Hi Brie, Ju, dll. Topik ko ni dialu2kan sbb dah lain dgn topik yg dibawa Ju tempohari. Ju bawa topik suami isteri. Ko plak pasal orang rajin bekerja bengkeng? Okey, ni respon kawan. Kita kongsi pendapat k?
Kawan pikir orang berkerjaya tu bukan semua bengkeng. Bengkeng tu maksudnya garang atau bengis. Kawan lebih setuju kalo kata tegas. Biasanya kita ni waima lelaki atau wanita perlu lebih banyak tegas, bukan bengkeng. Kawan meluat beno kalo org bengkeng tapi suka kalo tegas. Lagi pula bukan setakat wanita jelah yang bengkeng camtu, lelaki pun ada. Begitu juga dengan wanita yang berkerjaya sbg surirumah, pun boleh tahan bengkeng. Tapi kawan selalu lihat orang yang rajin bekerja memang lebih ramai yang tegas berbanding yang bengkeng. Kenapa?
Tegas dapat dilihat apabila mereka mempamer dan mengamalkan sikap yang tetap pendirian, bersungguh-sungguh dan mempunyai visi dan misi yang jelas. Biasanya orang yang rajin bekerja ni mempunyai visi dan misi tersendiri tu pasal kdg2 mereka selalu diberi kepercayaan oleh bos2 mereka untuk menjalankan sst tugas. Macam mana nak bagi kerja pada org yg tak tegas, nanti kena buli oleh ahli pasukan pula. Begitu juga sebaliknya, kalu bagi tugas mengetuai kerja utk org bengkeng, nanti org bawahan pula kena buli. Ha, tak ke bos pula pening kepala nanti! Nanti kerja ke mana, hasil ke mana. Org yg tegas akan memastikan segala perancangan akan berjalan lancar dan membuahkan hasil yang cemerlang. Dia tahu apa yang org atasan nak, apa yg dia nak, dan apa manfaat utk anak buahnya. Kalu asyik nak bengkeng pun tak ke mana juga. Yele, sikit2 marah. Marah dia je yg dia tau. Marah org camne? Bengkeng2 tu karang membawa padah kepada kesihatan.
Satu lagi pasal sensitif. Kawan berpendapat setiap individu sama ada rajin kerja atau tidak perlu sensitif terhadap semua keadaan. Kawan tak setuju kalo sensitif tu merujuk pada emosional. Sepatutnya sensitif tu merujuk kepada keadaan semasa. Contohnya keperluan, pendapat dan masalah diri sendiri, bos dan rakan sekerja. Jangan kerana terlalu tegas hinggakan mengabaikan pendapat, perasaan mahu pun masalah orang di sekeliling kita. Kita kena terima hakikat kita memerlukan orang lain dlm hidup dan dlm pekerjaan. Jangan asyik nak org terima dan ikut arahan kita semata2. Kadangkala dlm byk hal, kita perlu beri laluan utk mendengar dan menerima pendapat org lain. Toksahlah nak emosional tak tentu pasal. Orang tak suka dan tak hormat nanti. Kalo nak org hormat kita, kita perlu hormat org lain dulu. Kalo nak org berubah pun kita dulu yg perlu mula mengorak langkah.
Dalam hidup perlulah memberi dan menerima. Juga perlu sentiasa bermuhasabah diri utk kebaikan diri dan org di sekeliling. Dunia ni hanya pinjaman. Biarlah kita tinggalkannya dgn kenangan yg baik2. K, kawan serah pada panel lain pulak untuk memberi pendapat. Jumpa lagi. Roger n out.
...che tun
JUMPA SAUDARA RONI DI KEDAH
12 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan