. Hik2... Pasni kita sambutlah soruan Pak Lah suruh aljimat walcermat. Pastu sambut jugo kempen kitar semula apa2 brg yg bole. Kalaula nasi dan lauk pauk boleh kitar semula cam besi buruk!!!Kalaula ada kete yg boleh tuang air dlm tangkinyer tu! Kah!Kah! Dan banyak lagilah topik yang sepadan dan sewaktu dengan kenaikan rege myk ni yg dibincangkan. Tapi, ia berakhir cam tu jela. Tak de apa yg berubah pun. Yela, yg berdiskusi seme bilis2an je termasuk den. Camne Ju, Yazid, Ida, Mas, Atie, Brie dll. Kita buat rumah depan skolah yek? Tak pun kita ngajar je online dari rumah ke rumah anak murid (alias PJJ gak tu). Buat sidang video gitu. Kita minta tolong Sabri link kan. Keh2...Apa kata ibu2 bapak2???
Nota utk Che Din ngan Che Zie : Ngape membisu lame bebenor???
...che tun

Tak Pelik Tapi Sesungguhnya Benar Part 1

Hi Brie and Geng...
Selamat menjalani kehidupan baru bermula hari ini, 5 Jun 2008. Wah kemodenan menjanjikan pelbagai cabaran dan halangan untuk ditempuh dan dirempuh. Petang semalam eden poi Klang. Tak terdonga pulak brite minyak naik. Balik umah somi den tepon koba pasal minyak. Kebetulan memang dah kering tank tu ha. Pe lagi, lepas solat Maghrib eden pun poi stesen tedoket, mak ai, panjangnyer Q mahu 3 km. Den sobakan jua pasal esok mau satu tangki kete den tu cecah 110.00++ kot. Ngeri. Somi den pulak sampai umah jam 11.00 mlm pasal kes Q cam tu ha. Lps ni makin parah la somi den travel ke Damansara tiap2 ari. Ini kali 1 den buek Q Q camtu. Slalu den buek tak peduli tapi ini kali banyak no lompat regenyer. Seb bek kete satu lagi tu tangki kocik sket. Aduh Ju, den nak ke skolah 20 km poi balik. Itu bolom termasuk pi ambik anak2 petang kang hari2 tu...Den jalan kaki anak branak la jawabnya. Pastu eden call TV3 minta amik gambo den masuk dlm segmen BersamaMu. Yazid, ko ke tulis pasal BersamaMu tu. Sign la nama ko lepas dah tulis. Den konfius takut org len pulok. Jangan sodih member, sebab eden pun sodih tahap kronik ni ha. Elok le kito pakat poso mulai hari ni. Ikat porut tu sompono nak reunion karang. Dapek pinggang kerengga balik kang ke bek tu. Orang Soromban jangan marah eden melalut kot longhat koghang yang tak brape betul nahunyer ni. Hik2... Brie, ko jangan heran ngan kitoghang. Tak kan tak kenai lae kot. Kitoghang memang cam ni. Kalau dah naik minyak sampei ke muka tak lihat masa lagi doh bila menulis.
...che tun

Tak Pelik Tapi Sesungguhnya Benar Part 2

Malam tadi ha eden meeting tegompar dongan somi den. Dio kato elok la kito korat jo keto kito tu, jual doket kodai bosi bughuk. Bosi bughuk mahal sekang ni ha... Bosi tutup longkang padang kat taman dopan ghumoh eden ni pun boleh hilang. Poning2...Apo nak buek...rezeki kito. Tapi malam tadi memang den rasa syahdu lihat muka rakyat Malaysia yang beratur panjang dengan muka sodih tapi maintain senyum w/pun demo tu baru balik keje. Masing2 isi tangki ponuh.
Tapi kan, koghang yang ado BISP okey la tu. Aku sejak dulu kini dan selamanya tak do. Aku guru BM Th6 tetap dan berpencen. Minta Etems dari dulu takdo rezki. Sodih den, koje yang masuk duit eden tak dapek selain ngajar biase. Tapi koje yang kena kuo duit banyak aku dapek. Tapi tak pe la kawan, aku redha. Aku tak dapek tang situ, aku dapek tang lain. Allah MaHa Kaya dan Berkuasa. Untuk seme kengkawan, hadapi sajalah apa jua cabaran dengan redha dan tabah. Semoga kehidupan kita lebih bermakna dan bahagia.
Apo ko nak buek dongan blog ni, ko buek jo la Brie, eden tak kesoh. Den alu2kan kalu nak link dengan cikgu seantero Malaya. Boleh la kito tukar2 ide atau apa2 yang patut. Satu lae, tak kan hanto ket Atie jo. Panjang2kanlah kat eden sekali. Hik2...Atie pulak len kali jangan la anto gambo pokok dengan bangunan lae, antola gambo dengan hubby, gambo Che Ma ke dll. Kat Banting ni pun banyak bangunan dengan pokok tu. Ekeke...Chow...che tun
p/s : minyak kat rumah aku dah lama naik. Naik atas meja makan...

Pening

Ramai yang pening sebab harga minyak naik. Malam tadi semua stesyen minyak kat Seremban sesak. Mana-manapun sesak. Tak lama lagi, banyak barang yang naik harga. Aku bukannya apa, teringat kisah BERSAMAMU di TV3. Kau orang tak apalah. Semua dah separuh jutawan. Sama-samalah kita berdoa agar harga minyak turun semula dan tiada insan yang sampai tak cukup duit nak beli beras.

_____pelik tapi benar----

1.25 pagi 5 jun, hotel new pasifik kota baru, tengok blog ni mula- mula masuk tun, pas tu zarida, pas tu ju???naina, pastu masuk pula e mail atty, kau orang ni apa nak jadi ye ..... dah naik minyak semua ke pakat tak tidur ni. Buat si atty tu saya ada sedikit bahan tapi tak boleh nak attach fail kat hotel ni dah cuba beberapa kali tapi kalau nak cuba taip je papan cerita kat search enjin yahoo atau gooogle insyaallah jumpa lah, sebenornya ramai orang sedang memerhati blog kita ni , jadi sapa yang selalu tulis blog tu teruskan usaha anda dan galakkan rakan-rakan yang lain. saya sedang usaha nak link kan semua cikgu yang ada di malaysia, tak caye ke ????? petang tadi jumpa helmi, pendi, zailan dan nik weil, tapi pagi ni tak boleh nak upload gambar tengoklah sehari dua lagi, esok balik trg, jumaat sabtu cuti hari ahad kot, ok selamat pagi dan selamat naik minyakkk !!!!!!! -sabri

Minyak Naik Weh!!!

Salam kengkawan...
Ni tengah frust tul dgn brite 'baik' tentang minyak..RM2.70 seliter dah.. Jom kita pakat g skolah naik basikal nak? Hehe.. Save budjet, badan pun kurus sikit... Dapat la ukuran lama.. Skolah Ju tu memang bagus kalu naik basikal sebab berbukit.. Mesti sampai skolah kul 12.00tgh.. pastu terus pusing kayuh hala balik umah..hehe..sebulan kita wat canggitu, mesti Pak Lah bengang, harga minyak mesti turun..hehe..

Sian ko Ida.. demam ye? Minyak naik nih, bertambah la demam ek? Kak Ju yg sihat pun cam nak demam nih.. La.. jgn la sampai telan ubat bebyk.. kang over dos, jadik lain pulak..

Ye la.. Kak Norasmak tu tak banyak berubah.. maintain je.. Tuk Yazid, welcome tu d blog.. Ko jgn kecik ati ek Ju ada wat ulasan frame ko lari drp saiz dulu.. 'kita serupa'..dan ramai lagik yg serupa..

Tun, ooo ko dah mula wat assigment ya.. tahniah la ek.. Ju baru jugak mula slow2.. KOMSAS dan Kesusateraan Melayu lak kali nih.. Ngajo skolah rendah, kena wat RPH skolah menengah la pulak..

Aik, dah kul 1.01 malam.. patut la rasa kelat mataku nih.. Kita jupe lain kali la ek..K, bye..tata titi tutu..JunainaNamin..

Rabu, Jun 04, 2008

Demam weh....

Assalamulaikum kengkawan.
Cuti doh nak habih. Ketas peksa tok abih lagi tandanyer. Sibuk nak bercuti tapi dok juga gaya bercutinyer.
Untuk Kak Ton....sorryla tak kontek masa balik selangor baru2 ni. Balik ari senin, balik umah smula ari rabu. 3 ari je. Kena bahang demang plok. Pilot ngan co-pilot demam jadi tok g mana la weh. Balik pun tebeng2 bawok kete. Telan obat banyak2, cepat baik sket.
Ni pun demam lagi. Tapi nok gok post kat sini nih! 3 hari tak tengok blog rindu ngan cita2 baru. Kak Asmak tu..tak bruboh mana. Kita kira ok la kak ton ada kemajuan, penambahan. Lebih2 Mas ngan Azmi tu. Memang maju ke depan, ke kiri dan ke kanan.
Tambah2 juga kesihatan kena jaga tau kawan2..... macam doktor la plak. Semenjak dua menjak ni aktif ngan doktor muda, kelab obesiti, dapatlah sikit pengetahuan buat panduan.
Sabri...apa tindakan kita selanjutnya untuk reunion nih? Apa2 bagitau la ye.
Okeylah kengkawan. Nanti kita kecek lagi deh. C U! - zarida

Salam dari Yazid

Terima kasihlah Sabri sebab sudi datang rumah kawan-kawan kat Seremban.Pada kekawan semua, jaga-jagalah badan tu agar baju-baju lama kat maktab tu boleh dipakai mula. Maaf kalau ada salah silap. Teringin sangat nak ketemu tapi entahlah... Tengoklah kalau ada ada masa dan keizinan Allah. Salam Ukhwah buat semua._Yazid

Selasa, Jun 03, 2008

Norasmak


Salam untuk semua. Selamat menikmati cuti yang mana ada. Bukan main lagi Mas menjejak kasih. Tahniahlah dapat gak bertemu kengkawan tu. Semua dah berubah wajah keveteranan.Hik! Hik! Tapi rasa cam tak caye lihat Azmi yang gambonya dipost Sabri. Dah cam jurulatih kat Pulapol. Jangan marah Jemi.
Lupa nak citer, kat atas tu gambo den dgn kak Asmak. Akak tu maintain je. Den jo terlebih saiz sikit. Pastu kalau ada member yg konfius, sori la dulu den punya tudung besor, sejak aktif kayak dulu le dah mula mengecik. He3... Tu gambo dengan muka berminyak campur pening lalat baru keluar bilik tutorial selepas 6 jam plus2 tutorial Ahad lepas. Semua member termasuk tutor sanggup tak break lunch dulu sebab nak balik awal sikit. Yalah, kat sini Ahad kan holliday. Nasib le sang suami jaga anak kat umah. He3...
Ju, kita tengah sibuk sekarang. Sem ni dapatlah pulak tutor yang terlebih arif TMK. Kami kena post by email 2 kerja. Belum lagi dengan assignment. Tu tengah parah mengadap laptop nak siapkan kerja ni. Dahlah sem ni pendek. Bila dah buka skolah karang banyak lagi keje nak kena hadap ni. Silap haribulan kena brain storming karang.
Atie, Big6 tu buatan omputih. Tak popular sangat kat M'sia. Kak ada handouts yang boleh bantu. W/pun BI tapi mudah difaham. Kak dah attach fail Big6 untuk Atie tapi dapat message gagal jugak lagi. Betul ke alamat email tu. Try email kak pastu nanti kak reply dan attach file tu utk Atie se-x lg. Refer email address tu dlm list yang Sabri sediakan. Kak tak nak publish email address kat sini lagi sebab tak larat nak terima email han2.
Jumpa lagi.
...Che Tun.

Meriah Tul Blog M3P!!

Assalamualaikum dan salam persahabatan...
Bukan main sakan lagi ko Mas.. Cemburu aku dibuatnya.. Best giler (bak kata rang muda skrang nih..)dapat jejalan dan jupe teman2 seper'gurau'an dulu.. Aku tumpang ter'sengeh' la tengok korang ber'posing'.. dapat tatap wajah Sabri, Zura, Nik Yee.. dan rupa mika tu masih boleh ku'recall' semula waktu muda dulu.. Tapi wajah Azmi Mat Noor tu kurang padan dgn 'acuan' kat minda nih..(ko pun Mas ada lari sikit)..hehe.. jgn mare ek..

Ooo. adik Atie.. napa tak rakam rumah atie.. awat gambar bandar Kluang tu je.. Rakam la umah dan kuarga Atie.. leh kenal walaupun tak bersua.. Ye lah T.. nampaknya canggitu la kita.. IC K Ju dah alamat Pahang la pulak.. Sesekali balik Johor, kalu g ke JB, k ju jadi asing dah.. Balik Kota Tinggi (KT) pun dah sesat barat.. Begitulah.. permodenan tak menunggu kita..

Kali nih K Ju xdpt balik KT coz anakanda kelas tambahan.. Kekdg geram jugak kat geng cikgu2 nih sebab 'rajin sesangat'..(aku pun kena ngajo jugak waktu cuti..ekeke!!) Kementerian bagi cuti, sibuk wat kelas.. Bimbang thn2 akan dtg cikgu kena keje waktu pejabat..sebab terlebih rajin.. walau cuti sekolah, cikgu kena dtg cam geng di PPD or JPNP dan sewaktu dengannya..

Eh, mana pulak peginya C Tun nih.. senyap je... Tunnnn..ooo..tuuunnnn..erm takde..k, lah..adios...JunainaNamin..

Isnin, Jun 02, 2008


Masa baru posting di Paloh Kluang lebih kurang 15 tahun lepas muda remaja atie baru cecah 21 masa tu, .atie gi kedai tilam ... tengok kelibat si kurus ni macm atie kenal...rupanya Che Ma...terjerit sakan atie masa tu... Ye la abah suruh minta Pahang je... atie kata Pahang nanti kena antar ulu Pahng.. rupanya kat johor ni pun banyak ulu..pergi ke Paloh masa tu dari Kluang ada jalan tanah mearh je... kata abah, padan la muka tu la minta lagi Johor... Jumpa Che Ma masatu dia kata Kak Reen juga ada di paloh.Tapi kami tak tinggal serumah kerana ngejar disekolah berlainan. tapi kalau balik pahang tu naik keretapi bertiga la..hinggalah Kak Noreen tersangkut dgn orang paloh... Ditakdirkan pulak atie bertemu jodoh dengan rakan satu sekolah dan tinggallah Che Ma Sorang... lastly atie sian gak tengok Ma ni sorang-sorang. Kenenkan lah dengan jiran d felda Bkt Kepayang. So, kalau raya sokmo la jumpa Che Ma. Anak dah empat, lawan toke rekemen, orang kuat PJK in Temerloh..athlit maktab la katakan..Ma kalau kau terbaca jangan mare....

Ala.. ape yang cute nya kak Ju... Dari 15 tahun dulu berat dah tambah 15 kg...dalam gambar tu orang kata makan gambar kot...kita dah bertukar negeri dalam kad pengenalan la yek Kak Ju..

Kak Ton...Sebenarnya atie tengah cari thebig6 ni...tak jumpa2 in Malay... tu yang buka blog kita ni..alamat email tu tersilap ... yang betul ..zatty71@yahoo.com. wa.. meriahnya seklah kak ton dengan pelajar SMP...

Key la dah ngantuk lak... cuti-cuti ni pun kena g kursus etems tuk guru pemulihan n pend. khas...Dengar cite BISP dah nak tamat kitaorang baru nak kena kursus...
Pemandangan kat atas ni ialah pemandangan dari rumah atie... depannya sungai dan seberang tu bandar Kluang... sesiapa yang lalu kat sini singgah le..jangan segan lak.
Jumpa lagi...

MEMORI DI KELANTAN & GANU KITE...

Salam...

Buat semua penatap setia blog kita ni, di sini saya titipkan kisah menjejak kasih yang sempat saya lakukan sewaktu berombongan ke Kelantan dan Terengganu pada 31 Mei dan I Jun yang lepas.
Syukur alhamdulillah...akhirnya dengan izin Allah saya dapat ketemu 2 orang sahabat kita sewaktu di Kelantan. Walaupun penat ikut aktiviti rombongan ke Rantau Panjang, gi pulok ke Pasir Puteh kenduri kahwin guru sekolah, pah tu ko kilang batik di Pengkalan Chepa and belah malamnya ke Wakaf Che Yeh tapi usoho untuk temu ngan member masih diteruskan.

Malam 31 Mei, Nik Asri dari unit B menemui saya di Hotel Dhani tempat kami menginap! Ha.. yang berbaju Melayu merah tu la Nik Mohd Asri atau kami di unit B panggil dia Nik Yee... La ni kalau ada waktu lapang, Nik Yee bertugas sebagai polis dan dah berpangkat Inspektor doh n jaga 85 orang pegawai bawahan dio! Hebat anak buah Che Mat Nor ni!! Dan sebelah dia yang berbaju merah tu tak tau le budak gemuk mana tu!!!


1 Jun sebelah pagi sebelum bertolak ke Terengganu saya singgah di Bazar Buluh Kubu dan Pasar Siti Khadijah. Ha... di sinilah saya contact 'teman sehati berdansa' sewaktu di maktab dulu untuk berjumpa! Syukur...walaupun jalan sesak, mek ni usahakan juga untuk jumpa saya n family. Tengoklah gambar di bawah ni... berubah dok Mek Ju ni? Kenal tak siapa tu? Itulah Noor Azuraishan dari unit E! Dia dah ada 3 orang anak n sulongnya Tingkatan 1. Kalau tak anaknya 5 tapi yang sulung kembar 3 tu, meninggal 2 orang. Dari gambaran katanya, saya agak suaminya ada syarikat kereta...wah gitu! Sebelah Zura tu mak mertua dia, kerana Zura duduk ngan mak mertua.. dapat payung mas lah Zura tu nanti!!


Dalam perjalanan ke KT, bas berhenti rehat di hentian Sg. Tong. Teringatkan member di situ terus contact c Fadhilaton. Din yang jawab mengatakan cik Ton kursus EtemS untuk guru2 pemulihan n tengah berperang ngan anak2 di umah. Tak sempat nak jumpa ngan abang Din pun sebab bas dah nak bertolak..

Sampai KT terus ke Masjid Kristal. Untuk member2 yang tak sampai lagi ke Masjid Kristal ni, ha ada gambar untuk tatapan kalian gambaran dari luar n dalam masjid ni.




Pah tu gi Losong cari keropok lekor wei... Jeng..jeng..jeng..waktu inilah pencipta blog kita ni ikut dari belakang n akhirnya bertemulah kami dua sahabat yang pernah tinggal serumah waktu semester 1, 16 tahun dulu di m3p. Hik..hik..hik.. rupa2nya perut masing2 dah membesar! Abang Sabri kita ni sempat belikan keropok lagi untuk saya n family. Ish... ini yang malu ni.. Banyak jugok ler yang kami sembangkan.. Kalau nak tau waktu ini aku dah mula mengingat kembali kisah2 kita semua 16 tahun dulu di bumi Terengganu nie.. kini banyak sangat dah yang berubah di Ganu.. moh la wei ke Ganu....


Buat Nik Yee, Mek Zura and Abang Sabri kita, saya nak ucapkan jutaan terima kasih kepada kalian bertiga kerana menjadikan usaha saya satu kenyataan. Pertemuan kita walau hanya sebentar namun besar ertinya buat diri saya. Buat para sahabat yang menatap blog ni bila agaknya kita boleh berjumpa kembali? M3P tetap di hati...

Ikhlas tapi jauh : Mas, Jengka 7.