Selamat menyambut ramadhan, selamat menempuhi debaran anak-anak dan anak didik yang menghadapi peperiksaan. Terima kasih buat ju kerana"kentutnya" , che tun yang tak jemu-jemu dengan celotehnya dan ida yang kejap ada kejap tak ada, terima kasih juga untuk Kamal & Syarifah , sesungguhnya aku sangat setia tunggu gambar yang janji nak pos di blog ini. Setelah sekian lama berblog ada tak kawan-kawan yang berasa nak memiliki blog sendiri ??? Aku mencadangkan kau orang buat blog sendiri , kita sebagai cikgu menjadi webmaster dan anak murid sebagai pengarang ??? membina blog adalah satu perkara yang agak mudah boleh klik pada tutorial , tukar kepada bahasa melayu jika sukar memahami bahasa inggeris. Masa lepas UPSR + bulan puasa ni sesuai kot. Kalau berminat bolehlah contact aku??
Aku ada satu idea, bagaimana kita wujudkan perkongsian pintar dikalangan anak-murid kita lepas UPSR nanti. Caranya kita wujudkan satu blog. Beri satu tajuk dan suruh mereka buat projek samada individu atau kumpulan. Aku jadi mastermind kau orang jadi pemantau , lepas tu aku carilah hadiah sikit buat budak-budak tu, beri sijil ke ??? kalau sapa-sapa setuju aku nak draf tatacara projek tu. semoga berjaya.
JUMPA SAUDARA RONI DI KEDAH
12 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan