Pecarian Belum Selesai

Norlia Abdullah, majidin wassilin, norliha Mohd Noor,Beechee Hamisah, Asnian Ayub Daud, Mahiran Mohd, Zuraidah, norwati hussin, Latifah Diasin,Rahana Ismail, Hamizan Shaffain, Rokian Che Mamat, Rasimah Abd Momen, dan Fadzilah Mohamad
Sesiapa yang ada contact dengan penama di atas tolong maklumkan kepada blogmaster- TQ

Khamis, November 20, 2008

Akar Pendidikan Pahit, tapi Buahnya Manis...

Assalamualaikum rakan2 yang dirindui...
Tersentuh membaca coretan Brie dan Che Tun.. Memang itulah pengalaman yg amat berharga utk kita sebagai ibu bapa kan? Walau apapun kepahitan yg kita alami dlm uruskan ank2, sebenarnya itulah kemanisan yg tiada galang gantinya.. biarpun air mata yg menjadi taruhan.. apatah lagi jika kita masih berpeluang utk mendidik atau membentuk mereka...

Untuk Brie, napa tak ambik gambor ber'sanding' kali kedua tu.. tentu berbagai rasa ada kan? Ju dapat selami rasa hati kalian ketika tu.. ada terharu, teruja, terkilan..dan semua 'ter' akan terbit... tapi di sebalik semua itu, rasa yg pasti menjadi ingatan sepanjang usia ialah rasa bangga jauh di sudut hati kita...bila mana kita tersedar, bahawa anak kalian 'sedang berusaha untuk mengambil hati kalian'.. kan, Brie?,, Ish, rasa hangat di mata Ju ni.. Ah, tergenang lak air mata terharu Ju... Kamu bertuah Brie.. anak2mu amat mencintai kalian.. harapnya akan berbunga dan terus berkembang bagi menerbitkan buah2 yg manis di usia kalian...bak kata pepatah bijak pandai.. "Sesungguhnya akar pendidikan itu pahit, tapi buahnya manis"...Amin...

Tapi, memang benar kata Che Tun, dalam setandan kelapa tidak semua akan elok, tentu ada yg bermasalah.. Satu kita perlu ingat yg bermasalah itu bukan bermakna tidak berguna.. mungkin Allah bagi peluang utk kita berfikir, utk menambah pahala, mengenali erti sabar dan sejuta rahmat serta kebaikan yg Allah lindungkan agar kita mencari... Syabas utk Che Tun, sebab tabah menjaga ank yg 'mungkin' pada kita bermasalah pada ketika ini.. (sebab ank yg ok ketika ini sebenarnya BELUM bermasalah lagik...) Jika kita kata kita sukar, masih ada lagi yg susah... Semua itu adalah pengalaman yg tidak boleh dijual beli...

Anak sulung Ju juga mengalami masalah kesihatan... 'seronegative athritis', yg melibatkan keradangan setiap sendinya...Kata doktor, antibodi yg sering melindungi badan kita, terlalu aktif dan memusnahkan sistem badan dia (pelik kan?) mula dikesan selepas menyertai sukan tahun lepas.. dia aktif sukan sejak skolah rendah lagi... nak jadi sebab, naik tingkatan satu, selepas sukan dan merentas desa, lututnya bengkak.. skrg ni, bengkak dah ok, tapi sakit setiap sendi.. bertahan dgn ubat setiap masa... solat duduk, naik turun tangga kena kurangkan, segala aktiviti fizikal kena stop, kena guna tandas duduk... Kami terpaksa mohon tak duduk asrama melalui surat doktor... Masalah tuk menulis sering berlaku, masa peksa la sian sgt.. skolah tu kalau dpt 'D' kena wat ulangan peksa kat dataran.. angkat meja menulis sdn.. tu yg anak Ju takut sgt.. Subjek yg lemah sejarah n bahasa Arab... selalu dpt 'C'...

Ok la... byk dah ter'coret' nih... jumpa lagi nanti ek..

Permata hati

Salam buat smua. Kabare?
Bila baca cerita kengkawan rasa teruja. Harapnya lebih ramai kengkawan lain sudi mengepost apa2 cerita ke sini. Bolehlah kongsi pandangan cam sebelum ni. Nampak kurang meriah pulak blog ni. Tapi mungkin masing2 sibuk. Yelah, mana nak ngurus famili lagi kan? Cuti2 ni dah tentu anak2 tuntut nak jejalan ke mana2 kot. Tahun ni aku rasa dah cukup bawa anak2 jejalan sbb tahun depan aku tuntut anakku dok diam2 nak UPSR. Tahun ni aku layan je kehendak dia. Tahun depan jangan harap. Aku cakap siang2 ngan dia, kalau cemerlang ok, boleh minta apa yg patut. He2...!!

Brie, kecemerlangan permata hati kita ada bahagian masing2. Mungkin ada antara mereka kelihatan tak cemerlang, tak dapat hadiah akademik, tak dapat naik pentas yang selalunya buat hati ibu bapa berbunga, tapi mereka cemerlang dalam melakukan perkara lain. Orang tua2 pun ada kata, setandan kelapa tak semuanya berbuah elok. Kita doa aje yang baik2 untuk mereka. Usah biar mereka terbeban dan tertekan dengan kehendak kecemerlangan kita.

Awal menjadi guru aku juga garang sungguh. Apa lagi bila ajar th 6 dan jadi guru disiplin. Darah muda beb. Pantang silap sikit, aku bahasakan sesedap rasa. Tapi aku bukan jenis memukul. Pantang aku pukul budak @ anak, tangan aku mesti bengkak. Tak taulah, sampai skrg masih bengkak 2 hingga 3 hari kalau terpukul. Sekali, 2002 aku dapat budak istimewa, pesakit 'bronchiolitis obliterans' barulah aku mula lembut setelah lihat keajaiban ciptaan Tuhan. Murid tu antara bbrp anak istimewa di M'sia, lahir ke dunia dgn paru2 yg tak dapat berfungsi (cam hangus). Ke sana sini usung tangki oksigen. Kat rumah ada tangki besar. Kat sek pakai yang kecik dan kena beli oksigen hari2. Kita guna oksigen free tapi dia kena bayar. Khusairi namanya. Aku jadi ibu angkat dia. Pernahlah aku masuk tv 3 kali sbb jadi cikgu dia. Mengenalinya dan familinya mengajar aku sesuatu tentang kesabaran.

Skrg anak kedua aku kurang cemerlang berbanding abang dan adiknya. Tapi aku redha. Membesarkan dia pun dgn airmata. Demam kuning seumur 4 hari sampai 3 bulan. Klinik pakar kanak2 jadi rumah kedua kami hingga kini. Kata doktor 'hypotyroid'. Masa tu, ada mslh hormon, darah, tulang dan jantung. Segalanya tak normal. Di hospital mcm bahan ujikaji. Tapi taulah itu dah keje Dr utk bantu dia. Dah besar skrg nampak okey, tapi masih ada mslh injap jantung. Dia slowlearner. Boleh baca, tulis, kira, tapi lambatlah. Aku usaha macam2 sbb kalau ikut nasihat Dr kena hantar sek khas. Tapi ego aku dan suami hantar gak sek biasa dgn bermacam ikhtiar kami utk bantu dia sampai skrg. Alhamdulillah, aku rasa pencapaian akademik tak cemerlang pun, agak baik berbanding kwn2 dia yg bukan cam dia. Aku cuma harap dia dapat hidup sebagaimana anak2 lain apbl dewasa.

Spjg menjadi guru, dah bermacam perkara dpt dilihat. Anak2 didik yg cemerlang kat sek rendah, ada yg hanyut bila sek men (tak smua laa). Sebaliknya pun ramai, yg selalu lembab dan kena marah kat sek ren, bila jumpa dorang dah dewasa, berjaya cemerlang pulak. Melihat kejayaan dorang, kita taulah kecemerlangan mereka lambat. Dan cepat atau lambat atas usaha dorang jugak. Okey, hingga jumpa lagi. Salam sayang...

Rabu, November 19, 2008

12 November Mengujakan

Apabila aku membaca coretan che tun dan che ju, teringat pulak aku akan perihal aku, aku le ni ada anak 6 orang seperti dlm gambar yang aku selalu pos, no 1 , 11, tahun diikuti 10 tahun, 9 tahun, 7 tahun 4 tahun dan 2, tahun. 12 Nov adalah tarikh aku berkahwin dgn my darling le ni,. Petang 12 Nov aku sampai di rumah lebih kurang 6 petang dan terus ditarik tangan oleh dua tiga orang anak aku ke dalam bilik anak sulung aku. Apabila masuk tiga orang lagi anak aku sedang menunggu, rupanya didalam bilik itu telah disiapkan satu "pelamin". Kemudian mereka menjemput "uminya" lalu aku disanding kan oleh anak-anak aku. Selepas itu aku diberi hadiah oleh tiga orang anak no 1,no 2, dan no3, masing masing membungkus dua hadiah untuk aku dan uminya. Aku berasa sebak sebab baru sehari dua sebelum tu aku memarahi seorang daripadanya kerana prestasi peperiksaan akhir tahun amat merosot. Pernah satu ketika aku dan isteri berpakat agar pada hari penyampaian hadiah nanti dia tak perlu pergi sebab nanti aku tak sanggup menatap wajahnya apabila semua adik beradiknya dapat naik ke pentas dan menerima hadiah. Apa yang dirancang tidak jadi, pada hari penyampaian hadiah dia berkeras nak ikut juga. Kebetulan pada hari itu aku jugak yang jadi wakil pengerusi PIBG (aku naib pengerusi PIBG) untuk menyampaikan ucapan dan hadiah bersama PPD Kuala Terengganu sendiri dan Guru Besar sendiri. Hari penyampaian hadiah sehari lebih awal dari hari ulang tahun perkahwinan kami .... kesimpulannya ... aku dapat banyak pengajaran daripada apa yang berlaku. terima kasih kepada semua kekawan terutama che ju dan che tun

Selasa, November 18, 2008

Cinta yang Berharga..

Assalamualaikum rakan penatap blog...
Agak lama menyepi dari mencoret di sini.. Hai, Che Tun.. paparan yg disuakan ni, amat2 memberi erti kepada kita.. Tersentuh hati pabila membacanya.. Amat tinggi mesej yg hendak disampaikan.. Itu pun jika yg membacanya menyedari apa yg tersirat...

Teringat gelagat si anak sendiri, pabila tiba tarikh ulang tahun, mesti tuntut hadiah drp kita.. walhal sepatutnya anak2 yang perlu memberi hadiah kpd ibu bapa, sebab ibu bapa telah mendidik, memelihara, dan melindungi mereka.. begitu juga pabila mereka peroleh apa2 kejayaan..hadiah juga yang akan dituntut oleh mereka drp ibu bapa..ye ngak?

Dalam kes nih.. kekadang silapnya berpunca drp 'kita' sebagai ibu bapa.. yang suka memberikan ganjaran dlm setiap tercapainya 'objektif' yg ditarget.. Apapun, terpulang kepada kemampuan seseorang.. sejauh mana kesanggupan kita hendak memenuhi tuntutan sedemikian... dan ganjaran amat perlu sebelum penaakulan moral berlaku supaya tanda Cinta kita berharga... JuNmie..

Jumaat, November 14, 2008

Harga sebuah cinta

Khas buat kengkawan bergelar ibu... Sebuah cerita yang dipetik drp sebuah akhbar yg kulupa siapa penulisnya. Terima kasih kepada penulis berkenaan kerana menghasilkan sebuah cerita yang amat dalam maknanya...

Pada suatu petang, seorang kanak2 lelaki lingkungan usia 7 menghampiri ibunya. Si ibu ketika itu sedang sibuk menyediakan makan malam untuk mereka sekeluarga di dapur. Anak kecil itu menyerahkan selembar kertas yang siap ditulisnya. Ibu mengelap tangannya, lalu membaca warkah penting seperti yang dinyatakan permata hati kesayangan.

Kandungan tulisan si kecil;
Upah bersihkan bilik tidur sendiri : RM 2
Upah menjaga adik waktu mama keluar : RM 3
Upah sapu sampah, kemas rumah dan laman : RM 3
Upah buang sampah : RM 1
Upah lipat baju dan angkat pakaian jemuran : RM 2
Upah pergi kedai beli barang dapur mama : RM 0.50
Upah potong rumput : RM 5
Diskaun sebab mama beli hadiah dapat nombor satu dalam kelas : RM 2
Jumlah : RM 14.50

Ibu memandang wajah anak kesayangan dengan penuh kasih. Terlintas di fikiran, segala kenangan manis saat itu. Lalu ibu mengambil sebatang pen, membalikkan kertas dan menulis sesuatu.
Ini tulisan si ibu ;
Untuk sembilan bulan sepuluh hari mama mengandungkanmu dan selama kau tumbuh membesar dalam perut mama : tiada bayaran.
Untuk segala kesakitan mama saat bertarung nyawa melahirkanmu ke dunia : tiada bayaran.
Untuk seluruh malam ketika mama menemanimu saat kau ketakutan pada waktu malam dan terkejut akan dentuman guruh : tiada bayaran.
Untuk kesakitan, kos ubat dan rasa mengantuk mama semalaman menjagamu yang sakit, mengelap hidungmu dan memandikanmu : tiada bayaran.
Jangan lupa saat mama lelah berpusing keliling mengelakkan nyamuk menggigitmu : tiada bayaran.
Untuk segala barang permainan, makanan, pakaian, buku, basikal, permainan video : tiada bayaran.
Untuk semua saat sukar, dan semua air mata yang tumpah kerana kamu selama ini : tiada bayaran.

Anakku sayang, kalau dijumlahkan semua harga cinta mama padamu, mama tiada kenakan sebarang bayaran. Untuk semua malam yang dipenuhi rasa takut, rasa cemas mahupun kesusahan yang perlu mama tanggung untuk mendidik dan membesarkanmu pada waktu akan datang pun, tiada bayaran. Dan jika kamu menjumlahkan semuanya, harga cinta sejati mama tetap sama, tiada bayaran.

Selesai si anak membaca tulisan mamanya, air matanya jatuh berlinang. Dia menatap wajah si ibu lalu mendakap seraya berkata, "Mama, saya sayang pada mama". Kemudian, dia mengambil pen tersebut lalu menulis dengan huruf besar : TUNAI.

Khamis, November 13, 2008

Salam ingatan

Salam buat smua. Kabare? Tentu masih sibuk di penghujung tahun ini. Pelbagai perkara perlu dibereskan. Bagi yang berkhidmat di pantai timur, selamat bercuti. Kami ada satu hari lagi.
Apa khabar Ju, Mas ngan Din. Result UPSR okey? Kak kat sini cam biasa. Jumlah calon dapat 5A lebih kurang tahun2 terdahulu. Tahniah kpd kengkawan yg telah mendidik anak bangsa hingga berjaya.
Nampaknya korang dah makin slow ngepost ye. Takpelah, bila ada masa korang hantarlah berita. Dah lama tak publish gambar, ni gambar masih panas cam goreng pisang, majlis malam anugerah ko-ku malam tadi. Pagi ni pula anugerah kecemerlangan. Saja posing ngan member ala2 tokoh ko-ku. Malam tadi kemain gembira, tiba hari ni ramai menangis. Yalah, ada nangis gembira, ada nangis sedih dgn result upsr. Apapun alhamdulillah dgn pencapaian anak2 didik. Basah tudung kawan bila dipeluk bebudak ngan mak budak yg nangis2. Kepenatan mendidik mereka rasa terbalas dgn keputusan yg diterima. Puas. Tu pasal Mas, kak tak serik ajar tahun 6. Penat bertungkus-lumus di awal, seronok di penghujung. Lupa kepenatan mengajar mereka sebelum ini. Kengkawan guru2 yg ajar tahun 6 juga, sudilah apa kiranya berkongsi cerita result upsr korang. Taklah sunyi blog kita ni. Okey, jumpa lagi.

SELAMAT BERCUTI

Hai nampaknya dah bermula nya cuti buat kau orang ye. tidak cuti pulak bagi aku dan beberapa insan lain yang memilih laluan lain sikit daripada cikgu sekolah. tak pelah cuti tak cuti pun harapnya segar bugar selalu. Aku ucapkan selamat bercuti buat semua teman kepada yang jenguk kaki ke Kuala Terengganu jangan lupa calling-calling aku. Bacalah kisah redang aku tu kalau sudi. Orang lain tak berapa post dah le ning sibuk. Bye.

Aku Seorang Che'gu Part 15

GURU YANG GARANG. Pada peringkat awal mengajar aku boleh dikatakan sedikit agresif , kerap menghukum murid-murid, sekeh kepala dan merotan tapak tangan bila tidak buat kerja sekolah, bising atau tak dapat menjawab soalan. Di samping sifat "monggoh" juga tidak lokek memberi pujian dan "pitih" 10 sen, 20 sen, 50 sen atau seringgit bila dapat jawam soalan , atau kadang-kadang aku beli gula-gula sehingga satu tabung. Murid-murid sekolah ini akan mencari kita sampai di dalam rumah jika kita tidak masuk kelas.
Sikap aku yang agresif tadi disedari oleh guru besar tetapi bukan aku seorang sahaja , ada lagi beberapa orang guru lain yang lebih agresif. Suatu hari aku dan beberapa orang lain dipanggil oleh guru besar. Mula-mula sekali kami dipuji melambung di atas kesungguhan mengajar murid-murid sekolah kebangsaan pulau redang. Beliau memaklumkan guru-guru di sini perlu melipatgandakan usaha mereka kerana murid-murid disini semata-mata bergantung kepada guru untuk mengajar mereka. Selepas pelbagai pujian dan dorongan disampaikan barulah dia memaklumkan , untuk mencapai objektif janganlah kita terlalu menghukum murid-murid. Lalu diceritakan bagaimana kisah guru-guru terdahulu dipukul atau diugut oleh pulau Redang kerana memukul anak mereka. Barulah kami tersedar maksud guru besar tersebut memanggil kami. Cara guru besar menyampaikan mesejnya begitu profesional sekali menyebatkan kami berasa kagum. Selepas itu kami tidak lagi menghukum murid-murid Pulau Redang. Sikit-sikit adalah.

Ahad, November 09, 2008

Pulau Bidong

Membaca cerita Pulau Bidong tu mengingatkan aku pada kenangan awal 1992. Aku pernah sampai ke pulau tu. Dulu aku gila2 ikut persatuan rekreasi negeri Terengganu. Lepas lulus kursus jurulatih kayak dan ditauliah sbg jurulatih kayak, aku dipelawa ikut setiap xtvt dorang. Ketika tu pengerusinya ayah Wan (GB SK Paya Bunga), dan jurulatih lainnya yang aktif abang Zul kontraktor, abang Apek (Sabri gok nama dia) dan abang Usop (cikgu SK Kebor Ayer).

Kami ikut pers. pelancongan Trg naik bot laju persatuan tersebut. Sampai ke pulau tu yg memang cantik sebenarnya amat mengujakan. Cuma rasa sikit seram kadang tu sbb desiran ombak dan anginnya macam membawa sst. khabar. Sukar nak cerita perasaan ketika itu. Depan pulau adalah hospitalnya. Perabot dalamnya dah uzur. Mandi dlm bangunan tempat tinggalan dorang tinggal. Korang tau, kami pegi mandi reramai atas nasihat ayah Wan dan pegawai tentera yg jaga pulau tu ketika itu. Bila berada dlm bangunan tu, gemanya seram tau. Ada perigi besar. Kami guna timba. Pastu bila air jatuh ke simen, gemanya mak oi...Cepat2 mandi, pastu pegi khemah tepi pantai (bhg hadapan).

Petang tu ronda kat situ dan tepi pulau. Ada tugu dorang tau. Tapi mmg bila berada di tepi pantai dan pulau, desiran ombaknya lain semacam. Mungkin sbb dah tau berapa ramai yg terkorban di situ dan pelbagai cerita sedih dan ngeri, tu rasa lain macam. Lepas ronda, aku naik kayak K2 dgn abg Usop ronda bhg depan je. Belakang tak dibenarkan pergi, laut china selatan kata peg. tentera tu. Dalam dan bahaya. Ronda dari hujung ke hujung, siang2 tu, tiba2 bulu roma kami berdua meremang, apa lagi kami pun patah balik ke pantai. Sukar nak cerita, tapi yg dpt diingat, mmg bunyi air, ombak, angin yg kurasa seram.

Malam tu pulak, bbrp orang ahli rombongan pegi mencandat sotong. Yg pompuan tak ikut. Bila dorang balik, kami bakar sotong. Tido malam pulak, ribut. Hujan tak seberapa tapi angin kuat, roboh khemah. Akhirnya kami pakai sleeping bag je tido atas pasir. Peg. tentera tu tak bagi tido dlm bangunan sbb dah uzur dan takut berlaku sst. Tido semalam je. Esok petang kami balik.

Hai, boleh buat filem seram ni. Dan kalau diingat masa muda, lasak betul ngan daki gunung, kayak, xpdc ke pulau2. Seronoknya masa tu, dah tua ni berkepuk kat sek. ngan kat umah je. Yelah, buat2lah amal ibadah ye. Mana tau umo tak panjang...Salam ingatan, jumpa lagi.

Khamis, November 06, 2008

Aku Seorang Che'gu Part 14

Fizikal Sekolah. Sekolah kebangsaan Pulau Redang mempunyai dua blok bangunan kayu yang bersambung dan satu lagi blok bangunan batu iaitu bangunan kilat. Sebuah kantin , dua buah rumah guru empat pintu dan sebuah bangunan seperti bangsal yang dijadikan stor. Bangunan kayu ini menempatkan bilik guru besar berkeluasan 10' x 12, pejabat 10' x 12' PSS 10' X 24' , 2 unit tandas dan kelas-kelas pembelajaran. Di sini tidak ada bilik guru yang khusus. Cikgu-cikgu mencari sediri sudut mana yang boleh dijadikan bilik guru kerapkali rumah penginapan kami jadi bilik guru, boleh tidur dan pesan kepada murid-murid , panggil cikgu biloa sampai masa. Kelas pemulihan diadakan di rumah guru yang paling hampir sekali dengan sekolah. Guru yang mengajar pemulihan tak perlu pergi ke sekolah . Panggil je murid-murid pemulihan ke rumah cikgu dan ajar dalam ruang tamu. Pelajaran pendidikan jasmani diadakan di antara dua bangunan kayu itu yang merupakan gelanggang serbaguna, boleh jadi gelanggang bola jaring, badminton, takraw, bola tampar dan tempat perhimpunan. Bekalan elektrik cuma ada dari tujuh malam hingga tujuh pagi sahaja, kalau nak tengok TVP memang susahlah tetapi ada juga guru-guru yang menggunakan radio, "pakai ubat lampu". Biasanya aku gunakan radio untuk ajar murid-murid lagu nasyid....(to be continue)

Selasa, November 04, 2008

PENAT WEI....

Salam buat semua teman yang setia menatap blog ni!

Kawan mintak maaf bebanyak pada member2 yang rajin hantor berita di sini. Buat Kak Ton, syabaslah pasal selalu top up citer baru kat sini. Bukan tak nak join tapi apa nak buat...baca sempat tapi tak dan nak balas lah....

Lepas cuti raya ari tu, kawan dah kena handle untuk perkhemahan tahunan. Nak mati rasanya jaga bebudak Jengka ni...meskipun 2 ari 2 malam tapi kawan berjaga 24 jam...Terpaksa sebab umah depan sekolah...so kita lah jadi balacinyer.... cikgu2 lelaki sekolah kawan cuma ada 7 orang jer..tolak GB n GPK ada 5 orang jer guru biasa..tolak lak ngan kaki2 ponteng tuh..tinggallah i bertiga ...hua...hua...nak pecah kepala rasanyer berjaga 24 jam... Dah lah gitu kak Ton, ari Isnin tu tak dapat lak cuti peristiwa...ngajor macam biasa.... lagiler pening... Nak jadi citer lak, lepas jer berkhemah tuh kawan flat pasal diserang demam...batuk..selesema...4 ari kawan tumbang tak larat nak bangun....ni sampai la ni dok batuk2 lagi... Tambah tension lak, sekolah kawan terpilih untuk Malam Pertandingan Sketsa Kembara Buku 2008 Daerah Maran. Si GB tu pulok cam tak de orang lain nak disuruhnyer...kawan yang setengah hidup setengah mati ni dia suruh jadi pengarah la pulok.... aduh ... T E N S I O N..... La ni tengah berperang ngan bebudak tahun 6 ngajor sketsa tuh... Malam esok hari pertandingannyer... doa2kan ler kawan berjaya ek....
Kalau ada rezeki, sekolah isteri kawan akan buat hari keluarga di Taman Negara hujung minggu ni! Harap2 dapat jumpa Din di sana...! Din, kalau deme ada baca blog ni, tunggu aku ek....
Eh, Bri.. betul ker tarikh reunion tuh dah berubah ke 25 & 26 Disember? Kalau betul ada can ler kawan nak sertai... Mu tengah study iklan PJJ USM? Jom ler join kawan kat USM...menjimatkan tau...tapi letih lah sikit sebab kena stay kat kampus setiap hujung tahun hingga tamat pengajian...tapi itu semua pengalaman tau...seronok Bri... Ju...o Ju... mane awok nih? Ok lah, kawan stop sini dulu. Jumpa lagi. M3P tetap di hati...

Ikhlas dari kejauhan : Mas, Jengka 7.

Let's Read English

Salam hormat, lama dah rasanya kekawan tak post di sini, agaknya sibuk lah tu, macam aku gak.Tapi bila dok sibuk dan tension aku buka blog.... baru lega. Aku dah tulis banyak cerita masa di Pulau Redang tapi masa nak upload dalam blog ada je problem, buku tinggal rumahlah , dok dalam kereta lah dan gitulah seterusnys. Kini bila ada masa aku dok baca kisah pelarian di pulau bidong dulu... walaupun dah lama cerita tu berlalu namun kini barulah sesikit sebanyak dapat gambaran apa yang telah berlaku, bagi aku cerita begitu sungguh menarik. Tambahan pula aku lalu kot tulah waktu gi pulau redang dulu. Cuma sedikit terkilan aku rasa ialah kebanyakan luahan yang di tulis dalam bahasa lain. Tetapi ada baiknya juga sekurang-kurangnya dapat pengetahuan dan memperbaiki bahasa inggeris aku yang sememangnya mendapat gred 9 waktu periksa SPM dulu. Sekiranya kawan-kawan nak join juga kliklah Tales From Bidong yang aku telah link kan. Selamat membaca dalam bahasa Inggeris. Thank You Dear.!!!

Sabtu, November 01, 2008

MAKLUMAN TERKINI RE-UNION

Salam hormat, pagi tadi setelah berbincang dengan sabaruddin, kami bersetuju untuk adakan 2 kali re union, ( pra dan re union ), pada 22 november nanti kita adakan pra re union untuk yang dekat-dekat sahaja dan tak bermalam pun adalah cadangan untuk pra re union ini untuk membincangkan pasal re union yang sungguh-sungguh tu, cadangan nama yang akan hadir untuk pra re union ialah aku, sabaruddin & co, mat nor, alias hussin, noma baba, reduan debok, razima, che usin, azmi (besut ), pendi, dan kaum kerabat kita yang ada kelapangan.( Pohon tawarkan diri ) re union yang sungguhnya 25 dan 26 Disember, cuti krismas, akhir tahun, harap-harap lepas bah dah. Duit bonus pun banyak lagi masa tu. Sekian sahaja harap maklum. Terima kasih.
Blog kita ni lak dah makin slow orang masuk tapi tengok pada pembaca makin bertambah sibuk ke weh. Aku la ni dok tengah study iklan PJJ USM. Sapa nak join jom lah.

Khamis, Oktober 30, 2008

Gambar aku masuk paper he...he....

sapa-sapa baca utusan malaysia edisi timur ari ni ms 26 ada gambar aku lak. nak tahu berita apa bacalah sendiri yek. sepatutnya aku tak terlibat langsung dengen bende tu. kebetulan wartawan tanya nama aku ..... itu je tetiba masuk paper , gambar pun gambar curi ......

Aku Seorang Che'gu Part 13

Suasana Kehidupan di Pulau Redang 94/94. Hari hari seterusnya kami guru-guru baru belajar menyesuaikan diri dengan sekolah dan masyarakat Pulau Redang.Kehidupan seharian cuma berkisar di sekitar sekolah, masjid dan deretan rumah penduduk yang dibina secara berbaris baris di atas air. Untuk makan dan minum kami wujudkan satu tabung dan adakan giliran untuk memasak sesuai dengan jadual waktu mengajar. Janji bila balik sekolah hidangan siap. Begitu juga pada waktu malam. Kadang-kadang kami makan di kantin sahaja, suruh pekerja kantin masak. Ada juga 'wartawan' hari tu yang datang sekali sekala membantu taukeh kantin, rupanya anak beranak dia. Kami guru-guru SK Pulau Redang akan makan bersama-sama. Hubungan kami sangat akrab macam adik beradik. Tiga rumah kongsi satu dapur termasuklah guru besar.
Pada bulan Ogos hingga Februari bekalan ikan banyak di Pulau Redang, harga pun murah. Biasa juga penduduk Pulau Redang hantar ikan kepada kami. Kadang-kadang sampai berbesen-besen. Tak habis makan kami goreng celup tepung kemudian ajak anak murid makan beramai-ramai. Ada juga penduduk Pulau Redang yang hantar kerepok lekor yang dibuat secara tradisional, siang secara manual, tumbuk dalam lesung kayu, gentel, rebus atas dapur kayu. Bila dihantar kepada kami, kami tibai je lah , tak ada lagi pantang dan larang.
Pada bulan Mac hingga Julai ikan susah sikit nak dapat, nelayan tak ramai turun ke laut pada masa ini. Biasanya pada musim sebegini kami dan penduduk Pulau Redang akan makan nasi berlaukkan sardin dan telur.Jarang-jarang sekali apabila ada bot yang 'masuk' dan 'tubik' semula membawa pulang ayam dan daging , dapatlah raya lauk yang istimewa sikit , itupun terpaksa membeli secara berebut dengan orang kampung..... ( to be continue )

Selasa, Oktober 28, 2008

Aku seorang Che'gu Part 12

Aku Menjadi Imam Masjid.Ketika hari-hari awal di Pulau Redang , aku dan ahli jemaah masjid Pulau Redang telah dijemput untuk bertahlil di rumah seorang penduduk Pulau Redang.Setelah selesai sembahyang asar pergilah kami secara berkumpulan ke rumah berkenaan. Dalam perjalanan imam masjid bertanya siapakah dikalangan kami seramai lima orang ini yang menjadi ustaz. Maka kawan-kawan aku menunding jari ke arah aku lah, aku pula secara selamba tunjukkan ke arah pakya (rakan kita) , lepas itu imam itu menyatakan bahawa pada hari jumaat nanti dia hendak ustaz membaca khutbah jumaat. Selepas peristiwa itu aku,pakya dan imam itu sendiri bergilir-gilir menjadi imam solat biasa dan solat jumaat di pulau redang, termasuk lah solat tarawikh selama dua tahun aku bertugas di pulau redang. Pada sebelah malam pula aku dan pak ya baca juga kitab-kitab fardhu ain. Secara peribadi boleh dikatakan orang-orang pulau redang yang dewasa dan tua sangat respek dengan ustaz tetapi golongan muda agak kurang sedikit tetapi bukan kesemuanya. Berita apa yang berlaku kepada aku dan pakya ini sampai khabarnya kepada Hj.khairuddin pensyarah maktab kita. Bila aku jumpa di daratan dia mengucapkan syabas kepada aku dan Pakya.....(to be continue)

Din Tahan vs Hari Keluarga



Pada masa yang sama , Kamaruddin juga berkunjung ke terengganu, tak sempat juga berkunjung ke rumah aku kerana masing-masing sibuk, walau macammana pun aku rasa bersyukur dan gembira sekali dapat bertemu semula dengan rakan-rakan kita. Untuk din mung jangan lupa upload gambar hak kita ambik bersama ari tu. Kepada kawan-kawan yang lain bila datang ke terengganu calling-calling lah aku.

Abang Lan Yang Pemalu


24 hingga 26 Oktober Abang lan ( Azlan Aseh ) dan keluarganya berkunjung ke Terengganu), kami sempatlah berborak bermacam-macam perkara daripada kenangan silam sehingalah perancangan masa depan. Secara peribadi saya sangat mengkagumi abang lan kerana beliau mempunyai sifat kebapaannya yang sangat menarik. Kalau kawan-kawan masih ingat beliau merupakan YDP Kita satu ketika dan pernah menjadi ketua unit C. Rasanya jawatan yang disandang dahulu baru diganjari pada masa kini. Satu perkara yang menarik juga abang lan seorang yang banyak berahsia banyak kali dia pesan jangan masukkan dalam blog. Nak ambil gambar pun susah , terpaksalah aku suruh anak bongsu aku tarik-tarik untuk ambil gambar dia, nak ambil gambar family dia pun segan katanya. Buat abang lan aku mintak maaf lah sebab tak sempat jemput berkunjung ke rumah aku kerana keluarga aku pada masa tu berada rumah mak mertua, mak mertua aku sakit. Satu lagi aku masih ingat kerabu pucuk paku yang kau masak sewaktu di wakaf tapai dulu , memang sedap dimakan disamping lauk pauk yang dibawa oleh anak-anak jiran-jiran yang berlainan bangsa(dia makan sendirilah, kita tengok je). Jangan lupa pos gambar malam tu bersama ak arifin. terima kasih atas segalanya.

Sabtu, Oktober 25, 2008

Rupa Raya Tahun 2008 JuNmie..

Assalamualaikum, geng.. Ni la rupa kami raya tahun nih.. Tak dapat jejalan jauh.. dok umah je melayan chiku2..hehe.. Tambah la kertu setahun lagik drp gambo lama..

Rabu, Oktober 22, 2008

Golongan Marhean

Salam hormat, terima kasih kerana masih sudi mengikut perkembangan blog kita. Blog adik-adik(91/93) kita di sebelah sana pun nampaknya makin aktif.Dalam kesibukan kalian di akhir tahun ini rasanya patut juga kita kongsi-kongsi cerita dan pengalaman. Dua hari lepas aku dan isteri melawat mak mertua di hospital Kuala Berang, biasa lah sakit orang tua. apa yang nak dikongsi bukan ibu mertua ku tetapi pesakit di sebelah ibu mertua ku. Seorang kakak yang menunggu emaknya yang terlantar sakit menceritakan kisahnya seorang ibu tunggal dan bekerja sebagai tukang sapu. Dia menyatakan dia mempunyai 12 orang adik beradik tetapi semuanya telah berjaya dalam hidup cuma dia seorang sahaja yang kurang bernasib baik. apa yang dinyatakan apabila dalam kesusahan beliaulah yang terpaksa menjaga orang tuanya sementara orang lain sibuk dengan tugasan masing-masing. Abih. Apa yang aku nak cuba sampaikan di sini ialah perkara seperti ini memang banyak berlaku dari dulu, kini dan mungkin selamanya. Masa zaman persekolahan dulu aku baca buku gila-gila kisah 'Ujang' pun hampir sama gak dengan peristiwa ni. Tetapi kebanyakan ibubapa bila cerita pasal anak-anak mereka akan ceritakan anaknya yang berjaya dan memperolehi pekerjaan yang baik-baik dan yang pakai kereta besar-besar, kalau ada anak mereka golongan sebegini tak nak di sebutpun. Padahalnya golongan yang tak nak di sebut itulah yang akan tukar lamping, basuh berak dan kencing bila tua nanti. Takkanlah anak atau menantu yang bekerja sebagai pengarah, pegawai eksekutif dan macam macam pangkat lagi nak basuh berak ayah dia. Semoga kita semua menjadi anak-anak yang baik dan menjadi ibu bapa yang baik-baik juga.