Pecarian Belum Selesai

Norlia Abdullah, majidin wassilin, norliha Mohd Noor,Beechee Hamisah, Asnian Ayub Daud, Mahiran Mohd, Zuraidah, norwati hussin, Latifah Diasin,Rahana Ismail, Hamizan Shaffain, Rokian Che Mamat, Rasimah Abd Momen, dan Fadzilah Mohamad
Sesiapa yang ada contact dengan penama di atas tolong maklumkan kepada blogmaster- TQ

Ahad, Mei 17, 2009

Selamat Hari Guru Buat Kita Semua

Ucapan Pertama
Bila Kita dapat Bunga, Tanda kita dah harumkan dunia,
Bila Kita dapat Pen, tanda kita lah yang merancang masa depan mereka,
Bila kita mendapat pemadam (roba), sesungguhnya kita mampu membetul silap dan alpa,
Bila kita dapat mesej, tanda kita tak dapat hadiah lain , dok baca mesej tu lah jugak, Syabas buat diri kita kerana mengajar dengan ikhlas tanpa mendapat apa-apa balasan di dunia yang fana ini.

Ucapan Ke 2
Bila murid duduk, cikgu gah berdiri,
Bila murid dicubit, cikgu pulak di gari,
murid datang sekolah naik BMW 7 siri (hak bapa dia lah tu, Cikgu Pula naik motor buruk roadtaxnya dah mati,
Murid yang berhingus dulu dah dapat PHD, Cikgu isi borang Oum nak ambik degree,
Namun cikgu tak pernah kenal jerih untuk berbakti, demi melihat anak bangsa majukan diri,
Semoga kita dapat balasan di akhirat nanti. Allahu Akhbar

Ucapan Ke 3
Guru bukan macam chipsmall kejap ade kejap tak ada
Guru buka macam lilin belum baca sebiji buku cahaya pun dah pergi
Guru bukan macam bola dikejar-kejar dan ditendang-tendang
Guru bukan macam Exora disanjung sewaktu masih baru dijual bila dah makan slinder
Guru bukan macan tikar getah dipijak -pijak lepastu dibakar
Guru adalah seperti garam , dibubuh sentiasa dalam masakan
Guru macam lampu flourousen bila dah padam susah seluruh warga isi rumah
Guru macam cili api walaupun pedas masih dicari-cari
dan guru macam kita semua walau dah hampir 20 tahun berbakti tapi semagat tak pernah luntur untuk berbakti. ummmph....muaahh.... bye

Tiada ulasan: