Pecarian Belum Selesai

Norlia Abdullah, majidin wassilin, norliha Mohd Noor,Beechee Hamisah, Asnian Ayub Daud, Mahiran Mohd, Zuraidah, norwati hussin, Latifah Diasin,Rahana Ismail, Hamizan Shaffain, Rokian Che Mamat, Rasimah Abd Momen, dan Fadzilah Mohamad
Sesiapa yang ada contact dengan penama di atas tolong maklumkan kepada blogmaster- TQ

Ahad, Ogos 17, 2008

macam-macam....

Salam untuk smua.....
memangnya dah lama tak post kat sini. Sibuk jugak akhir2 nih. Awal bulan ogos baru ni dah selesai perkhemahan uniform. Sekarang kena wat laporan plak kak tu oi! Letih kemain sebab tahu-tahu je la...all rounder. Sampai berjerawat habih muka. Ini baru balik dari JU Kelab Doktor Muda kat Temerloh.
Cerita pasal pengorbanan wanita ni memang banyak sebenarnya. Tapi bila kita cerita kata kita mengungkit plak. Macam yang Mas cakap tuh. Sebenarnya tanggungjawab menguruskan rumah tangga dalam Islam adalah tanggung jawab lelaki. Basuh kain, masak, kemas rumah, menyapu. Bukan tugas seorang wanita. Jika lelaki tidak dapat melakukan dia kena ambil orang gaji. Walaupun isterinya surirumah. Ini kan pula isteri yang sama-sama mencari nafkah. Tetapi kita sang isteri masih tegar dan sabar membuat segala tugas itu. Cuma kekadang TERKELUAR juga keluhannya. Takkan nak pendam je. Tidak timbul masalahnya lelaki berebut untuk membuat kerja rumah. Sememangnya kita mengharapkan balasan pahala. Sepatutnya lelaki sama-sama menghulurkan tangan membantu isteri yang sebenar membantu suami membuat kerja rumah. Sama-sama kita menuju bahagia. Kalau isteri dah bertungkus lumus siang malam.....kesian dia mesti letih sakan. Wah...terceramah la pulak. Bukan apa..kadang-kadang lelaki ni tak sedar tanggung jawab sebenar dia. Tapi saya mendoakan agar kekawan semua yang menjadi suami, agar dapat menjadi seorang suami yang memahami hati seorang isteri. Layani la isteri dengan lemah lembut. Dengarlah keluhannya. Kekadang bukan dia inginkan balasan emas menggunung, hanyalah sekadar meluahkan keresahan. Semoga rumahtangga yang kita bina adalah kerana Allah dan bahagia sehingga ke akhir hayat. Sekarang ni macam-macam yang terjadi di sekeliling kita. Kelahi sana, kelahi sini. Cerai sana, cerai sini. Affair sana, affair sini. Anak-anak.....kesian mereka. Selalulah kita berdoa agar rumahtangga kita kekal selamanya. Jika ada kelemahan masing2, jangan salah menyalahi. Kita hanya manusia, masing2 tidak sempurna. Jika kita terlajak, tidak terlambat untuk kita kembali.
Macamana kak tun ok tak apa yang ida tulis ni. Takutla tengok la ni. Macam2 kes rumahtangga.Okla semua....ida ucapkan selamat bercuti...kalau cutila. Dan selamat amik peksa PTK. Semoga lulus ya. Study jangan tak study.Bye...jumpa lagi.

Tiada ulasan: