Pecarian Belum Selesai

Norlia Abdullah, majidin wassilin, norliha Mohd Noor,Beechee Hamisah, Asnian Ayub Daud, Mahiran Mohd, Zuraidah, norwati hussin, Latifah Diasin,Rahana Ismail, Hamizan Shaffain, Rokian Che Mamat, Rasimah Abd Momen, dan Fadzilah Mohamad
Sesiapa yang ada contact dengan penama di atas tolong maklumkan kepada blogmaster- TQ

Ahad, Ogos 16, 2009

Misteri Nusantara

Salam untuk semua...Kabare?...

Khamis lepas (malam Jumaat) aku menghadiri jemputan seorang rakan untuk memberi khidmat bantu dalam program Malam Restu UPSR. Rakan aku tu berkhidmat di sekolah berhampiran. Namun begitu sekolahnya agak ke dalam dan perlu melalui laluan agak gelap dalam kebun kelapa sawit. Aku memang dah terfikir takkan pergi seorang. Kubawa seorang kawan sebagai pembantu dan peneman. Masalahnya kami berdua rabun...ekeke...

Aku memandu perlahan ketika melalui jalan tersebut sebab memang jarang ke situ. Takut pula terbabas. Sambil memandu, aku berbual. Seingat aku, untuk ke sekolah tersebut, aku perlu melalui dua selekoh ke kanan dan satu simpang ke kiri. Aku memandang tepat ke jalan takut silap ambil selekoh. Selepas tiba di selekoh pertama, aku tak jumpa pula selekoh ke dua. Yang aku nampak ada simpang tiga. Entah kenapa aku belok ke kiri dan meneruskan perjalanan. Semakin lama, aku lihat jalan semakin kecil dan lalang di tepi jalan semakin tinggi. Tiada rumah pula tu di tepi jalan tu. Seingat aku, sebelum tiba di sekolah tu, aku akan jumpa banyak rumah dan masjid setelah melepasi jalan gelap tu. Alamak! Saspen nih.

"Kak!" kataku. "Betulke ni jalannya?" kataku lagi. "Entah! Kak Ida jarang ke sini. Malam pula tu!" jawab kawan aku. Aku tak sedap hati sebab jalan makin kecil. Aku nampak sebuah rumah yang bercahaya malap di kanan jalan. Aku u-turn kat situ. Tak berani nak ke depan lagi sambil baca apa yang patut (yang aku tau). Kak Ida turun dari kereta sebab katanya ada seorang lelaki tua di depan rumah tu. Aku tanya, "Mana? Tak nampak pun!". "Ai, tu kan orangnya!" kata kak Ida lagi. Aku tercari-cari orangnya sebab tak nampak ada sesiapa di situ. Nampak pula kak Ida bercakap-cakap tapi malangnya aku tak nampak siapa!!! Tengkuk mula meremang. Lepas kak Ida masuk kereta balik aku diam aje. Aku ikut je laluan yang kak Ida tunjuk.

Tiba di sekolah member, aku tak cerita apa-apa. Time balik aku ikutlah kereta-kereta member sekolah tersebut. Alhamdulillah selamat tiba di rumah jam 11.30 malam. Lepas beberapa hari, baru aku cerita dengan kak Ida. Apalagi...menjerit-jeritlah dia...Alahai, pengalaman!...pengalaman!

Tiada ulasan: