Pecarian Belum Selesai

Norlia Abdullah, majidin wassilin, norliha Mohd Noor,Beechee Hamisah, Asnian Ayub Daud, Mahiran Mohd, Zuraidah, norwati hussin, Latifah Diasin,Rahana Ismail, Hamizan Shaffain, Rokian Che Mamat, Rasimah Abd Momen, dan Fadzilah Mohamad
Sesiapa yang ada contact dengan penama di atas tolong maklumkan kepada blogmaster- TQ

Isnin, Ogos 18, 2008

Ikan di Laut Asam di Darat

Salam utk semua. Kabare? Panjang lebar juga ulasan topik yg dibawa Ju. Rasanya kesimpulannya camni lah.
"Rumahtangga yang aman damai itu terbina antara gabungan kegagahan seorang lelaki dan kelembutan seorang wanita. Lelaki berusaha mencari nafkah sementara wanita pengurus rumahtangga. Namun realiti kehidupan skrg berubah bilamana wanita juga berperanan mencari nafkah (bagi membantu suami yg dikasihi), maka suami ingatilah isteri anda yg baik2 shj. Jika isteri membantu suami menambah rezeki, sudah tentu tidak salah suami membantu isteri mengurus rumah. Jangan rasa tercabar bila suami membantu di dapur, kerana tugas tersebut bila dilakukan bersama akan menambah kasih mengerat sayang yg telah terbina. Perlu diingat tidak akan wujud sebuah rumahtangga yang bahagia dek kegagahan seorg lelaki semata2 atau kelembutan isteri shj. Syariat Islam telah memuliakan wanita dengan memberi satu jaminan bagi kehidupan mereka. Disebabkan fitrah dan peraturan hidup itulah maka suami berperanan memimpin isteri ke arah mencari keredhaan Allah swt. Juga pada bahu suamilah tergalas tanggungjawab atas segala masalah anak isterinya. Hargailah suami @ isteri anda ketika ada hayatnya, jika marah atau bosan, sebelum berpaling kpd yg lain, kenangi saat mula cinta berputik dan berpadu janji, saat memula bahtera rumahtangga, dan saat pertama menimang cahaya mata, saat isteri bertarung nyawa untuk menghadiahi suami seorang zuriat berbinkan suami tercinta. Andai sudah memiliki kehidupan selesa, saling mengasihilah sebagaimana awalnya. Fikir banyak kali sebelum mengucap sayang kepada yang lain. Ingat yang pertama itulah bersama susah senang membina hidup. Usah khianati dia dgn mudah kerana yang kedua belum tentu sanggup bersusah payah sbgmn yang pertama". Okey geng, lepas ni topik lain pulak ek? He3...bila lagi topik masak-memasak nak mula schedule ni...
...che tun

Tercabarkah Aku?

Assalamualaikum penatap blog semua..
Aik, tak sangka rupanya banyak respon terhadap isu 'Suami n Isteri' nih.. Terima kasih atas pandangan rakan2 semua.. Ju sokong 100%.. Jangan lak ada 'tersirat' rasa di hati.. Petikan tu Ju 'copy paste' je drp emel kawan Ju.. Bukan idea Ju sdn pun.. hehe.. Tapi pabila Ju amati teks tu, memang ada betulnya tentang apa yg kita lalui seharian.. Cuma nak kongsikan sama betapa remehnya keje 'wanita' seharian, tetapi perlukan komitmen yg besar..

Betul kata ko Mas, sebagai insan, sama ada 'isteri' atau 'suami', peranan 'KITA" memang saling melengkapi.. tidak pulak nak mengata 'suami' KITA tu bermasalah dlm rumah tangga.. Contohnya, ko, rakan2 lelaki kita, dan 'suami2' KITA, che Tun kan? Kalau ada yg tak beres, tentunya kita dah jadi ibu tunggal..huhu.. Na'uzubillah.. tapi kalu sikit2 tu, adat ler.. Sedangkan lidah lagi tergigit..

Walaupun begitu, jika 'tercabar' anggaplah itu satu cuitan yg seharusnya kita berikan sedikit perhatian kepada insan 'tersayang'.. Bukan maknanya 'dia' terabai, tetapi untuk pupuk rasa lebih memahami agar 'cinta' tetap mekar di hati..

Kesempatan ini juga nak ucap 'Selamat ber'PTK'.. semoga tak ngulang lagi tahun depan!!..' Uuuummmuah..JuNmie..

Ahad, Ogos 17, 2008

macam-macam....

Salam untuk smua.....
memangnya dah lama tak post kat sini. Sibuk jugak akhir2 nih. Awal bulan ogos baru ni dah selesai perkhemahan uniform. Sekarang kena wat laporan plak kak tu oi! Letih kemain sebab tahu-tahu je la...all rounder. Sampai berjerawat habih muka. Ini baru balik dari JU Kelab Doktor Muda kat Temerloh.
Cerita pasal pengorbanan wanita ni memang banyak sebenarnya. Tapi bila kita cerita kata kita mengungkit plak. Macam yang Mas cakap tuh. Sebenarnya tanggungjawab menguruskan rumah tangga dalam Islam adalah tanggung jawab lelaki. Basuh kain, masak, kemas rumah, menyapu. Bukan tugas seorang wanita. Jika lelaki tidak dapat melakukan dia kena ambil orang gaji. Walaupun isterinya surirumah. Ini kan pula isteri yang sama-sama mencari nafkah. Tetapi kita sang isteri masih tegar dan sabar membuat segala tugas itu. Cuma kekadang TERKELUAR juga keluhannya. Takkan nak pendam je. Tidak timbul masalahnya lelaki berebut untuk membuat kerja rumah. Sememangnya kita mengharapkan balasan pahala. Sepatutnya lelaki sama-sama menghulurkan tangan membantu isteri yang sebenar membantu suami membuat kerja rumah. Sama-sama kita menuju bahagia. Kalau isteri dah bertungkus lumus siang malam.....kesian dia mesti letih sakan. Wah...terceramah la pulak. Bukan apa..kadang-kadang lelaki ni tak sedar tanggung jawab sebenar dia. Tapi saya mendoakan agar kekawan semua yang menjadi suami, agar dapat menjadi seorang suami yang memahami hati seorang isteri. Layani la isteri dengan lemah lembut. Dengarlah keluhannya. Kekadang bukan dia inginkan balasan emas menggunung, hanyalah sekadar meluahkan keresahan. Semoga rumahtangga yang kita bina adalah kerana Allah dan bahagia sehingga ke akhir hayat. Sekarang ni macam-macam yang terjadi di sekeliling kita. Kelahi sana, kelahi sini. Cerai sana, cerai sini. Affair sana, affair sini. Anak-anak.....kesian mereka. Selalulah kita berdoa agar rumahtangga kita kekal selamanya. Jika ada kelemahan masing2, jangan salah menyalahi. Kita hanya manusia, masing2 tidak sempurna. Jika kita terlajak, tidak terlambat untuk kita kembali.
Macamana kak tun ok tak apa yang ida tulis ni. Takutla tengok la ni. Macam2 kes rumahtangga.Okla semua....ida ucapkan selamat bercuti...kalau cutila. Dan selamat amik peksa PTK. Semoga lulus ya. Study jangan tak study.Bye...jumpa lagi.

Tersentuh hatiku

Salam hormat, tersentuh hati kecil ini bila kalian ( ju,mas, azwan, che tun dll) membuat ulasan tentang kehebatan seorang wanita, apakan daya aku ini seorang lelaki..... maka kehebatan itu tidak lah dapat di rasai sepenuhnya sperti merasai bagaimana isteriku mengandung. Aku juga begitu kagum dengan kawan-kawan yang memberi pandangan siap dengan hujjah dan hadis sekali. Dah lama aku tidak menyusuri blog ini sebab pertamanya PC dalam bilik aku dah terbakar, yang ke duanya aktiviti tugasan aku agak padat juga sekarang, aku berada di Kuala Lumpur Pada hari Isnin hingga khamis, Jumaat Sabtu di rumah ibu mertua dan hari ini hingga selasa di BTPN Marang menghadhiri kursus. Baru-baru ini suffian Maidin mintak password nak masuk blog ni tapi belum muncul lagi ni..... masukklah ...pian. Bila kah Yazid nak ke Kota Bharu ??? cuba call pendi @ nik yee mungkin boleh tolong kot!!!
Apabila aku membaca kisah Junaina tu , rasanya macam pernah terdengar cerita tu. Kalau tak silap dalam buku Less Stress karangan Dr Julian Melgosa, cuma cerita itu diceritakan semula oleh seorang suami yang ditugaskan oleh isterinya menjaga anaknya apabila dia bertugas...... selepas mengalami peristiwa sebegitu barulah si suami menyedari betapa hebatnya seorang wanita.Kalau nak tahu lebih lanjut lagi cerita tu bacalah buku tu ye, aku dah baca dah..... cuma satu kesimpulan ringkas yang aku nak buat di sini ialah kita menjadi stress apabila kita memikirkan akan melakukan banyak kerja dalam satu masa.so nak hilangkan stress maka dicadangkan (mengikut buku itu ) letakkan satu perkara sahaja dalam fikiran kita dalam satu masa kalau bolehlah. rasanya ada disebut juga kisah bagaimana seorang bos yang bergaduh dengan isterinya dirumah meluahkan kemarahannya kepada setiausahanya. So jangan heran kalau GB/Pengetua bergaduh dengan isteri/suami di rumah esok cikgu sekolah jadi mangsa or kita suami isteri bergaduh (berselisih faham ) di rumah, esok anak murid kita jadi mangsa... fikir-fikirkanlah..

Jumaat, Ogos 15, 2008

'Selamat Bercuti'

Salam untuk semua. Kabare? Waras? Utk ke sekian kalinya, kuingin mengucapkan selamat bercuti kpd kengkawan yg berkesempatan menikmati cuti. Nikmatilah cuti utk kita seadanya. Namun begitu, sodih juga bila kawan tak berkesempatan spt kalian. Tentunya ada lagi rakan senasib yg terus bertungkus-lumus membantu anak didik UPSR yang akan menghadapi ujian tersebut dengan berbaki 25 hari saja lagi. Takpe lah demi tugas dan amanah. Alah bisa tegal biasa. Rasanya korang pun sama ada kelas spnjg cuti ni. Semoga usaha kita berbalas hasil yang manis. InsyaAllah.
...che tun

ANTARA SUAMI & ISTERI

Salam buat penatap setia blog nan meriah ini…..

Wow… baru 3 ari tak jengah kat sini, dah macam2 cerita yang ada. Lucu ada, sedih pun ada. Apa2 pun bersyukur atas nikmat Allah kerna dihidupkan kita sehari lagi untuk melayari bahtera kehidupan di bumi yang dipinjamkan ini…

Tersentuh hati kecil lelakiku ini tatkala membaca luahan hati seorang isteri yang dicoretkan oleh Ju. Sememangnya isteri mempunyai peranan yang besar dalam ruang lingkup rumah tangganya.

Kaum hawa dicipta dari rusuk Adam,
bukan dari kepalanya untuk dijadikan atasnya..
bukan dari kakinya untuk dijadikan alasnya..
melainkan dari sisinya,
untuk dijadikan teman hidupnya...
dekat pada lengannya untuk dilindungi
dan dekat pada hatinya untuk dicintai...

(Hadis Rasulullah s.a.w)

So, dalam keadaan senang mahu pun susah, tempat isteri adalah di sisi suami….Tak perlu dirungkai dengan kata-kata berjela, khalayak sudah maklum dengan tugas isteri apatah lagi jika sudah bergelar ibu. Dahulu keseorangan, kini berdua apabila diijabkabulkan. Persetujuan yang diberikan sewaktu lafaz akad itu bukan untuk sewaktu senang sahaja malah termasuk waktu2 susah juga.. Bebanan isteri kian bertambah selepas kelahiran anak pertama. Ini bermakna sudah ada 2 jasad yang perlu diberi perhatian!! Tambah lagi satu bebanan!!!

Mana yang perlu diutamakan? Mana yang perlu disegerakan? Tanggungjawab itu menjadi milik seorang isteri… Memasak, melipat kain, mengasuh anak, menjemur baju, membasuh pinggan mangkuk, menyiram bunga, mengemas rumah, melayan suami n bermacam2 pekerjaan lagi sudah sinonim dengan insan bergelar ibu atau isteri. Justeru, wajarkah lelaki berebut2an untuk membuat perkara2 tersebut hingga timbulnya konflik rumah tangga??

Dalam Islam, suami yang wajib menyediakan makanan dan keperluan asas untuk keluarganya. Jika tidak mampu, maka wajib baginya melakukannya sendiri. Itu fakta yang tidak boleh disangkal lagi! Namun tahukah para isteri sekalian, sebaik2 pertolongan daripada seorang perempuan yang bergelar isteri adalah memberi pertolongan kepada suaminya sendiri.

Sebenarnya para isteri dan ibu-ibu sekalian, apa jua rutin hidup anda dalam melengkapkan kehidupan berumah tangga ada pahalanya! Kasih sayang yang anda curahkan dalam masakan, mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan! Apa jua yang anda lakukan buat keluarga akan menimbulkan kepuasan seandainya anda ikhlas. Tapi percayalah…sedetik hati anda merasakan terbeban dengan tugasan seorang isteri hingga membanding2kan dengan peranan suami, anda sebenarnya menghampiri dosa. Kesemua kerja yang anda lakukan jika tiada keikhlasan Allah akan balas dengan kepenatan sahaja tanpa pahala!! Tapi seandainya, segala rutin yang anda lakukan dengan niat ikhlas untuk memakmurkan alam rumah tangga anda sendiri, diberi seribu satu nikmat oleh Pencipta tanpa anda sedari …

Sememangnya para isteri dan ibu mempunyai tanggungjawab yang besar dalam mengurus rumah tangga. Sebab itu dalam Islam, apabila ditanya oleh seorang kenalan kepada Rasulullah, siapakah yang harus ditaati selepas Allah? Tahu jawapannya kan? Ya… ibu…ibu…ibu… selepas kali ke-3, baru insan lelaki disebut! Cuba para isteri fikirkan kenapa? Oleh sebab itu juga, pepatah melayu ada mengatakan Syurga itu di telapak kaki ibu….. Jadi, apakah perlu seorang suami mempunyai tugasan seorang isteri juga? Jika isteri menuntut tanggungjawab yang sama antara suami dan isteri, apakah perlunya perkongsian hidup? Suami dan isteri seharusnya lengkap melengkapi antara satu sama lain.
Peranan dan tugasannya mungkin berbeza! Ada isteri lebih kerja di bahagian A tapi suami lebih juga dalam Bahagian B! Namun matlamatnya sama – mewujudkan keluarga bahagia…

Secara jujurnya, saya menghargai insan yang bergelar ibu dan isteri. Bersyukur kerana mendapat isteri yang rajin tapi itu bukan bermakna saya mendiamkan diri daripada membantunya dan tidak perlu dibongkar segala pertolongan yang diberikan untuk mendapatkan perbandingan siapa banyak kerja siapa banyak rehat??Nilailah suami anda sewaktu suami sedang bekerja bukannya sewaktu suami berehat..kerana apabila kita menilai orang yang berehat sewaktu kita bekerja, pandangan skeptikal pasti berlaku…Sementara suami masih bernafas dan menjalankan tanggungjawabnya sebagi suami, sayangi dan layanilah suami kerana syurga isteri DI TELAPAK KAKI SUAMI…..

Ikhlas daripada seorang SUAMI : Mas, Jengka 7.

Khamis, Ogos 14, 2008

Seorang Guru Tua...

Kutitipkan Untuk Insan bergelar Guru
(Termasuk di M3P Kuala Terengganu)

Guruku yang baik,
masih lagi mengajar,
sedang aku kini sudah besar.
Dulu wajahnya muda,
kini rambutnya memutih kepala.
Ada anak-anak muridnya,
sudah menjadi menteri.
Ada anak-anak muridnya,
kini memegang jawatan tinggi.
Tidak kurang pula,
bergelar usahawan berjaya.

Guruku yang baik,
masih di situ,
masih memandu kereta lama,
masih menuju ke sekolah yang sama,
tiada kelihatan jemu,
dari air mukanya,
tiada kedengaran bosan,
dari suara bibirnya,
dia gigih menggenggam,
tanggungjawab yang diamanahkan.

Seorang guru tua,
dia masih di situ,
berdiri sebagai guru,
menabur jasa-jasa,
dialah pendidik bangsa

_JuNmie

Selasa, Ogos 12, 2008

Guru Oh Guru

Buat sahabatku yang senantiasa dalam kenangan, kutitipkan sajak nukilan Usman Awang untuk tatapan kalian sebagai pendorong semangat juang mendidik anak watan ke mercu gemilang. Walau di mana menabur bakti, jasa dicurah tetap diingati, usah berkeluh kesah dengan tugas yang membebani, kerana kemuliaan tugas kita dasari, memberkati rezeki yang kita kecapi di bawah lindungan restu Ilahi. Bacalah dengan hatimu...

Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di ibu kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan didulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979
...che tun

Sekali Air Bah.....

Salam.... Dulu masa d m3p tahun 90/92,kita semua masih muda remaja... metabolisme masih kuat.... pantang pihak pengurusan buat aktiviti.... semua nak join... masa tu tak fikir penat, takut or masa.... yang kita fikir seronok aja... tpi sekarang setelah 16 tahun berlalu.... segala aktiviti yg pihak sek buat... macam2 alasan pula kita berikan... masa tak ada lah, anak tak ada org jaga lah..atau ada yang kata xtvt ni sesuai utk cikgu muda2 buat, kami dah biasa dengan xtvt ni.... perasan tak sebanarnya... tahap kemalasan kita makin bertambah sering dgn usia kita.... Tambah2 lagi apb bentuk badan pun dah berubah... dulu sikit punya slim.. tapi sekarang macam badan sumo or orang nak masuk angkat berat... tu le yang dikatakan sekali air bah sekali pantai berubah..... agak2 rambut ko org dah beruban tak !!!! kawan dah ada dua tiga helai uban miang tumbuh...

Frm Abdullah Azwan Jb

Isnin, Ogos 11, 2008

Cikgu 0h Cikgu

Salam utk smua. Kabare? Waraaasss...He2... Tu je kalimah jawa yg kufaham. Yg lain2 tgh menuntut lg ni tapi suam2 kuku je. He3...Ju, Ju...dalam maknanya citer tu. Utk kaum hawa ye beno le tu. Tuk kaum lanang ye tak ye, kena ye kan je ler. Tak ngaku? Ala cam tak tau. Tabik ler utk ibu2 seMalaya. Tapi slalu ge kawan 'pukul anak sindir menantu' ngan org umah dan anak2. Kataku, "Ai, yg pakai baju 5 org tp yg tukang cuci, lipat kain sorang jer. Kalo tak sanggup lipat, beli ler mesin lipat kain." Nanti bila tlinga dah hangat, deme 4 branak tu buka ler kilang proses lipat kain. He3...Tak yah marah2 nnti BP naik. Apa tak nye, kalo kita dah sakit, satu umah tunggang langgang. Ha, Mas, langkah pjg gak yer? Sonok tu, kalu jumpa Siah ngan Niza krm slm kat deme. Dulu ada gak beremel ngan dia tp dah lama tak berbalas. Siah citer gak pasal Hasmah ngan Arif. Nnti kita citer pjg ek?... Tapi kan petua Mas tu kejam sgt. Tak tau ler nak ckp camne tapi benonye sek kak ni keras ckit. Kadang tu kalo tak bdk2, cikgu yg kena. Kerap juga. Dah tu ada jg blaku kes bdk2 ilang. Biasanya antara jam 4 ke 6 ptg. Naik rehat je dak djh 2 ilang pastu bila jam 6 muncul blk. Bila tanya nnti dia ckp lah dia ikut cikgu mana2 pegi kat sekitar sek. Biasanya dorang ckp ikut cikgu sapa2 pegi bagi makan ayam kat taman botani sek. Tak lucu kalo dah selalu. Nasib baik ada ustaz2 Jqaf. Korang tau, dulu ada cikgu yg kena, pastu kwn2 baca Yasin, pastu dia gelak ckp tak yah baca. Kami lagi pandai baca, katanya. Tak haru tu. Okey lah, citer lain plk, camne PTK. Kita pekse lagi ye. Jgn jemu jgn segan, kita amik je. Study le apa yg patut. Oh ya, korang jenguk jg yahoo group, ada soalan dan nota UPSR kat sana. Kalau nak tambah koleksi, postlah ke sana. Okey?...Ma, bila nak on projek masak-memasak kita ni. Start le. Dua tiga ari lagi kak post satu dua resepi yek? Korang nak msk apa, stail jawa? Ooooo, belum blajo sgt lagi. Apa2 je lah ye. Janji sedap dimakan. Iiiiiidaaaaaaa, buat apa lgi tu? Lamanya membisu...Rindu ni. Jomlah berblog. Sunyi lak Brie tu nnti. Bye, roger n out.
...che tun

SAPA Lebih PENAT: Lelaki atau Wanita???

WANITA sangat Istimewa......
Mama dan Papa sedang menonton TV..Mama berkata. "..i letih la.. dah lewat ni, i nak tido lah...."

Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak lipas...leceh pulak nanti.. dah tu, ade pulak rice cooker dalam sink..rendam lepas makan tadi..basuh jap... susun pinggan kat rak, lap dapur..terpercik kena sambal masa masak tadi... check air panas dalam flusk..takut habis pulak nanti malam anak nak susu...memang dah kering pun flusk ni, jerang la air...sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong....salin la gula...check bubur untuk anak nak hantar ke taska esok..nasib baik ade lagi...ishh...ni lauk bila ni, semalam...dah beku dah...basuh la kejap....

Pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh...penat dah ni, besok je la basuh...sidai kain lap je lah... tik...bunyi air dah masak...salin air dalam flusk...ok settle...

Baru teringat tak semayang lagi...on da way nak g bilik, papa tgk tv lagi...nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska...check...baju 2 pasang, towel...towel kecik utk selsama...calamine lotion untuk sapu ruam...pampers 4 keping....alamak..telupa pulak masukkan botol...basuh botol jap...ok settle...

Ternampak pulak beg g keje...emm..besok nak pakai beg polo coklat lah,asik2 pakai beg hitam ni je...salin jap barang2 g beg coklat...cek sume 6 poket beg, takut la tetinggal apa2..leceh pulak..selalunya barang yang tertinggal tu la yang nak pakai nanti...hishhh sempit la beg ni...hangin je...nak kena beli ni beg baru...rasenya 25 hb ni Sogo sale nih...mana flyers tadi ek...ha ni die..ok, catit jap kat yellow
sticker, nanti lupa..ok settle...

Tetiba dengar suara papa..."..u buat apa lagi tu..tadi kata nak tido.."...."..yelah nak tido la ni..nak smayang jap..." masuk toilet..buat apa2 yang patut...cuci muka dulu..2 jenis lak tu...adoi..gosok gigi...smayang...pakai toner...pakai treatment cream...nak lawa and maintain punya pasal lah ni...nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak...huhuhuhu...

Bukak almari...emmm...pakai baju hijau ni lah besok...gosok kejap..check baju papa, baju papa pun kena gosok jugak ni...kat bilik belakang... la, napa komputer ni tak tutup ni..gelas kopi pun ade lagi, dah bersemut dah..ishhh ...g dapur, basuh, sambung gosok baju...gantung elok2...kemaskan baju gantung2...masukkan seluar papa yang dah kotor dalam tempat kotor...ok settle..

Dgr suara papa lagi..."..i dah ngantuk ni.."..dalam pada nak masuk ke bilik... owh...pokok aku dah nak mati ni ha..lupa dah 3 hari tak siram...ok, siram jap... check jap pintu ni...sah tak kunci lagi...grill pun tak tutup..ni kalau tak check ni, senang2 je mat indon masuk rompak umah aku...bukak lampu luar.. ni mainan ni sepah2...masukkan la dalam bakul mainan budak ni...banyaknya...sampai bawah meja makan pun ade...adoi....ok dah ...ok dah boleh baring...adoi sakitnya pinggang... cium si comel ni kejap...selimutkan die...la..napa basah ni...emm, tukar la pempers ni... tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la...nanti g Sogo 25hb ni beli la skali...ok sayang tido k...kalau boleh jangan la bangun tgh malam ni eh..tido sampai pagi k...gud nite..sweet dreams...

Aaahh...sedapnya dapat baring...mana pulak lotion sapu kurus aku nih...ha, ni dia...sambil sapu lotion kurus..setkan alarm...setkan program kerja besok...pg kul 9.30 ade meeting.. ahh...boring...panas pulak lotion nih..dah la...emm..sedapnya lelapkan mata...Ya Allah...terima kasih untuk rezekiMU hari ini,...mohon keberkatan dari mu tuhan...papa pun bangun tutup tv..."...i dah ngantuk sangat ni...nak tido lah...citer pun tak best malam ni, bola pun takde..."...selang seminit ...dengar suara papa berkeruh...dah agak dah....(ermm.. senangnya papa nak tido???!!!)

So?....apa yang peliknya..??
Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama?...SEBAB ADE BANYAK KERJA NAK KENA BUAT.... tu yang tak boleh nak mati cepat tu...

Ceritakan ini kepada semua WANITA yg anda rasa sungguh hebat...pasti anda disayangi kerana memahami mereka...well, women understand women better...foward jugak kat lelaki-lelaki so mereka akan hargai emak, isteri, dan kawan 2 dengan lebih baik lagi...

Tak kira la wanita berkerjaya atau surirumah...setiap wanita adalah istimewa dengan cara mereka sendiri... Kalau lelaki mengakui kebenaran ini....hormat dah hargailah mereka... untuk keperibadian dan kebolehan mereka untuk berdikari...
Renungan drp JuNmie...

PENAT LAGI???!!!

Salam buat semua teman-teman seperjuangan.

Syukur alhamdulillah kerana diizinkan Allah untuk berbicara di blog ini untuk ntah kali kali berapa ek..!? Hentam saja la labu....

Sebenarnya, baru sat tadi terima call daripada Yazid dari Unit E tuh! Dia hadapi masalah untuk cari hotel penginapan yang tak berapa mahal pada Sabtu akan datang d Kelantan. Kisahnya, budak sekolah dia terpilih wakil Negeri Sembilan dalam acara Sajak Dadah! Semua penginapan peserta n guru pengiring dibereskan oleh JPN Kelantan tapi disebabkan c Yazid ni kena jadi baby sitter untuk 3 orang anaknya maka dibawanya semua anaknya ke Kelantan coz urang umahnya tengah berpantang n mak mentuanya ke Mekah untuk umrah.. So terpaksalah dia cari hotel2 yang berhampiran ngan tempat pertandingan tuh! Siapa boleh tolong ek..? Helo..rakan2 di Kelantan, ada sesiapa boleh bantu c Yazid ni tak?

Buat kak Tun..lucu gak baca kisah bab cintan-cintun kat sekolah akak tu.. tapi jangan ingat kat cni tak de kes serupa! Asal nama murid tahun 6 mesti dah jiwang2!! Cekgu2 pompuan sikit punya menyampah ngan perangai bebudak pompuan yang ngengade ngan cekgu lelaki... Kami cekgu lelaki layan sepatutnya ajer lah.... Tentang histeria tu, penawarnya berikan sajer penyepak sulung 16!!! Kekadang tuh dorang ngengade jer lebih!!!

Oh yer... esok saya ke Bera kerana bertugas sebagai hakim lagi tapi kali ini dalam Karnival Pra Sekolah la pulok!! Harap2 dapat jumpa c Siah n suaminya c Nizar tuh.. Lebih kurang 2 hari saya di sana. Hari tu masa karnival peringkat daerah Maran, saya sempat ketemu ngan Hasmah Sorumin unit B. Kak Tun ingat lagi tak ngan mek Sabah yang asyik nangis jer masa mula2 dtg ke Terengganu 16 tahun dulu?La ni, dia dah havoc... Pakaian ala-ala mak datin u.... n berisi la ckit. Ada 2 orang cahaya mata n sulungnya dah sekolah menengah..Meriahnya hidup dia kan!! Anak sulung dah besor wei... Cam saya ni, yang sulung baru jer darjah 2... Cubaan....

Baiklah minta diri dulu. Dah awal pagi pun..esok nak ke sekolah pulok. Kalau saya jumpa ngan Siah n Niza nanti, saya titipkan citer kat cni ek. M3P tetap di hati...

Ikhlas dari kejauhan : Mas, Jengka 7

Sabtu, Ogos 09, 2008

Penat???

Salam utk smua. Kabare? Penat??? Wa pun penat gak. Tst ler. Geliati tul baca nota Mas tu. Jangan ler kecik ati. Kak pun telupe plak kat member felda. Soli ler. Mas tau, dulu masa kak posting kat SK Sg Tong, Setiu tu kan sek kampung. Felda tu. Tapi kat Trg aktif manjang dgn mcm2 xtvt. Kalu dah penat kitorang pegi ke Gunung Tebu. Ingat tak Gunung Tebu kat Besut? Pastu ada satu lagi tempat kat Setiu, kalu tak silap Lata Tembakah kot. Spa la kat air terjun/sungai tu sama bebudak (camping la tu). Seronok ajar sek kg tak sama cam sek bandar. Sana mak bapak okey, yela anak org kg, dorang tu jenis tak meninggi diri. Sejak ke Shah Alam, pening sbb anak2 org2 berada paling tdk pun yg jenis mengada2. Bila kat cni pulak okey ckitlah. Tapi dah nama djh 6, biasaler Julai mulalah kronikkan? Masing2 berebut nak masuk klas. Pastu minggu ni plak kat sek kak dua mrd pompuan tahun 6 histeria. Mana taknye, dah stress, dorang baca buku bukan2. Sorang bdk tu pinjam buku kat library bgerak yg dtg ke sek pasal hantu hasil tulisan uncle seekers. Dah tu sorang dak jantan baca mentera yg ada dlm tu, pastu blagak ala2 bomoh baca jampi halau benda tu plak. Apa lagi, meletup satu sek. Nak jadi cerita, masa tu kak tgh settlekan bdk2 pompuan klas elit yg bergasak iri hati antara satu sama lain. Kononnya cikgu lebihkan yg sorang, tak kesahkan yg lain. Berebut pakwe lah. Pening pale kak. Tiap2 tahun mesti ada kes cintan cintun dan histeria. Tapi kan, dah lama beno ajar dak tahun 6 rasa dah tak reti nak lyn bdk2 kecik tahun 1, 2 tu. Dahlah sound tu asyik tinggi je. Teperanjat2 dak2 tu kalu kak ajo gamaknya. Mas, kalo nak baiki prestasi tu, cuba minta ilmu kwn2 kat Trg. Dulu masa kat sana, biasa kami buat motivasi bermalam kat sek. Cikgu mmg rapat dgn bdk. Tapi kak kat sini dah lama, bila nak wat camtu ada je member tak stuju. Kesian kat bebudak asyik anjal sana sini, tension dorang. Sabo le Mas, Ju. Harapnya Allah berikan kekuatan tuk kita terus berusaha utk anak2. Dan utk p'getahuan Mas mmg bg kak, sekolahku rumahku. Bukan apa, che abg bkn cikgu. Dia tu cbuk manjang ngalahkan YB. Keja pagi blk mlm. Kalo outstation lg haru. Dah takde baby rasa sunyi kat umah sorang2 bila ptg sbb smua anak2 dah sek. Tu pasal kak lebih byk duk kat sek. Buatlah apa yg patut. Okey smua, jumpa lagi.
...che tun

Jumaat, Ogos 08, 2008

Tak Merajuk ah..

Salam semua...
Mana ada merajuk lak, Mas.. Tiap hari Ju bukak blog ni n baca..tapi, tak post je.. Penat tu memang la penat.. dengan kelas anjal menganjalnya, SBT, kelas tambahan lak.. tambah lak ajo BM tahun 2 yg ada budak pemulihan.. eeii.. penatnyer.. sampai serak suara.. budak asli lak tu.. last2 Ju belajo bahasa asli lak..hehe.. Ju sayang dah bebudak tu..thn depan nak ikut ke thn 3.. dah 2 org leh baca..2 lagi baca 2 suku kata..3 org (2 lompat kelas= x masuk thn 1, 1 x bunyik2)mengeja suku kata.. Azam, mika tu boleh membaca naik thn 4..

Haha.. mana lak aku berpantang or mabuk2.. aku pose ganti la.. tambah la letih aku nih.. padan muka aku..dulu malas sgt nak ganti awal.. tangguh punya tangguh, dah nak temu ramadhan balik.. ada 3 hari lagik nih..

Apapun dah tugas.. Betul kata ko Mas, kalau masa penat canggini, memang serik t6.. tapi dah hilang penat, sanggup pulak.. bukan apa, kalau x ajo thn 6, nanti rasa banyak yg kita tak tau..

K, lah nanti sambung..hehe..nak memasak lak.. JuNmie

Khamis, Ogos 07, 2008

PENAT WEI......

Salam buat semua penatap setia blog ni....

Minta maaf bebanyak kerana tak sempat nak luangkan waktu mencoret apa2 yang patut di daerah blog ini. Biasala kan... Koi rase semua member2 yang tenggelam timbul tuh tentunya tengah berpinar2 bijik mata melayan karenah pentadbir sekolah yang mahukan kecemerlangan anak2 didik dalam UPSR! Tak buat dah tanggungjawab..

Ntahler...kekadang tuh dah nyampah nak ngajor tahun 6 tapi apabila awal tahun diseru oleh GB n GPK 1 untuk mengajar tahun 6, tak tergamak nak menolaknya... Mak koi kata, jika orang dah merisik itu tandanya orang suka...! Ye ker...? Tapi ini cakap masjid tau... Setelah koi merayu untuk direhatkan selama 3 tahun dari kelas tahun 6, nampaknya tahun ini koi tewas dengan pujuk rayu GB koi yang lembut berbicara tuh....

So tahun ni, seperti 15 tahun dulu semangat tuh teramat lebih!!! Tapi yang nak gerem tuh.. anak2 peneroka kat cni yang buat spoil lak...Cikgu dah beria2 mengajor siang malam tapi kesannya tak seberapa... Cuba korang bagi petua jap, guano nak buak kak bebudak Jengka ni...

Untuk Che Ton kita, yang udah menjadikan sekolahnya umah no 1 tuh... tahniah ler.. cantik corak batik mu lukis tuh... Pah tu mai ler sini pulok deh...! Che Tun tak per la ngajor di bandar, penat2 boleh gak g spa! Den kak hutan sawit ni manolah nak cari spa... so sebagai escapismnya mana2 anak murid yang tertinggal buku @ tak siapkan kerja sekolah, koi denda picit badan koi yang lesu2 nih!!! Relax la sekejap rasa badan.... Tapi korang jangan tiru ek.. ni berbahaya.. tapi koi dah buat perjanjian ngan anak2 murid lelaki yang langgar peraturan jer...

Eh, Ju ni merajuk ker cbuk nagn PLBS lagi? Dah lama rasanyer dia tuh menyepi? Ke kena jaga pantang tak boleh cakap ngan sape2 sampai UPSR kot? Takut ilmu melimpah keluar la tuh ek? JU... JU...? Ke mu tengah mabuk2 tuh??? Sekarang ni kan sejuk!!!??

Buat Bri, koi setuju sangat hang nak buat kad raya.. Ok, dalam seminggu dua lagi koi antar madah hari raya tuh! Untuk abe Fendi yang dah mula menulis di cni, tahniah kerana berani menyahut cabaran kami... teruskan menulis deh...!

Juga pada teman2 yang menelusuri blog ini, salam dari kejauhan daripada koi di Jengka. Semoga hubungan kita kian mesra n berpanjangan senantiasa. M3P tetap di hati...

Ikhlas : Mas, Jengka 7

Rabu, Ogos 06, 2008

Rindu di Kejauhan

Salam utk semua. Kabare? Sibuk semua tu senyap sunyi kapet ni melainkan 2, 3 brita yg mana ada. Yg lain2 ke mana? Taula sibuk pulun dgn bdk2 tp kalau ada masa, hantarlah brita ye? Kat sini sibuk pulun juga lps trial last week, ni tgh key in markah bdk2 sbb sok kena hantar PPD. Next week ada satu lg trial. Mmg mabuk tanda ketas kan? Mas ok lg ke? Takpe lah kan demi tugas dan tggjwb. Kpd seme kengkawan, sibuk camne pun jaga kesihatan tu. Kalau pening, penat, rest la kejap. Org laki2 tak taulah camne tp kalu cam kawan kalau penat, kawan mulalah belek2 pokok tak kira lah kat sek ke kat rumah. Cam ko Wan elok ko perati ikan kat kolam atau akuarium, nanti tenang sikit. Pastu kalu penat sgt pegilah overhaul body kat spa. Cam sek kawan ni kira pekan. Jalan kaki ke spa pun boleh reramai. Pastu massage relax2kan minda. Lega sikitlah. Yelah, nak pencen pun lama lagi. Segala urat saraf kena jaga. Ari ni birthday kawan. Welcome 2 DG 40. Slamat pjg umur utk kawan. Hik3...Seronok ge bila kengkawan kat sek rai dan ingat bday aku. Hi, kenalah semakin mengingati mati. Kena tambah amal ibadat ye. Ngantuk dah, ta ta, ti ti, tu tu. Jumpa lagi. Roger n out.
...che tun

Kad Raya

Salam hormat dan salam rindu, lama dah kawan-kawan tak masuk blog ni, sunyi lak rasanya , tak mengapalah tentu sedang berjuang habis-habisan untuk memastikan kecemerlangan anak bangsa bulan september nanti, aku pun nak ucapkan tahniah di atas kejayaan Kamal Arifin dan zam Ma'mor selamat menjadi graduat, bagi yang belum mulakan tu mulakanlah ... dalam kesibukan mengejar kecemerlangan aku baru teringat yang kita ni dah masuk bulan Sya'aban . rasanya bolehlah nak mula hantar ucapan untuk diisi dalam kad raya nak buat macam tahun lepas , kalau ada e mail bolehlah email sebelum ramadan nanti, boleh pos awal sikit, itupun kalau sudi nak buat ucapan dalam kad tu. kalau ada sape-sape nak bantu aku pun boleh juga . Tapi ucapan raya tu jangan publishkan dalam blog ni nanti "dok suspeng" boleh sms juga, bagi kawan-kawan yang dok tengok blog ni kalau konteks tolong maklumkan nanti ada yang tertinggal . Tolong juga hantar alamat terbaru untuk senang aku hantarkan kad raya nanti tq.

Selasa, Ogos 05, 2008

penat

salam... lama tak dengar berita dri kawan2.
aku di jb macam biasa, sibuk memanjang.....tak tahu bila boleh relex....
bila aku tengok kiriman gambar dri kawan2 rasa kelakar pulak.... wajah masa 90/92 tersangatlah muda dan nampak tak matang lgi....
Di sini nak minta le jasa baik kekawan bagi tips cara2 nak hilangkan penat.....
kalau dah penat, kepala berdenyut badan lemah2..... so tolong le bagi tips utk atasi masalah ni....

FRM Abdullah Azwan Jb

Sabtu, Ogos 02, 2008

tahniah

Aku tumpang gembira terlihat dalam LMS OUM senarai nama bergraduat oum 23 ogos ini yang tercatat nama kawan-kawan unit E 90/92 iaitu kamal ariffin Ismail dan zam maamor untuk sarjana muda pendidikan sains (BESC). Tahniah. Aku masih dalam menuntut ilmu sebagai mahasitua.

Jumaat, Ogos 01, 2008

Hi, Fendi

Salam utk semua. Kabare? Wah, seminggu jugalah tak berblog, nampaknya ada member baru masuk. Welcome abe Fendi. Oloh demo gok, kawe baru tinggal blog 4-5 ari. Demo tengoklah weh keaktifan kawe, bowoh nota demo tu keh ado gamba kawe tengoh canting batik kat dinding. Kawe tok lari sbb tak dok sapo nok kejar. Kawe ni sibuk2 pun kalu ade mase meme dua tiga brita kawe post saghi. Tapi kalu tok cukup mase meme 4-5 ari tok atar. Kade2 kawe raso susoh gok jadi kawe. Khijo betimbung2 weh. Kawe keno jadi s/u keceriee. Kena tgok seme2 kawe2 buak khijo. Duduk sini org situ panggil. Pening gok pale kawe. Pahtu kalu tok cukup pitih nok wak projek, kawe jual besi buruk, buat recycle sbb nok ccomel skolah. Rumoh kawe tok comel lagu mane pung. Nok wak lagu mano kalu doh kuli. Lagu ni ah. Tokleh nok kato gapo2 lah. Tahun ni projek mega demo tau. Kalu siap kekgi, kawe poh gamba yek? Okey lah, doh 6.15 ni. Nok siap gi skolah pulok. Pagi ni kena handle majlis penutup minggu Pss. Pete pulok ke PD spai Ahad, kursus utk satu skoloh. Juppo lagi deh! Untuk Ju, slamat menjawab. Goreng baik2 bhg B dgn C tuh. Ma, mana pegi? Ida, proposal dah siap? Mas, cbuk ke? Brie?... Tuk yg lain2 juga, salam ingatan...
...che tun