Khas buat kengkawan bergelar ibu... Sebuah cerita yang dipetik drp sebuah akhbar yg kulupa siapa penulisnya. Terima kasih kepada penulis berkenaan kerana menghasilkan sebuah cerita yang amat dalam maknanya...
Pada suatu petang, seorang kanak2 lelaki lingkungan usia 7 menghampiri ibunya. Si ibu ketika itu sedang sibuk menyediakan makan malam untuk mereka sekeluarga di dapur. Anak kecil itu menyerahkan selembar kertas yang siap ditulisnya. Ibu mengelap tangannya, lalu membaca warkah penting seperti yang dinyatakan permata hati kesayangan.
Kandungan tulisan si kecil;
Upah bersihkan bilik tidur sendiri : RM 2
Upah menjaga adik waktu mama keluar : RM 3
Upah sapu sampah, kemas rumah dan laman : RM 3
Upah buang sampah : RM 1
Upah lipat baju dan angkat pakaian jemuran : RM 2
Upah pergi kedai beli barang dapur mama : RM 0.50
Upah potong rumput : RM 5
Diskaun sebab mama beli hadiah dapat nombor satu dalam kelas : RM 2
Jumlah : RM 14.50
Ibu memandang wajah anak kesayangan dengan penuh kasih. Terlintas di fikiran, segala kenangan manis saat itu. Lalu ibu mengambil sebatang pen, membalikkan kertas dan menulis sesuatu.
Ini tulisan si ibu ;
Untuk sembilan bulan sepuluh hari mama mengandungkanmu dan selama kau tumbuh membesar dalam perut mama : tiada bayaran.
Untuk segala kesakitan mama saat bertarung nyawa melahirkanmu ke dunia : tiada bayaran.
Untuk seluruh malam ketika mama menemanimu saat kau ketakutan pada waktu malam dan terkejut akan dentuman guruh : tiada bayaran.
Untuk kesakitan, kos ubat dan rasa mengantuk mama semalaman menjagamu yang sakit, mengelap hidungmu dan memandikanmu : tiada bayaran.
Jangan lupa saat mama lelah berpusing keliling mengelakkan nyamuk menggigitmu : tiada bayaran.
Untuk segala barang permainan, makanan, pakaian, buku, basikal, permainan video : tiada bayaran.
Untuk semua saat sukar, dan semua air mata yang tumpah kerana kamu selama ini : tiada bayaran.
Anakku sayang, kalau dijumlahkan semua harga cinta mama padamu, mama tiada kenakan sebarang bayaran. Untuk semua malam yang dipenuhi rasa takut, rasa cemas mahupun kesusahan yang perlu mama tanggung untuk mendidik dan membesarkanmu pada waktu akan datang pun, tiada bayaran. Dan jika kamu menjumlahkan semuanya, harga cinta sejati mama tetap sama, tiada bayaran.
Selesai si anak membaca tulisan mamanya, air matanya jatuh berlinang. Dia menatap wajah si ibu lalu mendakap seraya berkata, "Mama, saya sayang pada mama". Kemudian, dia mengambil pen tersebut lalu menulis dengan huruf besar : TUNAI.
JUMPA SAUDARA RONI DI KEDAH
12 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan