Pecarian Belum Selesai

Norlia Abdullah, majidin wassilin, norliha Mohd Noor,Beechee Hamisah, Asnian Ayub Daud, Mahiran Mohd, Zuraidah, norwati hussin, Latifah Diasin,Rahana Ismail, Hamizan Shaffain, Rokian Che Mamat, Rasimah Abd Momen, dan Fadzilah Mohamad
Sesiapa yang ada contact dengan penama di atas tolong maklumkan kepada blogmaster- TQ

Khamis, Jun 26, 2008

TERUJAUUU....AKU

Assalamualaikum...rakan-rakan guru dan salam pertemuan di alam maya buat Mr.Yeo.

Semoga sihat semuanya.Aku sebenarnya teruuuuuu..ja sekali membaca begitu banyak cerita mahupun imbasan kembali kenangan di M3P.Sebenarnya setiap hari aku buka blog kita ni tapi tiada masa nak mengarang cerita-cerita menarik kerana tengah fokus untuk buat assingment.Tapi bila hari ini aku baca tentang sir kita yang sorang ni gatal dan teramat gatallah tangan aku call sana call sini minta no sir.Bila dapat tu terus call sir.Rasa terubat juga bila mendengar suaranya.Suaranya tak berubah macam dulu juga .Aku rasa ada lagi yang tak berubah tentang sir ...contohnya saiz tubuh dan ketinggianya........... yang comel itu. Jangan marah ya..!Walaupun satu negeri tapi sekian lama tak pernah berjumpa.Cuma sepanjang yang aku jumpa Tn Hj.Khairuddin(pengetua IPKT laaaaa ni),En.Mansor,En.Osman PJ,En.Othman PJ,En.Johan,Tn.Hj Hairon dan Encik Yaacob.Untuk berita terkini yang aku tau member kita Si Farhah suaminya tu dah jadi ADUN di Panching Kuantan tak lama lagi bakal jadi Datin kot .Untuk Sabri ,aku sebenarnya dengki juga gambar besaq aku tak ada.Nanti aku post gambar aku yang besaq hang jangan tak selit celah tepi tu ye.Oklah untuk semua disemenanjung mahupun diseberang sana ......jumpa lagi...Bye..Fadilaton/ZieDin nama gla...r u.Adik Ma miss you lama tak jumpa.

Tiada ulasan: