Pecarian Belum Selesai

Norlia Abdullah, majidin wassilin, norliha Mohd Noor,Beechee Hamisah, Asnian Ayub Daud, Mahiran Mohd, Zuraidah, norwati hussin, Latifah Diasin,Rahana Ismail, Hamizan Shaffain, Rokian Che Mamat, Rasimah Abd Momen, dan Fadzilah Mohamad
Sesiapa yang ada contact dengan penama di atas tolong maklumkan kepada blogmaster- TQ

Khamis, Februari 19, 2009

Aduhai kesahnya...

Salam semua...Kabare?...Brie, Ju and geng...sekadar bercerita...dua tiga hari lepas dapat berita daripada Susana yang dah lama dirindu...Puaslah borak sampai tak sedar masa berlalu hampir sejam...Harapnya dapatlah kita berjejak kasih sekali lagi sebagaimana perancangan alumni...

Tapi kali ni aku nak cerita pasal anak kampung sekolah aku nih...Bukan apa, kekadang terfikir, di sebuah negeri maju masih ramai anak2 keciciran pembelajaran. Ramai anak murid aku nih belajar PJJ cam cikgunya juga. Rasa nak datang dia datang, rasa nak cuti dia cuti sesuka hati. Bila diselami hatinya, sama seperti tahun2 lepas, ada antara anak murid aku nih dah mula bekerja. Cari duit bila petang tak sekolah. Sek agama tak dapat sbb keluarga tak mampu nak bayar yurannya yang memang mahal berbanding SK. 12 tahun tapi dah mengerah keringat mencari rezeki. Kadang tu pagi tak larat nak bangun, kepenatan...Kesian betul kat budak2 nih. Kelas belakang la ni.

Paling kesian majoriti mereka datang dari family bermasalah. Ada mak ayah berpisah. Ibu ayah bergaduh, anak2 tak dapat tumpu perhatian pada pelajaran. Ada yang tinggal dgn nenek, nenek terpaksa kerja mencari rezeki, mereka pula perlu jaga adik2 maka tak dapatlah ke sekolah. Bila ditanya, macam2 hal yang timbul. Pihak guru sedaya upaya membantu, tapi ada ibu bapa yang tak kisah pula hal pelajaran anak2 sebab bagi mereka ada bantuan kot. Apa nak susah. Dapat kwamp berduyun2 datang, dah dapat karang anak2 sambung pjj lagi. Kekadang kaunselor keliling kampung tengok2 keadaan, susup sasap deme lari bila nampak.

Time upsr karang perkara biasa kami jemput pepagi...Aduhai cikgu...tak jemput karang, nama ada dalam list calon...ada pulak hari pertama hilang hari kedua timbul...tak parah! Oh, bangsaku!

Selasa, Februari 17, 2009

Lamo tak jumpo

Asalamualaikum, dah lamo den tak taip sebarang ceghito.kek somban macam biaso. Latihan sukan tiap-tiap potang cuaco paneh. Sekarang ni kulit dah golap dan ngontung sikit macam si maniam agak eh. Sorry maniam, jgn marah.Pibg pinjamkan duit untuk buat sukan kek stadium, sobab tahun ni yuran bolom kutip laei. Apo-apo pun den harap sumuo kawan mppp sihat sentiaso. Ok jumpo laei.

Rabu, Februari 11, 2009

Mengapa Utara Tak ditawan Portugis Ek? (Fakta SajeLah)

Mengapa Utara Tak Ditawan Portugis (Fakta sajeLah) Tolong sebarkan perkara ini (Sejarah Penjajahan Tanah Melayu) kepada kawan kawan kita supaya kita semua dapat kesedaran di sebalik sejarah yang sengaja tak didedah disebabkan agenda tertentu.. Semoga dari pendedahan ini kita mengambil iktibar betapa Ketuanan Melayu disanggah selama ini.....

1508: Alfonso de al buqurque menyampaikan hasratnya kepada Raja portugis untuk meluaskan pegaruhnya ke Asia Tenggara ( Melaka pusat perdagangan asia tenggara ketika itu) dan juga laluan penting perdagangan timur barat. Raja Portugis bersetuju untuk menyediakan kemudahan bala tentera 158 buah kapal, 15300 ( anggaran) bala tentera

1509: Portugis menghantar perisik ke Melaka untuk mengetahui keadaan kekuatan pertahanan di sana

Oct 1511: Alfonso berjaya menawan Melaka setelah berhempas pulas melawan 5 pahlawan melayu terhandal (Hang Tuah, Hang Lekir, Hang Lekiu,Hang Jebat dan Hang Kasturi) ini adalah mimpi ngeri bagi pihak Alfonso, untuk menawan Melaka serta berlawan dengan 5 Hang bersaudara, mereka perlu mendapat askar tambahan setelah 15,000 askarnya terkorban dalam pertempuran selama 6 hari itu dengan 5 Hang bersudara..akhirnya dapat juga menawan Melaka setelah hampir kecewa dan putus asa...

1512: Setahun 2 bulan kemudian Alfonso ingin meluaskan kekuasaannya ke Perlis, Kedah dan P.Pinang, yang ketika itu adalah pusat pengeluaran tebu untuk gula rantau ini...

Feb 1512: Alfonso menghantar perisik ke Perlis, Kedah dan Pulau Pinang untuk mengetahui kekuatan bala tentera di sana mengikut sejarah, perisiknya telah ke kedai kopi sekitar untuk mendapat segala maklumat yang diperlukan.. .

Seminggu selepas Feb 1512: Perisik balik ke Melaka untuk memberitakan hasil risikan kepada Alfonso. Di bawah adalah perbualan percakapan antara perisik dengan Alfonso yang selama ini cuba disembunyikan dalam buku sejarah…

Perisik 1.2.3: selamat pagi tuan (sambil bertabik)
Alfonso: selamat pagi
Perisik 1: Begini lah tuan, lupakan saja niat tuan untuk menawan Perlis, Kedah dan Pulau Pinang
Alfonso: Kenapa kuat sangat kah mereka itu..? (dengan nada marah dan bongkak)
Perisik 2: Untuk menawan melaka yang mempunyai 5 pahlawan terhandal Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu pun kita kehilangan hampir 15,000 bala tentera, inikan pula kita nak menawan Perlis, Kedah dan P.Pinang yang mempunyai beribu ribu hang..
Perisik 3: Betoi tu tuan...antaranya hang sihat, hang buat apa, hang apa habaq, hang lagu mana, hang pi mana, hang nak pi mana, hang kat mana, hang singgah dulu, bapak hang, mak hang, adik hang, tok hang dan macam macam lagi hang ada kat sana..... Mendengar hasil risikan itu Alfonso pun tak jadi nak pi serang disebabkan pengalamannya sebelum ini bersama 5 pahlawan melayu Melaka amat ngeri....... ini kan pula nak berhadapan beribu ribu hang kat situ…
hahaha...........hang pa apa habaq? jangan marah no.....dah pi buat kereja,assalamualaikum

Isnin, Februari 09, 2009

B E R S Y U K U R K A H K I T A ?

Salam buat penatap setia blog ini... Buat abang Lan, terima kasih kerana sudi respon ngan cerita yang saya coretkan sebelum ini...tapi janganlah sebok sangat deh....
Kawan rasa, kita semua sedia maklum dengan situasi kampung halaman kawan d Perak tu kan?! Ntahler...nak komen karang takut orang kata kawan ni orang A la, orang B la...tapi yang pastinya kawan cukup tidak setuju dengan demontrasi jalanan yang dorang yang jahil dan buta sejarah ni istilahkan "reformasi"!! Naik mual rasanya apabila setiap ketidakpuasan hati diluahkan dengan cara begitu dan melibatkan satu kaum sahaja.... Ajaran siapa ntah... Semua ini mengakibatkan suasana yang kurang aman buat negara kita sendiri...Apa yang kawan kesalkan, mereka yang di atas bukan calang2 orang ilmu politik depa, tapi masih tak paham2 tentang hubung kait antara kestabilan politik dan ekonomi....Depa ingat dengan melakukan rusuhan dan demontrasi dengan melaungkan takbir bak mempertahankan negara yang diancam yahudi atau kafir laknat tu dapat menstabilkan ekonomi negara kita yang semakin rapuh ni ker? Sayang sungguh pabila melihat orang2 Melayu yang beragama Islam "dipergunakan" sedemikian oleh konco-konco yang tidak bertanggungjawab semata2 memenuhi tuntutan peribadi seseorang!! Ntah ler...kawan sentiasa mendoakan agar orang2 Melayu Islam kita agar bersatu hati, celik akal, celik hati dalam menilai yang mana lawan dan yang mana kawan tanpa mengira apa jua aliran politik depa atas nama UMMAH!!! Eh..macam orang politik la pulok aku ni Ju....tapi geram sebenarnya ni... Lepas ni, member2 yang baca coretan ini janganlah anggap saya yang bukan2 ek...saya ni penyokong yang setia bagi mereka yang berada dalam landasan yang betul jer...mana yang tak betul saya kata tak betul lah...Allah kurniakan kita akal untuk berfikir...jangan dek kerana terlampau JUMUD dengan sesuatu aliran hingga menyebabkan kita menutup pintu hati kita untuk menilai kebaikan orang lain.....Bangkit dan sedarlah wahai BANGSAKU.........
Baiklah, untuk coretan kali ini, ingin saya kongsikan satu istilah dengan kawan2 yang budiman sekalian. Harap2 selepas ini, kita beroleh ketenangan atas setiap peristiwa yang telah ditetapkan oleh Allah untuk kita.....
Apa itu Istidraj...
Minggu lepas, kawan seofis Fendi tanya "Kenapa kadang kala kita lihat seseorg insan tu sentiasa dapat kegembiraan spt dapat naik pangkat, murah rezeki dll sedangkan dia tu selalu melakukan kemungkaran?". So,Fendi pun jawablah yang kdg kala sesuatu anugerah Allah swt kpd seseorg individu tu bukanlah sebab Allah sayangkan hambanya itu tetapi kerana Allah nak tengok sejauh mana keikhlasan orang itu. Allah nak tengok adakah hambanya itu akan menyedari bahawa Allah amat bermurah hati dengannya jadi sepatutnya dia bersyukur dan berubah menjadi baik.
Tapi jika individu itu masih tidak reti bersyukur maka sesungguhnya dia telah menimbulkan kemurkaan Ar-Rahman.Teringat juga Fendi pd satu penjelasan ustazah sekolah rendah dulu.Ada member tanya kenapa kdg2 kita dah banyak kali berdoa tapi belum dapat apa yang diimpikan. Ustazah kata itu tandanya Allah sayang pada kita.Sebabnya Allah tahu kalau kita lambat atau belum dpt yg diimpikan, kita akan terus berdoa dan mengingati Ilahi. Sebenarnya Allah amat rindukan suara hamba-hambaNya merayu dan memujiNya. Kalau sekali berdoa terus dapat, kemungkinan besar lepas tu kita kita taksub dan lupa utk bersyukur pd yg Esa. Tup-tup dpt pula artikel ni drp seorg rakan. A very relevant and interesting article. Semoga Allah beratkan timbangan ibadah kita drp timbangan dosa di Pdg Mahsyar nanti. InsyaAllah..
Apakah dia istidraj itu? Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan istidraj. Rasullulah s. a.w. bersabda :"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka),ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT." (Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi) Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka.
Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagian didunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah saw dan berpegang teguh pada agama Islam.Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain. Tapi, hidup mereka biasa sahaja. Ada yang susah juga. Kenapa? Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak, dia boleh hidup kaya dan mewah. Bila kita tanya, apa kamu takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai.Tak kisahlah! Sombongnya mereka, takburnya mereka.Rasullulah s. a. w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong, Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong! Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong. Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.
Manusia istidraj - Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat, dia merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang beramal. "Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadatpun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong." Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya. Rasullulah s. a. w bersabda: "Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya" (Kitab Nasaibul æIbad) Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap, anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat(sayap), dia akan cuba melawan api. Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah swt. Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan.
Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati, namun dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan. Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia. Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya.Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur.
Jadi kalau kita kaya, jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya, akhirnya binasa juga. Jadi, jika kita kaji dan fikir betul-betul, maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita. Mengapa orang kafir kaya, dan orang yang berbuat maksiat hidup senang /mewah.Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya. Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya. Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya? Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj. Orang naik pangkat, istidraj. Orang-orang besar, istidraj. Jangan! Orang yang menggunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj. Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan. Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari.
Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah. Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah? Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya. Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah. Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah. Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, nescaya selamatlah kita di dunia dan akhirat. Wallahualam.
"Dari Abdullah bin 'Amr R. A, Rasulullah S. A. W bersabda:" Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat.."
M3P tetap di hati...
Ikhlas dari kejauhan : Mas, Jengka 7

Ahad, Februari 08, 2009

Kami Ke Pantai Penarik Lagi


Setelah sekian lama selepas re union, pada 6 Februari lalu kami sekeluarga sekali lagi ke pantai penarik, walaupun cuma seketika ( selepas asar hingga maghrib )dapatlah juga release tension. Sambil anak-anak bermain pasir sempatlah kami bergambar. Maklumlah sebelum kahwin dulu kami tak prnah berkasih-kasih macam orang lain. Sesiapa yang rasa nak melawat terengganu tu jomlah kita pergi berehat di sana.

Harga Kemodenan

Salam buat semua...Kabare?...Selamat bercuti dan berhujung minggu. Brie, tahniah nampaknya blog ni 'hidup' kembali. TQ khas utk Mas dan Ju. Slmt berkunjung kembali ke blog utk Abg Lan.

Hari ini aku ingin berkongsi rasa berkenaan sikap manusia yg sering bermaharajalela di jalan raya. Maklumlah, kita 'lady driver'. Biasa kena buli kat jalan raya. Selalu bila aku masuk kete, mulakan dgn bismillah, nawaitu nak ke sek menjlnkan tugas. Hati 'cool' sambil mendengar radio stesen Ikim. Aku pagi2 dgr Ikim, tghari Sinar yg sesuai ngan ke'remaja'an kita. Namun, keluar rumah dgn perasaan 'cool' selalu berubah bila berada di jalanan.

Kita tak tau siapa sebenarnya memandu bersebelahan, depan atau di belakang kita. Semua org mengejar masa 'mungkin'. Seawal jam 6.50 pagi aku sudah keluar utk mengelak kesesakan krn setiap hari akan melalui deretan sek men dan pekan baru akan tiba di sek. Namun di awal2 pg begitu, sudah ada jaguh jalanan menunjuk kepakaran. Tak kira jantina, bangsa atau umur. Semua mahu menjadi jaguh. Dulu ustaz pernah berkata, kalau kat jalan, pemandu yg pakai serban sebesar bakul pun menjadi tak sabar dan biadab. Betullah tu. Sama sejenis akupun lebih kurang, pakai tudung lek lok, tapi gaya pemanduan mcm nak bunuh org. Anak2 aku yg selalu buat komentar, napa org tu laju sgt? nape org tu mandu tgh2 antara 2 lane? nape itu, nape ini... Kadang tu aku jwb senang, tak tahan nak kencing kot.

Jalan kat pekan aku tinggal ni pulak pelik. Divider potong sana sini menjadi tempat u-turn atau masuk simpang. Bahaya betul. Tempat u-turn sebenar depa tak nak guna. Selalu rasa takut bila berada kat j/raya. Mmg rasa berada di gelanggang maut. Sudah tu, nak masuk simpang tak bagi signal perkara biasa, potong kiri, menghimpit pemandu lain dah jadi budaya. Gamaknya tu pasal angka kematian kat jalan tak pernah turun. Entah ke mana hilang kesopanan dan budi bahasa. Semoga Allah terus memberi petunjuk, hidayat, kelembutan hati serta kemuliaan jiwa kepada hambaNya.

Khamis, Februari 05, 2009

Ibu Lahirkan Tuannya....

Hai, geng... bertentangan dengan isu ko Mas, sini Ju kongsi pulak jika kita terlalu menurut kata anak... Semua ni agar kita dapat membina sepadan untuk mendidik anak2 kita ek...

Ju ada membaca satu laman nurani.. tapi tak ingat sumber rujukannya... Perkara yang paling ditakuti oleh Nabi Muhammad S.A.W akan berlaku pada akhir zaman ialah apabila ibu melahirkan tuannya...

“Apabila seorang perempuan melahirkan tuannya sendiri” (Petikan Hadith ‘Jibril’)

Maksudnya, ibu yang tidak boleh menegur kesalahan anaknya... Kesannya ibu itu akan menuruti segala kehendak dan arahan anaknya... Kalau kita lihat di persekitaran kita, perkara sebegini dah banyak berlaku... Terdapat anak2 yg tidak hormat ibunya, sehingga ada yg sanggup membunuh ibu kandung sendiri...

Didik Anak Mengikut Usia

Adoyaaaiiii... sedih ya amat cerita ko Mas!!!!... Tergenang jugak air mata nih.. Bercakap tentang anak2 nih, peringkat usia Ju awal 20an dulu memang mudah merotan anak 2/ank2 murid yg buat salah.. tapi masuk umur lewat 30an dan di ambang 40an nih.. hati dah mula lembut dgn anak2.. Di sini ju ada terbaca satu maklumat yg mungkin leh kita kongsi sama bab anak2 nih, ye Brie, Mas n Che Tun... serta kengkawan yg menatap blog ni...

Dalam mendidik anak, terdapat tahap-tahap tertentu yang perlu diketahui dan diikuti oleh setiap ibu bapa. Semasa anak2 berusia....

1. 1 - 7 tahun perlu dididik secara bergurau dan jangan dipukul. (ni Ju xstuju sgt...bagi Ju leh pukul, tapi dgn rotan je.. dalam kadar yg berpada, tanpa emosi..)
2. 8 - 14 tahun, didik mereka dengan disiplin, tunjuk ajar dan kasih sayang.
3. 15 - 21 tahun, harus dididik macam kawan, jangan dirotan dan dimarah. Sebaliknya, peluk, pujuk dan nasihati mereka.

4. Selepas usia 21 tahun, ibu bapa perlu memberi kebebasan mereka membuat keputusan dan tindakan. Anak remaja, perhubungan dan interaksi positif ibu bapa dengan anak perlu ada. Ini termasuk saling menghormati, sedia mendengar, memberi galakan dan sokongan serta menerima anak itu sebagai individu yang istimewa.

5. 10 hingga 19 tahun merupakan masa yang paling kritikal kerana remaja akan mengalami pelbagai perubahan dan perkembangan meliputi perubahan fizikal, mental, psikologi, emosi dan sosial. Mereka akan menghadapi pelbagai persoalan yang menekan jiwa. Ketika ini jugalah proses mencari dan membentuk identiti, perubahan fizikal pada tubuh badan, perasaan yang bercelaru dan keinginan untuk dihargai boleh menyebabkan berlaku tekanan jiwa.

6. 10 hingga 14 tahun, mereka lazimnya, bersifat logikal, sentiasa ingin tahu, suka bertanya itu dan ini, lasak, bertenaga, suka meneroka cabaran, namun masih bersifat keanak-anakan. Pada peringkat inilah, hubungan dengan keluarga amat penting kerana keinginan untuk mereka berbincang dengan ibu bapa masih ada.

7. Pertengahan 14 hingga 17 tahun mereka mula utamakan rakan sebaya daripada keluarga. Remaja peringkat ini dikatakan suka memaksa dan mendesak. Malah, di peringkat ini juga mereka mula mencari identiti diri dengan cuba membentuk peribadi menjelang kedewasaan. Jika remaja tidak dibimbing dengan sewajarnya, kemungkinan mereka terlibat gejala tidak sihat spt penyalahgunaan dadah, seks bebas dan lari dari rumah adalah tinggi.

8. 17 hingga 19 tahun, lazimnya telah mengenali identiti diri sebenar. Ikatan rakan sebaya semakin berkurangan dan beralih kepada individu berlainan jantina. Keupayaan mereka untuk berfikir juga lebih terbuka dan mula berfikir untuk masa depan. Boleh berdikari tanpa ibu bapa, tetapi daya fikiran dan imaginasi digunakan untuk kepentingan pelajaran dan kerjaya. Namun, mereka memerlukan perhatian dan tumpuan. Oleh itu, ibu bapa perlu mempunyai ruang untuk mendekati dan mendampingi anak remaja mereka.

Sesungguhnya, ibu bapa perlu bertanggungjawab untuk mengetahui apa yang anak sedang buat, apa yang anak sedang difikirkan, apa yang ada dalam begnya, apa yang disembunyikan, siapa kawan-kawannya dan di mana tempat yang dikunjunginya. Cara menzahirkan kasih sayang kepada anak remaja pula, adalah melalui percakapan, pujian, pengiktirafan, bergurau senda dan ucapan yang baik. Perlu ditunjukkan melalui perlakuan atau gerakan badan, bersalaman, memeluk, mencium, memberi hadiah, beriadah bersama dan saling menghormati. Dalam masa sama, ibu bapa sewajarnya mengambil inisiatif menerangkan atau menjelaskan mengenai peraturan berkaitan sentuhan. Akibat terlalu naif, ada remaja terlibat dengan gejala itu sekadar ingin mencuba tanpa memikirkan risiko yang akan ditanggung.

Anak-anak perlu diterangkan tubuh mereka adalah milik mereka sahaja, tidak siapa berhak menyentuh bahagian sulit tubuh mereka kecuali bagi tujuan kebersihan atau kesihatan. Begitu juga tiada siapa berhak meminta menyentuh bahagian sulit tubuh mereka. Jika mereka tidak berasa selesa apabila disentuh seseorang, katakan ‘tidak’, lari dan beritahu orang lain yang dipercayai.

1. Jenis A Autoritarian (tinggi kawalan, rendah kasih sayang)
2. Jenis B-Permisif (rendah kawalan, tinggi kasih sayang)
3. Jenis C-Pengabaian (rendah kawalan, rendah kasih sayang )
4. Jenis D-Autoritatif (tinggi kawalan, tinggi kasih sayang).

Berbanding jenis A, B dan C, jenis D iaitu Autoritatif yang lebih berasaskan konsep demokratik seperti kesamarataan dan amanah lebih berjaya membimbing anak-anak ke arah pencapaian potensi mereka sebagai individu yang bertanggungjawab, berdikari, produktif dan berakhlak mulia.

Ibu bapa yang menggunakan pendekatan jenis D dalam mendidik anak merupakan ibu bapa yang seimbang memberi sepenuh perhatian terhadap keperluan anak-anak dan meletakkan batasan yang jelas terhadap tingkah laku anak-anak. Ibu bapa ini membuat keputusan berdasarkan keperluan, bukan keinginan atau nafsu anak-anak.

Semoga apa yg Ju kongsikan bersama nih dapat menjadi panduan kita dalam mendidik anak2 kita khasnya dan juga anak2 murid kita amnya... Insya-Allah...

Anak2 Kita

Salam buat smua...Pagi tadi seorang guru Th 1 telah bercuti sakit. Spt biasa, adalah yg kena relief. Aku pun dpt saham jugalah, kena relief 1 Uranus, kelas terakhir. Aku teruja juga nak masuk kls tu sbb lama betul tak ajar bdk2 kecik nih. Dulu kat Sg Tong, pernahlah masa mula2 posting. Boleh tahan betul dak2 nih skrg. Apa taknya, sampai je ke muka pintu, dorang tanya, "Eh, napa cikgu datang?""Cikgu sapa nama?" Wah, lum sempat masuk dah kena interview! Terbalik lak tu! Bukan aku yg interview dorang, tapi dorang yg interview aku. Hik! Hik!

Aku pun tolong sambung ajar buat kerja yg tlh diberi oleh guru kelas mrk tu. Pastu aku lihat ada murid yg memakai baju bertompok darah. Aku tanya kenapa. Dia pun jwb kena tumbuk mrd T6. Dan2 tu jg sorang murid perempuan cakap, "Atuk kita jahat sbb tumbuk ayah kita sampai darah". Aku terkejut gak le tapi layan je la, "Napa atuk tumbuk?" Dia pun tanpa segan silu cerita bhw ibu dan ayah telah bercerai. Skrg duk ngan ayah ngan nenek. Tak duk ngan ibu sbb ibu tak syg kita, katanya. Kesian pulak aku dgr cerita dak tu. Aku tak tanya apa2 pun, dia sibuk nak luah perasaan dia. Baru besar tu dah pandai bercerita apa yg dia lihat. Bayangkan, anak2 yg dtg drp family bermslh selalunya akan bermasalah juga.

Budak lelaki yg berdarah tu pula, kesahnya, kes dia dah disiasat oleh member guru disiplin. Dah penat2 kwn tu siasat, sampai murid2 T6 yg kena siasat tu nangis2 dah takut kena denda, rupanya bukan berdarah kena pukul, tp kata abang dia sendiri (T6 juga) dia jatuh sendiri. Takde sapa yg buat. MasyaAllah. Kalau dgr cerita dia macam ye ye kena pukul. Rupanya, baru besar tu dah pandai buat cerita. Siap tuduh2 lagi tu. Alahai...

Pendek kata, kecil jgn disangka anak, besar jgn disangka bapak. Betapa anak2 kecil kini begitu berani bersuara. Tapi heran, bila dah naik ke T6 jadi pasif semacam. Susah nak bersuara. Tapi bila cikgu takde mula nak tunjuk juara.

Rabu, Februari 04, 2009

Tegarkah Kita?

Salam hormat buat rakan2 semua...
Jumpa lagi pada malam ini...ada sedikit kelapangan, bolehlah kawan coret sepatah dua... Esok hingga minggu depan dah mula sibuk ngan perkhemahan bersepadu unit beruniform peringkat negeri Pahang di Maran nih....Hitam lagi la aku Ju oi....Ju..oh Ju...awok ni asyik masuk chat kat sebelah jer...sesekali tu..coret la kat cni gak...Aku tau la aku tak gi ke reunion tuh..tak yah la nak rajuk2 ngan aku ni wei....
Baik ler buat tatapan anda semua, kawan titipkan satu kisah benar di bawah ini buat renungan kita bersama...Berpada-padalah bila amarah merasuk jiwa...takut kelak jiwa sendiri yang merana...Jangan tunjuk jaguh dengan anak.....kelak kitakan luluh...

Sepasang suami isteri - seperti pasangan lain di kota-kotabesar meninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja.Anak tunggal pasangan ini, perempuan berusia tiga setengah tahun. Bersendirian di rumah dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk bekerja bermain di luar, tetapi pintu pagar tetap dikunci.Bermainlah dia sama ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli bapanya, ataupun memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di laman rumahnya.Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya.Ya...kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas.Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya.Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta.Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.
Pulang petang itu, terkejut besar pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran yang belum habis berbayar, berbatik-batik. Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, "Siapa punya kerja ni?"Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlarikeluar. Dia juga beristighfar...Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya.Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terusmengatakan "Tak tahu... !""Saya tak tahu Tuan..! ""Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?" herdik siisteri lagi. bila anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik.
Dengan penuh manja dia berkata"Ita buat ayahhh.. cantik kan!" katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.Dengan kasih murni seorang anak yang belum memahami apa-apa, menarik lembut poket seluar abahnya, manja. Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa, sungguh kesian dan teramat sedih, namun dia sangat takut .
Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas merasa puas, si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu.Pembantu rumah segera memeluk dengan penuh sayang dan duka, cepat-cepat menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik. Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.Menangis terusak-isak keduanya, dalam bilik.Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air. Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu.
Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah. Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anak bengkak. Pembantu rumah mengadu. "Sapukan minyak gamat tu!" balas tuannya, bapa si anak.Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yangmenghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya. Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. "Ita demam... " jawap pembantunya ringkas. "Bagi minum panadol tu," balas si ibu.Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas.
"Petang nanti kita bawa ke klinik.Pukul 5.00 siap" kata majikannya itu. Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius.Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu. "Tiada pilihan.." katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana jangkitan yang sudah menjadi gangren sudah terlalu teruk. "Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah" kata doktor.
Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu.Terasa dirinya tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar madandatangani surat kebenaran pembedahan.Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakanhabis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga, melihatkedua-dua tangannya berbalut putih. Direnung muka ayah dan ibunya.Kemudian ke wajah pembantu rumah.Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis.
Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata."Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul.Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama."katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa."Ita juga sayang Kak Narti.." katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.Tidak seorangpun yang melihat suasana itu tidak menangis.... "Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janjitak buat lagi! Ita nak makan, macam mana?Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi," katanya bertalu-talu.Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya.Meraunglah dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya..
Didiklah dan pukullah anak kita dengan penuh kasih sayang, bukan untuk lepaskan geram.....lepaskan marah kita
M3P tetap di hati...
Ikhlas dari kejauhan : Mas, Jengka 7.

Petua Murah Rezeki dJauhi Kesulitan

Abu Yazid Al Busthami, pelopor sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut. Dengan murung lelaki itu mengadu,
“Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?”

Sang Guru menjawab sederhana,
“Perbaiki penampilanmu dan rubahlah roman mukamu. Kau tahu, Rasulullah SAW adalah penduduk dunia yang miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah SAW, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya.” Lelaki itu tertunduk. Ia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya. Mulai hari itu, wajahnya senantiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh. Alhamdullilah sesudah itu ia tak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah. Keserasian selalu dijaga. Sikapnya ramah,wajahnya senantiasa mengulum senyum bersahabat. Roman mukanya berseri.

Tak heran jika Imam Hasan Al Basri berpendapat, awal keberhasilan suatu pekerjaan adalah roman muka yang ramah dan penuh senyum.Bahkan Rasulullah SAW menegaskan, senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya.

Demikian pula seorang suami atau seorang isteri. Alangkah celakanya rumah tangga jika suami isteri selalu berwajah tegang. Begitu juga celakanya persahabatan sekiranya dikalangan mereka saling tidak berteguran. Sebab tak ada persoalan yang diselesaikan dengan mudah melalui kekeruhan dan ketegangan. Dalam hati yang tenang, pikiran yang dingin dan wajah cerah, Insya Allah, apapun persoalannya nescaya dapat diatasi. Inilah yang dinamakan keluarga sakinah, yang didalamnya penuh dengan cinta dan kasih sayang.

Selasa, Februari 03, 2009

Hati-hati Makan di Luar

Salam utk smua... Kabare? Semoga sihat selalu dlm menjlnkan tugas sbg guru yg semakin byk, mencabar dan penuh dugaan. Selamat kembali buat Mas. Coretanmu mmg dinanti. Okey Brie, kwn dah ckp akan post, tapi tunggu Mas ngepost dulu... Rindu nak dengar celoteh dia. Anyway, TQ buat Mas. Cerita tu mmg menjadi teladan. Menarik sbg peringatan kpd kita dlm mengharungi kesibukan kerja. Sibuk camne pun, keluarga perlu jadi keutamaan. Biar berkat...

Respon kpd cerita Mas, saja nak menarik perhatian korang, pernah dgr cerita psl kangkung? Rasanya cerita tu kwn dgr ujung tahun lps. Cerita tu pun dikongsi oleh seorang pakar psychiatrist hospital Klang khabarnya. Kejadian kat mana tak pastilah kwn. Suatu hari di sebuah klinik terkenal, semua doktor bingung krn kes seorg anak kecil sakit perut. Dia dibawa ke klinik oleh parents dia setelah 2 hari menderita diarhea (cirit). Dah segala mcm ubat sakit perut diberi kpd anak itu, namun tidak sembuh.

Org tua anak itu ditanya oleh doktor, makanan apa yg dimakan si kecil tu dlm 2 hari ni? Orang tua anak itu bingung sbb sejak mengalami diarhea , anak mrk tak lalu makan, minum susu je, itu pun akan muntah semula. Setlh dikaji, barulah mrk ingat malam tsbt si kecil makan sejenis menu kangkung di sebuah restoran. Kwn kurang pasti nama menu tu tp masakan tu tak perlu msk kangkung dlm j/masa lama. Setlh di x-ray, rupanya dlm usus anak malang itu ada byk lintah termasuk lintah2 kecil. Doktor tu surrender dan beritahu tidak sanggup mengambil apa2 tindakan perubatan. Sudahnya anak malang itu meninggal .

Setlh dikaji, rupanya lintah itu seblmnya ada di dlm batang kangkung yg besar. Khabarnya bagi penggemar menu kangkung tu, yg paling sedap tang batangnya. Lintah yg ada dlm batang kangkung itu tidak mati walau dimasak selama manapun, apa lagi utk menu yg mana proses memasak tak perlu lama utk mengekalkan kesegaran rasa kangkung. Lintah hanya akan mati jika dibakar. Dalam usus anak tadi, lintah yg hanya dlm 1 ke 2 hari membiak dgn cepat krn menghuni bhg dlm tubuh dan terus menghisap darah yg ada. Doktor jg jadi bingung, camne nak mematikan atau membuang lintah yg terlalu byk dalam usus anak malang itu.

Kwn yg mmg penggeli ni, makin takleh makan sayur ni. Phobia. Lagi pulak byk sayur lain. Makan yg keping2, senang nak selak selai2 time cuci. Dan byk kesah lagi psl kejadian menggelikan di restoran nih... Kita cerita lain kali plak. Akhir kata, biarlah suami dan anak2 terjaga makan minum mereka. Semoga kita menjadi ibu yg kuat dan sabar mengharung hidup. Jumpa lagi. Roger n out

Isnin, Februari 02, 2009

Salam Persahabatan.....

Salam buat semua sahabat yang masih setia menatap blog ini... Tak sempat nak bercel0teh panjang ....Awal2 persekolahan ini memang banyak kerja seperti yang Che Tun kita bagitau.... Apa2 pun, untuk tahun 2009 ini, kawan nak mulakan salam persahabatan ini ngan renungan di bawah...

Sekadar berkongsi…..insaf2

AIR TANGAN ORANG YANG TAK SOLAT
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar dan malahan lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa as.

Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), "kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam." Nakdijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam.
Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barangsiapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu. Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya. Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam.
Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi. Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi.
Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu; isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dsb. Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak gamak ' kan ?
Tapi lain pula halnya dengan kita ni. Pagi petang, mamak! Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia. Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik. Beware apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril as.
Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), "As-solah as Solah wa amalakat aimanukum". Maknanya, "Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu" Jadi, sama-samalah kita pelihara solat dari segi zahir & batinnya kerana amalan solatlah amalan yang mula-mula akan ditimbang di neraca Mizan kelak.

Jumpa lagi......M3P tetap di hati...

Ikhlas dari kejauhan : Mas, Jengka 7