Pecarian Belum Selesai

Norlia Abdullah, majidin wassilin, norliha Mohd Noor,Beechee Hamisah, Asnian Ayub Daud, Mahiran Mohd, Zuraidah, norwati hussin, Latifah Diasin,Rahana Ismail, Hamizan Shaffain, Rokian Che Mamat, Rasimah Abd Momen, dan Fadzilah Mohamad
Sesiapa yang ada contact dengan penama di atas tolong maklumkan kepada blogmaster- TQ

Ahad, Ogos 17, 2008

Tersentuh hatiku

Salam hormat, tersentuh hati kecil ini bila kalian ( ju,mas, azwan, che tun dll) membuat ulasan tentang kehebatan seorang wanita, apakan daya aku ini seorang lelaki..... maka kehebatan itu tidak lah dapat di rasai sepenuhnya sperti merasai bagaimana isteriku mengandung. Aku juga begitu kagum dengan kawan-kawan yang memberi pandangan siap dengan hujjah dan hadis sekali. Dah lama aku tidak menyusuri blog ini sebab pertamanya PC dalam bilik aku dah terbakar, yang ke duanya aktiviti tugasan aku agak padat juga sekarang, aku berada di Kuala Lumpur Pada hari Isnin hingga khamis, Jumaat Sabtu di rumah ibu mertua dan hari ini hingga selasa di BTPN Marang menghadhiri kursus. Baru-baru ini suffian Maidin mintak password nak masuk blog ni tapi belum muncul lagi ni..... masukklah ...pian. Bila kah Yazid nak ke Kota Bharu ??? cuba call pendi @ nik yee mungkin boleh tolong kot!!!
Apabila aku membaca kisah Junaina tu , rasanya macam pernah terdengar cerita tu. Kalau tak silap dalam buku Less Stress karangan Dr Julian Melgosa, cuma cerita itu diceritakan semula oleh seorang suami yang ditugaskan oleh isterinya menjaga anaknya apabila dia bertugas...... selepas mengalami peristiwa sebegitu barulah si suami menyedari betapa hebatnya seorang wanita.Kalau nak tahu lebih lanjut lagi cerita tu bacalah buku tu ye, aku dah baca dah..... cuma satu kesimpulan ringkas yang aku nak buat di sini ialah kita menjadi stress apabila kita memikirkan akan melakukan banyak kerja dalam satu masa.so nak hilangkan stress maka dicadangkan (mengikut buku itu ) letakkan satu perkara sahaja dalam fikiran kita dalam satu masa kalau bolehlah. rasanya ada disebut juga kisah bagaimana seorang bos yang bergaduh dengan isterinya dirumah meluahkan kemarahannya kepada setiausahanya. So jangan heran kalau GB/Pengetua bergaduh dengan isteri/suami di rumah esok cikgu sekolah jadi mangsa or kita suami isteri bergaduh (berselisih faham ) di rumah, esok anak murid kita jadi mangsa... fikir-fikirkanlah..

Tiada ulasan: