Pecarian Belum Selesai

Norlia Abdullah, majidin wassilin, norliha Mohd Noor,Beechee Hamisah, Asnian Ayub Daud, Mahiran Mohd, Zuraidah, norwati hussin, Latifah Diasin,Rahana Ismail, Hamizan Shaffain, Rokian Che Mamat, Rasimah Abd Momen, dan Fadzilah Mohamad
Sesiapa yang ada contact dengan penama di atas tolong maklumkan kepada blogmaster- TQ

Rabu, Ogos 27, 2008

Persahabatan

Terharu kawan membaca bahagian akhir tulisan Brie. Memang benar bagai dikata. Kewujudan blog ini tidak sebagaimana blog lain yang dalam rangkaian yang kelihatannya hidup segan mati tak mahu. Tahniah untuk kita2 kerana persahabatan ini masih utuh. Sebenarnya kawan rasa teruja ukhuwwah kita kembali terjalin erat sebagaimana dulu bilamana ada perhubungan di blog w/pun ada antara kita ni dulunya kurang rapat. Kawan rasa contoh terbaik adalah antara kawan dengan Ju. Yelah, dulu rasanya kami tak sekelas dan gerko pun lain2. Tapi blog ni dah merapatkan kami. Dulu kawan suka buat hal sendiri2 dan selalu keluar ikut kelab rekreasi. Biasalah, kita kamceng warga seunit, sebilik, atau serumah sebagaimana kawan dengan Kak Rashidah dan Kak Haslina. Persahabatan di talian ini yang membuatkan kawan aktif berblog kerana kenangan dulu2. Terima kasih untuk korang kerana menjadi sahabat yang baik. Untuk Ida, camne, dah keluar result permohonan KDP tak? Kalau dapat jangan banyak fikir, terima sahaja kerana peluang tak selalu datang. Segala yang kita terima tentunya bersama hikmahNya.
...che tun

Tiada ulasan: