Pecarian Belum Selesai

Norlia Abdullah, majidin wassilin, norliha Mohd Noor,Beechee Hamisah, Asnian Ayub Daud, Mahiran Mohd, Zuraidah, norwati hussin, Latifah Diasin,Rahana Ismail, Hamizan Shaffain, Rokian Che Mamat, Rasimah Abd Momen, dan Fadzilah Mohamad
Sesiapa yang ada contact dengan penama di atas tolong maklumkan kepada blogmaster- TQ

Jumaat, Ogos 15, 2008

ANTARA SUAMI & ISTERI

Salam buat penatap setia blog nan meriah ini…..

Wow… baru 3 ari tak jengah kat sini, dah macam2 cerita yang ada. Lucu ada, sedih pun ada. Apa2 pun bersyukur atas nikmat Allah kerna dihidupkan kita sehari lagi untuk melayari bahtera kehidupan di bumi yang dipinjamkan ini…

Tersentuh hati kecil lelakiku ini tatkala membaca luahan hati seorang isteri yang dicoretkan oleh Ju. Sememangnya isteri mempunyai peranan yang besar dalam ruang lingkup rumah tangganya.

Kaum hawa dicipta dari rusuk Adam,
bukan dari kepalanya untuk dijadikan atasnya..
bukan dari kakinya untuk dijadikan alasnya..
melainkan dari sisinya,
untuk dijadikan teman hidupnya...
dekat pada lengannya untuk dilindungi
dan dekat pada hatinya untuk dicintai...

(Hadis Rasulullah s.a.w)

So, dalam keadaan senang mahu pun susah, tempat isteri adalah di sisi suami….Tak perlu dirungkai dengan kata-kata berjela, khalayak sudah maklum dengan tugas isteri apatah lagi jika sudah bergelar ibu. Dahulu keseorangan, kini berdua apabila diijabkabulkan. Persetujuan yang diberikan sewaktu lafaz akad itu bukan untuk sewaktu senang sahaja malah termasuk waktu2 susah juga.. Bebanan isteri kian bertambah selepas kelahiran anak pertama. Ini bermakna sudah ada 2 jasad yang perlu diberi perhatian!! Tambah lagi satu bebanan!!!

Mana yang perlu diutamakan? Mana yang perlu disegerakan? Tanggungjawab itu menjadi milik seorang isteri… Memasak, melipat kain, mengasuh anak, menjemur baju, membasuh pinggan mangkuk, menyiram bunga, mengemas rumah, melayan suami n bermacam2 pekerjaan lagi sudah sinonim dengan insan bergelar ibu atau isteri. Justeru, wajarkah lelaki berebut2an untuk membuat perkara2 tersebut hingga timbulnya konflik rumah tangga??

Dalam Islam, suami yang wajib menyediakan makanan dan keperluan asas untuk keluarganya. Jika tidak mampu, maka wajib baginya melakukannya sendiri. Itu fakta yang tidak boleh disangkal lagi! Namun tahukah para isteri sekalian, sebaik2 pertolongan daripada seorang perempuan yang bergelar isteri adalah memberi pertolongan kepada suaminya sendiri.

Sebenarnya para isteri dan ibu-ibu sekalian, apa jua rutin hidup anda dalam melengkapkan kehidupan berumah tangga ada pahalanya! Kasih sayang yang anda curahkan dalam masakan, mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan! Apa jua yang anda lakukan buat keluarga akan menimbulkan kepuasan seandainya anda ikhlas. Tapi percayalah…sedetik hati anda merasakan terbeban dengan tugasan seorang isteri hingga membanding2kan dengan peranan suami, anda sebenarnya menghampiri dosa. Kesemua kerja yang anda lakukan jika tiada keikhlasan Allah akan balas dengan kepenatan sahaja tanpa pahala!! Tapi seandainya, segala rutin yang anda lakukan dengan niat ikhlas untuk memakmurkan alam rumah tangga anda sendiri, diberi seribu satu nikmat oleh Pencipta tanpa anda sedari …

Sememangnya para isteri dan ibu mempunyai tanggungjawab yang besar dalam mengurus rumah tangga. Sebab itu dalam Islam, apabila ditanya oleh seorang kenalan kepada Rasulullah, siapakah yang harus ditaati selepas Allah? Tahu jawapannya kan? Ya… ibu…ibu…ibu… selepas kali ke-3, baru insan lelaki disebut! Cuba para isteri fikirkan kenapa? Oleh sebab itu juga, pepatah melayu ada mengatakan Syurga itu di telapak kaki ibu….. Jadi, apakah perlu seorang suami mempunyai tugasan seorang isteri juga? Jika isteri menuntut tanggungjawab yang sama antara suami dan isteri, apakah perlunya perkongsian hidup? Suami dan isteri seharusnya lengkap melengkapi antara satu sama lain.
Peranan dan tugasannya mungkin berbeza! Ada isteri lebih kerja di bahagian A tapi suami lebih juga dalam Bahagian B! Namun matlamatnya sama – mewujudkan keluarga bahagia…

Secara jujurnya, saya menghargai insan yang bergelar ibu dan isteri. Bersyukur kerana mendapat isteri yang rajin tapi itu bukan bermakna saya mendiamkan diri daripada membantunya dan tidak perlu dibongkar segala pertolongan yang diberikan untuk mendapatkan perbandingan siapa banyak kerja siapa banyak rehat??Nilailah suami anda sewaktu suami sedang bekerja bukannya sewaktu suami berehat..kerana apabila kita menilai orang yang berehat sewaktu kita bekerja, pandangan skeptikal pasti berlaku…Sementara suami masih bernafas dan menjalankan tanggungjawabnya sebagi suami, sayangi dan layanilah suami kerana syurga isteri DI TELAPAK KAKI SUAMI…..

Ikhlas daripada seorang SUAMI : Mas, Jengka 7.

Tiada ulasan: