Pecarian Belum Selesai

Norlia Abdullah, majidin wassilin, norliha Mohd Noor,Beechee Hamisah, Asnian Ayub Daud, Mahiran Mohd, Zuraidah, norwati hussin, Latifah Diasin,Rahana Ismail, Hamizan Shaffain, Rokian Che Mamat, Rasimah Abd Momen, dan Fadzilah Mohamad
Sesiapa yang ada contact dengan penama di atas tolong maklumkan kepada blogmaster- TQ

Selasa, Ogos 19, 2008

C U T I @ K E R J A ?

Salam buat sahabat2 yang setia mengunjungi blog ini.....

Amboi.... macam2 reaksi yang tiba ngan topik ko tu JU!! Apa2 pun koi bangga sangat kerana masing2 ada pendapat tersendiri yang boleh dikongsi bersama...

Sebelum koi melalut ngan cerita lain, terlebih dahulu nak sampaikan salam daripada Norsiah Kamari dari Unit B untuk semua sahabat yang membaca blog ini. Sebenarnya, sewaktu di Bera minggu lepas, saya berkesempatan berjumpa dengan Norsiah. Cuba lihat gambar di sebelah ini..
Ha.. ini Nor ngan anak tunggalnya.. Untuk pengetahuan kita bersama, suami Norsiah yang juga rakan maktab kita si Niza dari Unit C, tidak berapa sihat dan ada masalah untuk berjalan disebabkan penyakit gautnya itu.. So koi harap sesangat agar kita semua dapat mendoakan agar kawan kita ni sihat seperti sedia kala.. Sedih juga dengar cerita Norsiah.. Kalau kawan2 kebetulan lalu di Bera, telefon aje Nor untuk berjumpa ngan familynya.. nak maklumat lanjut, telefon Norsiah kerana ada beberapa perkara yang tak dapat kawan ceritakan secara terbuka di sini..


Ha.. gambar lagi satu pulok n i, yang abih kamera koi ditutup ialah Hasmah Sorumin! Kebetulan jumpa dia sewaktu Karnival Pra Sekolah peringkat Daerah dulu.. Dia malu sangat nak bergambar... soriler kalau imejnya tak berpa jelas ek!!

Ok..berbalik kepada topik yang dibincangkan, bagi pendapat ana kita perlu seimbang! Ada waktu kita berlembut dan ada waktu kita kena tegas..bukan bengkeng. Tapi pengalaman kawan ngan guru besar yang bertugas, kebanyakan guru besar pompuan semuanya bengkeng tak bertempat!! Sabor2 bukan nak provoke ni tau Ju.. tapi kenyataan.. kerana guru besar pompuan ini emosinya 9, akalnya 1! Sebab tu dia jadi bengkeng gitu! Semua benda salah di mata dia... kalau tak caya cuba awak siasat mana2sekolah yang berhampiran yang ditadbir oleh guru besar pompuan...confirm ada masalah...

Kekadang kan kita ni perlu kembali kepada akar kita. Untuk mentadbir manusia ini kita perlu seimbangkan antara kuasa dan timbang rasa. Kalau kita dapat menyeimbangkan kedua2 unsur ini, insyaALLAH masalah tegas @ bengkeng tak kan timbul! Percayalah... Untuk mentadbir manusia yang ada hati dan perasaan kita perlu ada ketegasan dan timbang rasa. Terlalu banyak timbang rasa, akan ada yang pijak kepala! Terlalu kuat bertegas, ada pulok yang berkeras sampai nak melawan arus.. So pada mana-mana kawan yang dah ada angin perubahan dalam kerjayanya ( maksudnya yang dah nak naik pangkat ke GPK atau dah jadi GPK )fikir2kan ler kata-kata ana ini!!

Ok la...koi kena berenti di sini dulu. Untuk kak Tun, koi juga tak bercuti!! Seminggu ni penuh ngan kelas tambahan untuk anak2 didik tersayang! Apatah lagi orang rumah guru BI di sekolahnya so kena lah banyak2 berkorban waktu cuti ni.. So kepada kawan2 yang senasib dan sewaktu dengan koi, redholah ngan apa yang kita buat. InsyaALLAH...pasti kita beroleh kenikmatan suatu hari nanti, PERCAYALAH.....

Dan bagi member2 yang kena berPTK seperti koi esok, semoga kita berjaya menjawab soalan2 yang memeningkan itu dengan cemerlang, gemilang dan terbilang...jangan TERLENTANG udohler... Ok..chow dulu...
M3P tetap di hati...

Ikhlas dari kejauhan : Mas, Jengka 7

Tiada ulasan: