Salam hormat utk kengkawan. Aku ingin meneruskan cerita ceritiku. Harapnya tidak menjemukan korang. Saja nak kongsi kisah kita seorang guru.
Kengkawan, majlis kenduri doa selamat dan solat hajat kami Jumaat kelmarin selesai dengan jayanya. Ramai pula ibu bapa yang memuji masakan dan usaha kami. Sedap cikgu masak kari daging dan daging masak palembang kata mereka, siap tambah2 lagi. Seronok rasanya dihargai. Lewat 12 malam baru kami pulang ke rumah setelah siap mengemas. 8.00 pagi keesokan harinya kami guru2 tahun 6 tiba di sekolah semula utk menjalankan rutin biasa, tuisyen. Berita yang sampai ke telinga kami mengejut dan menghibakan hati. Seorang drp bapa yang memuji menu hidangan telah meninggal dunia jam 2.00 pagi. Apa lagi, kami terus ke rumah arwah. Ketika memeluk muridku, badannya panas, demam terkejut. Kata ibunya, selepas arwah pulang dari majlis di sekolah, dia telah muntah semua isi daging yang dinikmati. Kemudian ketika tidur, jam hampir 2.00 pagi dia bangun namun jatuh di tepi katil. Rupanya arwah penghidap darah tinggi. Ketika aku memeluk isteri arwah, dia tersedu sedan mengatakan redha ketentuan Allah. Kami yang hadir turut menitiskan air mata kerana baru malam tadinya semua anak2, ibu bapa dan guru bermaafan dan memohon restu. Apatah lagi aku yang menjadi master mind penghayatan. Baru malam tadinya kami menyebut antara bait2 ini, "Ya Allah, janganlah Kau ambil nyawa ibu dan ayahku sebelum aku mampu membuat mereka tersenyum, sebelum aku mampu menghadiahi mereka sebuah kejayaan". Ramadhan bakal menjelang esok hari, semoga memberi ketabahan kepada keluarga yang ditinggalkan. Semoga ada sinar cemerlang di hadapan mereka. Al-Fatihah untuk arwah. Amin.
...che tun
JUMPA SAUDARA RONI DI KEDAH
12 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan