Pecarian Belum Selesai
Norlia Abdullah, majidin wassilin, norliha Mohd Noor,Beechee Hamisah, Asnian Ayub Daud, Mahiran Mohd, Zuraidah, norwati hussin, Latifah Diasin,Rahana Ismail, Hamizan Shaffain, Rokian Che Mamat, Rasimah Abd Momen, dan Fadzilah Mohamad
Sesiapa yang ada contact dengan penama di atas tolong maklumkan kepada blogmaster- TQ
Komuniti Seluruh Warga M3P di Facebook
Saya sangat-sangat memohon sokongan kawan-kawan semua untuk menghantar apa sahaja yang berkaitan dengan rakan-rakan MPPP1990/92 caranya ialah emailkan saja kepada
sabrimnr@yahoo.com Insya Allah ia akan dipaparkan dalam blog ini. terima kasih-terima kasih.
Ni Lah Namanya Cikgu Azmi BT Ali, Mengajar di SK Durian Mas Manir, Buat rumahpun dekat-dekat tu je.
Ini Seorang lagi rakan kita, bila jumpa lepas beri salam dia akan kata takbir !!!! Allahu Akhbar, sekarang mengajar di SK Jerantut Pahang , kahwin pun dengan rakan MPPP 1990/92 Juga Nak tahu siapa tanyalah dia. ( Sori gambar diperolehi secara maya sahaja)
Peluang untuk menghubungi rakan-rakan. Bersama saya ada lebih daripada 50 nama dan no telefon rakan-rakan mppp1990/92 kalaulah berminat hubungilah saya di talian 0199677400 atau kalau nak semua emailkan kepada
sabrimnr@yahoo.com semua perkhidmatan percuma sahaja.
Cikgu Zakiah Kassim sekarang mengajar di SK Telok Pasu Kuala Terengganu. Sekarang telah menjadi warga Terengganu.
Cikgu Laili Ali, sekarang mengajar di SK Manir sebagai guru kaunseling, kalau nak hubungi dia bolehlah contact web master.
Inilah Aku Pada Bulan Mac 2007 Kalau kalian sudah lupa. Sekarang bekerja di PKG bersama seorang lagi rakan Bernama Ramzi, junior setahun.
Aku juga ada beberapa gambar rakan yang lain. kalu nak tengok boleh aku beri dengan izin. T.Q.
Saya memohon rakan rakan mengirimkan maklumat diri iaitu nama, no hp, sekolah , e mail diri sendiri atau rakan rakan yang lain untuk mengemaskini data rakan-rakan, rakan-rakan juga boleh juga mendapat maklumat rakan rakan lain melalui e mail
sabrimnr@yahoo.com atau melalui sms 0199677400. terima kasih.
Sahabat-sahabat yang dihormati, di kesempatan yang ada ingin ku ukirkan seribu kenangan kalian sewaktu bersama di MPPP 1990/1992. Bila dihitung, lima belas tahun berlalu, tidak mungkin ada sekelumitpun kenangan yang menjadi kenangan tidak berguna. Peristiwa manis dahulu telah menjadi mimpi dan rempah ratus adunan yang sempurna untuk menjadi pendidik yang berwibawa. Kenangan pahit pula terbukti menjadi satu penawar untuk kita menjadi lebih matang dan dewasa.
Alangkah ruginya jika apa yang kita mulakan lima belas tahun dahulu kita kuburkan sahaja. ayuh !!! kita mulakan kembali, kita hidupkan semula, di kejauhan ini kita suburkan akal, minda dan budi kita dengan penuh ukhhuwah. Kita wujudkan kekuatan kita. Jadikan Laman Web ini penghubung Silaturrahim antara kita . Wassalam