Pecarian Belum Selesai

Norlia Abdullah, majidin wassilin, norliha Mohd Noor,Beechee Hamisah, Asnian Ayub Daud, Mahiran Mohd, Zuraidah, norwati hussin, Latifah Diasin,Rahana Ismail, Hamizan Shaffain, Rokian Che Mamat, Rasimah Abd Momen, dan Fadzilah Mohamad
Sesiapa yang ada contact dengan penama di atas tolong maklumkan kepada blogmaster- TQ

Ahad, Ogos 09, 2009

H1N1


Salam buat semua kengkawan...Kabare?...
Semoga semua rakan berada dalam lindungan dan rahmat Allah sepanjang masa. Begitu juga dengan keluarga korang semuanya. Tidak lupa seluruh umat Muhammad.

Bagaimana situasi di tempat korang. Di sini kedengaran jangkitan virus H1N1 kini menular di sekeliling kawasan tempat tinggal kawan. Seram ada, takut pun ada, bersyukur pun ada kerana dalam ketakutan itu, teringat pula akan dugaan Allah kepada umatNya diberi dalam banyak cara. Mungkin inilah satu peringatan kepada kita supaya tidak lalai menikmati kehidupan di dunia. Sesekali dikejutkan kita dengan wabak supaya hambaNya sedar akan kekuasaan Maha Pencipta.

Agak sukar untuk memahami situasi sebenar. Di televisyen melaporkan setakat 9 Ogos ia sudah meragut 18 nyawa. Namun kawan terbaca di laman khas H1N1 Kementerian Kesihatan Malaysia, sudah 26 kematian. 63 lagi dirawat di hospital manakala 13 mangsa berada di ICU. Doa kawan semoga mereka kembali sihat untuk menghirup udara segar anugerah Tuhan di bumi yang menjanjikan kemakmuran.

Terdetik resah di hati kerana nyawa yang diragut itu, sebahagian besarnya masih bayi. Baru mengenal dunia (walaupun bukan dunia sebenarnya yang penuh pahit maung). Apa dosa mereka? Begitu cepat mereka kembali kepada PemilikNya yang abadi. Kepada keluarga yang terlibat, bersabarlah. Segala yang berlaku ada hikmahnya.

Apabila ke sekolah kawan, kelas2 banyak lengang. Sejak minggu lepas, memang ramai murid yang demam. Tidak pernah berlaku sebelum ini. Kasihan mereka. Semoga tiada yang terkena jangkitan ini di sini dan di sekolah kalian. Sama2lah kita mengambil langkah berjaga2. Dalam hilai tawa kita, sesekali perlu juga menangis dan bermuhasabah diri...

Wallahua'lam...Jumpa lagi.

P/s: Apa ke kaitan gambag kat atas tu? Takde kaitan apa pun. Anak kawan nye keje la tu. Disusunnya mainan deme atas motosikal pastu amiknya gambag. Syok sendiri...heh!

Tiada ulasan: