Pecarian Belum Selesai

Norlia Abdullah, majidin wassilin, norliha Mohd Noor,Beechee Hamisah, Asnian Ayub Daud, Mahiran Mohd, Zuraidah, norwati hussin, Latifah Diasin,Rahana Ismail, Hamizan Shaffain, Rokian Che Mamat, Rasimah Abd Momen, dan Fadzilah Mohamad
Sesiapa yang ada contact dengan penama di atas tolong maklumkan kepada blogmaster- TQ

Rabu, April 25, 2012

Salam

Assalamualaikum w.b.t kepada semua sahabat. Lama sungguh tak menulis di ruangan ini. Kesibukan dan kemalasan kut. Apatah lagi dengan dilanda musim fb, twitter dll yang masih beraura. Sihatkah kengkawan semua? Semoga kita sentiasa sejahtera dan berada dalam lindunganNya selalu.

Nampaknya bertambah sudah rakan yang 'pergi'. Membuat hati terdetik, masih panjangkah usia ini? Namun, hidup mesti diteruskan dan kepada rakan yang pergi, alFatihah disedekahkan. Rindu dan terbayang wajah kak Haslina, housemate saya ketika LM. Selalu juga masa tu saya pinjam motosikal kak Ina untuk ke bandar. Pasar Payang atau ke Batu Buruk. Semoga akak berada dalam kalangan hamba yang disayangiNya. Amin.

Ada juga kengkawan yang bertambah ahli keluarga kan? Yang saya tahu, Suryati Morni dan saya sendirilah. Hehehe. Alhamdulillah, rasa sudah di penghujung usia, namun Allah masih izin dan berkati saya dengan zuriat seorang lagi putera yang kini berusia 5 bulan sudah. Erm, sejak dah ada baby baru ni, hormon pun sudah berubah gamaknya. Blog saya pun dah saya kunjungi semula tetapi bukan lagi Ilham Hati, saya sudah tukar kepada www.ummieamsyar.blogspot.com sempena baby baru. Masih dalam proses kemas kini dan lebih suka pasal makanan dan masakan. Huhu...

Kepada Sabri dan kawan-kawan yang masih meneruskan pembelajaran sebagai mahasitua, selamat belajar dan sukses hendaknya. Kepada kawan2 yang lain, salam rindu, semoga diizinkanNya untuk kita ketemu lagi. Salam kemaafan dari saya.