Salam hormat, banyak sungguh idea rakan kita dua orang ni che tun dan che ju, aku sebagai lelaki yang mewujud blog ni rasa kian tercabar, dah macam macam idea di keluarkannya, mana geng-geng lelaki mas, pendi, jama, azwan, rusdi, sagap, sabang, kamal, meezee, yazid dan lagi dan lagi ke mana hilangnya ??? Din ??? ada yang dah minta password tu masuklah jangan segan dan silu ?? pada kesempatan ini nak sambung sikit lagi maklumat internet ni. Hari ini tajuknya Internet Protokol or IP. kalau kita nak hantar e mail, komen dan sebagainya melalui sesebuah komputer maka apa yang kita nak sampaikan itu hendaklah tidak menyalahi undang-undang sesebuah negara, contohnya dalam kes fitnah dan sebagainya kerana orang boleh mengesan nombor IP kita. Nombor IP ini lebih kurang samalah no talian tetap di rumah kita. Kalau kita menggunakan komputer untuk menghantar atau menerima benda-benda terlarang sebenarnya lebih merbahaya daripada membuat panggilan telefon. Jika kita berbual mungkin tidak ada orang merakam perbualan kita. Tetapi jika kita berkomunikasi dengan komputer bukti yang terlarang akan tersimpan pada tiga tempat. pertama komputer penghantar , ke 2 server (contohnya pengendali yahoo, google), dan ke tiga komputer penerima, so kalau ada satu satu e mail yang dianggap bersalahan dengan undang-undang jangan cuba-cuba nak sebarkan, baca dan padamkan sahaja. Apa yang berlaku terhadap Sharifah Aini dan Peminatnya vs Siti Nurhaliza adalah salah satu contohnya . tq.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan