Aku lagi ni...He! He! He!
Kengkawan, ari ni aku ada baca satu fakta menarik dalam akhbar yang boleh kita kongsi bersama. Topiknya pasal ketawa.
Menurut kajian pakar psikologi Barat, kanak2 ketawa 100 hingga 200 kali sehari berbanding orang dewasa antara 20 ke 50 kali shj ( stress la tu ). Menurut mereka, ketawa merangsang kelenjar pituitari merembeskan endorphin iaitu hormon yang membuat kita rasa gembira ke dlm sistem pengaliran darah. Ketawa akan mengaktifkan tenaga positif serta meredakan tekanan.
Golongan perubatan jg percaya ketawa mampu menjadi terapi mengubat tekanan, menghindar pelb. penyakit bahaya spt barah, kencing manis, jantung dan darah tinggi. Ia amat baik utk kesihatan fizikal, melalui dua cara ie sbg ‘bahan perangsang' yg sihat dan merehatkan tubuh badan.
Penyelidikan perubatan mendpti ketawa merupakan senaman yg baik bg melancarkan pengedaran udara ke paru-paru, otot, saraf dan jantung krn ketika ketawa kita akan menggerakkan otot wajah dan tubuh, serta mempercepat kadar degupan jantung dan pernafasan.
Menurut fakta tersebut lagi, ketawa 100 kali sama dengan joging 10 minit. Bukan apa, cuba renungkan, kalau kita ketawa, seluruh anggota badan bergerak ( bergegar satu badan kata aku ). Kok ye pun jangan sampai mengilai plak. Mengilai dah lain citer. Silap mengilai org kata gile. Agak2 kalau kita malas joging yg sepatutnya 30 minit sehari ( betul ke fakta aku ni... ) kita ketawa je 300 kali sehari. Kik3... agak2 lah kok ye pun nak ketawa ek jgn sampai buat org keliling bengang.
Fendi, tq 4 ur comment. Aku bayangkan ko ketawa dulu, ada seni tersendiri. Bilalah gamaknya kita sembang secara live. Bila dikenang aku rasa tak tau nak bercerita hal apa dulu kalu dpt sembang dgn ko. Cam ari tu bila deq Yee call, byk no kenangan tak reti nak mula kat mana. K geng, chow dulu. Roger n out. Tengoklah brp lama aku dpt out sblm in balik.
...che tun
JUMPA SAUDARA RONI DI KEDAH
12 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan