Pecarian Belum Selesai

Norlia Abdullah, majidin wassilin, norliha Mohd Noor,Beechee Hamisah, Asnian Ayub Daud, Mahiran Mohd, Zuraidah, norwati hussin, Latifah Diasin,Rahana Ismail, Hamizan Shaffain, Rokian Che Mamat, Rasimah Abd Momen, dan Fadzilah Mohamad
Sesiapa yang ada contact dengan penama di atas tolong maklumkan kepada blogmaster- TQ

Ahad, Februari 20, 2011

Perjumpaan Terakhir Sebelum Pemergian Allahyarham Niza

Salam Hormat buat semua teman. Nampaknya blog kita semakin layu setelah berkembang mekar dan menguntumkan blog-blog MPPP yang lain. Barangkali kita semua terlalu sibuk untuk mencoretkan sesuatu di sini dalm mencari dan mengejar haluan masing-masing. Rasanya masih belum terlewat untuk aku mengucapkan salam takziah kepada Norsiah dan keluarganya di atas pemergian sahabat kita Allahyahham Niza. Saya dan Niza merupakan rakan sekelas sewaktu di MPPP, beliau seorang yang lemah lembut berhemah, jauh sekali untuk bermusuhan dan berselisihan dengan sesiapa. Pada hari-hari terakhir sebelum kita meninggalkan MPPP Allahyarham Niza lah satu-satunya pelatih yang menyebut nama setiap individu yang seramai 31 orang dalam PMS PM 5C dalam ucapan akhirnya sewaktu orang lain menahan sebak untuk meninggalkan MPPP di akhir kursus orientasi. Bagi diri aku sendiri selepas itu cuma dua kali sahaja berjumpa dengannya. Kali pertama sewaktu konvokesyen MPPP kita dan kali terakhir ialan beberapa bulan sebelum meninggalkan kita. Apabila Norsiah menghantar SMS memaklumlan beliau berada di Terengganu bersama keluarganya aku sememangnya berazam bersungguh untuk berjumpa dengan Niza. Pada satu tarikh yang telah lupa menghampiri penghujung 2010 mungkin september atau oktober aku berkesempatan berjumpa dengan Niza. Walaupun masa yang agak singkat kerana sebelum itu aku menghadiri satu program. Hampir dengan waktu maghrib aku sampai ke tempat penginapan beliau di Anggulia Resort lebih kurang 40 KM dari rumah aku. Kami sempat bersembang dan berbual- di atas katilnya, nampaknya beliau sedikit sukar untuk bergerak tetapi berisi dan ceria.Banyak juga perkara yang kami sembang , tetapi waktu yang ada agak terhad. Seperti biasa Niza memohon berbanyak-banyak kemaafan walaupun tidak ada apa silapnya. Sebelum pulang aku berpelukan deng Niza dan tak disangka itulah perjumpaan dan pelukan terakhir dari seorang sahabat. kini tidak ada apa lagi yang dapat dilakukan oleh kita hanya iringan doa dal Alfatihah dari kita kita semua yang mampu mengiringi pemergiannya sebelum kita juga dijemput Ilahi. Buat keluarga yang ditiggalkan semoga tabah menhadapi hari-hari mendatang. Alfatihah.