Pecarian Belum Selesai

Norlia Abdullah, majidin wassilin, norliha Mohd Noor,Beechee Hamisah, Asnian Ayub Daud, Mahiran Mohd, Zuraidah, norwati hussin, Latifah Diasin,Rahana Ismail, Hamizan Shaffain, Rokian Che Mamat, Rasimah Abd Momen, dan Fadzilah Mohamad
Sesiapa yang ada contact dengan penama di atas tolong maklumkan kepada blogmaster- TQ

Rabu, Oktober 31, 2007

Selamat Menjadi Pengarang Blog

Tahniah kepada Pn. Junaina kerana dah berjaya menjadi pengarang blog. Kepada abang amin tu kalau berminat saya bercadang nak perluaskan blog ini untuk peserta mppp89/90 dan 91/93 cukuplah rasanya saya handle 3 sesi. Kalau rakan lain setuju. setuju tak ???. Diharap lepas ni family kalian selalulah poskan maklumat dari Jerantut untuk blog kite ye

.......Reduan Debok...

Hari ini 31 Oktober 2007 seorang lagi kawan kita Mohd Reduan Debok telah mengSMSkan no HPnya kalau berminat bukalah mail yahoo kawanmaktab@yahoo.com dan mintaklah password dengan saya terima kasih. SK Mercang, 1.00 tengahari.

Selasa, Oktober 30, 2007

Pencarian Ke 100 Berakhir

Pada hari ini 30 Oktober 2007 Saya telah menerima contact nombor ke 100. Orang yang bertuah tersebut ialah Pn.siti norbaiti SK Pulau Condong. Kota Bharu kelantan, Untuk memudahkan tuan puan mendapatkan 100 nama kawan kawan tersebut bukalah e mail kawanmaktab@yahoo.com. cuma password hendaklah diminta dengan saya atas sebab-sebab keselamatan dan integriti. Kalau berminat sms lah ye. Terima kasih. Residence Inn Kuantan, 30 Oktober 2007.

Isnin, Oktober 29, 2007

Masih Lagi dalam Pencarian....

Sehingga kini saya dah mengumpul 99 contact nama kawan-kawan kita . Siapakah yang bertuah akan menjadi kawan yang ke 100. Kalau dapat saya akan umumkan dalam blog ini. Harapnya menjelang ahhir tahun ini dapatlah saya memenuhkan 157 contact no kawan-kawan kita. ( 10.26 am Residen Inn Kuantan 29 Oktober 2007). Kawan terakhir dapat contact rohana dan junaina . tq.

Khamis, Oktober 25, 2007

Terima Kasih .........Sahabat-sahabatku

Hari ini aku berasa very happy pasal blog ni dah laku macam goreng pisang panas. Terima kasihlah kepada sahabat-sahabatku kerana sudi berkunjung ke blog ini. nampaknnya penggunaan e mail pun boleh tahan juga. Aku mengharapkan kawan-kawan cuba menjadi pengarang blog ini. Caranya ialah :
1. Hantar e mail ke aku, sabrimnr@yahoo.com
2. Apabila ada dijemput dalam e-mail cuba jawab dengan menerima invitation
3. Kemudian sign in dengan email-dan password yang dihantar.
3. seterusnya klik dekat newpost , taip apa nak taip dan publish post.
Selamat mencuba.

Tolong maklumkan kepada kawan-kawan lain atau diri sendiri yang belum beri no hp tu tlg smskan ye terima kasih.

Khamis, Oktober 18, 2007

Salam Aidil Fitri dari rakan-rakan..........

Selamat hari Raya Maaf Zahir Batin, Rindu rasanya dengan teman-teman dan kalau boleh ingin kembali ke zaman M3P . Daripada Fazilah Othman @ Anis.

Dari Johor ke Kuala Terengganu, di MPPP kita berjumpa, Biarpun lama tidak bertemu Namun di Hati tidak ku lupa. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin. Dari Rosli Dahlan, SMK Tenang Stesen, Segamat, Johor. Contact No 0197720529.

Lisan Kadang-kadang tak terjaga, Janji kadang-kadang tak tertunai, Hati kadang-kadang berprasangka, Sikap kadang-kadang menyakitkan. Hidup ini menjadi indah jika masih ada rasa maaf. Dalam Menyambut Aidilfitri marilah kita bersihkan hati. Mohon Maaf Zahir dan Batin, Selamat Hari Raya Aidilfitri. Daripada Sagap Smawi & Norlaila, Aida,M Zikri dan M Hellmi. SK Methodist Anglo Chinese, Sarikei Sarawak. Contact no 0198193017

Selasa, Oktober 16, 2007

....Zanariah Nawi....

Salam Aidilfitri Khas buat rakan MPPP yang masih mengingati Kak Yah, semoga suatu masa kita akan bertemu jua.
Daripada Zanariah Nawi SK Kamil Pasir Putih Kelantan

...Zainal Ismail..

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, jika langkah membekas lara, jika kata merangkai dusta jika tingkah menoreh luka, jika suara menkam rasa, ampun maaf saya pinta dengan ingatan setulus rasa daripada Zainal Sekeluarga, Palong, Negeri Sembilan

.......Rohayati Ali

Berpisah bukan terpisah, jarak bukan pemisah, selamat bertemu kembali
Rohayati Ali Contact no 0177318244

.......Zarida.....

Assalamualaikum, saya Zarida bt Mat. Baru Baca Kad, seronok tak terkira dah lama nak cari kawan-kawan M3P, Selamat Hari Raya. Contact No Zarida 0199392484 , Zulkafle 0199522378 Kuantan Pahang

.......Zainab Wan Hamzah

Assalamualaikum, Saya Zainab Wan Hamzah MPPP 1990/92, semoga kita boleh berkumpul semula. Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin. Contact No 0199985121

Rohana Isahak

Didalam kerendahan HATI ada ketinggian BUDI, dalam kemiskinan HARTA, ada kekayaan JIWA, dalam gurau senda ada KHILAF dan DOSA..... Salam Aidilfitri & Maaf Zahir Batin buat semua ex Student M3P sesi 90/92
dari Rohana Isahak dan Keluarga, SMK Bukit Damar,Lanchang Pahang

.....dari sarawak

Di kesempatan ini, saya dan keluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Kepada rakan-rakan yang sentiasa menghantar berita, kirim ucapan dan bertanya khabar, terima kasih di atas ingatan tulus ikhlas tuan puan.

Assalamualaikum.



Daripada :

SABANG B HJ CHEK

LATIPAH BT SUHAILI

KHAIRUL IRADAT B SABANG

AISYAH SYAHIDA BT SABANG

MUHAMAD MUHAIMIN B SABANG

Khamis, Oktober 11, 2007

.........radizam......

jika wajah tak sempat bertatap dan tangan tak sempat berjabat maka biarlah maaf dari hati yang penuh dengan keikhlasan yang hakiki . Semoga amal ibadah kita diterima olehNya. Marhabban ya syawal . Daripada Radizam Abd Kadir, SK Felda Air Tawar 5, Kota Tinggi Johor . Contact no 0197603646

Rabu, Oktober 10, 2007

Daripada Hayati Awang

Terima kasih atas kiriman kad ucapan hari raya. Nostalgia MPPP mengamit memori lagi. Selamat hari raya daripada saya sekeluarga.Tahniah atas usaha saudara dan rakan -rakan. Semoga tali silaturrahim antara kita semua warga M3P dapat diteruskan sampai bila-bila.
Selamat Hari Raya. Maaf Zahir Batin.




Daripada : Hayati Awang/ 0129227554

Salam ukkhuwah

Assalamualaikum,
Buat rakan-rakan seperjuangan,sudah 15 tahun kita tak bersua dan berbicara.Namun mppp tetap dalam kenangan.Walaupun kita tak mungkin lagi duduk sebumbung namun kita masih
boleh berhubung.
Senyap tak bererti kita lupa,dekat tak semestinya kita boleh berjumpa.Jauh tak semestinya kita tak boleh bersua.Dengan adanya ruangan ini maka dapatlah kita berhubung semula walaupun tak berjumpa muka .Pokok pangkalnya keikhlasan,kejujuran di dalam hati dapat mengeratkan kembali siratulrahim yang telah putus lama.
Rakan-rakan kalau dulu kita dipimpin tapi kini giliran kita pula memimpin.Kita mempunyai tanggungjawab bukan saja pelajar tetapi anak-anak kita.Didik dan semaikan mereka dengan penuh kasih sayang.Lebihkan ukrahwi dpd duniawi, Insyaallah kita akan selamat.Akhir kato
perkataan yg cantik "Allah"Lagu yg merdu"azan"Novel yg menarik "Al-Quran, Senaman yg baik "Solat"Diet yg baik "poso"Slamat Hari Rayo" Dr Meezee Skluarga...Kalu Buleh Nok Jupo
Demo Sumo.......Wassalam

Selasa, Oktober 09, 2007

Zamri Idris

MPPPKT 90/92 Selamat Berpuasa dan Selamat Hari Raya dari Zamri Idris dan keluarga Wassalam. Contact no 0199777886.

Sehat Shamsuddin , Johor

Saya Sehat & Family mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir batin buat warga M3P 90/92. Kalau rakan M3P buat Program Alumni mungkin kita boleh jumpa semula Insya Allah.

Isnin, Oktober 08, 2007

Ucapan Daripada Hasmah Sorumin

Selamat hari Raya Maaf Zahir dan Batin daripada Hasmah Sorumin dan Family , SK Maran 26500 Maran Pahang

KIRAMAN KAD RAYA

Kad raya telah diedarkan kepada semua kawan kawan jika sesiapa belum terima berkemungkinan posmen tak jumpa cari anda. Jangan bersedih hati ... ada lagi dalam stok. masih boleh di hantar walaupun terlewat. SMS kan alamt penuh ye !!!!

Khamis, Oktober 04, 2007

Pengarang Blog Berdaftar

Tahniah kepada Meezee , atuk dan mat zain kerana dah daftar jadi pengarang blog. Orang lain bila lagi ? Cubalah.

Rabu, Oktober 03, 2007

Dari Tarmeezee

Salam Ramadhan dan Aidil Fitri untuk semua rakan mantan MPPP 1990/1992 Kalu Buleh nok jumpe seula dengan demo semua. Salam Ukkhuwwah
daripada
meezee sk sri tangkak, muar johor.
contact no 0196816508

Ucapan Raya Rosdi Aziz

Ass.
Sempena menyambut 1Syawal 1428H,saya sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari raya Aidil Fitri Maaf Zahir & Batin buat teman2 M3P 90/92 di mana jua berada.Sekian.

Ingatan Tulus Ikhlas ;

Drp;
Roshdi,NurulAin & Afiq Ridhwan