Pecarian Belum Selesai

Norlia Abdullah, majidin wassilin, norliha Mohd Noor,Beechee Hamisah, Asnian Ayub Daud, Mahiran Mohd, Zuraidah, norwati hussin, Latifah Diasin,Rahana Ismail, Hamizan Shaffain, Rokian Che Mamat, Rasimah Abd Momen, dan Fadzilah Mohamad
Sesiapa yang ada contact dengan penama di atas tolong maklumkan kepada blogmaster- TQ

Selasa, Jun 17, 2008

Salam Dari Jengka....

Salam...

Alhamdulillah akhirnya bertemu kembali di arena blog ni. Untuk Kak Tun, Ju dan member2 yang lain, kawan bukannya tenggelam timbul tapi cerita sebenarnya kabel telefon kat sini kena curi sekali lagi. So jem la streamyx kawan untuk 3 ,4 hari... Tu yang hilanh kejap tu. Lagi pula dengan aktiviti negeri yang tak abih2 nih.. penat gak rasanya jadi orang bawahan nih....

Memang betul la kata Ju tu, kawan sempat gi ke rumahnya di Jerantut tu... Besar gak umah Ju tu tau kalau nak bandingkan dengan umah kerajaan yang kawan duduk ni. Cuba tengok gambar kat bawah ni, siapa sebelah kawan 2? Kalau nak tau, tanyaler c Ju tuh!!!


Gambar yang satu lagi ni ialah gambar kawang ngan Mamat sewaktu bertugas sebagai hakim Syarahan Piala Perpaduan di Bentong minggu lepas. Lepas habis pertandingan terus hantar abang Mamat kita ni balik ke Jerantut. Sebab tu leh singgah kat umah Ju, kalau tak mana kan kawan samapai!!


Buat Bri, blog ni dah semakin cantik. Tahniah buat mu Bri... Untuk member2 yang masih belajar sama ada di UPM, OUM , UKM atau USM di peringkat Ijazah @ Master, selamat kembali belajar untuk semester berikutnya.... Teruskan perjuangan kita hingga ke penghujungnya!!! Jumpa lagi seandainya ada berita terkini. M3P tetap di hati...

Ikhlas dari kejauhan : Mas, Jengka 7

Tiada ulasan: