Salam buat semua kengkawan. Sajak nukilanku yang dipersembahkan ketika sambutan hari guru sekolahku Isnin lalu ditujukan khas untuk kengkawan.
Akulah guru
Mendidik bangsa tercinta
Membentuk jati diri mulia
Dalam setiap nurani dan jiwa
Mengajar si kecil harapan negara
Bahu menggalas niat murni pemimpin negara
Menjadikan watan gah di persada dunia
Mengharum nama nusa dan bangsa
Duduk sama gah berdiri sama tinggi dengan semua bangsa
Akulah guru
Sekolah menjadi rumah kedua
Tempat menabur budi dan jasa
Tiada mengira penat lelah terus berusaha
Tiada juga terhitung pengorbanan tercipta
Dedikasi menjalankan amanah diberi ikhlas di dada
Dengan niat suci menerima segala
Sakit pening tanggung sendiri nampaknya
Demi niat suci ingin berbakti kepada nusa
Akulah guru
Bertugas di desa di kota di ceruk rantau melata
Tiada mengira anak didik apa bangsanya
Apa warna kulitnya
Semua siap sedia menabur keringat
Walau kalanya tiada siapa fahami
Niat suciku memberi khidmat
Akulah guru
Siap bekerja awal pagi pulang lewat petang
Sudah menjadi asam garam kehidupan
Mengadap laptop sahaja memanjang
Mataku pun sudah naik buntang
Adakalanya nampak bintang-bintang gemerlapan
Sudahnya melayang duit beli kacamata hitam
Akulah guru
Menjadi jurulatih itu ini
Pengurus pasukan berkali-kali
Mana tempat aku tak pergi
Berkursus perkara biasa di sana sini
Malahan segalanya aku boleh jadi
Demi anak didik yang amat dikasihi
Hingga tidurpun tak sempat bermimpi lagi
Akulah guru
Akulah juga si tukang sapu
Menghias kelas rutin aku sejak dulu
Mataku sakit bila melihat sampah sana sini
Celah pasu, dalam longkang malahan melekat di kaki
Buat jadual pun ada anak murid buat tak reti
Nakku tangankan kalau diikut hati
Akulah guru
Juga bertugas sebagai tukang kebun berjiwa murni
Menghias landskap taman-taman sekolah indah berseri
Mengecat bangunan menjadi mural cantik sekali
Tenang mata memandang walau kadang sakit di hati
Kerana banyak kerja melibatkan PnP tak selesai lagi
Aduhai Tuhan kuatkanlah semangat kami
Akulah guru
Juga menjadi penyiasat handalan
Apa salah laku murid tentang hal-hal disiplin
Ponteng, buli, mencuri, siap korang
Aku sekeh kepala hang
Jaga-jagalah perangai supaya aku tak bengang
Kalau dah bengang aku takut pengsan
Silap haribulan masuk wad kecemasan
Akulah guru
Ada ketika menjadi jururawat
Kadangkala pula tak ubah macam doktor
Murid sakit pening telefon mak bapak
Kemudian anak-anak tu kenalah dirawat
Tapi ada juga ku biar sebab sudah tak larat
Kalau sakit demam pula
Kereta aku sudahnya menjadi ambulans
Akulah guru
Selalu juga menjadi pengasuh anak
Murid sakit ke sekolah tetap disuruh mak bapak
Kalau demam atau muntah
Kenalah aku basuh kalau demam atau muntah berkahak
Kalau tak tahan bau terpaksalah tutup hidung dan mulut sebab perut sendiri dah naik senak
Apa nak buat aku dah sain perjanjian kata sanggup berkhidmat
Tunggulah lepas 30 tahun berkhidmat baru tugas tamat
Akulah guru
Malah sudah biasa menjadi kerani
Mengisi borang itu dan ini
Mengira data berhari-hari
Makanpun belum tentu perut berisi
Terkadang makan banyakpun masih lapar lagi
Sebab itulah ke kantin berkali-kali
Tapi tak kesah sebab sukalah nanti Shila n Suzie (ni orang kantin aku, ekeke)
Akulah guru
Akauntan pun aku boleh jadi
Mengira wang hari-hari walaupun bukan milik sendiri
Murid bayar yuran sekolah dan yuran PIBG
Aku dan kawan-kawanlah yang jadi ceti
Belum lagi cerita pasal yuran kelas bestari
Berbulan-bulan tunggu nak dapat baki
Ada pulak yang buat tak reti
Aku tak kira, aku tanya setiap hari
Lagi tak dapat penuh, lagi tulah aku cari
Akulah guru
Visi PPD, visi sekolah perlu dicapai
Visi sendiri entah apa-apa tak tahulah lagi
Mengharap kejayaan menggunung tinggi
Menitis air mata entah mengapa sebak di hati
Digolek luka menggolekpun luka
Tetap menjadi guru yang setia
Yes bos yes tuan di mulut tercipta
Sedia berkhidmat kepada ketua
Aku menyerah…aku pasrah segala
Kerna … akulah guru
JUMPA SAUDARA RONI DI KEDAH
12 tahun yang lalu