Pecarian Belum Selesai

Norlia Abdullah, majidin wassilin, norliha Mohd Noor,Beechee Hamisah, Asnian Ayub Daud, Mahiran Mohd, Zuraidah, norwati hussin, Latifah Diasin,Rahana Ismail, Hamizan Shaffain, Rokian Che Mamat, Rasimah Abd Momen, dan Fadzilah Mohamad
Sesiapa yang ada contact dengan penama di atas tolong maklumkan kepada blogmaster- TQ

Isnin, Jun 23, 2008

Imbauan Kenangan..

Assalamualaikum dan salam hormat...
Rasa gembira dapat balasan emel drp Mr Yeo.. Di sini Ju paste wat tatapan bersama..

"..Salam Ju dan abang Amin,

Tkasih 4 calling n emailing.
Memang gembira mendengar suara u all.Malam tu X dpt tido.
C U in the blog nanti.

Take care.."

Walau pun ringkas, tapi cukup bermakna.. Betul kata Sabri dan Mas, dan Ju sendiri pun tak tahu apa sebabnya beliau amat kukuh dalam ingatan, walaupun sudah lama terpisah..Kalau berbicara tentang M3P, pertama yg Ju akan ingat ialah Mr Yeo n St John..

Satu Ju nak bagitau sebabnya..jeng, jeng, jeng.. awal mula2 gerko dulu, Ju ter'paksa' join St John..(maaf Sir)..Ju ingat lagi pesanan beliau ..'Jika kamu rasa 'terpaksa' menyertai St John, saya amat2 alukan kamu pilihlah unit yg lain..St John memang xde masa untuk kamu berehat'. Lebih kurang la yg Ju masih ingat. Ketika tu Ju dah kena 'halau' oleh PBSM. Ju pilih PBSM sebab ada basic, Pengakap memang xnak sebab xde basic.. Tapi takut ke'terpaksa'an Ju dihidu oleh Sir, Ju konon2 sanggup dgn St John..hehe..(dalam diam Ju pasang niat nak tarik perhatian 'Pak We' nih..Mr Yeo la tuh..).. JU BERJAYA!!!

Sebab Kedua, Ju pernah ter'tidur' waktu GERKO St John tu.. Dok depan, mata Ju dah nak tertutup dah.. 'Sir sergah Ju..Heh, kamu boleh tidur aaa..'(lebih kurang la maksudnya)..Ju malu sesangat dan terus pasang niat tuk celik mata setiap sesi..hehe..

Ketiganya, tentang makmal komputer (tq gak tuk sabri yg ngajo) dan gossip Ju dgn suami Ju skrg.. Cukup indah jika dikenang kembali.. ewah..

Tapi, Mas.. aku cukup terkilan tak dpt naik Gng Tahan tu..Seronok dan cemburu tul tgk gambo tu.. Betul Sir cakap..'Junaina?! U betul nak tinggal di camp site? nanti U menyesal tau.. Saya mau U terus naik..' 'Takpe Sir, saya kasihan Noorliha tu Sir, dia sakit tu..' (hehe..benonye Ju takut jalan waktu malam..mata tak awas..)..Nak tau..Sesalan itu telah kurasai ketika korang tiba di Camp Site selepas menawan Gng Tahan..huhuhu..JuNmie

Tiada ulasan: